Category: ATTRACTION

  • Meet in Malaysia @ Malaysia Business Events Week 2022, Reshaping Business Events

    Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) proudly conducts the Meet in Malaysia At Malaysia Business Events Week 2022 (MIM @ MBEW 2022), a premier gathering of the business events industry’s top figures. The opening ceremony, which will take place at World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) on August 29, 2022, will be officiated by YBhg. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Minister of Tourism, Arts and Culture (MOTAC).

    The signature of a Memorandum of Cooperation (MOC) between Malaysia and Indonesia’s business events stakeholders is a crucial component of this year’s MIM @ MBEW. YBhg. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Minister of MOTAC emphasises “I would like to congratulate MyCEB for its strategic vision in initiating the MOC with our industry colleagues from Indonesia. This strategic collaboration based on common goals and assets but also celebrate differentiators will lead to new opportunities for more business events, leading to more Indonesian business events delegates to Malaysia and vice versa. Malaysia and Indonesia already have a close tourism relationship as Top 5 source markets for the other. This MOC will help increase more business events delegates for both nations”.

    Through a Special Keynote – “Reshaping Business Events”, YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Secretary General of MOTAC indicates, “This year’s MBEW is different and special with so many industry leaders – both national and international – gracing our event and sharing their knowledge. To our global association leaders, I am delighted to note that there are 11 international associations supporting MIM @ MBEW – thank you for joining us onsite or online. I have no doubt that business events planners know that incorporating a destination’s culture into their agenda helps foster attendee engagement. Combining this with a sustainability or inclusive focus takes it one step further. After all Malaysia has been granted a seat in the UNESCO which focuses on education, scientific, culture which can link to business events”.

    The opening ceremony welcomes YBhg. Dato’ Sri Abdul Khani Daud, CEO of MyCEB, “MyCEB’s vision to be one of the world’s preferred international business events destinations and our mission to deliver a viable portfolio of international business events to attract business events delegates to Malaysia while enhancing the country’s profile on a global scale. This year’s MBEW aims to be the platform to drive all these. The most impactful sustainable business events advance the cause with creative ways, going beyond the traditional to integrate new opportunities designed to engage attendees, benefit and “give back” to host communities. Ultimately, being involved will help improve the products and experiences we promote to the market. This does not mean diverting from MyCEB’s role to sell and market the destination but evolving to a broader mandate”.

    Malaysia’s corporate events industry is forecast to develop rapidly. While dominating this industry is crucial for influential and substantial economic aspects, Malaysia is on the rise to make game-changing movements as the main centre for business event activities. This event plays a major part in impeding the development of business events sector by bringing together industry movers and shakers to learn about the newest trends that lead to stunning quantifiable outcomes. It is hoped that via gatherings like these, the floodgates of opportunity would be opened, allowing the nations’ progress in the corporate events market to blossom.

    Let’s BE Greater, Together. Meet in Malaysia.

    The Meet in Malaysia @ Malaysia Business Events Week 2022 Strategic Partners:
    1. Asian Federation of Exhibition and Convention Associations (AFECA) 
    2. Business Events Council Malaysia
    3. Evenesis
    4. Karyaneka
    5. Kraftangan Malaysia
    6. Malaysian Association of Convention & Exhibition Organisers & Suppliers (MACEOS)
    7. Malaysian Society of Association Executives (MSAE)
    8. Malaysia Airlines Berhad
    9. Sabah Tourism Board
    10. Shangri-La Kuala Lumpur
    11. World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)


    The Meet in Malaysia @ Malaysia Business Events Week 2022 Official media:
    1. BERNAMA
    2. M&C Asia


    The Meet in Malaysia @ Malaysia Business Events Week 2022 is in Collaboration with:
    1. Asia Convention Alliance (ACA)
    2. Destinations International
    3. Food Aid Foundation
    4. Global Association of the Exhibition Industry (UFI)
    5. Hybrid City Alliance (HCA)
    6. International Association of Exhibitions and Events (IAEE).
    7. International Association of Professional Congress Organisers (IAPCO)
    8. International Congress and Convention Association (ICCA)
    9. Union of International Associations (UIA)
    10. Kloth Cares
    11. Professional Convention Management Association (PCMA)

  • Al-Sajdah beri iktibar kepada umat Islam

    Al-Sajdah beri iktibar kepada umat Islam

    Fazrul menyampaikan tadabbur pada program Malaysia #QuranHour 2022 yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Selasa.

    Fazrul menyampaikan tadabbur pada program Malaysia #QuranHour 2022 yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Selasa.

    PUTRAJAYA – Surah Al-Sajdah yang dipilih sebagai bacaan pada program Malaysia #QuranHour 2022 mampu memberi iktibar kepada umat Islam untuk sentiasa mengamalkan konsep rendah diri dengan bertaqwa sepenuh jiwa dan raga kepada ALLAH SWT.

    Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail berkata, umat Islam seharusnya sedar bahawa ALLAH SWT adalah kunci kepada segala masalah atau nikmat yang dikecapi di dunia ini.

    “Tanda benar-benar merendah diri adalah dengan banyak bersujud dan berdoa selain bersedekah dan menolong orang lain tanpa curiga hartanya akan berkurangan.

    “Para pemimpin, keluarga dan masyarakat di negara ini perlu mengambil inisiatif dengan bertadabbur surah Al-Sajdah sebagai usaha mendidik nilai-nilai merendah diri agar negara ini berterusan merasai erti kemerdekaan,” katanya ketika ditemui selepas program Malaysia #QuranHour 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Selasa.

    Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali menjadi lokasi perdana buat kali keempat selepas pertama kali menjadi tuan rumah pada 2016.

    Malaysia #QuranHour 2022 mengangkat Surah Al-Sajdah sebagai formula tangani isu kesombongan melalui sujud, sedekah dan sabar dalam membina ‘Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.’

    Program interaksi al-Quran menerusi baca, faham dan amal itu diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang diadakan serentak secara fizikal di seluruh negara bermula jam 12 hingga 1 tengah hari.

    Sementara itu pentadabbur, Dr Shafiq Sahimi berpandangan, negara tidak akan mencapai kemerdekaan yang hakiki sekiranya tidak sujud kepada sistem yang dipandukan oleh al-Quran.

    “Sujud bukan hanya secara fizikal (iaitu) meletakkan kepala di tanah, tetapi makna sujud lain adalah kita bersedia untuk mematuhi segala sistem yang diturunkan dalam al-Quran.

    “Sujud kepada sistem bukan bermakna kita paksa orang bukan Islam pakai tudung tetapi sistem ekonominya yang tiada riba, (sistem) sosialnya tidak menzalimi, sistem masyarakat tidak merendahkan mana-mana pihak atau kaum, (sistem) dalam media tiada berita palsu, fitnah memfitnah, itulah yang dimaksudkan sujud dalam sistem,” katanya.


    Sumber

  • 5,000 sertai Malaysia #QuranHour di Kelantan

    5,000 sertai Malaysia #QuranHour di Kelantan

    Tengku Razaleigh (tengah) menyertai Malaysia #QuranHour selepas merasmikan program itu di Masjid Razaleigh pada Selasa.

    Tengku Razaleigh (tengah) menyertai Malaysia #QuranHour selepas merasmikan program itu di Masjid Razaleigh pada Selasa.

    GUA MUSANG – Malaysia #QuranHour 2022 peringkat negeri Kelantan yang berlangsung di Masjid Razaleigh yang menyerupai model Masjidil Haram Makkah di sini pada Selasa menarik lebih 5,000 penyertaan termasuk orang kurang upaya (OKU).

    Tambah menarik penganjuran itu menampilkan Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang berstatus OKU cacat penglihatan.

    Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK), Datuk Adnan Hashim berkata, penganjuran program oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada tahun ini mendapat penajaan utama rakan sinergi daripada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang beribu pejabat di Gua Musang.

    DATUK ADNAN HASHIM

    DATUK ADNAN HASHIM

    “Program membudayakan al-Quran itu berlangsung serentak di seluruh negara dan bagi Kelantan adalah pertama kali diadakan di luar dari ibu negeri Kota Bharu.

    “Bacaan al-Quran dan tadabbur diketuai Penasihat PRNNK, Profesor Madya Dr Azhar Muhammad bersama Muhammad Qayyim Nizar yang membacakan al-Quran braille,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

    Turut hadir, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang merasmikan program itu.

    Adnan berkata, Malaysia #QuranHour tahun ini memilih bacaan dan tadabbur surah Al-Sajdah serta bacaan doa Malaysia Teguh Bersama selama sejam bermula pada jam 12 tengah hari.

    Menurutnya, tambah unik penganjuran Malaysia #QuranHour di negeri ini majlis diadakan sekali lagi pada sebelah petang yang memberi fokus kepada pelajar-pelajar dari lebih 10 sekolah menengah di seluruh Gua Musang hadir ke masjid sama membaca al-Quran dan bertadabbur.

    Peserta membaca al-Quran dan bertadabbur pada Malaysia #QuranHour Kelantan di Masjid Razaleigh pada Selasa.

    Peserta membaca al-Quran dan bertadabbur pada Malaysia #QuranHour Kelantan di Masjid Razaleigh pada Selasa.

    “Peserta sebelah pagi datang seawal mendaftar seawal jam 8 pagi manakala peserta sebelah petang pada jam 2.30 petang.

    “Lebih 5,000 peserta yang hadir menyertai Malaysia #QuranHour di Kelantan pada tahun ini,” katanya.

    Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang berbesar hati menaja pengangkutan kereta api kepada 50 OKU pergi dan balik dari Kota Bharu ke Gua Musang untuk menyertai Malaysia #QuranHour 2022 di masjid itu.

    “Pengajuran kali ini sempena dengan bulan Kebangsaan yang bertemakan Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    “Bacaan juga berlangsung serentak di 10 lokasi terpilih antaranya surau Mydin Mall, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Rumah Ngaji Ala Perupok, Bachok dan Rumah Ngaji Tahsinul Quran Muslimah (TQMAH) di Kampung Sering,” katanya.

    Sumber

  • SME CORP. MALAYSIA BANTU KOMUNITI INKLUSIF MELALUI PROGRAM URBAN SMART FARMING

    Melaka, 26 Ogos 2022 – SME Corp. Malaysia merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), yang melaksanakan Program Urban Smart Farming melalui Saora Industries Sdn. Bhd. Ia merupakan salah satu daripada Rakan Penyedia Perkhidmatan yang telah dipilih di bawah Program Micro Connector untuk tahun ini.

    Program Micro Connector dilaksanakan selaku program khusus bagi membantu perusahaan mikro menjalankan perniagaan dengan lebih baik selain membimbing komuniti inklusif termasuk golongan wanita, belia, B40 dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam memperolehi kemahiran baharu, sekaligus menjana keuntungan menerusi aktiviti keusahawanan. Semenjak Program Micro Connector dilaksanakan pada tahun 2019 sehingga Disember 2021, SME Corp. Malaysia telah membantu seramai 19,171 peserta dalam kalangan perusahaan mikro dan individu dari komuniti inklusif. Manakala bagi tahun 2022 pula seramai 3,500 peserta telah menyertai Program ini.

    Menurut YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Program Urban Smart Farming yang dilaksanakan oleh Saora Industries Sdn. Bhd. ini merupakan antara projek yang sangat berbeza di bawah Program Micro Connector kerana buat julung kalinya SME Corp. Malaysia melaksanakan program yang melibatkan peserta dari Jabatan Penjara Malaysia dan Persatuan Pengasih Malaysia.

    Tambah beliau, program Urban Smart Farming ini merupakan projek berteraskan perusahaan sosial (SE) dengan sokongan daripada Penjara Negeri Melaka, PENGASIH Melaka dan Jabatan Pertanian Melaka telah memberikan latihan dan kemahiran dalam bidang pertanian pintar bandar. En. Rizal berkongsi bahawa seramai 50 orang peserta terlibat pada hari ini telah membuktikan komitmen mereka untuk mempelajari ilmu keusahawanan serta kemahiran baharu dalam bidang pertanian pintar bandar. Selain itu, melalui program ini, para peserta dapat menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah YBrs. Encik Rizal Bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia , YB Dr. Muhammad Akmal Saleh, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, Puan Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah, Penjara Negeri Melaka, Encik Rhazali bin Mohd Jan, Pengerusi, PENGASIH Melaka, Encik Mohd Fazwan bin Sabtu, Ketua Seksyen Pembangunan Komoditi dan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Melaka, Encik Ganesh Muren, Ketua Pegawai Eksekutif, Saora Industries Sdn. Bhd.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Program Micro Connector, sila layari https://www.smecorp.gov.my/ atau hubungi 1300 30 6000.

  • Adi Putra diberi penghormatan baca ikrar Malaysia #QuranHour 2022

    Adi Putra diberi penghormatan baca ikrar Malaysia #QuranHour 2022

    Adi Putra diberi penghormatan membaca ikrar pada program Malaysia #QuranHour 2022 yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya pada Selasa.

    Adi Putra diberi penghormatan membaca ikrar pada program Malaysia #QuranHour 2022 yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya pada Selasa.

    PUTRAJAYA – Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra menyifatkan peluang yang diberi penganjur kepadanya untuk membaca ikrar pada program Malaysia #QuranHour 2022 merupakan satu penghormatan baginya sebagai anak seni.

    Berkongsi pengalamannya itu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putra Halim berkata, peluang tersebut dimanfaatkan sebaiknya dan dalam masa sama turut memberi peringatan kepada dirinya untuk terus berpegang teguh pada al-Quran.

    “Saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mengundang untuk membacakan ikrar. Satu penghormatan dan penghargaan dan inilah yang boleh dimanfaat di luar sana, dalam erti kata sebenar manfaat.

    “Sebagai seorang muslim, saya perlu laksanakan tuntutan yang diamanahkan sebagai ummah. Maka ia perlu dimanfaatkan sebaiknya,” katanya ketika ditemui selepas program Malaysia #QuranHour 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Selasa.

    Program yang mengangkat surah Al-Sajdah menerusi interaksi al-Quran melalui baca, faham dan amal itu diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan berlangsung secara serentak di seluruh negara bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

    Dalam pada itu Adi berpandangan, program seumpama itu perlu diadakan setiap bulan bagi mengingakan orang ramai terutama umat Islam untuk sentiasa berpegang teguh dengan ayat-ayat al-Quran.

    “Kalau boleh buat sebulan sekali agar boleh uar-uarkan kepada masyarakat di luar sana bahawa program seperti ini wujud, bukan sahaja di mata kasar tetapi mata hati, apatah lagi kita hidup berpandukan al-Quran.

    “Bagi saya, kalau kita tidak manfaatkan (program) sebaik mungkin maka rugi sebagai seorang muslim, al-Quran jadi satu benteng atau tiang yang harus kita pegang mengikut firman (ALLAH) dan sabda Rasulullah SAW,” katanya.

    Sumber

  • KONSERT BOLLYWOOD JUBIN NAUTIYAL MENGASYIKKAN!

    Penyanyi Playback Popular India Hiburkan Peminat Di Malaysia Dalam Konsert ‘Jubin Nautiyal: Live In Malaysia’

    KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2022 – Demam Bollywood di Malaysia berakhir malam tadi apabila penyanyi latar (playback) nombor satu India, Jubin Nautiyal muncul menghiburkan seitar 3,000 peminat di Malaysia ketika konsert perdananya ‘Jubin Nautiyal: Live In Malaysia’ bertempat di dewan Plenary Hall, KLCC yang disidangkan oleh syarikat penganjur acara popular, Hitman Solutions.

    “Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di Malaysia dan sambutan yang saya terima cukup mesra. Meskipun singkat, saya berpeluang melihat tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan merasai makanan Malaysia, dan tujuan utama saya ke sini adalah bermain muzik bagi menghiburkan peminat saya di Malaysia,” jelas jejaka kacak berusia 33 tahun ini.

    Peminat dihiburkan selama lebih 2 jam di konsert Jubin malam tadi dengan hampir 30 lagu, termasuk lagu hits seperti Lut Gaye, yang telah menerima lebih 1.2 bilion tontonan di YouTube, Humnava Mere, Tum Hi Aana, dan Raataan Lambiyan. Jubin diiringi oleh 15 pemuzik berbakat yang telah mengembara dari India.

    “Rencananya, saya akan menyanyikan dalam 20 buah lagu sahaja tetapi kebanyakan peminat berasa hampa dan mahukan lebih, jadi saya hadiahkan 30 buah lagu kesemuanya yang saya nyanyikan secara medley demi tidak menghampakan perasaan mereka semua,” tambah Jubin.

    Kerjaya muziknya secara rasmi bermula apabila dia memasuki pertandingan realiti X Factor India. Dia tidak mara ke pusingan akhir, tetapi itu tidak menghalangnya atau mematahkan semangatnya, katanya. “Saya tidak pernah menganggapnya sebagai hobi atau sekadar minat, sebaliknya satu cara hidup, sama seperti bagaimana kita memerlukan makanan, seperti bernafas, kerana itulah pentingnya muzik dalam hidup saya,” katanya.

    “Saya rasa sangat bertuah kerana dapat menghibur dan menggembirakan peminat-peminat saya pada malam ini melalui muzik yang saya bawakan, saya hanya mengharapkan kasih sayang, senyuman yang terukir dan mungkin juga tangisan di wajah mereka (peminat), serta pulang dengan kenangan yang indah. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa, terima kasih Malaysia.”

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal, “Terima kasih kepada pembeli tiket dan kesemua yang hadir pada malam ini kerana sambutan yang diterima sangat memberangsangkan serta luar jangkaan. Serta terima kasih juga kepada Tourism Malaysia, Malaysia Truly Asia, Milestone Entertainment, Kuna KL, Clifftop Group Asia, Malik Streams, Astro Ulagam, Astro Box Office Bollyone HD, Bollylah, Raaga.my, D’Mart Travel & Tours Sdn Bhd. dan Varnam MY. Jangan lupa nantikan konsert seterusnya dari Hitman Soutions.”

    Kami berasa sangat terpesona dengan kualiti persembahan oleh Jubin Nautiyal yang menyentuh hati pada konsert pertamanya di Malaysia. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang telah membantu menyokong dan melibatkan diri dalam konsert ini.

  • PPAK laksana Malaysia #QuranHour kali ketujuh

    PPAK laksana Malaysia #QuranHour kali ketujuh

    ALOR SETAR – Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) terus menyokong usaha membudayakan masyarakat dengan amalan membaca al-Quran melalui perlaksanaan program Malaysia #QuranHour kali ketujuh di Auditorium PPAK pada Selasa.

    Pengarah PPAK, Shahizan Affandi Zakaria berkata, program ini mendapat sokongan daripada 70 perpustakaan awam, daerah dan desa dalam meningkatkan usaha mendekatkan al-Quran dalam kalangan masyarakat.

    Shahizan berkata, program ini merupakan langkah bagi membentuk masyarakat ke arah minat membaca al-Quran serentak dalam tempoh sejam samada secara bersendirian, berdua ataupun beramai-ramai di mana sahaja tidak kira sekolah,rumah ataupun pejabat.

    “Melalui program ini, kita berharap dapat mendekatkan al-Quran dalam kalangan rakyat Malaysia, sekaligus menjadikan perpustakaan relevan dalam masyarakat dan memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik selepas sekolah.

    “Alhamdulillah, seramai 393 peserta dari 70 perpustakaan di seluruh Kedah dengan 120 daripadanya di auditorium mengambil bahagian dalam acara yang memberi fokus kepada surah Al-Sajdah ini,” katanya pada Majlis Perasmian Malaysia #QuranHour 2022 di Auditorium PPAK, di sini, pada Selasa.

    Dalam perkembangan sama, beliau berharap usaha ini mampu memberi galakan kepada masyarakat untuk menjadikan al-Quran sebagai rutin bacaan setiap hari.

    “Walaupun bacaan al-Quran hanya dalam tempoh sejam namun ia diharapkan berterusan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” katanya.

    Sebelum itu, acara dimulakan dengan doa, diikuti ucapan aluan daripada Shahizan Affandi dan tayangan montaj Malaysia #QuranHour 2022.

    Ia disusuli bacaan surah Al-Sajdah dipimpin guru Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin (MASDAR) Syeikh Mahgoub Abdulaziz Mahgoub dan tadabbur Surah Al-Sajdah dilakukan Abdul Hadi Abu Kassim juga GurugMASDAR.

    Sementara itu, Wakil Rumah Ngaji Kedah, Saloni Mustaffa berkata, Malaysia #QuranHour di Kedah turut dilaksanakan secara serentak di beberapa lokasi lain di negeri ini.

    “Seramai 230 pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Hi-Tech Kulim mengambil bahagian dalam membaca al-Quran beramai-ramai dalam usaha membudayakan bacaan al-Quran khasnya surah Al-Sajdah.

    “Antara lain, SMK Agama Baling melibatkan 700 pelajar dengan matlamat menghayati dan tadabbur surah Al-Sajdah serta Masjid Sultanah Bahiyah,” katanya.

    Sebahagian peserta mengambil bahagian dalam program Malaysia #Quran Hour kali ketujuh di Auditorium PPAK pada Selasa.

    Sebahagian peserta mengambil bahagian dalam program Malaysia #Quran Hour kali ketujuh di Auditorium PPAK pada Selasa.

    Sumber

  • OPPO Released ‘Always-on Moment’ Videos and Launched ‘Perfect Companion’ Campaign in Various Regions

    The smartphone market is experiencing growing levels of competition. Innovation in customer experience and customer service are equally important as innovation in products and technologies. Customers benefit from a better customer journey and experience as a result, and their perception of the brand remains positive. An organisation may keep customers who are loyal while also upholding a strong reputation for the brand by improving the customer experience.

    Three video clips from genuine users in various countries were released by OPPO in June and July of this year, and the videos were well received by users. Together We Create, the first video, depicted the experience of senior citizens learning to use smartphones with the assistance of service representatives, while A Chance Meeting, the second video, tells the tale of a repairman who assists an Uber driver in locating and resolving GPS issues while still on standby, inside his car. The final video, titled Reunion, demonstrates how an OPPO support representative gave the user’s phone back when they experienced unusual conditions. The videos demonstrated how OPPO engages with its customers through typical daily issues.

    Whether it is an out-of-the-ordinary experience or a part of daily life, all the stories have shown OPPO’s service motto of “Care & Reach”, which aims to constantly remove the barrier between customers and OPPO products by empowering its users with simple ‘How-to’ guidance and the convenience brought about by advanced technology.

    In addition, OPPO also held its ” Perfect Companion in June” offline activities in Malaysia, Philippines, Pakistan, Egypt, Tunisia, and some other countries and regions, encouraging users to take their older parents to OPPO Service Centers and clear up their confusion on the daily use of cell phones, or fully master a new device function.

    In addition, they could choose to accompany their parents to upgrade the device software and maintain their devices free of charge as well. The month-long event aimed at inspiring users to bring their older parents more care and companionship by improving their user experience of their devices. With this event, plenty of older moms and dads were able to solve various smartphone usage problems and discover many convenient and interesting phone features, with the help of OPPO’s service staff.

    This effort has shown how dedicated OPPO is to offering considerate services and a hassle-free user experience, while also enabling the elder population to manage their devices because they are also tech-savvy. OPPO is committed to ensuring that customers get the most out of their OPPO Products through these initiatives.

  • 1,826 lokasi serentak jayakan Malaysia #QuranHour

    1,826 lokasi serentak jayakan Malaysia #QuranHour

    Para peserta hadir di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi menyertai Malaysia #QuranHour kali kelapan pada Selasa. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

    Para peserta hadir di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi menyertai Malaysia #QuranHour kali kelapan pada Selasa. – Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

    PUTRAJAYA – Malaysia #QuranHour kali kelapan yang berlangsung di lokasi perdananya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Selasa mengangkat surah Al-Sajdah sebagai formula tangani isu kesombongan melalui sujud, sedekah dan sabar dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kembali menjadi lokasi perdana Malaysia #QuranHour kali kelapan pada Selasa. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

    Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kembali menjadi lokasi perdana Malaysia #QuranHour kali kelapan pada Selasa. – Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

    Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini diadakan sempena Hari Kebangsaan 2022 diadakan serentak secara fizikal di seluruh negara bermula 12 hingga 1 tengah hari berlangsung dengan jayanya hari ini.

    Sebanyak 1,826 lokasi didaftarkan untuk penganjuran Malaysia #QuranHour di dalam negara dan satu lokasi di luar negara iaitu Brunei.

    AKAN MENYUSUL

    Sumber

  • Surah Al-Sajdah bergema di Masjid Taman Industri Sri Sulong

    Surah Al-Sajdah bergema di Masjid Taman Industri Sri Sulong

    BATU PAHAT – Bacaan Surah Al-Sajdah bergema di Masjid Taman Industri Sri Sulong dengan kehadiran lebih 600 peserta menyertai program Malaysia #QuranHour 2022 yang diadakan secara serentak di seluruh negara pada Selasa.

    Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid, Ahmad Hashim Ahmad Sabri diikuti bacaan Surah Al- Sajdah oleh guru ta’mir negeri Johor, Mohd Khalid Sujud.

    Md Yusof

    Md Yusof

    Pengerusi Rumah Ngaji Johor, Md Yusof Jamar berkata, ini merupakan kali pertama Malaysia #QuranHour diadakan di Batu Pahat dengan pemilihan Masjid Darul Salam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah.

    “Peserta yang hadir bukan sahaja dari Batu Pahat, ada yang datang dari Johor Bahru dan Kluang. Masing-masing cukup teruja untuk menyertai Malaysia #QuranHour yang diadakan serentak di seluruh negara menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

    “Penganjuran program seumpama ini cukup baik untuk masyarakat mendekati al-Quran dengan membaca, memahami dan menghafalnya,” katanya.

    Pada majlis itu seramai sembilan qari dan seorang pentadabbur menyampaikan Surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    Altirah

    Altirah

    Sementara itu, peserta Altirah Baharin, 29, gembira dan bersyukur kerana dapat menyertai Malaysia #QuranHour di Batu Pahat.

    “Saya datang dari Gelang Patah untuk program ini. Sudah tiga tahun saya aktif bersama Rumah Ngaji.

    “Banyak manfaat saya peroleh daripada program ini selain dapat meningkatkan ilmu dan membaiki bacaan Al- Quran,” ujarnya.

    Azhar

    Azhar

    Bagi, Azhar Nasran, 62, pula mengakui Malaysia #QuranHour cukup baik dalam menarik minat masyarakat.

    “Surah Al-Sajdah yang dipilih mempunyai makna cukup mendalam. Ia mengajar kita semua sama-sama bersujud dalam tidak sombong serta bersabar,” jelas Azhar.

    Za’aba Ibrahim, 51, berkata, kehadirannya ke Batu Pahat untuk menyertai Malaysia #QuranHour peringkat negeri.

    “Ini kali kedua, selepas penyertaan program Word#QuranHour di Machap pada Mac lepas.

    “Program Malaysia #QuranHour ini dapat membentuk kesedaran dalam diri melalui bacaan ayat suci al-Quran seterusnya membentuk iman,” tambahnya.

    Sumber