Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Cinemove Club: Meriahkan Wayang Pacak dan Filem Malaysia di Unisinema@UiTM
  • News

Cinemove Club: Meriahkan Wayang Pacak dan Filem Malaysia di Unisinema@UiTM

Helmi Aziz December 31, 2024 3 minutes read
1

Unisinema@UiTM terus memacu semangat kecintaan terhadap seni sinema Malaysia dengan membawa platform Cinemove Club yang memberi ruang kepada mahasiswa dan masyarakat untuk mengenal, menghayati, dan mengapresiasi kekayaan budaya filem tanah air. Selepas kejayaan tayangan siri Cinemove yang terdahulu, kali ini, platform ini kembali dengan misi memperkenalkan lebih banyak karya seni tempatan yang memberi impak sosial dan budaya.

Bermula dengan tayangan filem Mar Rak yang diarahkan oleh Datuk Ts Jeffry, diikuti dengan Abnormal: Buas, karya Allahyarham Azhari Zain, Cinemove Club kini melangkah lebih jauh dengan mempersembahkan Gold, sebuah karya arahan Adrian Teh yang akan ditayangkan pada Januari 2025. Tayangan eksklusif ini menjadi acara penting bagi para pelajar dan penggemar filem, sekaligus mengukuhkan komitmen Unisinema@UiTM untuk terus memperkasa sinema Malaysia dengan menceritakan kisah-kisah yang penuh makna dan berinspirasi.

Dengan tema “Suara Tanpa Batas”, Cinemove Club kali ini berfokus untuk merayakan suara-suara yang jarang didengari, terutamanya dalam kalangan golongan kurang upaya (OKU). Bekerjasama dengan Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat, Selangor dan Wilayah Persekutuan (PPOC), tayangan filem Gold ini juga menjadi simbol kepada keterangkuman sosial. Ia bukan sahaja memberi ruang kepada golongan OKU untuk merasai kekuatan naratif filem, tetapi juga memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat sisi berbeza kehidupan mereka yang sering terpinggir.

Inisiatif ini juga membuka peluang kepada pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Produksi Filem untuk lebih dekat dengan dunia penghasilan filem. Kerjasama dengan Act 2 Pictures Sdn. Bhd. menyediakan peluang kepada pelajar untuk berlatih menggunakan peralatan dan teknologi perfileman terkini. Selain teori, mereka turut mendapatkan pengalaman praktikal dalam menjalankan produksi filem sebenar.

Haleyson Roland, Presiden Cinemove Club, menyatakan bahawa, “Kami mahu memberi ruang kepada mahasiswa dan masyarakat untuk lebih peka dan menghargai karya filem tempatan. Melalui tayangan filem seperti Gold, kami juga memberi platform kepada pelajar untuk mempelajari lebih lanjut tentang proses pembuatan filem dan kesan sosial yang dibawanya.”

Menurut Pengarah Projek, Nur Syuhada, tema filem Gold sangat relevan dengan usaha mereka untuk mengangkat cerita golongan OKU. “Kami berharap filem ini akan membuka hati dan minda penonton untuk lebih memahami perjuangan golongan OKU. Ini juga satu peluang bagi kami untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa setiap individu mempunyai kisah yang berharga untuk dikongsi.”

Di samping itu, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM turut memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar mendapat pendedahan luas dalam industri perfileman. KPSK bukan hanya fokus kepada pendidikan teori, tetapi juga berusaha menyediakan platform yang membantu pelajar mempersiapkan diri dalam dunia profesional melalui latihan praktikal dalam projek-projek berkaitan filem. KPSK bertekad untuk melahirkan graduan yang mampu bersaing di peringkat global, setanding dengan visi UiTM untuk menjadi universiti yang diiktiraf dunia.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi impak kepada pelajar tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan. Melalui Unisinema@UiTM, program ini menyemarakkan perbincangan dan memperkukuhkan budaya sinema Malaysia di kalangan semua lapisan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Unisinema@UiTM dan Cinemove Club, anda boleh menghubungi Dini Batrisyia di talian 013-302 6629 atau layari laman Instagram rasmi mereka di @fita.cinemove.club.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Shaping Malaysia’s Future with Cloud and AI Technologies
Next: Haflah Al-Quran TV3 & Tonton Bersama Meraikan Keberkatan Tahun Baharu 2025

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.