Category: ATTRACTION

  • Buah ranum yang tumbuh di tepi jalan, bolehkah kita makan sesuka hati?

    Buah ranum yang tumbuh di tepi jalan, bolehkah kita makan sesuka hati?

    BERTANYALAH sekurang-kurangnya minimum tiga kali kepada orang di sekeliling berkenaan tuan punya pokok sebelum pergi ke langkah seterusnya jika ingin menikmati buah berkenaan.

    BERTANYALAH sekurang-kurangnya minimum tiga kali kepada orang di sekeliling berkenaan tuan punya pokok sebelum pergi ke langkah seterusnya jika ingin menikmati buah berkenaan.

    MELIHAT buah yang masak ranum di tepi jalan, membuatkan sesiapa sahaja terliur.

    Namun begitu, untuk memetik dan mengambil buah itu begitu sahaja memang tidak boleh dilakukan.

    Masakan tidak, jika pokok itu mempunyai tuan, kita ibarat ‘si pencuri’ buah berkenaan kerana mengambil apa yang bukan menjadi hak sendiri.

    Jika dibiarkan begitu sahaja, alangkah membazirnya sedangkan hasilnya boleh dimanfaatkan.

    Apakah pandangan Islam tentang hal itu? Adakah buah tersebut boleh dimakan sesuka hati jika memang tidak ditemui siapakah tuan kepada pokok tersebut?

    Segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini akan merungkaikan tentang persoalan itu.

    Menurut pendakwah yang juga Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris, ada tiga langkah atau adab apabila ingin memanfaatkan buah daripada pokok yang tidak diketahui siapa tuannya.

    Apabila suatu pokok berbuah, contohnya rambutan, epal atau kurma di tepi jalan dan kita tidak tahu pemiliknya, adab yang pertama kita kena tanya sekurang-kurangnya minimum tiga kali kepada orang di sekeliling, terang beliau.

    “Jika orang tersebut kata ‘tidak tahu’, tiada jawapan dan sebagainya, kita pergi kepada langkah kedua iaitu dibolehkan untuk kita memakannya. Namun, ada syaratnya iaitu makan di situ saja dan tidak boleh dibawa balik atau dijual.

    “Yang ketiga, pokok itu mestilah tidak berada di dalam kawasan berpagar. Ya, kawasan berpagar itu merupakan simbolik atau lambang kepada ia milik seseorang,” katanya.

    Justeru, Fitri menasihatkan kita agar sentiasa berwaspada dan jangan sampai mengambil hak orang lain tanpa izin.

    Sumber

  • NHF tawar program perantisan 2020

    NHF tawar program perantisan 2020

    GRADUAN Program Meister Malaysia di bahagian 'Tool and Die', kilang pembuatan NHF.

    GRADUAN Program Meister Malaysia di bahagian ‘Tool and Die’, kilang pembuatan NHF.

    PENGELUAR alat ganti automotif, New Hoong Fatt Holdings Bhd (NHF) kini menawarkan 20 penempatan dalam program perantisan bagi tahun 2020.

    Pengarah Urusannya, Chin Jit Sin berkata, program perantisan atau Program Meister Malaysia (MMP) mewujudkan peluang Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) untuk pelajar Malaysia kini dibuka dan akan berakhir pada hujung Februari ini.

    Menurutnya, objektif program adalah mempersiapkan pelajar untuk ke alam pekerjaan di masa hadapan. Program itu juga merupakan sebahagian dari ekosistem yang didokong oleh industri, institusi latihan dan kerajaan.

    “Kami menyokong penuh usaha kerajaan dalam menghasilkan pekerja yang dilengkapi dengan kemahiran yang memenuhi tuntutan Revolusi Perindustrian 4 (IR) 4.0, sambil berusaha untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja pekerja tempatan dari 70 peratus kepada 85 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

    Seramai 22 graduan MMP dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dan Pemesinan Precision yang pernah mengikuti program di NHF kini bekerja di kilang pembuatan Kumpulan NHF di Klang.

    Selain itu, kira-kira 500 pelajar telah menyertai program tersebut daripada lapan institusi latihan dalam negara.

    Pusat Pembangunan Tenaga Manusia Selangor (SHRDC), salah satu daripada institusi latihan lulusan MMP, kini bekerjasama dengan syarikat industri seperti NHF, untuk mengenal pasti pelajar Malaysia yang sesuai untuk program itu.

    Pelajar dilatih selama dua tahun melalui pendekatan dua arah dengan kursusnya dilaksanakan di kedua-dua tempat kerja dan institusi latihan.

    Pelatih diberi pendedahan kepada situasi kerja sebenar di bawah bimbingan jurulatih yang kompeten dan pelatih Meister.

    Untuk maklumat lanjut, lawati www.shrdc.org.my/trainee/ atau www.autoglobal.com.my/meister/

    Sumber

  • Haram hadiri kenduri kahwin yang tidak dijemput

    Haram hadiri kenduri kahwin yang tidak dijemput

    “JOM kita pergi kenduri kahwin Humairah. Aku tak ada kawanlah nak datang. Kau temankan aku ye.”

    Demikian kata Faizah Halim (bukan nama sebenar) kepada rakannya, Mariam Arif (bukan nama sebenar).

    Pun demikian, Mariam sebenarnya rasa serba salah untuk mengikuti Faizah kerana dia tidak dijemput menghadiri walimah tersebut.

    Humairah hanya menjemput Faizah untuk memeriahkan majlis perkahwinannya dengan jejaka pilihannya.

    “Takkan aku nak pergi juga walimah tu dan makan. Malulah, sudahlah tuan rumah tak jemput, aku pula datang makan,” Mariam bermonolog dalam hati, pada masa sama menyusun ayat terbaik untuk menolak ajakan Faizah tadi.

    Barangkali anda pernah menghadapi situasi itu, bukan? Apakah tindakan yang patut dilakukan jika kita berdepan dengan situasi berkenaan?

    Apakah hukumnya apabila kita tetap hadiri majlis kenduri kahwin berkenaan dan makan jamuan disediakan walaupun tidak dijemput?

    Sebelum menjawab persoalan itu, perlu difahami bahawa hukum asal menghadiri majlis perkahwinan jika dijemput secara khusus adalah wajib.

    KEPADA mereka yang dijemput menghadiri walimah, wajib untuk memenuhi undangan berkenaan.

    KEPADA mereka yang dijemput menghadiri walimah, wajib untuk memenuhi undangan berkenaan.

    Ia berdasarkan pandangan majoriti ulama dalam Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali berdalilkan sebuah hadis daripada Ibn Umar RA.

    Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.” (Sahih Muslim)

    Bagaimanapun, jika kita tidak dijemput tuan rumah atau wakilnya, para ulama daripada empat mazhab iaitu Maliki, Hanafi, Syafie dan Hanbali sepakat menyatakan haram untuk menghadirinya.

    Ia termasuklah jika kita hadir tanpa diketahui sama ada tuan rumah reda ataupun tidak.

    Individu berkenaan juga boleh dihukumkan sebagai fasik dari sudut penyaksian dan menjatuhkan maruah jika terus-menerus melakukan perbuatan tersebut.

    Ini kerana ia sebenarnya termasuk kategori perbuatan memakan makanan yang haram berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:“Sesiapa yang dijemput tapi tidak memenuhi jemputannya, dia telah ingkar kepada ALLAH dan Rasul-NYA; dan siapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri.” (Sunan Abi Dawud)

    Namun demikian, seandainya tuan rumah memberi keizinan walaupun pada awalnya dia tidak dijemput, maka hukumnya adalah harus.

    Apa pun, ingatlah bahawa para ulama mengharamkan seseorang hadir ke kenduri tanpa dijemput jika diyakini tuan rumah tidak reda.

    Adapun, jika kita yakin tuan rumah reda dengan kehadiran kita, contohnya kita merupakan rakan atau saudara dan tiada permusuhan, namun mereka terlupa untuk menjemput kita, maka dalam keadaan tersebut, ia tidak diharamkan.

    (Sumber: Al-Kafi #1571: Hukum Hadir Walimah Tanpa Dijemput, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

    Sumber

  • Honda Accord 2020 dilengkapi pengecas turbo

    Honda Accord 2020 dilengkapi pengecas turbo

    HONDA Accord versi 2020 kini boleh ditempah di kesemua 100 pengedar sah Honda seluruh negara.

    HONDA Accord versi 2020 kini boleh ditempah di kesemua 100 pengedar sah Honda seluruh negara.

    HONDA Malaysia baru-baru ini mengumumkan model terbaharunya iaitu Honda Accord serba baharu yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini sedia untuk menerima tempahan.

    Honda Accord versi 2020 kini boleh ditempah di kesemua 100 pengedar sah Honda seluruh negara. Reka bentuk revolusinya dapat dilihat menerusi gaya fastback tanpa mengetepikan DNA sedan itu.

    Rupa luaran didatangkan dengan unit lampu depan lampu diod pemancar cahaya (LED) penuh tirus dan cukup bergaya. Rekaan lampu belakangnya turut menyerlahkan aspek premium.

    Sedan eksekutif itu kini dilengkapi dengan penawaran enjin 1.5L VTEC Pengecas Turbo, satu-satunya model dalam segmen-D buatan Jepun di Malaysia menawarkan ciri tersebut.

    Model generasi ke-10 Accord itu juga hadir dengan kuasa kuda 201PS. Daya tork maksimumnya sehingga 260 meter Newton (Nm) melebihi daripada yang dihasilkan enjin 2.4 liter dan bahan api lebih efisien.

    Selain itu, Honda Accord serba baharu itu juga diperluaskan dengan ‘Next Generation Advanced Technology’ dengan Honda Sensing penuh. Maklumat lanjut mengenai Accord 2020 serba baharu, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

    Sumber

  • Restoran ada tanda ‘no pork’, ‘pork free’ bukan 100 peratus halal

    Restoran ada tanda ‘no pork’, ‘pork free’ bukan 100 peratus halal

    APABILA melalui deretan restoran di premis perniagaan atau pusat beli-belah, perasan atau tidak, kadangkala terpampang tanda tulisan no pork dan pork free.

    Sekali pandang, restoran itu nampak begitu meyakinkan kerana tidak menyajikan makanan yang haram di sisi agama Islam iaitu daging khinzir.

    Persoalannya, bolehkah kita makan di kedai berkenaan? Adakah restoran berkenaan berstatus halal? Apa pula hukumnya jika kita makan di kedai tersebut?

    Mengulas lanjut jawapannya, pendakwah yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris mengajak kita untuk menelusuri dahulu tentang status halal.

    Ujar beliau, seantero dunia termasuk Malaysia menggunakan status halal termasuk di premis makanan.

    “Ia sebagai satu penanda aras bahawa restoran tersebut menggunakan 100 peratus barang-barang yang halal,” katanya merungkaikan persoalan berkenaan dalam segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini.

    Hasil pembacaan Fitri tentang restoran yang menggunakan tanda no pork atau pork free daripada seorang cef terkemuka dan beberapa artikel lain, beliau menyimpulkan kebarangkalian besar bahawa pengusaha premis perniagaan berkenaan tidak mendapat sijil halal yang jelas.

    “Ini kerana, ada percampuran (dalam produk dijual). Umpamanya, kedai itu menjual minuman arak di satu bahagian kedai. Satu bahagian lagi mereka betul-betul jaga, maknanya menggunakan ayam yang disembelih, kuali yang bersih dan diasingkan antara benda yang halal dan tidak halal.

    “Walaupun ia sudah elok diasingkan, namun ada benda-benda lain yang mana ia tidak 100 peratus halal. Sebab itu mereka letak (tanda) pork free kerana tidak menggunakan 100 peratus halal di dalam kedai tersebut,” terangnya.

    Dalam hal itu, beliau menasihatkan kita agar memilih kedai yang jelas dari segi status halalnya.

    “Ia termasuklah bahan yang digunakan dan sebagainya. Namun, jika kedai itu dekat dengan kampung kita contohnya (kedai) mak cik yang tiada tanda halal, itu cerita lain.

    “Kalau kita yakin, tahu latar belakang mereka dan sebagainya serta menggunakan sumber yang halal, maka tidak perlulah sampai status halal,” jelasnya.

    Tegas beliau, amat penting kita sebagai umat Islam prihatin tentang perkara yang melibatkan soal halal atau haram suatu makanan.

    “Sebolehnya, pergilah ke kedai yang ada sijil halal. Ia penting bagi mengelakkan kita daripada memakan benda-benda yang meragukan.

    “Bukan apa, ia dikhuatiri akan ‘menghitamkan’ hati kita. Apa yang kita makan itu akan jadi darah daging kita. Jadi, elakkan berbuat demikian,” tegasnya.

    Sumber

  • Lexus UX 200 tembusi pasaran tempatan

    Lexus UX 200 tembusi pasaran tempatan

    BAGI ciri keselamatan, semua varian UX dilengkapi lapan beg udara, cagak ISOFIX, Active Cornering Assist, ABS, EBD, BA, VSC dan Traction Control.

    BAGI ciri keselamatan, semua varian UX dilengkapi lapan beg udara, cagak ISOFIX, Active Cornering Assist, ABS, EBD, BA, VSC dan Traction Control.

    SETELAH membuat penampilan sulung pada November 2018 di acara Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 18), akhirnya Lexus UX 200 kini rasmi dibuka untuk tempahan pasaran tempatan.

    Kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover kompak itu dibina berasaskan platform Global Architecture-C (GA-C) yang mana ditawarkan dalam tiga varian iaitu Urban, Luxury dan F-Sport. Setiap satunya membawakan ciri dan elemen yang tersendiri.

    UX 200 dikuasakan oleh enjin petrol Dynamic Force 2.0-liter empat silinder digabungkan bersama kotak gear Direct-Shift CVT 10 kelajuan yang mampu menghasilkan 169 kuasa kuda (hp) dengan 205 meter Newton (Nm) tork. Selain itu, ia turut hadir dengan ciri-ciri seperti tailgate automatik, pengecas wayarles, cermin panorama dan pelbagai lagi ciri tambahan. Turut disertakan adalah sistem keselamatan Lexus Safety System+ (LSS+).

    Jentera itu juga turut dilengkapi dengan sistem audio Lexus Premium bersama enam pembesar suara, skrin infotainmen tujuh inci, interface Remote Touch, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Kulit Nuluxe, kemasan balutan hitam bagi tempat duduk hadapan larasan kuasa menambah gaya.

    Seperti model lain yang diimport oleh Lexus Malaysia, UX 200 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Sokongan selepas jualan pula boleh didapati di kesemua tujuh pusat servis Lexus di seluruh Malaysia.

    Sumber

  • Peserta teruja sertai Malaysia #QuranHour secara fizikal

    Peserta teruja sertai Malaysia #QuranHour secara fizikal

    PUTRAJAYA – Rata-rata peserta program Malaysia #QuranHour mengakui teruja untuk menyertai program itu secara fizikal di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.

    Pekerja swasta, Pazila Perdaus, 48, dari Ampang berkata dia sudah melakukan persiapan sehari sebelum program dan sangat teruja apabila program itu kembali diadakan di masjid dengan kehadiran peserta secara beramai-ramai.

    Pekerja swasta, Pazila Perdaus, 48.

    Pekerja swasta, Pazila Perdaus, 48.

    Ujarnya lagi, membaca al-Quran seharusnya dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

    “Saya membaca al-Quran ketika masa terluang selain memanfaatkannya untuk memahami isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.

    “Program #QuranHour ini adalah sangat bagus kerana bukan sahaja mengajak orang ramai untuk membaca surah secara beramai-ramai malah membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

    “Menerusi amalan membaca al-Quran setiap hari, kita akan menemui ketenangan dan segala urusan kita di dunia dipermudahkan. Sebab itu jadikan al-Quran sebagai teman, Insya-ALLAH…kita akan menemui ketenangan sebenar-benarnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

    Sementara itu, suri rumah, Siti Zainah Jemiran, 68, memberitahu dia setiap tahun tidak melepaskan peluang untuk menyertai program Malaysia #QuranHour tidak kira secara fizikal atau maya yang mengajak orang ramai untuk kembali mendidik diri menerusi nilai-nilai dari al-Quran.

    Suri rumah, Siti Zainah Jemiran, 68,

    Suri rumah, Siti Zainah Jemiran, 68,

    “Saya berdoa diberikan kesihatan yang baik dan masih kuat untuk sama-sama mengimarahkan masjid di sini dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran secara beramai-ramai.

    “Malah kita bukan sekadar membaca tetapi kita dapat memahami dan amalkan Surah Al-Sajdah dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

    Seorang lagi peserta, Hamidi A Hasan, 60, turut mencadangkan agar program tersebut dipanjangkan sehingga ke malam bagi memperbanyakkan lagi bacaan al-Quran.

    “Saya bersyukur kerana dapat menyertai program ini sejak awal dianjurkan selain berharap program seperti ini berterusan diadakan sampai bila-bila.

    “Ditambah pula program ini meningkatkan lagi minat orang ramai untuk membaca al-Quran selain kita dapat menghayati surah Al-Sajdah yang menyajikan formula bagi membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak,” jelasnya.

    Malaysia #QuranHour kali kelapan yang berlangsung di lokasi perdananya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Selasa mengangkat surah Al-Sajdah sebagai formula tangani isu kesombongan melalui sujud, sedekah dan sabar dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini diadakan sempena Hari Kebangsaan 2022 diadakan serentak secara fizikal di seluruh negara bermula 12 hingga 1 tengah hari berlangsung dengan jayanya hari ini.

    Sebanyak 1,826 lokasi didaftarkan untuk penganjuran Malaysia #QuranHour di dalam negara dan satu lokasi di luar negara iaitu Brunei.

    Sumber

  • Berkerusi roda tidak halang sertai Malaysia #QuranHour

    Berkerusi roda tidak halang sertai Malaysia #QuranHour

    Peserta Malaysia #QuranHour, Senut Othman, 82

    Peserta Malaysia #QuranHour, Senut Othman, 82

    PUTRAJAYA – Biarpun berkerusi roda, namun tidak menghalang semangat seorang warga emas untuk menyertai Malaysia #QuranHour yang diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, pada Selasa.

    Senut Othman, 82, yang menetap di Dengkil berkata, faktor usia bukan alasan untuk tidak bersama mengimarahkan program tersebut, malah menjadi pembakar semangat untuk terus menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai amalan dalam kehidupan.

    Menurut Senut, seawal jam 10 pagi dia bersama beberapa ahli keluarga yang lain tiba di masjid berkenaan untuk menyertai program penuh bermanfaat tersebut.

    “Anak perempuan, menantu bersama cucu bawa saya datang ke program ini dan sememangnya saya memang teruja nak ikut sebab saya rindukan suasana berkumpul bersama jemaah-jemaah dalam sebuah majlis agama.

    “Alhamdulillah saya masih diberi peluang dan diberikan kesihatan untuk sama-sama membaca surah Al-Sajdah serta menghayati makna dari surah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian selepas program Malaysia #QuranHour di sini pada Selasa.

    Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Selasa bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

    Malaysia #QuranHour 2022 mengangkat Surah Al-Sajdah sebagai formula tangani isu kesombongan melalui sujud, sedekah dan sabar dalam membina ‘Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama’

    Sementara itu, Senut berkata, selain membaca dan menghayati al-Quran, program ini juga turut dapat mengeratkan silaturahim sesama peserta yang hadir serta menguatkan kembali hubungan ukhuwah umat Islam.

    Jelasnya lagi, Malaysia #QuranHour merupakan satu program yang sangat memberi manfaat dari segi mengumpulkan kembali masyarakat selepas sekian lama tidak berjumpa berikutan pandemik Covid-19.

    “Saya rasa seronok dapat bertemu dengan sahabat-sahabat baharu di sini dengan membaca surah secara beramai-ramai malah dapat menambah ilmu baharu tentang makna dari surah-surah disampaikan oleh pentadabbur,” jelasnya.


    Sumber

  • Pemilihan Al-Sajdah tepat, dekat di hati rakyat

    Pemilihan Al-Sajdah tepat, dekat di hati rakyat

    Pemilihan surah Al-Sajdah pada program Malaysia #QuranHour 2022 disifatkan amat tepat dan dekat di hati masyarakat Malaysia pada ketika ini.- Foto Bernama.

    Pemilihan surah Al-Sajdah pada program Malaysia #QuranHour 2022 disifatkan amat tepat dan dekat di hati masyarakat Malaysia pada ketika ini.- Foto Bernama.

    PUTRAJAYA – Pemilihan surah Al-Sajdah pada program Malaysia #QuranHour 2022 disifatkan amat tepat dan dekat di hati masyarakat Malaysia pada ketika ini.

    Qari, Ahmad Tarmizi Abd Rahman berkata, surah ini mampu menyuntik semangat kecintaan kepada pencipta selain menyemai rasa sayang kepada tanah air sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos ini.

    “Surah ini kalau diperhatikan sangat dekat dengan masyarakat (kerana) setiap kali solat Subuh di masjid pada hari Jumaat, akan dibacakan Al-Sajdah dan Al-Insan, tetapi kadang-kadang kita tidak menghayati maknanya. Kalau dihayati, surah ini sebenarnya mampu menyuntik semangat dan menghidupkan hati-hati rakyat dengan maknanya.

    “Antara pengajaran pada ayat ini adalah tentang bagaimana ketika manusia sudah dengar dan lihat azab hari kiamat dan kita nak minta kepada ALLAH SWT kembalikan (kita) ke dunia untuk beribadah, masa itu sudah terlambat.

    “Jadi untuk memecahkan kesombongan dan ketundukan kepada ALLAH SWT, maka sebab itulah tema surah ini selalu diangkat, untuk mengajak rakyat menghayati, sujud kepada pemilik iaitu Allah SWT,” katanya ketika ditemui selepas program Malaysia #QuranHour 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Selasa.

    Program yang mengangkat tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama itu diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan dilangsungkan secara serentak di seluruh negara bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

    Sementara itu qari, Ahmad Tirmizi Ali berpandangan, program tersebut memberi mesej yang penting kepada pemimpin dan rakyat supaya mengikis sifat sombong selain sama-sama berganding bahu membangunkan negara.

    Ahmad Tarmizi, Ahmad Tirmizi Ali

    Ahmad Tarmizi, Ahmad Tirmizi Ali

    “Satu mesej yang begitu besar sempena menyambut Hari Kebangsaan 2022 dan menerusi surah Al-Sajdah, ia memberi mesej kepada kita untuk betul-betul merendah diri di depan ALLAH SWT selain melakukan kebaikan sesama manusia.

    “Selain merendah diri sesama umat Islam dan berbuat baik tanpa mengira bangsa, mudah-mudahan kita menjadi rakyat yang berjiwa Malaysia dan cintakan tanah air,” katanya.

    Menurutnya, program ini dilihat sebagai satu panggilan untuk semua pihak yang ‘alpa’ dan leka tentang hal duniawi.

    “Manusia mempunyai sifat yang mudah lemah dan sering lupa, maka program seumpama ini wajar diperkasakan dan diteruskan kerana ia sebenarnya memberi semangat dan motivasi kepada kita.

    “Apabila kita leka, kita akan diperingatkan dengan ayat-ayat al-Quran sekali gus memberi kesedaran untuk terus amalkan membaca ayat suci dan berzikir,” jelasnya.


    Sumber

  • 1,000 peserta alunkan surah Al-Sajdah

    1,000 peserta alunkan surah Al-Sajdah

    Suasana Malaysia #QuranHour di Masjid Qaryah Paroi Jaya.

    Suasana Malaysia #QuranHour di Masjid Qaryah Paroi Jaya.

    SEREMBAN – Penganjuran Malaysia #QuranHour yang berlansung di Masjid Qaryah Paroi Jaya di sini bersempena Hari Kebangsaan ke-65 pada Selasa mencapai sasaranya dengan penyertaan 1,000 peserta yang hadir.

    Pengerusi masjid berkenaan, Mohamad Fadzilah Zulkafly berkata, daripada jumlah itu sebahagian peserta itu merupakan pelajar sekolah dan anak-anak tahfiz dari 45 buah sekolah.

    “Penganjuran program ini juga mampu menarik orang ramai terutamanya golongan muda untuk mengimarahkan masjid sekali gus menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai satu amalan.

    “Selain itu, pemilihan Surah Al-Sajdah pada kali ini sangat bertepatan dalam membentuk mukmin sejati yang tunduk dan patuh pada seruan ALLH SWT,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Selasa.

    Dalam pada itu, menurut isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang berikutan ia memberi manfaat kepada orang Islam.

    Sementara itu, Sinar Harian sebelum ini melaporkan seperti tahun-tahun sebelumnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjadi rakan sinergi dalam mengimarahkan program berkenaan.

    Seleas dua tahun tidak dapat mengadakan program ini secara besar-besaran, tahun ini ia kembali diadakan dengan melibatkan lebih ramai penyertaan, antaranya daripada warga sekolah, maahad tahfiz, agensi dan jabatan kerajaan termasuk barisan kepimpinan.

    Pembacaan al- Quran diketuai oleh empat orang qari iaitu Radzi Muhiddin, Yusof Kamarudin Al Malik Faisal dan Lt (PA) Raja Mohd Kamarularif Raja Ismail.

    Pentadabbur pula ialah Pensyarah Jabatan al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Syed Mohamad Zainudin Bichk Koyak.


    Sumber