Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Combi Malaysia Lancar Kerusi Keselamatan Terbaru CrossAge 360
  • News

Combi Malaysia Lancar Kerusi Keselamatan Terbaru CrossAge 360

Helmi Aziz November 11, 2024 (Last updated: November 11, 2024) 3 minutes read
Photo A

Dalam usaha memperkenalkan inovasi terbaru bagi memastikan keselamatan kanak-kanak semasa perjalanan, Combi Malaysia telah melancarkan model terbaru mereka, CrossAge 360, di kedai utama Combi Malaysia di Mid Valley Megamall.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, kanak-kanak yang menaiki kenderaan persendirian seperti kereta, van, dan pacuan empat roda adalah golongan yang paling berisiko terdedah kepada bahaya di jalan raya.

Kajian yang dilakukan mendapati bahawa 43.8% daripada keseluruhan kecederaan dan kematian melibatkan kanak-kanak berusia antara 1 hingga 4 tahun, manakala 30.2% lagi melibatkan kanak-kanak berusia antara 5 hingga 9 tahun. Angka ini menunjukkan betapa pentingnya perlindungan yang sewajarnya bagi penumpang kanak-kanak di dalam kenderaan persendirian. Dengan meningkatnya kesedaran dan kebimbangan mengenai keselamatan jalan raya, kajian ini menekankan kepentingan penggunaan peralatan keselamatan yang sesuai bagi kanak-kanak semasa berada di dalam kenderaan.

Sebagai langkah proaktif terhadap peningkatan kes kematian kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1978, melalui Peraturan Tali Pinggang Keledar Kenderaan Bermotor (Pindaan) 2019. Pindaan ini menetapkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai berat kurang daripada 36 kg, ketinggian kurang dari 135 cm, atau berumur di bawah 10 tahun, wajib menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS) ketika menaiki kenderaan. Langkah ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada kecederaan serius dalam keadaan kecemasan dan kemalangan.

Combi Malaysia

Eris Chew, wakil daripada Combi Malaysia, menyatakan, “Walaupun kementerian masih mengkaji penggunaan CRS secara mandatori, kami sangat menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak sekarang. Kajian telah membuktikan bahawa CRS sangat efektif dalam mengurangkan risiko kecederaan dan kematian di kalangan kanak-kanak semasa kemalangan.” Chew turut menyedari cabaran yang dihadapi oleh banyak keluarga di Malaysia berkenaan dengan penggunaan CRS, terutamanya isu kos yang dianggap tinggi serta kurangnya kesedaran dalam kalangan ibu bapa. “Di Combi Malaysia, kami berkomitmen untuk menjembatani jurang ini dengan meningkatkan kesedaran dan menawarkan penyelesaian keselamatan yang boleh dipercayai serta mampu milik oleh keluarga di seluruh negara.”

CrossAge 360 adalah tempat duduk kereta pertama di Malaysia yang direka khusus untuk kanak-kanak dari lahir hingga 10 tahun. Kerusi keselamatan ini telah menjalani ujian ketat untuk memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa, iaitu Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu No. 129 (R129). Dengan ciri-ciri inovatif seperti tempat duduk yang boleh berputar 360°, ibu bapa kini dapat meletakkan dan mengeluarkan anak mereka dengan mudah dan selamat. Fungsi putaran mudah dengan satu tangan menjadikan proses ini lebih praktikal dan selesa, sekali gus memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa.

“Combi adalah jenama bayi Jepun yang telah lama dikenali dan dipercayai, dengan komitmen yang tinggi terhadap keselamatan kanak-kanak, kualiti, dan reka bentuk produk yang inovatif . Dengan pengalaman lebih enam dekad dalam industri, kami di Combi Malaysia berbangga untuk terus membawa produk-produk yang memfokuskan keselamatan kanak-kanak dan bertujuan untuk meningkatkan pengalaman keibubapaan. Kami berharap dengan pelancaran CrossAge 360, kami dapat menetapkan standard baharu dalam keselamatan penumpang kanak-kanak di Malaysia, serta memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk sentiasa mengutamakan keselamatan anak-anak mereka semasa berada di jalan raya.” tambah Chew.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Charly Van Houten & Peppeng Kembali Dengan Konsert Muzik Harmoni Setia!
Next: Penundaan Rock Warrior Music Festival Ke Mei 2025

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.