Category: ATTRACTION

  • Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

    Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

    Orang ramai memenuhi perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin seawal jam 11pagi.

    Orang ramai memenuhi perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin seawal jam 11pagi.

    PUTRAJAYA – Malaysia #QuranHour kali kelapan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang akan berlangsung hari ini membawa solusi dari surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

    Antara jemputan yang hadir ialah Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Nor Azamir Alias; Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak; bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar; pelakon, Datuk Adi Putra dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub.

    Orang ramai boleh turut serta secara fizikal pada acara Malaysia #QuranHour di lebih 1,800 hotspot di setiap negeri di seluruh negara.

    Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

    Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

    Mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal boleh mengikuti program tersebut yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah, Astro Oasis dan Facebook

    Tahun ini, Malaysia #QuranHour bertemakan ‘Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, acara itu menghadirkan solusi daripada Surah Al-Sajdah yang menyajikan formula bagi membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak.

    Selain itu, ianya diadakan bersempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 dalam usaha menghayati surah Al-Sajdah sekali gus membina negara Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur (negara baik yang mendapat keampunan Allah SWT) serta membentuk Keluarga Malaysia yang Teguh Bersama melalui formula sujud dan infak.


    Sumber

  • 3 GENERASI PEMUZIK ROCK NEGARA GEGARKAN DEWAN ZEPP KL!

    ‘YOLO Live Sessions: 3 Generations’ berjaya menghimpunkan ‘otai-otai’ rock tanah air termasuk kumpulan Spider, Noh Salleh, dan band XPDC yang dibawakan khas oleh jenama penganjur acara yang semakin mengharumkan nama YOLO Malaysia. Ia merupakan malam konsert yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik rock tanah air.

    Belum pernah lagi mana-mana penganjur acara yang berjaya menghimpunkan pemuzik dengan 3 genre rock yang berbeza dalam satu konsert. Rata-rata pengunjung hadir terhibur dan ‘sing-along’ dengan lagu-lagu yang dipersembahkan.

    Aksi pertama pada malam konsert dimulai kumpulan Spider dengan membawakan lagu-lagu hit mereka seperti Anti Graviti, Kacap Terlabik, Kau Saja, Hidupku, Mungkinlah Terjadi, ‘tribute’ istimewa Mentera Semerah Padi, Kelawar Vampira dan Mabok.

    Ini merupakan konsert pertama bagi Spider walaupun berkongsi pentas dengan nama-nama besar industri rock kita, dan peminat yang hadir sangat happening dan enjoy. Istimewanya, sifu Dato’M.Nasir turut hadir memberi sokongan dan kami sempat membuat ‘tribute’ spontan buat beliau melalui lagu Mentera Semerah Padi.

    Ketika aksi kedua dipersembahkan, Noh Salleh membawa ‘mood’ yang lebih romantis ke dalam dewan Zepp KL dengan menyanyikan lagu-lagu berentak retro popularnya seperti Gelung, Renjana, Mr. Polia, Biar Seribu, Sang Penikam, Angin Kencang dan Bunga Di Telinga.

    Terakhir, band rock yang digelar ‘Raja Funfair’, XPDC mempersembahkan lagu-lagu rock malar segarnya seperti Ntahapahapantah, Raja Kertas, medley 3 lagu (Titian Perjalanan, dan Aku Dan Sesuatu), Selendang Merdeka, Kita Pengyu, Senapang Patah, Kabus Semalam, Hidup Bersama, Bukan Milik Aku dan Semangat Yang Hilang.

    Ketiga-tiga pemuzik itu memberikan nyanyian unik lagu keramat terkenal Semangat Yang Hilang kepada penonton sebelum tirai konsert melabuhkan tirainya.

  • Perubahan minda melalui panduan al-Quran

    Perubahan minda melalui panduan al-Quran

    Malaysia #QuranHour kali kelapan diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

    Malaysia #QuranHour kali kelapan diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

    SHAH ALAM – Malaysia #QuranHour kali kelapan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) diharapkan dapat terus menjadi platform meningkatkan penghayatan al-Quran dalam kalangan masyarakat di negara ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, antara objektif utama acara tersebut adalah untuk membawakan perubahan minda masyarakat melalui panduan yang dinyatakan dalam al-Quran.

    “Kita mahu orang faham bahawa al-Quran itu menawarkan formula penyelesaian dalam konteks pekerjaan atau kehidupan itu sendiri. Kita mahu al-Quran menjadi solusi melalui perubahan minda yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

    Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada hari ini (Selasa) bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

    Dengan tema ‘Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, acara itu menghadirkan solusi daripada Surah Al-Sajdah yang menyajikan formula bagi membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak.

    Marhaini berkata, penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini diharapkan dapat meningkatkan lagi capaian orang ramai terhadap program yang dijalankan oleh WUIF.

    “Kita berharap akan bertambah lagi Quran Corner, atau Rumah Ngaji di semua negeri. Setakat ini kita mempunyai lebih 3,000 rumah ngaji.

    “Namun, yang lebih penting adalah misi kita iaitu untuk mengQurankan bangsa dan mengikhlaskan ummah,” ujarnya.

    Tambahnya, orang ramai boleh turut serta secara fizikal pada acara Malaysia #QuranHour di lebih 1,800 hotspot di setiap negeri di seluruh negara.

    Ujarnya, mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal boleh mengikuti program tersebut yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah, Astro Oasis dan Facebook rasmi QuranHour serta Sinar Harian.

    Sumber

  • Syeikh Osama imarahkan Malaysia #Quranhour di Perak

    Syeikh Osama imarahkan Malaysia #Quranhour di Perak

    IPOH – Guru al-Quran di Masjidil Haram, Syeikh Osama Mohamad Iqbal antara yang hadir menyertai Malaysia #Quranhour 2022 peringkat negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, Selasa ini.

    Penasihat Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah berkata, program bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 itu mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan negeri dan rakan sinergi lain, termasuklah Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

    Menurutnya, selain Syeikh Osama, turut hadir mengimarahkan program itu adalah Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak, Kebangsaan dan Antarabangsa, Radzi Kamarul Hailan.

    “Program akan bermula seawal jam 11.30 pagi sehingga 1.30 petang, kali ini mengangkat surah Al-Sajdah.

    “Bagi 500 orang pertama yang hadir akan mendapat al-Quran Wakaf,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

    Beliau berkata, Malaysia #Quranhour 2022 turut diadakan secara serentak di beberapa lokasi lain anjuran organisasi di bawah Rumah Ngaji Perak, insititusi awam dan swasta.

    Katanya, antara lokasi adalah di Pusat lslam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Laman Pejabat Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, Kem Tahanan Pusat Koreksional ( Penjara) Taiping, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Batu Kurau.

    “Dengan gelombang kerjasama ini, kita menyasarkan 10,000 orang akan hadir secara fizikal di semua lokasi di seluruh negeri,” katanya.


    Sumber

  • Masjid Taman Industri Sri Sulong lokasi utama di Johor

    Masjid Taman Industri Sri Sulong lokasi utama di Johor

    JOHOR BAHRU – Malaysia #QuranHour di negeri ini memilih Masjid Taman Industri Sri Sulong, Batu Bahat sebagai lokasi utama penganjuran program pada 30 Ogos ini.

    Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor, Mohd Yusof Jamar berkata, pada kebiasaannya lokasi di Johor Bahru menjadi pilihan penganjuran program, namun kelainan ditampilkan dengan Batu Pahat dipilih bagi memberikan kelainan.

    Menurutnya, seramai 700 orang dijangka hadir menyertai Malaysia #QuranHour di Masjid Taman Industri Sri Sulong, Batu Bahat.

    “Kebiasaannya di peringkat Negeri, pihak Rumah Ngaji mahupun sekretariat #QuranHour akan memilih lokasi di Johor Bahru. Namun kelainan pada tahun ini, kami ke daerah Batu Pahat bagi mengajak orang ramai untuk bersama mengikuti gelombang Malaysia #QuranHour.

    “Jika World #Quran Hour lepas kami pilih Machap sebagai lokasi penganjuran bersempena kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, namun kali ini Batu Pahat pula dipilih,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

    Menurut Mohd Yusuf, seramai sembilan Qari dan seorang pentadabbur yang akan menyampaikan surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    Katanya, tema tersebut selari dengan tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama, surah Al-Sajdah menyajikan formula membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak.

    “Kita mahu mengajak semua peringkat pemimpin bermula dari diri sendiri, keluarga masyarakat dan pemimpin bersujud, bersedekah dan sabar untuk memecah kesombongan

    “Formula ini mampu menjadi panduan dan solusi dalam membina sebuah keluarga, organisasi dan negara berbudi dan penyayang yang diredai ALLAH SWT,”Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur,” katanya.

    Malaysia #QuranHour dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia (MAPAM), Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.

    Sumber

  • Masjid Kariah Paroi Jaya lokasi utama Malaysia #QuranHour di NS

    Masjid Kariah Paroi Jaya lokasi utama Malaysia #QuranHour di NS

    SEREMBAN – Masjid Kariah Paroi Jaya di sini menjadi lokasi utama penganjuran Malaysia #QuranHour yang diadakan di Negeri Sembilan sempena Hari Kebangsaan ke-65 tahun ini.

    Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim berkata, pihaknya menyasarkan seramai 10,000 penyertaan dengan 1,000 peserta yang terlibat di lokasi utama.

    Menurutnya, seperti tahun-tahun sebelumnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjadi rakan sinergi dalam mengimarahkan program berkenaan.

    “Ketika fasa pandemik, program-program besar seperti #QuranHour terpaksa dibuat secara sederhana dan semuanya secara dalam talian saja.

    “Tapi Alhamdulillah selepas dua tahun tidak dapat mengadakan program ini secara besar-besaran, tahun ini kita bersyukur dapat kembali mengadakannya dengan melibatkan lebih ramai penyertaan antaranya terdiri daripada warga sekolah, Maahad Tahfiz, agensi dan jabatan kerajaan termasuk barisan kepimpinan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

    Menurutnya, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof dan Pengarah JHEAINS, Datuk Zaidi Ramli merupakan tetamu utama program.

    Tambahnya, pembacaan al-Quran diketuai oleh empat orang Qari iaitu Radzi Muhiddin, Yusof KamarudinAl Malik Faisal dan Lt (PA) Raja Mohd Kamarularif Raja Ismail.

    “Pentadabbur pula ialah Pensyarah Jabatan al- Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS), Syed Mohamad Zainudin Bichk Koyak,” kata beliau.

    Gharizah berkata, pemilihan Surah Al-Sajdah yang pada program kali ini sangat bertepatan kerana mengandungi formula istimewa dalam membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak

    Ujarnya, ia juga selari dengan tema Hari Kebangsaan 2022 ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang mana formula itu mampu menjadi panduan dan solusi dalam membina sebuah keluarga, organisasi dan negara berbudi serta penyayang yang diredai yang mendapat pengampunan Allah.

    “Formulasi ini diharap akan melahirkan mukmin yang tidak sombong, berjiwa besar, berkeperibadian mulia dan memiliki kerangka fikir al-Quran

    “Ia sekaligus dapat melahirkan pemimpin yang adil dan taat kepada Allah, sehingga terbentuknya sebuah negara ‘Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur’,” katanya.

    Tambah Gharizah, menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai satu amalan boleh membesarkan jiwa manusia dan jika nilai al-Quran dapat dimasukkan dalam sistem operasi diri, maka setiap tindakan yang diambil akan berasaskan taqwa.

    “Program #QuranHour seperti Malaysia QuranHour ini saban tahun diadakan, dengan tema dan surah yang berbeza-beza dan InsyaAllah setiap surah akan meresap ke dalam hati dan roh manusia.

    “Dengan ini kita boleh memerdekakan diri daripada kesombongan dan ketaksuban untuk menjadi orang yang bertaqwa sebenar. Maka terbentuklah Negeri dan negara yang ‘Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur’,” katanya.

    Sumber

  • Surah Al-Sajdah bakal bergema di Masjid Al-Hijrah

    Surah Al-Sajdah bakal bergema di Masjid Al-Hijrah

    KUALA TERENGGANU – Masjid Al-Hijrah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini akan bergema dengan Surah Al-Sajdah apabila dipilih sebagai lokasi utama program Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos ini.

    Setiausaha Pertubuhan RumahNgaji Negeri Terengganu, Wan Nur Aziemah Wan Mohd Azmi berkata, hampir 200 peserta dijangka hadir di lokasi utama program bagi mengambil manfaat daripada Malaysia #QuranHour itu.

    “Istimewa kali ini, kita membawa sebaran Al-Quran ke masjid PPR pula untuk menggalakkan semua penduduk sekitar dan kawasan berhampiran bandar sama-sama jayakan Malaysia #QuranHour selama sejam bermula 12 tengah hari.

    “Bagi memastikan program ini berjalan lancar, kita turut bekerjasama dengan beberapa rakan sinergi lain terutama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT),” katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.

    Menurut beliau, bacaan surah akan diketuai oleh Qari Abdul Hadi Che Abdul Halim dan pentadabbur Mohammad Amir Kholis Lukman yang merupakan pengasas Hilwan Madani.

    Wan Nur Aziemah berkata, selain masjid tersebut, beberapa sekolah di sekitar daerah berkenaan, Dungun dan kawasan lain turut mengadakan program sama bagi mengajak orang ramai menghayati surah Al-Sajdah.

    Tambah beliau, Malaysia #QuranHour kali ini yang diadakan serentak di seluruh negara akan membawa solusi dari surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    “Sujud membawa mesej kehambaan kepada Allah SWT. Semakin bersujud di hadapan Allah SWT, semakin terhakis rasa sombong dalam hati seorang hamba yang menghayati sujudnya.

    “Bersujud bagi seorang pemimpin sangat penting dalam meraih bantuan daripada Allah SWT bagi melancarkan urusan mentadbir dan mengurus sumber. Pemimpin dan rakyat sama kedudukannya di hadapan Allah SWT. Sujud adalah kemuncak kesatuan yang terbina atas dasar ubudiyah (kehambaan) kepada Allah SWT.

    “Maka, semakin tinggi rasa ubudiyah kepada Allah SWT, semakin kita berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dengan sabar (fastabiqul khairat) pada posisi masing-masing.

    “Semua pihak sama ada pemimpin mahupun rakyat, marilah bersama baca, faham dan amal surah As-Sajdah dengan menjadikan Malaysia #QuranHour yang bakal berlangsung sebagai pemangkin dan usaha ke arah baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur (negeri yang baik, aman dan diampuni Allah),” katanya.

    Sumber

  • 400 peserta Malaysia #QuranHour dijangka di Taiping

    400 peserta Malaysia #QuranHour dijangka di Taiping

    Pejabat Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, Taiping akan menjadi lokasi utama bagi kawasan Taiping untuk program Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos ini. (Gambar kecil: Hanita)

    Pejabat Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, Taiping akan menjadi lokasi utama bagi kawasan Taiping untuk program Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos ini. (Gambar kecil: Hanita)

    IPOH – Rumah Ngaji Taiping menganggarkan seramai 400 peserta termasuk kanak-kanak akan menyertai Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Laman Toh Puan Halimah, Pejabat Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, Taiping pada 30 Ogos ini.

    Penggerak Rumah Ngaji Taiping, Hanita Hashim berkata, selain daripada warga Rumah Ngaji di sekitar Taiping, seramai 70 kanak-kanak dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) berhampiran turut dijangka hadir.

    Menurutnya, jemputan juga turut dihantar kepada beberapa ketua jabatan seliaan wakil-wakil masjid berhampiran dan komuniti setempat untuk bersama-sama menghayati tema pada kali ini iaitu Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.

    “Alhamdulillah, kita mendapatkan sokongan kuat daripada Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Datuk Wan Mohd Isa Wan Mohd Razali yang menyediakan lokasi utama untuk Malaysia #QuranHour.

    “Menjadi harapan kita agar penganjuran ini berjaya disempurnakan dan paling penting surah al-Sajdah yang dipilih pada tahun ini dapat difahami serta nilai yang ada dapat diamalkan oleh peserta terlibat,” katanya kepada Sinar Harian.

    Hanita berkata, program berkenaan akan dimulai dengan bacaan surah al-Sajdah secara beramai-ramai dan diikuti tadabur surah berkenaan.

    Menurutnya, selepas itu bagi slot pesanan kemerdekaan akan menampilkan Wan Mohd Isa sebelum Ikrar Quran Malaysia Teguh dan diakhiri dengan doa.

    Jelasnya, orang ramai terutama yang berada di sekitar Taiping sangat dialu-alukan untuk turut serta di dalam program berkenaan.

    Sementara itu, beliau berkata, selain lokasi utama di Laman Toh Puan Halimah itu, Pusat Koreksional Kamunting dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Batu Kurau turut menganjurkan Malaysia #QuranHour secara serentak.

    Sumber

  • Malaysia #QuranHour bawa solusi dari surah Al-Sajdah

    Malaysia #QuranHour bawa solusi dari surah Al-Sajdah

    SHAH ALAM – Malaysia #QuranHour kali ke-8 anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) akan membawa solusi dari surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    Malaysia #QuranHour kali ke-8 akan diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 tengah hari hingga 1 petang, 30 Ogos ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, selari dengan tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama, surah Al-Sajdah menyajikan formula membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak.

    Menurutnya, formula ini mampu menjadi panduan dan solusi dalam membina sebuah keluarga, organisasi dan negara berbudi dan penyayang yang diredai ALLAH SWT, “Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur.”

    “Tahun ini kita bawa solusi dari surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    No Image Caption

    “Bacaan dimulakan dengan surah Al-Baqarah (ayat 1-5), diikuti surah Al-Sajdah ( ayat 1-5); (6-11); (12-15); (16-20); 21-25 dan (26-30) yang diselang selikan dengan tadabburnya,” katanya kepada Sinar Harian.

    Marhaini berkata, cabaran utama kemerdekaan selama 65 tahun adalah kesombongan jadi kita ambil panduan daripada surah Al-Sajdah dengan tiga solusi iaitu sujud, sedekah dan sabar.

    “Visi sempena Hari Kebangsaan tahun ini kita ambil dari surah Al-Fajr ayat 27-30 sebab di situ ALLAH SWT menyeru wahai jiwa-jiwa yang tenang sebenarnya kemerdekaan itu adalah apabila kita mencapai ketenangan jiwa berpandukan al-Quran.

    “Fokus sebagai pemimpin dan rakyat adalah ke arah jiwa-jiwa yang tenang dan dalam pada masa yang sama kita mahu menghancurkan kesombongan yang ada dalam diri kita,” ujarnya.

    No Image Caption

    Tambahnya, antara jemputan yang akan hadir ialah pelakon Datuk Adi Putra; Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Nor Azamir Alias dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.


    Sumber

  • Malaysia #QuranHour di Kedah sasar 500 peserta

    Malaysia #QuranHour di Kedah sasar 500 peserta

    ALOR SETAR – Malaysia#Quran Hour menyasarkan kira-kira 500 peserta membabitkan pelbagai peringkat umur di Kedah pada 30 Ogos ini.

    Wakil Rumah Ngaji Kedah, Saloni Mustaffa berkata, Malaysia #QuranHour di Kedah ini diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah Rumah Ngaji Kedah.

    Menurut beliau, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPANK) akan menjadi antara lokasi utama penganjuran Malaysia#Quran Hour di Kedah.

    “Selain itu, kempen peringkat negeri yang mengangkat surah al-Sajadah sebagai surah pilihan juga akan berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah.

    “Antara lokasi utama lain di Kedah termasuklah Sekolah Menengah Agama Baling,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

    Saloni menyatakan, pihaknya menyasarkan 500 peserta dalam program yang akan berlangsung selama satu jam bermula 12 tengah hari hingga 1 tengah hari nanti.

    Beliau memberitahu, kempen peringkat negeri yang akan berlangsung dalam tempoh lima hari lagi turut mendapat kerjasama perpustakaan daerah dan wakil pelbagai jabatan.

    Menurut Saloni, kempen mengangkat surah al-Sajadah untuk mengajak pemimpin dan rakyat bersujud, bersedekah dan sabar untuk memecah kesombongan dalam membina Baldatun Toyyiban wa Rabbun Ghafur selari dengan tema Hari Kebangsaan 2022; Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    Sumber