Datin Lina (IsNet) Sumbangkan Mock Cheque RM10K kepada Karyawan untuk “Makan Malam Amal LEGENDS”

Sempena Majlis Raya Aidilfitri IScada Net (ISNet), SBDatin Lina muncul dengan Mock Cheque bernilai RM10,000 untuk sokong artis yang memerlukan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, ND Lala, dan ramai lagi artis veteran.

Saksikan kegemilangan malam ‘Legends’ yang bakal diadakan pada 2 Jun 2024 (Ahad), dari jam 8 malam hingga 11 malam, di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Bersama empat penyanyi legenda tanah air iaitu Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, dan Rahimah Rahim. Mari menyaksikan keindahan mereka bersama dalam acara makan malam amal yang tak terlupakan ini!

Datuk Khatijah Ibrahim salah seorang ‘legends’ yang akan membuat persembahan pada malam tersebut berkata tujuan malam amal untuk membantu rakan-rakan seperjuangan kami.

Persatuan Karyawan Malaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan akan menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan.

Dato Freddie Fernandes mengalu-alukan Penaja ke majlis Makan Malam Legends. kami berharap untuk mendapat sokongan dari individu atau syarikat yang berminat untuk menjayakan majlis menghargai artis yang kurang bernasib baik. Pembelian meja tajaan:-

1. Penaja Meja Berlian – RM 100,000
2. Penaja Meja Platinum – RM 50,000
3. Penaja Meja Emas – RM 10,000
4. Penaja Meja Perak – RM 5,000
5. Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000

Hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti
membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan
juga yang hilang upaya.

MAKAN MALAM AMAL LEGENDS KARYAWAN | 2 JUN 2024 8.00mlm | Dewan Perdana Felda

Berhibur sambil menyumbang 012- 2071400 Freddie Fernandez