Category: ATTRACTION

  • Ibnu Khaldun pelopor pemikiran moden dalam pelbagai bidang

    Ibnu Khaldun pelopor pemikiran moden dalam pelbagai bidang

    NAMA Ibnu Khaldun antara cendekiawan Islam yang tidak asing lagi sekitar abad ke-14. Beliau melakar sejarah sendiri ketika zaman itu dengan kehebatannya sebagai seorang tokoh sejarawan dan pemikir Islam dalam bidang sosial, politik, pendidikan dan falsafah yang diiktiraf oleh seantero dunia.

    Figura hebat kelahiran Tunisia pada 1332 Masihi itu diiktiraf sebagai pengasas kajian sejarah moden, sosiologi dan ekonomi.

    Pandangan Ibnu Khaldun turut dikagumi bukan sahaja oleh tamadun Islam, tetapi juga dunia Barat. Tokoh sejarah berketurunan Yahudi, Profesor Emeritus Dr Bernerd Lewis menyifatkan Ibnu Khaldun sebagai ahli sejarawan Arab yang hebat pada zaman pertengahan.

    Pemilik nama Abd Rahman bin Muhammad bin Muhammad dikenali sebagai Ibnu Khaldun sempena nama tempat kelahirannya iaitu di kawasan Khalduniyah di Tunisia.

    Menyoroti historiografinya, ia agak menarik untuk disingkap dengan penuh keinsafan. Lelaki berketurunan Arab Yemen itu bukan sembarangan individu. Bapanya merupakan seorang sarjana. Kehandalan beliau dalam pelbagai bidang itu sebenarnya sudah terbukti sejak kecil lagi.

    Masakan tidak, tokoh hebat itu sudah menghafaz al-Quran sejak kecil, selain menguasai pelbagai bidang ilmu pada usia belasan tahun. Ketekunannya menggali ilmu fardu ain dan kifayah memang sudah dilentur pada usia yang muda.

    Ketika berusia18 tahun, ilmuan genius itu terpaksa berhenti belajar gara-gara Tunisia ditimpa wabak taun. Beliau bagaimanapun kembali melanjutkan pengajian tinggi dengan guru dan ulama terkenal ketika tinggal di Fez, Maghribi.

    Sekitar tahun 1375, Ibnu Khaldun berhijrah ke Granada, Sepanyol. Sekali lagi beliau merantau lantaran keadaan politik di negara tersebut tidak stabil. Beliau ke Algeria, Bougie dan akhir sekali ke Mesir yang menjadi destinasi akhirnya.

    Tokoh ilmu, pemikiran yang hebat

    Biarpun merentas pelbagai ranjau dan liku ketika menuntut ilmu, namun ia tidak ‘merencatkan’ pemikiran Ibnu Khaldun.

    Ilmu masyhur itu merupakan tokoh penting yang mampu menganalisis tamadun dari segi formula, faktor kegemilangan dan kejatuhannya. Beliau juga berupaya memberi tafsiran sejarah berdasarkan ekonomi, psikologi, sosiologi, alam sekitar dan geografi.

    Ibnu Khaldun bukan sekadar pemikir semata-mata. Sebaliknya, gagasan fikrahnya itu turut diaplikasikan ketika diberi tanggungjawab menyandang jawatan penting dalam negara.

    Menurut riwayat yang masyhur, figura hebat berkenaan dikatakan berkhidmat selama lebih 20 tahun untuk beberapa negara antaranya Tunisia, Maghribi, Andalus dan di Timur Tengah.

    Kewibawaannya menonjol apabila dilantik menjadi kadi di Mesir. Figura hebat itu mampu mentadbir dengan baik. Kebijaksanaannya itu juga mendorong Sultan Mesir ketika itu, Sultan Burquq memberikan gelaran Waliyuddin kepada Ibnu Khaldun.

    Ketokohannya begitu terserlah kerana berjaya memajukan konsep ekonomi, perdagangan, kebebasan dan terkenal dengan hasil kerjayanya dalam pelbagai bidang.

    Ternyata beliau dikurniakan kebolehan yang bukan calang-calang. Ibnu Khaldun begitu masyhur apabila idea yang dibangunkannya berkaitan dengan peranan kerajaan diguna pakai sehingga ke hari ini.

    Menurut beliau, tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya daripada keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan dan menguruskan penghasilan wang.

    Ibnu Khaldun juga terkenal sebagai pelopor kepada pemikiran moden seperti sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan. Maka, tidak hairanlah beliau digelar sebagai bapa sejarah kebudayaan dan sains sosial moden.

    Dari segi ekonomi, Ibnu Khaldun ialah individu penting yang memajukan teori nilai dan hubung kait dengan tenaga buruh. Beliau juga memperkenalkan pembahagian tenaga kerja dan menyokong pasaran terbuka.

    Selain itu, beliau antara orang yang menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga serta keuntungan, menolak cukai yang tinggi dan menyokong perdagangan bebas dengan orang asing. Beliau percaya kepada kebebasan memilih. Ia bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka.

    Sesungguhnya, keintelektualan formasi pemikiran Ibnu Khaldun banyak diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat moden yang mahu mengimbangi antara pembangunan fizikal dan spiritual.

    Biarpun tokoh hebat itu sudah meninggal dunia pada 1406 Masihi ketika berusia 76 tahun di Kaherah, Mesir, namun warisan peninggalannya memberi 1,001 rahmat kepada seluruh dunia.

    PROFIL

    Nama: Abd Rahman bin Muhammad bin Muhammad

    Gelaran: Ibnu Khaldun

    Kepakaran: Sosial, sejarah, politik, pendidikan, ekonomi, falsafah, psikologi, sosiologi, alam sekitar dan geografi

    Tahun kelahiran: 1332 Masihi

    Tahun kematian: 1406 Masihi

    Karya agung:

    – Karya pertama Ibnu Khaldun ialah al-Ibar.

    – Kitab al-Muqaddimah merupakan jilid pertama kitab al-Ibar yang mempunyai tujud jilid.

    – Ketinggian pemikiran dan ilmu beliau dalam kitab al-Muqaddimah telah diiktiraf oleh sarjana Muslim dan Barat.

    – Kitab itu menjadi kemuncak karya pemikiran dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan mempunyai huraian jelas terutama hukum-hukum berkaitan ilmu sains sosial atau sosiologi.

    Sumber

  • OPPO Melancarkan Video ‘Always-on Moment’ dan Melancarkan Kempen ‘Perfect Companion’ di Pelbagai Wilayah

    Pasaran telefon pintar sedang mengalami tahap persaingan yang semakin meningkat. Inovasi dalam pengalaman pelanggan dan perkhidmatan pelanggan adalah sama pentingnya dengan inovasi dalam produk dan teknologi. Pelanggan mendapat manfaat daripada perjalanan dan pengalaman pelanggan yang lebih baik sebagai hasilnya, dan persepsi mereka terhadap jenama kekal positif. Sebuah organisasi mungkin mengekalkan pelanggan yang setia sambil juga mempertahankan reputasi yang kukuh untuk jenama dengan meningkatkan pengalaman pelanggan.

    Tiga coretan video yang dikeluarkan OPPO pada bulan Jun dan Julai tahun ini telah dirakam oleh pengguna sebenar di negara yang berbeza, dan orang ramai nampaknya menyukainya. Video pertama, Together We Create, mempamerkan pengalaman pengguna warga emas yang telah mempelajari cara menggunakan telefon pintar dengan bantuan penasihat perkhidmatan, manakala video kedua, A Chance Meeting, menceritakan kisah seorang juruteknik pembaikan yang membantu pemandu Uber mengenal pasti. dan selesaikan isu GPS semasa masih bersedia, duduk di dalam keretanya. Sebaliknya, filem terakhir, Reunion, menunjukkan bagaimana ejen perkhidmatan pelanggan OPPO memberikan telefon itu kembali kepada pelanggan yang mempunyai keadaan luar biasa. Filem ini menunjukkan cara OPPO berinteraksi dengan pelanggannya dengan menangani masalah mereka dan menyelesaikan sedikit isu harian.

    Setiap cerita telah menunjukkan bagaimana etos perkhidmatan OPPO, “Care & Reach,” cuba terus mengurangkan halangan antara pengguna dan barangan OPPO dengan memberikan pengguna arahan “Cara-cara” yang mudah dan kemudahan yang disertakan dengan teknologi canggih.

    Selain itu, OPPO mengadakan acara luar talian “Perfect Companion in June” di Malaysia, Filipina, Pakistan, Mesir, Tunisia dan negara serta wilayah lain. Acara ini menggesa pengguna untuk membawa ibu bapa mereka yang sudah tua ke Pusat Servis OPPO supaya mereka dapat menjawab soalan mereka tentang penggunaan telefon bimbit atau memahami sepenuhnya ciri peranti baharu.

    Mereka mempunyai pilihan untuk pergi bersama ibu bapa mereka untuk melakukan kemas kini perisian percuma dan penyelenggaraan pada alat mereka. Promosi selama sebulan itu menggalakkan pelanggan untuk memberikan ibu bapa mereka yang lebih tua perhatian dan syarikat dengan meningkatkan cara mereka menggunakan telefon pintar mereka. Dengan bantuan pasukan perkhidmatan OPPO, ramai ibu bapa yang lebih tua dapat menyelesaikan pelbagai isu penggunaan telefon pintar dan mengetahui tentang banyak ciri telefon yang berguna dan menarik pada acara ini.

    Dengan membolehkan generasi lama mengurus peranti mereka dan menunjukkan bahawa mereka juga celik teknologi, projek ini telah menunjukkan betapa berdedikasinya OPPO untuk menyediakan perkhidmatan yang bertimbang rasa dan pengalaman pengguna yang tidak menyusahkan. Dengan mengambil langkah-langkah ini, OPPO komited untuk memastikan pelanggan mendapat yang terbaik daripada Produk OPPO mereka.

  • Teknologi canggih kereta api peluru

    Teknologi canggih kereta api peluru

    PEMBUKAAN landasan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jing-Zhang dengan kos 58.4 bilion yuan (RM34.43 bilion) itu dikatakan projek pintar pertama di dunia dengan spesifikasi cukup canggih.

    Kejayaan China membangunkan teknologi kereta api pintar tanpa pemandu yang dilengkapi teknologi komunikasi generasi kelima (5G) itu begitu mengagumkan.

    Dengan siapnya pembinaan landasan kereta api peluru pintar pertama dunia melibatkan kos hanya 58.4 bilion yuan (RM34.43 bilion), keupayaan negara itu tidak boleh disangkal lagi.

    Lebih mengejutkan, kecanggihan reka bentuk landasan terbabit adalah yang pertama seumpamanya di dunia. Ia juga menggunakan teknologi robotik untuk membaiki dan menyelenggara kereta api.

    Selain rangkaian isyarat 5G dan pencahayaan canggih, sebanyak 2,718 sensor dipasang untuk mengumpul data masa nyata dan mengesan apa-apa kelainan operasi.

    Apa lagi yang canggih? Ya, setiap kerusi penumpang mempunyai panel kawalan skrin sentuh sendiri dan tempat mengecas tanpa wayar yang selesa. Jadi, segala urusan berkaitan boleh dilakukan dengan mudah.

    Di stesen pula, sistem pengenalan wajah dan teknologi robotik digunakan untuk membantu memberikan arahan, mengangkat bagasi dan mendaftar masuk penumpang tanpa penggunaan kertas.

    Semua itu hanyalah untuk persediaan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022!

    Landasan yang menghubungkan bandar kedua terbesar China dengan Zhangjiakou sejauh 108 batu nautika itu boleh direntasi hanya dalam masa 47 minit.

    SPESIFIKASI canggih termasuk mengecas tanpa wayar disediakan untuk penumpang Kereta api Berkelajuan Tinggi Jing-Zhang.

    SPESIFIKASI canggih termasuk mengecas tanpa wayar disediakan untuk penumpang Kereta api Berkelajuan Tinggi Jing-Zhang.

    Satelit global

    Sejauh mana ‘pintarnya’ kereta api berkelajuan tinggi terbaharu yang dikenali sebagai siri ‘Fuxing’ dengan nama asalnya ‘Hexie’ yang bermakna keharmonian itu?

    Memetik laporan Dailymail.co.uk, pakar China mendakwa, kereta api yang menggunakan gerabak penumpang dengan spesifikasi canggih itu mampu bergerak dengan kelajuan 350 kilometer (km) sejam.

    Hanya dalam tempoh empat tahun, projek landasan meliputi jarak 174km dengan 10 perhentian berkenaan dibuka secara rasmi untuk kegunaan umum pada 30 Disember lalu.

    Jika diimbas kembali, teknologi kereta api peluru tanpa pemandu sudah lama dibangunkan di China, malah menjadi bahagian penting dalam rangkaian pengangkutan awam di negara tembok besar tersebut.

    Bermula pada tahun 1909, landasan kereta api pertama dibina bagi menghubungkan Beijing dan Zhangjiakou yang mengambil masa lebih lapan jam.

    Namun kini, laluan asal itu sudah ditutup dan tidak lagi berfungsi. Kebanyakan stesen asal dihentikan operasi sejak 2016 lagi bagi memberi laluan kepada projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi yang baharu.

    Menurut China Railway Group, teknologi lokomotif negara itu semakin canggih apabila bakal dikendalikan oleh sistem navigasi satelit global yang dibangunkan Beidou.

    SISTEM navigasi satelit global yang dibangunkan Beidou dijangka siap tahun ini selepas roket pembawa Long March-3B menerbangkan dua satelit navigasi tersebut dari Pusat Pelancaran Satelit Liangshan pada 23 November lalu.

    SISTEM navigasi satelit global yang dibangunkan Beidou dijangka siap tahun ini selepas roket pembawa Long March-3B menerbangkan dua satelit navigasi tersebut dari Pusat Pelancaran Satelit Liangshan pada 23 November lalu.

    Projek navigasi baharu bernilai AS$9 bilion (RM36.81 bilion) tersebut dijangka siap pada tahun ini sekali gus bakal menyaingi dan dikatakan akan menggantikan Sistem Kedudukan Global (GPS) yang dibangunkan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

    Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jing-Zhang itu turut menterjemahkan misi pembangunan, peralatan dan operasi pintar seterusnya mencipta sejarah kereta api pintar pertama dunia. Itu kata jurutera kanan Perunding dan Reka Bentuk Kejuruteraan China Railway Group, Li Hongxia.

    “Kejayaan menyiapkan projek landasan itu menjadi sejarah dalam lembaran kronologi projek kereta api negara.

    “Jika mengikut pelan landasan, projek kereta api itu akan melalui wilayah Hebei. Perjalanan asal yang memakan masa lebih tiga jam mampu disingkatkan kepada kurang 50 minit,” ujarnya yang dipetik Technology Daily.

    Meski kereta api pintar diprogramkan tanpa pemandu, namun kehadiran pemandu ‘diwajibkan’ bagi memantau operasi automatik dan mengendalikan insiden kecemasan yang tidak diingini.

    Pun demikian apa yang menarik, segala kerosakan dan kerja penyelenggaraan diuruskan oleh robot. Bukan calang-calang ‘mekanik’ yang dibawakan, tetapi robot yang memilik kecerdasan buatan (AI).

    Hal itu itulah juga yang menjadi keluhan jurutera projek Kumpulan China Railway Seventh, Di Kemeng yang memaklumkan kebanyakan pekerja diganti dengan mesin untuk melakukan kerja pembaikan gerabak dan trek kereta api.

    CHINA melancarkan kereta api berkelajuan tinggi demi Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

    CHINA melancarkan kereta api berkelajuan tinggi demi Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

    Teruja

    Sebaik tiba di Stesen Kereta Api Beijing Utara, kereta api peluru pertama dunia sudah siap sedia menunggu penumpang tepat jam 8.30 pagi.

    Keterujaan untuk menaiki kereta api canggih turut dikongsikan Yang Yang, juara Olimpik Musim Sejuk China pertama yang memenangi dua pingat emas dalam acara luncur ais pada Olimpik Musim Sejuk 2002 di Salt Lake City, AS.

    Wanita berusia 44 tahun itu tidak menafikan kemudahan kereta api berkelajuan tinggi Beijing-Zhangjiakou amat penting sebagai pengangkutan penghubung Sukan Olimpik dan Paralimpik 2022.

    “Kemudahan itu dapat meningkatkan kecekapan kerja selain mempromosikan sukan musim sejuk di China. Ia juga dapat mengembangkan lagi ekonomi setempat,” katanya yang kini menjadi Ketua Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

    Siapa sangka, China mempunyai sistem landasan kereta api terbesar di dunia iaitu 139,000km selain rangkaian rel berkelajuan tinggi sepanjang 35,000km sejak 2019 lagi.

    Ia telah membelanjakan lebih 2.8 trilion yuan (RM1.65 trilion) semata-mata untuk membangunkan landasan kereta api sejauh 23,000km antara tahun 2016 hingga 2020.

    Memetik laporan agensi berita Xinhua, Beijing berjaya menyiapkan projek kereta api tersebut yang melibatkan pelaburan terbesar antara tahun 2013 hingga 2017. Ia melibatkan jarak laluan hampir 30,000km. Lebih separuh daripada laluan itu adalah untuk kereta api laju dengan kos 3.9 trilion yuan (RM2.3 trilion).

    Memetik laporan hk.asiatatler.com pula, landasan kereta api laju yang turut menghubungkan wilayah Yanqing itu hanya akan dilalui enam kereta api peluru pintar berbanding 30 sedia ada.

    Jika melihat hentian yang ditetapkan di setiap stesen, apa yang menarik perhatian adalah perhentian keenam yang mana penumpang boleh turun ke Badaling Chang Cheng, laluan terkenal untuk ke Tembok Besar China.

    Bagaimana pula dengan tiket? Anggaran harga bermula AS$11 (RM44.98) untuk kereta api biasa manakala kereta api pintar, tiket dijual bermula dari harga AS$12 (RM49.07).

    LALUAN landasan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Beijing dan Zhangjiakou.

    LALUAN landasan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Beijing dan Zhangjiakou.

    Sumber

  • JUARA BERTEMU JUARA, BERENTAP UNTUK TERPALING JUARA! SHAZ PALING ‘WOW’ MINGGU INI

    ‘Dapat rentak yang sesuai dalam setiap persembahan.” – Kapten Akim. ‘Terus jadi Number One!” – Kapten Hael. ‘Persembahan yang menyentuh hati peminat’ – Kapten Naim. Itulah matlamat yang dikongsi oleh semua Kapten, yang mahu peserta memiliki pentas dan memukau penonton setiap minggu.

    Anugerah Juara Lagu (AJL) terus menghangatkan pentas dalam episod kedua program hiburan terbaru TV3, TERPALING JUARA, yang menghimpunkan bintang-bintang terkemuka dalam perniagaan hiburan untuk bertaruh pada lagu-lagu terkenal yang pernah dicalonkan dalam semua Muzik Muzik Semi. -Edisi akhir.

    Tiga penyanyi, pencipta lagu, dan penulis lirik yang sangat berbakat yang telah memenangi trofi Juara Lagu pada anugerah paling berprestij ditandingi antara satu sama lain di TERPALING JUARA untuk mengetuai penyanyi senior dan penyanyi junior dalam persembahan mingguan daripada # playlistAJL. Kapten ini ialah Akim Ahmad, Hael Husaini, dan Naim Daniel.

    Juri biasa memberikan penghargaan yang sangat baik kepada Shaz (Shazreen Shaharum) atas persembahan yang mempunyai faktor WOW apabila dapat menambah keaslian dan mengemas kini lagu dangdut Selamat Jalan Romeo (AJL19, lagu asal Ramlah Ram). Selain itu, persembahan Shaz mendapat undian terbanyak, memenangi anugerah Persembahan Terbaik Minggu dan hadiah wang tunai RM5,000. Shaz berbesar hati untuk bekerjasama dan bertukar idea mengenai hala tuju rancangan itu dengan Kapten Hael Husaini. Shaz terdorong oleh pencapaian ini untuk bekerja lebih keras dan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada minggu hadapan.

    Rahmad Mega berjaya masuk sebagai penghibur pertama, dan nyanyian lagu Merisik Khabar (Juara Lagu 1987, asalnya dibawakan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Arshad) sangat baik dan mendapat komen positif. Rahmad Mega berani keluar dari zon selesa dan mencuba elemen baharu apabila berkolaborasi dengan Hael Husaini.

    Lagu Sumpah (AJL34, asalnya dibawakan oleh Aina Abdul), yang dipilih oleh Aqeesh untuk menguji julat vokalnya, menjadi peringatan kepadanya bahawa emosinya harus dikawal bagi mengelak daripada mengganggu persembahan. Sama seperti Ifa Raziah yang menangis di atas pentas sambil menyanyikan lagu Di Pintu Syurga (AJL29, nyanyian asal Dayang Nurfaizah). Hakim biasa juga memberi amaran kepadanya untuk berhati-hati dengan pitching dan mengawal emosinya semasa menyanyi.

    Aqmal memberikan persembahan mantap dalam genre lagu irama Malaysia sambil menyanyikan lagu Raikan Cinta (AJL16, lagu asal Dato’ M.Nasir). Walau bagaimanapun, Aqmal mesti mendapatkan lebih keyakinan diri di atas pentas dan membebaskan dirinya daripada gerak-geri tarian yang boleh memberi kesan gementar.

    Seribu Impian Hazami (AJL10, nyanyian asal Casey) mampu membawa penonton kembali ke zaman lagu ini popular. Di sebalik kehebatan Hazami yang bersuara, juri tetap berminat untuk melihat sisi lain dirinya. Dalam persembahannya yang akan datang, dia perlu mempunyai lebih banyak keberanian untuk mencuba dan memberikan kejutan baru.

    Nantikan persembahan Lagu Terpaling pada minggu hadapan yang bertemakan ‘Cinta’:

    Haziq Hussni dan Shiha Zikir mengacarakan Terpaling Juara, yang bersiaran selama 8 episod dan menampilkan Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap. Sebanyak RM100,000 akan diberikan kepada Juara Utama, RM50,000 kepada naib juara, dan RM30,000 kepada penamat tempat ketiga.

    Selain Nivea dan Hot FM berkhidmat sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro berkhidmat sebagai rakan media rasmi, dan Xtra dan Oh Bulan! berkhidmat sebagai rakan digital, Terpaling Juara ditaja oleh vivo Malaysia. Layari www.xtra.com.my/terpalingjuara untuk maklumat terkini.

    Penerbit eksekutif kanan Nurhul Huda Haji Khalid, penerbit eksekutif Ikha Arnisya Mohd Anuar, dan penerbit Azrul Effendi Abdullah menyelia sesi produksi Terpaling Juara. Jangan ketinggalan Terpaling Juara, yang akan mula disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 di Shah Alam pada hari Ahad, 21 Ogos 2022, jam 9.00 malam, dan akan disiarkan secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my. Hashtag #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL boleh digunakan untuk memulakan wacana di media sosial.

  • ‘Kebanyakan orang utamakan rezeki berbanding ibadah’

    ‘Kebanyakan orang utamakan rezeki berbanding ibadah’

    MESKIPUN ramai yang meyakini rezeki itu diberikan oleh ALLAH SWT, namun persoalan tentang perkara itu seringkali berlegar-legar dalam ruang fikiran kita.

    Demikian antara pengisian penting pada program Motivasi Infaq Legacy Circle (ILC) yang berpandukan Surah al-Baqarah ayat 260 dan 261 di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

    Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Fazrul Ismail, ayat 260 surah tersebut menjadi motivasi untuk kita memfokuskan iman. Kalam ALLAH tersebut mengisahkan tentang Nabi Ibrahim, burung dan keimanan.

    Bertadabbur ayat 260 dan 261 surah berkenaan, tambah beliau, hidup dan mati sebenarnya adalah isu besar. Hanya ALLAH SWT yang boleh menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup.

    “Nabi Ibrahim AS bertanya soalan beraras tinggi kepada ALLAH SWT tentang kehidupan dan kematian. Ia berkaitan dengan iman.

    “Lain pula halnya dengan kita pada hari ini yang seringkali bertanyakan perihal rezeki, tetapi jarang bertanya bagaimana kita mati. Begitu juga dengan rezeki tidak cukup sehingga menjadi kekangan untuk membantu orang lain. Ternyata bab rezeki ini adalah amat penting bagi hamba ALLAH,” katanya.

    ALLAH SWT berfirman: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU. AKU tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan AKU tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan kepada-KU. Sesungguhnya ALLAH SWT, DIALAH pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.” (Surah al-Dzariyat, ayat 56 – 58)

    Berdasarkan ayat al-Quran itu, jelas Fazrul, sewajarnya kita mesti mengutamakan ibadah. ALLAH yang memberi dan menyusun rezeki kita. Namun, kebanyakan orang memegang falsafah terbalik apabila mengutamakan rezeki berbanding ibadah.

    “ALLAH SWT MAHA BERKUASA dan MAHA BIJAKSANA dalam menyusun kehidupan dan kematian hamba-NYA. Oleh sebab itu, kita perlu berusaha mentaati ALLAH SWT, kemudian perhatikan hasilnya. Ini kerana, urusan rezeki adalah milik ALLAH. Jika kita dapat memahami keutamaan hidup ini iaitu beribadah kepada ALLAH, maka banyak persoalan rezeki boleh ditangani dengan mudah dengan izin ALLAH SWT.

    “Formula meraih rezeki adalah infak ke jalan ALLAH. Begitupun, infak mencabar keimanan kita. Kebanyakan orang suka menerima daripada memberi. Jika mengikut kaedah berpandukan al-Quran, ALLAH akan memberi ganjaran sehingga 700 kali ganda,” katanya.

    Program ILC mengajak peserta untuk melihat hala tuju, perancangan dan peluang untuk berjaya dalam bisnes dan membina legasi di negara hingga peringkat global yang boleh dilakukan bersama.

    Untuk maklumat lanjut, lawati https://www.facebook.com/akademisinergi/.

    Sumber

  • UniKL tingkat kepakaran tenaga mahir rel tempatan

    UniKL tingkat kepakaran tenaga mahir rel tempatan

    TEKNOLOGI sofistikated China membuktikan kemampuan negara tembok besar itu menyaingi negara maju seperti Jepun dan Eropah.

    Dekan Kampus Cawangan Institut Reka Bentuk Malaysia-Itali (MIDI) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Ir Dr Azman Senin tidak menafikan teknologi dan infrastruktur dimiliki China adalah antara yang terbaik di dunia.

    Menurutnya, teknologi kereta api berkelajuan tinggi yang diperkenal China baru-baru ini mungkin satu pencapaian baharu bagi menyaingi Jepun dan Eropah yang sememangnya terkenal dengan teknologi berkenaan.

    “Teknologi tersebut wajar dipelajari memandangkan negara masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang penyelenggaraan material, baik pulih komponen dan sistem berkaitan teknologi kereta api.

    “Ini kerana ketika ini, untuk mana-mana projek kereta api dalam negara, kerja penyelenggaraan masih dilaksanakan oleh syarikat China,” ujarnya kepada e-Trend baru-baru ini.

    Mengulas lanjut mengenai kemampuan menghasilkan teknologi yang sama, penyelidik UniKL itu yakin kemampuan Malaysia untuk menambah baik teknologi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Butterworth kepada kelajuan 200 kilometer sejam.

    “Untuk mencapai tahap kereta api berkelajuan tinggi mungkin masih jauh memandangkan Malaysia adalah negara pengguna. Kita masih membawa masuk teknologi luar.

    “Negara belum memiliki teknologi pembuatan rel sendiri. Kita beli teknologi dari China. Ada segelintir alat ganti dibuat di dalam negara manakala selebihnya dibawa masuk dari luar,” katanya.

    Azman berpendapat, sudah tiba masanya Malaysia mempunyai sebuah agensi pelaksana khusus dalam industri teknologi dan pembuatan kereta api.

    “Buat masa ini, belum ada mana-mana agensi pelaksana yang dilantik menerajui industri teknologi dan pembuatan kereta api kerana kebanyakan bidang kuasa lebih kepada penguatkuasaan dan operasi. Belum lagi ada agensi yang betul-betul melaksanakan industri ini,” bicaranya.

    Bagi menerajui pembangunan modal insan teknologi rel negara, UniKL telah menubuhkan Pusat Rel Asia sebagai pusat pembangunan akademik dan program bridging yang mengkhususkan kepada sistem rel.

    Atas permintaan Industri 4.0, Azman menjelaskan, UniKL turut memperkenal Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Sistem Kereta Api) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dalam Sistem Pembuatan.


    Sumber

  • SEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN DENGAN KEMPEN #BEBASBERSAMA

    Negara kita mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, dan Malaysia kemudiannya diwujudkan pada 16 September 1963. Malaysia telah mengatasi banyak halangan sepanjang tahun, dan hari ini ia adalah Keluarga Malaysia yang mencari kebebasan daripada penjajahan, penganiayaan, sekatan kepercayaan, pertuturan. sekatan, dan ketakutan terhadap penyakit yang boleh membawa maut.

    Media Prima Berhad telah melancarkan kempen #bebasbersama sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang bagi menyemarakkan semula semangat nasionalisme dan menggalakkan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, memahami kepentingan sambutan bulan kemerdekaan ini.

    Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, bagi menyokong kempen #bebasbersama, akan menyiarkan drama pendek berdurasi 15 minit bertajuk “3 Sekawan” di stesen TV3, TV9, 8TV, dan ntv7 pada kedua-dua Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Negeri Perlis menjadi lokasi penggambaran drama pendek terbitan Zeel Production Sdn Bhd ini. Ia dibintangi oleh kedua-dua pelakon negara yang berpengalaman dan juga penghibur yang akan datang, seperti Dato Rahim Razali, Kazar Saisi, Redza Rosli, Sherry Ibrahim, Ummar Shakur, Camans Kong, Rudtra a/l Manivanan, Sathiya, dan Mandy Chong.

    Semasa cuti persekutuan memperingati Hari Kebangsaan, Sekawan menceritakan kisah Faiz dan keluarganya melawat datuk mereka di kampung. Ah Chong dan Danush mengalu-alukan Faiz kembali ke dalam lingkungan mereka. Atok menerangkan maksud sebenar Hari Kebangsaan sehari sebelum itu. Atok membincangkan kepentingan sebenar Hari Kebangsaan sehari sebelum itu. Selepas mendengar perkongsian cerita Atok, Faiz mendapat idea untuk menyambut Hari Kebangsaan tetapi tindakan mereka telah menimbulkan huru-hara di kalangan penduduk kampung.

    Apakah yang dilakukan oleh Faiz dan rakan-rakannya sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk kampung? Drama pendek 3 Sekawan yang menyentuh perasaan dan penuh mesej akan disiarkan di TV3 pada pukul 9:00 malam, TV9 pada pukul 10:30 malam, dan DIDIKTV KPM pada pukul 9:00 pagi pada 31 Ogos 2022; 8TV pada 12:00 AM pada 1 September; dan 16 September 2022. (TV3 pukul 9.00 malam, TV9 pukul 8.15 malam, DIDIKTV KPM pukul 9.30 pagi, 8TV pukul 11.30 malam). Drama ringkas ini juga boleh ditonton di portal video www.tonton.com.my.

    Seiring dengan pengaturcaraan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Rangkaian Televisyen Media Prima turut menyiarkan pelbagai rancangan menarik di stesen TV3 dan TV9.

  • Peri penting pengetahuan urus harta pusaka

    Peri penting pengetahuan urus harta pusaka

    MESKIPUN mempunyai harta yang banyak ketika hidup, namun apalah gunanya jika ia tidak boleh digunakan dan diuruskan oleh waris apabila jasad kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.

    Lebih parah lagi apabila anak-beranak dan kaum keluarga saling berbalah gara-gara harta tadi.

    Kadangkala proses pengagihan harta selepas kematian seseorang itu terpaksa memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan hingga ada waris yang meninggal dunia.

    Itulah antara natijah apabila kita tiada kesedaran atau enggan ambil pusing tentang perancangan harta dan pengurusan pusaka secara syariah. Justeru, sudah tiba masanya umat Islam celik dengan perkara tersebut dan tidak memandang remeh perihal pengurusan harta pusaka.

    Perkara itu turut diakui Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah Shoppe), Ariffin Sabirin. Bahkan, beliau menegaskan, hal itu akan memberikan kesan kepada ekonomi umat Islam dan negara sepertimana pendedahan kerajaan tentang rekod harta pusaka yang tertunggak bernilai RM70 bilion baru-baru ini.

    “Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada orang Islam. Kesan jangka panjangnya, umat Islam akan rugi kerana apabila ibu bapanya meninggal dan harta mereka tidak diuruskan, anak-anak kena bermula daripada kosong untuk mengumpulkan hartanya. Apabila mereka meninggal dunia, anak-anak mereka juga akan melakukan perkara yang sama.

    “Sedangkan harta itu banyak. Harta pusaka sebenarnya adalah sumber modal yang sangat besar. Jika berjaya diselesaikan, ia boleh menyuntik ekonomi dengan begitu signifikan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Konvensyen Wasiyyah Shoppe 2020 yang diadakan di sebuah hotel di Sepang, Selangor sebentar tadi yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia merangkap Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

    Pada majlis berkenaan, Wasiyyah Shoppe meraikan para perunding syarikat itu yang memberikan perkhidmatan cemerlang dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

    Sebanyak 24 kategori pemenang diberikan anugerah pada hari ini termasuk Anugerah Khalifah iaitu penganugerahan terbesar bagi mereka yang mencapai tahap tertinngi dari segi pencapaian jualan dan kepimpinan.

    Sementara itu, Mohd Na’im berkata, peri pentingnya pengetahuan tentang perancangan harta dan pengurusan pusaka serta mendapat maklumat berkenaan dengan tepat.

    Tambah beliau, kebanyakan masyarakat Islam memahami bahawa pengurusan harta itu tidak penting kerana agama suci itu mempunyai kaedah faraid yang mana sudah ditentukan hak kepada waris masing-masing selepas seseorang itu meninggal dunia.

    “Sedangkan Islam itu adil yang mana agama ini ada banyak instrumen dalam pengurusan harta yang lain seperti hibah, wasiat dan sebagainya. Andai kata, kita gagal merancang dengan menggunakan instrumen-instrumen tadi semasa hayat, maka di situlah ALLAH menentukan harta tadi dibahagikan mengikut faraid.

    “Ini bermakna, (kaedah) faraid datang apabila kita gagal merancang. Perancangan itu sepatutnya dibuat ketika kita masih hidup. Ia ada dinyatakan dalam al-Quran dan hadis,” jelas beliau.

    Berdasarkan rekod, Wasiyyah Shoppe yang mula beroperasi pada tahun 2004 telah membantu lebih 60,000 orang Islam dalam merancang harta mereka dan kini mempunyai lebih 2,200 perunding di seluruh negara.

    Sumber

  • Provokasi, amarah faktor buli – Sinar Harian

    Provokasi, amarah faktor buli – Sinar Harian

    SEORANG pemandu lelaki maut selepas dibelasah akibat perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239, Lebuhraya Utara Selatan dekat Kajang, Selangor.

    Mangsa sebelum itu dikatakan memukul kereta suspek menggunakan kayu besbol. Tindakan mangsa berusia 29 tahun itu itu selepas tidak berpuas hati dengan suspek berusia 40 tahun.

    Sebelum itu lagi mereka sudah bergaduh berpunca daripada kemalangan kecil, ditenteramkan orang ramai sebelum kedua-duanya masuk ke kereta masing-masing.

    Namun, si mati yang masih tidak berpuas hati mengeluarkan kayu besbol dari keretanya dan memukul bahagian hadapan kereta suspek.

    Suspek yang ada dalam kereta ketika itu terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga terlanggar suspek. Akibatnya, mangsa tersepit antara kereta suspek dan pengadang jalan dan dilaporkan telah meninggal dunia.

    

KAJIAN membuktikan lelaki lebih cenderung untuk memandu secara melulu dan menjadi pembuli jalan raya berbanding wanita.

    KAJIAN membuktikan lelaki lebih cenderung untuk memandu secara melulu dan menjadi pembuli jalan raya berbanding wanita.

    Itu antara kejadian tragis dilaporkan media tempatan tahun lalu. Pada pandangan penulis, sikap gagal mengawal perasaan marah antara penyebab kejadian berlaku.

    Barangkali ada sebab lain. Bagaimanapun, setakat pencarian penulis, belum ada kajian secara terperinci punca masalah pembulian di atas jalan raya itu kerap dilaporkan berlaku dalam negara kita.

    Apa pun kadar kes membabitkan pembuli jalan raya sememangnya merisaukan biarpun pelbagai langkah penguatkuasaan dan kaedah digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengatasinya.

    Mekanisme digunakan tidak betul atau di manakah silapnya? Bagi menyingkap jawapannya, Turbo mendapatkan ulasan Pakar Kriminologi dan Psikologi Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Geshina Ayu Mat Saat atau Dr Geshina Ayu.

    Impak serius

    Walaupun ada melihatnya sebagai isu terpencil, namun masalah buli yang berlaku di atas jalan raya tidak boleh dipandang ringan kerana impaknya serius.

    Masalah bukan sahaja memberikan kesan kepada diri pelaku yang terlibat, tetapi juga orang sekeliling yang tidak bersalah, kata Dr Geshina Ayu.

     Profesor Madya Dr Geshina Ayu Mat Saat

    Profesor Madya Dr Geshina Ayu Mat Saat

    “Kita tidak boleh pandang remeh. Lihatlah peningkatan jumlah video dari kamera peribadi atau telefon bimbit yang menjadi tular dalam media sosial mengenai insiden pembuli jalan raya.

    “Apa yang mendasari tingkah laku pembuli jalan raya merupakan perwatakan dan rasa berhak (sense of entitlement). Insiden membuli sebenarnya boleh dilihat sebagai hasil kegagalan mengatasi kemarahan,” ujar beliau yang menyifatkan insiden buli di jalan raya bukan perkara baharu khususnya di Malaysia.

    Kongsi Dr Geshina Ayu, terdapat banyak insiden yang mana kesalahan sering dilakukan oleh pembuli sendiri. Hal itu disusuli oleh pengguna jalan yang lain yang dianggap sebagai melakukan provokasi terhadap pembuli.

    Apa yang pasti, tragedi boleh berlaku apabila seseorang itu gagal mengatasi perasaan marah. Menurut beliau, terdapat tiga ‘laluan’ yang berpotensi berlaku apabila hilang kawalan atas perasaan marah:

    a) Laluan pertama:

    Individu itu sudah mempunyai kemarahan yang kuat dan sifat yang agresif. Hanya sedikit hal diperlukan untuk mencetuskan kemarahan di atas jalan.

    Selagi individu tersebut berpendapat bahawa dia telah diprovokasi, reaksi segera adalah kemarahan, keinginan dan pembalasan.

    Sasarannya selepas itu untuk menyebabkan kemudaratan atau kemusnahan sama ada kepada individu yang dirasakan harus dipersalahkan, kepada objek atau harta awam yang dianggap menyumbang kepada rasa marah dan penguat kuasa undang-undang jalan raya.

    Individu itu sering sudah ada sesuatu objek dalam kenderaan yang dibawa bersama yang boleh diperlakukan sebagai senjata untuk mengugut atau menyerang.

    b) Laluan kedua:

    Mempunyai reaksi emosi negatif terhadap rangsangan luar yang dilihat sebagai mengancam atau melanggar hak, ruang peribadi, atau pergerakan menghalang jalan.

    Sebagai contoh keadaan jalan yang sesak dijadikan alasan untuk menggunakan lorong kecemasan dan melanggar lampu merah.

    Jika ditahan pihak berkuasa, individu tersebut akan menyalahi orang atau pihak lain atas kesalahan sendiri. Pemandu yang melulu sebegini boleh mengakibatkan kerosakan pada kenderaan lain atau kemalangan yang serius.

    c) Laluan ketiga:

    Individu itu sudah berada dalam keadaan emosi negatif kerana keadaan terdahulu yang berlaku. Kejadian yang berlaku di atas jalan raya menjadi insiden terakhir yang tidak dapat diterima. Itu mencetus kemarahannya.

    Sebagai contoh, konflik di tempat kerja yang tidak dapat diselesaikan. Emosi yang tinggi masih ada ketika berlaku insiden pelanggaran kenderaan yang kecil (minor accident) atau kejadian jalan raya yang sedang dihadapi. Insiden di atas jalan itu diperbesarkan dan boleh menjadi pencetus kepada kelakuan buli.

    Kajian Hoskin Ellis (2015) dan Wu, Wang, Peng, Chen (2018) menunjukkan lelaki lebih cenderung untuk memandu secara melulu dan menjadi pembuli jalan raya, berbanding wanita.

    Selain itu, umur dan jantina didapati mempengaruhi tahap agresif seseorang yang seterusnya boleh meningkatkan risiko terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

    Golongan muda lebih kerap terlibat dalam kemalangan jalan raya disebabkan cara pemanduan berbahaya. Mereka antaranya dipengaruhi sikap panas baran, pengaruh rakan dan masalah sosial.

    Sasaran berlainan jantina

    Baru-baru ini juga tular di laman sosial Facebook sebuah video berdurasi empat minit 28 saat memaparkan pemandu kereta mewah bertindak menghalang kereta seorang wanita di tengah jalan raya. Mangsa dimarahi dan dimaki.

    Turut kedengaran dalam video itu wanita berkenaan yang dipercayai sedang mengandung turut menangis kerana ketakutan.

    Lelaki itu kemudiannya mengambil gambar mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan beredar.

    Menurut Dr Geshina Ayu, jelas itu insiden membuli!

    Lazimnya pembuli berlainan jantina akan menggunakan isyarat atau bahasa berbentuk seksual untuk menyerang mangsa terutamanya bagi menimbulkan rasa takut, malu, gelisah dan resah.

    KEBANYAKAN pembuli jalan raya mempunyai masalah kawalan kemarahan.

    KEBANYAKAN pembuli jalan raya mempunyai masalah kawalan kemarahan.

    “Perkara tersebut dilakukan sebagai kaedah mendominasi keadaan dan merendahkan nilai mangsa sebagai manusia. Tingkah laku tersebut dilakukan untuk merasa sebagai lelaki, seorang yang kuat, atau seorang yang perlu ditakuti.

    “Jika mangsa sama jantina pula, taktik sedemikian tidak akan digunakan. Pembuli khuatir ada kemungkinan dia akan menjadi mangsa keganasan fizikal jika mangsa berani menentangnya,” katanya.

    Pembuli mengambil gambar mangsa? Biasa berlaku bukan?

    Jelas Dr Geshina Ayu, boleh jadi ia atas pelbagai sebab yang subjektif kepada pembuli. Barangkali sebagai kaedah menimbulkan rasa takut, ‘alat’ ugutan keganasan masa akan datang atau boleh jadi menjadi ‘trofi atau piala’ kejayaan membuli.

    Boleh jadi juga foto diambil sebagai cara menyindir dan menjatuhkan air muka mangsa untuk laporan polis dan lain-lain sebab, katanya.

    Langkah awal

    Antara langkah awal yang perlu bagi membendung budaya buli di jalanan itu ialah memastikan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas lebih kerap.

    Penetapan saman yang tidak boleh dirundingkan jumlahnya dan amaunnya ditingkatkan boleh dilakukan bagi kes berulang.

    Selain itu, tambah Dr Geshina Ayu, menjadikan syarat sambung lesen setiap tiga atau lima tahun memerlukan lulus semula ujian lesen memandu adalah langkah awal bijak yang perlu dilaksanakan.

    “Pemandu berhemah bermula dari sikap diri sendiri dan cara gaya ajaran semasa zaman kanak-kanak. Mereka melihat tingkah laku ibu bapa atau penjaga membawa kenderaan.

    “Pemerhatian sosial mengenai tingkah laku yang menjadi kelaziman masyarakat setempat juga boleh mempengaruhi sikap,” katanya.

    NAFSU pembuli itu dipengaruhi sikap panas baran, pengaruh rakan dan masalah sosial.

    NAFSU pembuli itu dipengaruhi sikap panas baran, pengaruh rakan dan masalah sosial.

    Ya, melanggar lampu merah, memandu lawan arah, melebihi had laju dibenarkan dan sebagainya, antara kesalahan biasa.

    Jika individu melihat tingkah laku pemandu lain yang melanggar undang-undang tanpa dihukum atau di ambil kisah oleh pemandu-pemandu lain, ia akan menyumbang kepada pembentukan perspektif dan atitud yang pro-negatif.

    Sementara itu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangkan sesi kaunseling dan khidmat masyarakat diwajibkan bagi individu yang ditahan kerana kesalahan memandu secara berbahaya dan membuli di jalan raya.

    Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan berkenaan wajar dipertimbangkan memandangkan ia telah dilaksanakan oleh beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat.

    Tan Sri Lee Lam Thye

    Tan Sri Lee Lam Thye

    “Selain menimbulkan keinsafan, program sebegini membolehkan mereka bertemu dengan pesalah jalan raya yang lain. Secara tidak langsung akan memberikan kesedaran lebih mendalam,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kegiatan buli di jalan raya yang semakin membimbangkan.

    Tambah Lee, semua rakyat Malaysia termasuk pengguna jalan raya perlu sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan perbuatan menjejaskan pengguna jalan raya yang lain.

    “Kewujudan pembuli jalan raya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Sedangkan masyarakat Malaysia suatu ketika dahulu terkenal dengan sikap sopan santun dan berbudi bahasa.

    “Saya percaya sikap tidak sabar atau panas baran terutamanya apabila berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan di jalan raya adalah petunjuk bahawa sifat-sifat positif sudah mulai terhakis,” katanya.

    Beliau turut menasihat pemilik kenderaan memasang kamera ‘dashcam’ yang boleh diaktifkan secara automatik setiap kali memandu. Buat penunggang motosikal, mereka boleh memakai kamera khas pada topi keledar sebagai alat perakam.

    “Rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan atau kes buli jalan raya,” jelasnya.

    Sumber

  • Berhenti makan sebelum kenyang! Banyak manfaatnya

    Berhenti makan sebelum kenyang! Banyak manfaatnya

    PERASAN atau tidak, setiap kali makan, kita pasti akan menikmatinya sehingga perut benar-benar terasa kenyang.

    Apatah lagi, jika terlalu lapar membuatkan kita tanpa sedar memesan terlalu banyak makanan.

    Walhal, kapasiti perut kita tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan makanan dan minuman yang dipesan tadi.

    Selepas itu, barulah terbit penyesalan dalam diri kerana tidak berupaya menghabiskan makanan dan minuman tadi.

    Adakalanya kekenyangan itu membuatkan kita tersandar dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana kurang produktif akibat terlebih makan.

    Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW amat menjaga sunahnya.

    Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang atau dalam erti kata lain makan jangan sampai kenyang.

    Masakan tidak, jika terlalu kenyang dan kemudian berehat, kita akan mengantuk.

    Mana mungkin dalam keadaan itu kita mampu untuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala seperti menyambung tugasan di tempat kerja atau dalam perkara ibadah iaitu menunaikan solat fardu.

    Jika dibiarkan berlarutan, ia akan menjadi tabiat kita dan malas untuk bekerja dengan menghabiskan banyak masa untuk tidur.

    Sifat sebegitulah yang tidak disukai oleh Rasulullah SAW kerana ia mendatangkan natijah yang tidak baik selepas itu.

    Cuba renungkan kembali kenapa sunah tersebut dilakukan oleh baginda?

    Seperti yang ditegaskan oleh Al-Imam al-Hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi yang meriwayatkan daripada Masruq RA, beliau berkata: “Aku telah menemui Aisyah RA, lalu beliau menghidangkan sesuatu kepadaku dan berkata; “Aku tidak pernah makan kenyang, bila mana aku terasa hendak makan, mulalah aku menangis.”

    Masruq bertanya: “Mengapa?”

    Lantas Aisyah menjawab: “Aku teringat perihal Rasulullah SAW yang telah wafat. Demi ALLAH! Rasulullah SAW tidak pernah kenyang dengan daging atau roti dua kali dalam sehari.” (Al-Targhib wa al-Tarhib)

    Hadis itu menerangkan bahawa Rasulullah SAW mengamalkan sunah makan tidak sampai kenyang sehinggalah kewafatan baginda.

    Dalam sebuah hadis lagi, ada dinyatakan begitu istiqamahnya baginda dalam mengamalkan sunah tersebut.

    Daripada Urwah, daripada Aisyah berkata: “Demi ALLAH wahai anak saudaraku. Kami memandang kepada anak bulan. Demi anak bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap.”

    Urwah berkata: “Wahai ibu saudaraku, maka apakah yang engkau makan?”

    Jawab Aisyah: “Kurma dan air sahaja. Melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW daripada kaum Ansar yang membawakan kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu. Maka, kami minum susu itu sebagai makanan.” (Sahih Bukhari Muslim)

    Ya, barangkali bukan mudah untuk kita menundukkan nafsu makan.

    Tambahan pula, jika kita dihidangkan makanan lagi oleh rakan-rakan atau tuan rumah yang dikunjungi walaupun perut sudah kenyang.

    Demi mengambil hati, makanan itu dijamah jua sehingga perut tidak mampu lagi diisi.

    Jika boleh dielakkan, lakukanlah dengan penuh beradab agar tidak mengecilkan hati rakan atau tuan rumah tadi.

    Ingatlah bahawa pelbagai jenis penyakit bermula daripada perut.

    Justeru, marilah kita berusaha untuk mengamalkan sunah Rasulullah SAW ini yang jelas memberi kebaikan kepada diri.

    (Sumber: 100 Amalan Sunnah Rasulullah, Muhd Nasruddin Dasuki)

    Sumber