Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Drama
  • Cinta dan Ketabahan: Ternyata Sebuah Bahagia
  • Drama

Cinta dan Ketabahan: Ternyata Sebuah Bahagia

Helmi Aziz September 25, 2024 (Last updated: October 8, 2024) 3 minutes read
[FA]1080x1080-POSTER-TSB-square-NON-CLEAN (1)

Astro akan menyiarkan drama terbaru bertajuk “Ternyata Sebuah Bahagia”, sebuah karya dari Suhan Movies yang mengisahkan seorang lelaki yang hampir kehilangan nyawa.

Diberi peluang kedua untuk memperbaiki kehidupannya, dia kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usaha membimbing keluarganya. Drama ini akan disiarkan di slot Tiara, bermula 23 September, setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 6 petang melalui saluran Astro Ria (Saluran 104), serta boleh disaksikan melalui platform On Demand, Astro GO, dan sooka.

“Ternyata Sebuah Bahagia” adalah sebuah kisah keluarga yang penuh dengan pengajaran, menceritakan perjuangan seorang lelaki dalam membimbing keluarganya yang telah jauh terpesong dari ajaran agama. Elemen cinta segi tiga dan konflik kekeluargaan menjadi fokus utama dalam naskhah ini. Selain itu, lagu rasmi berjudul “Perisai Cinta” yang dinyanyikan oleh Liza Hanim turut menambah lagi nilai drama ini.

Penceritaan yang sarat emosi ini terdiri daripada 40 episod dan merupakan hasil kerjasama pengarah Nur Ain Shariff dan Ejump Mohd. Barisan pelakon hebat termasuk Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Datin Jeanice, Zamarul Hisham sebagai Datuk Zamani, dan Datin Elvina Mohd sebagai Rhea, disokong oleh Dewi Remaja Myra Afrina dan Lorenzo Irmann.

Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, “Ternyata Sebuah Bahagia menampilkan pelakon berbakat dan skrip yang kuat, yang dijangka memberikan pengajaran dan hiburan kepada penonton. Kisah rumah tangga yang diolah dengan baik oleh pengarah, disertai konflik yang menggigit pasti akan menyentuh hati penonton. Kami mendengar permintaan penonton yang ingin melihat gandingan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Zamarul Hisham, ditambah lagi dengan kemunculan Datin Elvina Mohamed yang telah popular di kalangan peminat drama panjang sebelum ini.”

Pengarah “Ternyata Sebuah Bahagia”, Nur Ain Shariff dan Ejump Mohd, menyatakan, “Kita tahu bahawa setiap isu dalam masyarakat pasti akan diterjemahkan dalam bentuk drama, yang pastinya akan menarik minat penonton. Saya harap penonton dapat menikmati naskah ini sepenuhnya dan lebih menghargai keluarga mereka selepas menontonnya. Selain mesej berunsur keagamaan, kekuatan watak seorang ayah yang berusaha memulihkan keluarganya yang berantakan adalah inti pati drama ini.”

Ternyata Sebuah Bahagia

Drama ini mengisahkan Datuk Zamani yang hampir maut selepas diserang angin ahmar di kelab malam. Akibat insiden tersebut, keluarganya terpisah. Setelah pulih, Datuk Zamani berusaha mengubah cara hidupnya dan mendalami ilmu agama. Perubahan drastik ini memberi impak kepada isterinya, Jeanice, yang tidak pernah terdedah kepada ajaran Islam sebelum ini. Jeanice mula sedar dan berusaha menyesuaikan diri dengan kehendak agama. Namun, Rhea yang dipinang oleh Jeanice mempunyai agenda tersembunyi, berkolaborasi dengan bekas kekasihnya untuk merosakkan perniagaan dan keluarga Datuk Zamani.

Siri drama terbaru dari Astro, “Ternyata Sebuah Bahagia”, akan mula ditayangkan pada 23 September, setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 6 petang di Astro Ria (Saluran 104), serta tersedia melalui On Demand, Astro GO, dan sooka.

Daftar sekarang untuk tawaran terhad dari Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan dan pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik dalam satu platform! Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut tentang langganan.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ismail Izzani Pertaruh Lagu Baharu ‘IMAN’ Dengan Sentuhan Berbeza
Next: Konsert Mega Kuala Lumpur: Udit Narayan Bertemu Peminat!

Related Stories

Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd Lancarkan Iklan Raya “Bila”
  • Drama
  • Raya & Perayaan
  • Sosial

Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd Lancarkan Iklan Raya “Bila”

Farihin Azlan April 14, 2026
Poster Bayangan Lelaki Sempurna
  • Artist
  • Digital Streaming
  • Drama
  • Entertainment
  • Promotion

Bapa Sanggup Menipu: Adam Lee Cipta Persona Luth Zafran!

Allya Adriana April 8, 2026
Screenshot 2026-04-06 091533
  • Artist
  • Awareness
  • Digital
  • Digital Streaming
  • Drama
  • Drama TV
  • Hiburan
  • Televisyen & Penstriman

GEMPAR! Ustaz Dedah Isu Anak Luar Nikah Dalam Khianat Yang Terpilih, Netizen ‘Serbu’ Persoal Siapa Sebenarnya ‘Bin’!

Allya Adriana April 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.