Category: ATTRACTION

  • X70 terima anugerah Kereta Terbaik 2019

    X70 memenangi pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kereta Tahunan Malaysia ke-18 baru-baru ini.

    X70 memenangi pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kereta Tahunan Malaysia ke-18 baru-baru ini.

    MODEL kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang rasmi dilancarkan pada Disember 2018 dinobatkan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019.

    Pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kereta Tahunan Malaysia ke-18 itu merupakan pencapaian kali pertama model Proton.

    Dalam kenyataan medianya, Proton memaklumkan SUV segmen C serba mewah dan paling popular di Malaysia itu turut menggondol pengiktirafan dalam kategori SUV lima tempat duduk saiz sederhana.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton (CEO), Dr Li Chunrong diberi penghormatan sebagai Individu Automotif Tahun Ini.

    “Melalui pengiktirafan ini sekali gus menjadikan Chunrong, CEO Proton ketiga yang menerima penghargaan berkenaan.

    “Selain itu, Proton Saga baharu yang menerima peningkatan baru-baru ini juga turut menerima anugerah sebagai Sedan Peringkat Permulaan atau Hatchback. Saga baharu menarik banyak perhatian sejak dilancarkan pada 6 Ogos tahun lalu,” kata kenyataan tersebut.

    Menurut Proton, sehingga kini, lebih 42,000 tempahan telah diterima dan sejak dua bulan terakhir 2019, Saga menjadi sedan segmen A yang paling laris di Malaysia.

    Kesimpulannya, pencapaian terbaru yang diraih Proton turut merangkumi peningkatan jualan sebanyak 55.7 peratus pada 2019 iaitu kepada 100,821 unit.

    Pencapaian itu termasuk penubuhan 120 cawangan 3S/4S yang paling banyak bagi mana-mana jenama kereta di Malaysia.

    Sumber

  • MASAK APA TU? DAN 5 RENCAH 5 RASA KINI KEMBALI MENEMANI ANDA DENGAN RESIPI-RESIPI YANG MENARIK!

    Petaling Jaya, 1 September 2022 – Masak Apa Tu? dan 5 Rencah 5 Rasa, dua rancangan masakan yang digemari, akan kembali menemani hari-hari anda. Sudah tentu ramai yang teruja untuk mempelajari dan menguji resipi baharu bersama Chef Sherson Lian di 5 Rencah 5 Rasa, serta menyaksikan telatah ringkas selebriti tanah air memasak untuk pasangan mereka di Masak Apa Tu?

    Masak Apa Tu? mula berinteraksi dengan penonton TV3 pada hari Isnin jam 11.30 pagi bermula pada 29 Ogos 2022. Setiap episod memaparkan 13 pasangan selebriti mempamerkan teknik masakan pilihan mereka untuk pertimbangan juri jemputan. Ropie (Pak Kodi), Aepul Roza & Leez, Lan Solo, Kaka Azraff, Zaim, Shahrul Kamal, Azzam Sham, Riz Amin, Aprena Manrose, Zalif Sidek, Akhmal Nazri, Fiza Thomas, dan Aizat Amdan hanyalah beberapa personaliti yang akan menyemarakkan persembahan ini dengan pasangan mereka.

    Selebriti yang hadir sebagai tetamu pada program Masak Apa Tu? telah diuji dari segi fizikal dan mental dengan melibatkan diri dalam beberapa permainan yang menghiburkan. Melalui proses soal jawab, adakah pasangan terkenal ini benar-benar mengenali antara satu sama lain? Pastikan untuk menontonnya untuk mengetahui penyelesaiannya. Chef Brian dan Bell Ngasri akan berkhidmat sebagai hakim musim ini untuk makanan.

    5 Rencah 5 Rasa ialah rancangan kulinari popular yang dihoskan oleh chef selebriti Sherson Lian yang akan disiarkan setiap hari Selasa jam 11.30 pagi mulai 6 September. 5 Rencah 5 Rasa kembali dengan hidangan popular dan lazat dari setiap negeri; tentunya peminat setia tidak sabar untuk melihat dan merasai resepi baru yang bakal dipersembahkan.

    Seperti musim-musim sebelum ini, Cef Sherson akan berkongsi 5 resepi bertema yang ringkas, mudah, lazat dan juga tips menarik di setiap episod.  Nantikan juga kelas memasak virtual bersama peniaga online dalam mempelajari resepi pencuci mulut. 
    Jangan lupa saksikan musim baharu Masak Apa Tu? pada setiap Isnin, pukul 11.30 pagi dan 5 Rencah 5 Rasa pada setiap Selasa, pukul 11.30 pagi dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

  • Apabila pelajar, tenaga pengajar berlainan jantina ketika sesi latihan memandu…

    Apabila pelajar, tenaga pengajar berlainan jantina ketika sesi latihan memandu…

    PERASAN atau tidak, kebanyakan pengajar di institusi latihan memandu terdiri daripada lelaki.

    Walaupun ada juga tenaga pengajar terdiri daripada kaum Hawa, namun bilangannya agak sedikit.

    Bagi pelajar wanita yang ingin belajar memandu, mahu atau tidak, mereka terpaksa juga belajar dengan tenaga pengajar lelaki.

    Dalam perihal itu, apakah pelajar dan tenaga pengajar berlainan jantina yang berdua-duaan ketika sesi latihan memandu dianggap sebagai berkhalwat?

    Menelusuri maksud khalwat, ia membawa pengertian sunyinya sebuah tempat atau sesuatu dari sudut bahasa.

    Ini bermakna, tiada seorang atau sesuatu pun di dalam atau tempat berkenaan.

    Justeru, apabila para fuqaha membincangkan isu khalwat, mereka merujuk kepada perbuatan berdua-duaan seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram di sesuatu tempat.

    Berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahram merupakan suatu perbuatan yang ditegah dalam agama.

    Sabda Rasulullah SAW: “Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.” (Riwayat Muslim)

    Menjawab kemusykilan persoalan yang dilontarkan, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA yang mana beliau berkata:

    “Seorang perempuan dari kalangan Ansar telah datang kepada Nabi Muhammad SAW, lalu baginda berkhalwat dengannya (dari sudut baginda mengajak perempuan tersebut ke tepi). Lalu baginda bersabda: ‘’Demi ALLAH sesungguhnya kamu (golongan Ansar) merupakan manusia yang paling aku sayang.’’ (Riwayat al-Bukhari)

    Dalam kitab Sahih al-Bukhari, Imam al-Bukhari meletakkan hadis berkenaan di bawah bab ‘keharusan seorang lelaki untuk berduaan dengan seorang perempuan dalam keberadaan ramai orang’.

    Sementara itu, Imam Ibn Battal pula menyebut: ‘’Tidak mengapa bagi seorang yang ‘alim dan juga seorang lelaki yang dikenali dengan kesolehan untuk berduaan dengan seorang perempuan di suatu sudut berasingan di sisi orang ramai, lalu perempuan tersebut dapat menceritakan permasalahan-permasalahan yang dihadapinya serta bertanyakan perkara-perkara peribadi yang dihadapinya dalam isu agama.” (Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (7/360).

    Jika diteliti semula dari sudut keadaan dan situasi hadis berkenaan, Rasulullah SAW pada asalnya bersama dengan beberapa orang iaitu baginda tidak bersendirian.

    Lalu, datang seorang perempuan dalam kalangan Ansar kepada baginda SAW.

    Ini bermakna, walaupun baginda pergi ke suatu sudut kawasan dan berduaan bersama perempuan tersebut, ia dibenarkan kerana masih dapat dilihat oleh orang ramai ketika itu walaupun tidak didengari butir perbualan antara baginda dan wanita tersebut.

    Sebagai kesimpulannya, berdasarkan nas dan hujah di atas, hukum berduaan antara pengajar lelaki dan pelajar perempuan atau sebaliknya di dalam kereta semasa kelas latihan memandu adalah dibolehkan.

    Ini kerana di dalam kawasan latihan memandu tersebut terdapat orang ramai yang boleh melihat ke arah mereka berdua.

    Ia juga termasuk situasi seandainya kita menghadapi kesulitan untuk memilih guru yang sama jantina sebagai tenaga pengajar dalam keadaan kekurangan tenaga pengajar seumpamanya.

    Meskipun begitu, batasan pergaulan semasa dalam kenderaan perlu dijaga dan dipelihara.

    Ia termasuklah tidak dibenarkan bersentuhan tanpa sebab dalam keadaan tersebut.

    Apa pun, sebagai seorang Mukmin, hendaklah sedar dan merasai bahawa ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI dan MAHA MELIHAT ke atas setiap perbuatan yang kita lakukan.

    Andai kata, pihak berkuasa memberikan ruang untuk dibenarkan pelajar perempuan untuk membawa rakan atau mahram ketika proses latihan memandu, ia sebenarnya lebih baik dan menepati tuntutan syarak.

    (Sumber: Al-Kafi #1581: Berduaan dengan Instructor Ketika Latihan Memandu Adakah Dianggap Khalwat? Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

    Sumber

  • Telefon pintar paling kecil dunia

    Telefon pintar paling kecil dunia

    REKA bentuk miniatur yang unik dan ultra ringan bukan halangan. Tugasnya seperti merakam gambar, video, berbual, pesanan ringkas, permainan dalam talian, kalendar serta banyak lagi adalah antara perkara yang mampu dilakukan dengannya.

    Apa yang pasti, gajet mini sebesar pemetik api pun ada permintaannya. Zini Mobiles sebagai contoh, memperkenalkan Zanco T2, inovasi gajet telefon pintar 3G paling kecil di dunia!

    Barangkali agak pelik dan melucukan kerana saiz kerdil tidak ubah seperti telefon mainan. Dalam perkongsian newatlas.com, perincian menarik spesifikasi fitur baharu itu dalam kelas tersendiri.

    Fungsinya lebih praktikal berbanding telefon kasut pintar Maxwell yang pernah mengejutkan industri telekomunikasi suatu ketika dahulu.

    Menariknya, meskipun saiz tak ubah seperti sekotak gula getah, namun keupayaannya sama seperti telefon pintar lain seperti merakam gambar dan video bersaiz resolusi 128 x 96 piksel.

    Justeru, jangan pandang sebelah mata kerana sekecil-kecil peranti dengan saiz satu inci skrin LCD itu, ia berada dalam kelasnya tersendiri.

    INOVASI yang cuba ditonjolkan Zini Mobiles ltd ternyata membuka lembaran baharu dalam revolusi teknologi telefon pintar dunia.

    INOVASI yang cuba ditonjolkan Zini Mobiles ltd ternyata membuka lembaran baharu dalam revolusi teknologi telefon pintar dunia.

    Menurut Shazad Talib, ketika ini telefon pintar dilihat lebih canggih yang didatangkan dengan harga semakin mahal, biarpun materialnya berat dan mudah ‘rapuh’.

    “Zanko T2 pula dicipta sebagai alternatif telefon pintar mampu milik dengan daya ketahanan lebih lasak, ultra ringan dan kompak untuk menjalankan aktiviti seharian.

    “Saya percaya si kecil ini mampu menjadi solusi berbanding membawa peranti pintar yang tidak sesuai dibawa untuk aktiviti ekstrem,” kata pengasas Zini Mobiles tersebut.

    Suka perbezaan

    Agak mengejutkan apabila telefon dengan saiz 2.4 inci x 1.18 inci x 0.65 inci itu mampu berfungsi sebagai peranti alternatif buat si peminat gajet yang sukakan perbezaan.

    Mungkin penciptaan fitur baharu dengan berat hanya 31 gram tersebut menjadi berita baik buat pengguna yang sukakan minimalis kerana tidak mustahil, ada peminatnya tersendiri.

    MESKIPUN kecil namun berfungsi untuk membuat atau menerima pesanan ringkas selain membuat panggilan.

    MESKIPUN kecil namun berfungsi untuk membuat atau menerima pesanan ringkas selain membuat panggilan.

    Peranti versatil itu agak mengujakan kerana memiliki bateri yang mampu bertahan sehingga tujuh hari selain memiliki ciri storan 32 gigabit (GB) dan akses sambungan Bluetooth.

    Bagi mereka yang inginkan kebebasan, peranti cilik itu sememangnya direka untuk menjauhkan diri daripada gangguan emel dan media sosial tanpa meminggirkan komunikasi yang penting-penting sahaja.

    Dengan saiz yang comel, ia mudah dibawa ke mana-mana walaupun dengan poket terhad. Sama ada jika mahu berjoging sambil mendengar muzik, Zanco T2 mampu menjadi peneman setia.

    Tidak dinafikan, dengan saiz seumpama itu pasti wujud pro dan kontranya. Bagi pemilik jari besar, agak susah untuk menaip pesanan ringkas menggunakan pad halus, apatah lagi bermain permainan seperti ular atau tetris.

    BARANGKALI si jari runcing tidak berdepan masalah untuk menekan pad Zanco T2.

    BARANGKALI si jari runcing tidak berdepan masalah untuk menekan pad Zanco T2.

    Setiap orang memiliki kecenderungan yang berbeza.

    Ada yang suka dan ada yang menolak rekaan seumpama itu kerana lebih memilih jam pintar yang memiliki konsep sama.

    Meskipun harganya masih belum diumumkan, fitur baharu itu dijangka akan menembusi pasaran bermula April nanti. Pastinya ada yang tidak sabar untuk menunggu kemunculannya nanti.

    PERBEZAAN saiz antara Zanco T2 jika dibandingkan dengan telefon pintar biasa.

    PERBEZAAN saiz antara Zanco T2 jika dibandingkan dengan telefon pintar biasa.

    Sumber

  • Apabila minuman halal dan arak berkongsi peti sejuk…

    Apabila minuman halal dan arak berkongsi peti sejuk…

    DIBOLEHKAN mengambil minuman halal dan meminumnya walaupun ia ditempatkan dalam peti sejuk yang sama dengan minuman yang haram melainkan jika ada unsur-unsur syubhah yang nyata.

    DIBOLEHKAN mengambil minuman halal dan meminumnya walaupun ia ditempatkan dalam peti sejuk yang sama dengan minuman yang haram melainkan jika ada unsur-unsur syubhah yang nyata.

    KEBANYAKAN peti sejuk di kedai atau pasar raya menempatkan pelbagai jenis minuman di dalamnya.

    Ada minuman dalam tin, kotak dan botol yang halal yang mempunyai pelbagai jenama dan perasa.

    Sesetengah premis perniagaan pula menempatkan minuman tidak halal seperti arak di dalam peti sejuk yang sama dengan minuman halal.

    Yang membezakannya hanyalah kedudukan rak sahaja sama ada di atas atau di bawah.

    Dalam hal itu, apakah hukumnya jika kita membeli air minuman berkenaan lantas meminumnya?

    Adakah ada unsur syubhah jika kita beli dan minum air berkenaan?

    Untuk mengetahui jawapannya, ayuh bersama pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris yang akan merungkaikannya dalam segmen Soal Jawab Netizen.



    Sumber

  • Aplikasi wajib ada 2020 – Sinar Harian

    Aplikasi wajib ada 2020 – Sinar Harian

    TIDAK dinafikan terlalu banyak aplikasi mudah alih boleh dimuat turun daripada Google Play Store. Daripada berjuta-juta perisian tersebut, ada yang memiliki fungsi sama.

    Pemilihan aplikasi itu bergantung kepada kebijaksanaan pengguna untuk memilih yang terbaik demi keperluan peribadi tanpa membazir ruang storan dalam peranti pintar masing-masing.

    Gedung maya popular selain App Store Apple bukan sahaja menawarkan aplikasi percuma dan berbayar, bahkan memberikan pilihan yang mungkin lebih mengujakan berbanding perisian lama.

    Pun demikian, adakah anda tahu aplikasi menarik yang perlu ada untuk tahun 2020? Ingin tahu perinciannya? Edisi e-Trend minggu ini yang meninjau carian tertinggi di Google Play, menghimpunkan lima perisian terkini untuk pengguna Android.

    PILIHAN e-wallet masa kini kerana pengguna boleh menambah jenis kad daripada senarai bank dan memberi pilihan bayaran bil utiliti, insurans atau lain-lain caj dalam bentuk kod QR atau sebagainya.

    PILIHAN e-wallet masa kini kerana pengguna boleh menambah jenis kad daripada senarai bank dan memberi pilihan bayaran bil utiliti, insurans atau lain-lain caj dalam bentuk kod QR atau sebagainya.

    1. Google Pay

    Jika anda seorang pengguna Android, mesti sudah biasa dengan aplikasi Google Pay. Ia antara aplikasi pembayaran mudah alih terbaik lebih-lebih lagi ketika ini orang ramai mula beralih kepada pembelian tanpa tunai.

    Aplikasi itu ada kelainan tersendiri. Bukan sahaja menawarkan ganjaran dalam setiap transaksi pembayaran, maklumat pengguna untuk pemindahan wang atau penerimaan wang secara digital juga dilindungi.

    Ia boleh menjadi pilihan e-dompet masa kini kerana pengguna boleh menambah jenis kad daripada senarai bank dan memberi pilihan bayaran bil utiliti, insurans atau caj-caj lain dalam bentuk kod imbas (QR).

    HANYA membuat pelarasan (syncs) antara kalendar telefon pintar, acara di Facebook atau mana-mana media sekali pun, apa yang paling penting adalah Any.do: To Do List boleh uruskan sekelip mata.

    HANYA membuat pelarasan (syncs) antara kalendar telefon pintar, acara di Facebook atau mana-mana media sekali pun, apa yang paling penting adalah Any.do: To Do List boleh uruskan sekelip mata.

    2. Any.do: To do list

    Bagi si dia yang pelupa, mungkin boleh menjadikan aplikasi Any.do sebagai sahabat maya. Kegunaannya boleh membantu memberikan peringatan untuk hari istimewa, tugasan atau rancangan hujung minggu bersama keluarga tercinta.

    Bukan sahaja membantu menguruskan hal kerja, aplikasi itu boleh dikatakan sebagai penyelamat nyawa yang sebenar. Tidak percaya? Pemegang anugerah pilihan editor Google itu telah membantu lebih 25 juta pengguna dalam urusan harian.

    Hanya buat pelarasan antara kalendar telefon pintar, acara di Facebook atau mana-mana media sekali pun, apa yang paling penting adalah Any.do boleh uruskannya sekelip mata.

    DATA geolokasi yang boleh diakses dan dipadamkan pada jarak jauh menjadikan aplikasi itu lebih keterhadapan.

    DATA geolokasi yang boleh diakses dan dipadamkan pada jarak jauh menjadikan aplikasi itu lebih keterhadapan.

    3. Google Find My Device

    Satu lagi aplikasi menarik buat mereka yang selalu berdepan insiden ‘kehilangan’ barangan peribadi seperti telefon pintar kerana fitur canggih itu mampu mengesan lokasi.

    Perisian Android percuma itu mudah digunakan untuk mengesan lokasi peranti yang hilang atau dicuri. Selain itu, ia berupaya menetapkan semula pin atau kod laluan mahupun memadam semua data dalam sekelip mata.

    Apa yang menarik, data geolokasi yang boleh diakses dan dipadamkan dari jarak jauh menjadikan aplikasi itu lebih terkehadapan. Itulah yang menarik mengenai perisian tersebut. Jadi, sentiasa kekal berhubung dan lindungi peranti Android anda!

    CIRI pemetaan restoran yang mesra alam juga berupaya menarik perhatian selain kemudahan lain seperti tempahan meja, bungkus atau promosi diskaun hebat.

    CIRI pemetaan restoran yang mesra alam juga berupaya menarik perhatian selain kemudahan lain seperti tempahan meja, bungkus atau promosi diskaun hebat.

    4. Zomato

    Zomato ya bukan tomato! Aplikasi itu juga dikatakan antara yang terbaik dalam kalangan perisian Android buat si pemburu makanan lewat malam di restoran berhampiran.

    Hanya perlu lihat gambar, senarai menu makanan dan ulasan pengguna sebelum membuat keputusan sama ada mahu menempah juadah pilihan dalam talian atau terus ke restoran berkenaan.

    Ciri pemetaan restoran yang mesra alam juga berupaya menarik perhatian. Kemudahan lain seperti tempahan meja, bungkus atau promosi diskaun hebat dengan mudah, hanya di hujung jari anda.

    PERISIAN brilian itu berupaya menjamin keselamatan telefon mudah alih daripada ancaman malware selain mudah mengesan melalui sejarah pelayar (browser), kad mikroSD dan storan dalaman.

    PERISIAN brilian itu berupaya menjamin keselamatan telefon mudah alih daripada ancaman malware selain mudah mengesan melalui sejarah pelayar (browser), kad mikroSD dan storan dalaman.

    5. Antivirus Kaspersky mudah alih

    Antivirus cukup signifikan dalam memastikan keselamatan peranti pintar. Paling popular adalah Kaspersky kerana ketetapan perisiannya cukup ketat.

    Sama seperti antivirus lain, perisian itu berupaya menjamin keselamatan telefon mudah alih daripada ancaman malware selain mudah mengesan melalui sejarah pelayar (browser), kad mikroSD dan storan dalaman.

    Aplikasi hebat itu dikatakan mempunyai ciri antikecurian terbaik pernah dicipta meliputi carian lokasi, pemadaman data jarak jauh selain sentiasa meningkatkan ketetapan bank setiap kali menukar telefon pintar.

    Sumber

  • Keanggunan Amyra Rosli Pesona Wajah Baharu Safi Youth Gold

    Amyra Rosli menyerlah sebagai duta Safi Youth Gold yang baharu bermula tahun ini berkat kecantikannya yang anggun dan daya tarikan yang menarik.

    Jelas sekali, tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak tidak terjejas oleh tuntutan harian kerjayanya sebagai pelakon, pengacara dan model. Pada hakikatnya, keanggunan dan daya tarikannya memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk mengekalkan daya tarikan mereka dalam situasi seharian.

    Pengurus Kanan Produk Safi, Kazlina Mohd Kassim, memuji individu jelita ini memiliki daya tarikan yang memikat dengan sikapnya yang sentiasa bersederhana walaupun terkenal.

    “Beliau menyerlahkan penampilan Muslimah yang serba moden, bergaya serta berkeyakinan untuk mengejar impian dalam apa jua bidang kerjaya yang diceburi tanpa mengetepikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu,” jelasnya.

    Menurut Kazlina, Amyra dan Safi Youth Gold terbukti sebagai pasukan yang boleh dipercayai, terbukti dengan fakta bahawa Amyra memperoleh Anugerah Personaliti Paling Dipercayai pada sambutan Ulang Tahun ke-24 Anugerah Anugerah Jenama Dipercayai) 2022. Melalui undian pengguna di seluruh negara, Safi telah dipilih sebagai pemenang Pingat Emas Produk Penjagaan Kulit Wanita Paling Dipercayai 2022.

    Amyra mengekalkan kulit wajahnya supaya sentiasa kelihatan anjal, bebas garis topeng muka, dan bebas jeragat, apatah lagi dalam keadaan sekarang yang memerlukan penggunaan berjimat cermat berjam-jam. Kesibukan tugas harian juga bukan alasan buat Amyra.

    Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion, Safi Youth Gold Lifting 24K Golden Elixir, dan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum adalah tiga pilihan serum yang kini tersedia untuk membantu wanita dalam menangani pelbagai masalah kulit yang berkaitan dengan penuaan.

    Menariknya, pelanggan boleh memilih serum terbaik bergantung pada keperluan kulit unik mereka untuk mempamerkan keberkesanannya. Anda boleh menggunakan serum berganda yang mengandungi glutathione, 98 peratus emas tulen, dan vitamin C dengan melapiskan serum pada wajah anda.

    Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion sesuai untuk kulit yang telah mengalami kedutan dalam dan kehilangan keanjalannya. Serum ini membantu dalam meningkatkan pengeluaran kolagen untuk menjadikan kulit kelihatan lebih anjal manakala ia juga mudah digunakan iaitu hanya sapuan ke seluruh muka.

    Mereka yang mempunyai kulit kusam dan berjeragat boleh menggunakan Safi Youth Gold Lifting 24K Golden Elixir. Berdasarkan penemuan ujian klinikal, ia menghilangkan jeragat sebanyak 87 peratus dan mencerahkan kulit untuk keserian yang lebih sihat. Tulang pipi dan dahi, yang membentuk bahagian atas muka, adalah kawasan penggunaan utama untuk elixir ini.

    Wanita yang bergelut dengan dagu berlapis dan kulit kuyu harus menggunakan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Dalam masa seawal 15 minit, penggunaan serum ini boleh meminimumkan dagu berlapis sebanyak 50%. (berdasarkan keputusan ujian klinikal).

    Selain itu, serum ini membantu dalam pengurangan kedutan leher dan menegangkan kulit agar kelihatan lebih tegang dan awet muda. Penyerahan serum ini adalah pada bahagian bawah muka iaitu pipi, garis rahang, bawah dagu dan leher.

    Barisan produk serum paling sesuai untuk wanita berumur 29 tahun ke atas, yang inginkan penyelesaian penjagaan kulit yang mudah digunakan untuk menangani masalah kulit yang berkaitan dengan penuaan seperti kulit kusam, kering dan kehilangan keanjalan.

    Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion 20ml berharga RM42.30, Safi Youth Gold Lifting 24K Golden Elixir 29g ialah RM52.90, dan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum 30ml boleh didapati dengan harga RM62.55. Barisan produk Safi Youth Gold ditawarkan di beberapa lokasi runcit di seluruh negara serta dalam talian di kedai rasmi Wipro Unza di Shopee dan Lazada.

    Ia boleh dibeli dengan harga serendah RM10.50 dan sebanyak RM62.55. Lawati Lazada di https://bit.ly/3IeG0nT atau Shopee di https://bit.ly/3R51IyX. https://bit.ly/2O6zcwT, Watsons , serta Guardian di bit.ly/3OCP2Ob.

  • Surah al-Falaq mengajar kita mohon perlindungan ALLAH

    Surah al-Falaq mengajar kita mohon perlindungan ALLAH

    SENTIASA meletakkan pergantungan dan memohon perlindungan ALLAH SWT yang menjadikan setiap makhluk di muka bumi ini.

    SENTIASA meletakkan pergantungan dan memohon perlindungan ALLAH SWT yang menjadikan setiap makhluk di muka bumi ini.

    SEKITAR dua minggu sebelum ini, segmen Kapsul Surah membincangkan tentang keistimewaan Surah al-Falaq yang menjadi antara surah yang tiada tandingan.

    Surah yang mengandungi lima ayat itu bukan calang-calang kerana ia mengandungi ibrah yang besar kepada diri kita.

    Sesungguhnya, ia mengajar kita supaya sentiasa meletakkan pergantungan dan memohon perlindungan daripada ALLAH SWT yang menjadikan setiap makhluk di muka bumi ini.

    Perkara itu jelas dinyatakan dalam ayat 1 hingga 3 surah berkenaan.

    Apakah pengajaran yang kita boleh ambil iktibar daripada Surah al-Falaq? Kenapa begitu signifikannya surah ini?

    Kupasan lanjut bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah dalam segmen Kapsul Surah bagi menyambung kesinambungan manfaat Surah al-Falaq siri 1 sebelum ini.

    (ARTIKEL BERKAITAN: Al-Falaq antara surah yang tiada tandingan)



    Sumber

  • Aksesori bukan sekadar gaya – Sinar Harian

    Aksesori bukan sekadar gaya – Sinar Harian

    HOBI menunggang motosikal baik lelaki mahupun wanita kini ibarat sudah menjadi kebiasaan.

    Pada setiap hujung minggu, lebuh raya-lebuh raya akan dipenuhi dengan kumpulan motosikal yang berkonvoi ke destinasi tujuan.

    Trend tersebut dapat dilihat menerusi penubuhan beberapa kelab motosikal di Malaysia yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

    Kepada penunggang motosikal, sikap berhati-hati perlu sentiasa menjadi amalan. Sedikit kelalaian mampu mengakibatkan kecederaan dan lebih buruk lagi boleh membawa maut.

    Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk menunggang, setiap pecinta dua roda seharusnya bersedia dengan kelengkapan-kelengkapan asas penunggang yang betul bagi mengurangkan risiko kemalangan.

    Antaranya ialah topi keledar, jaket motosikal, sarung tangan, pelindung siku, pelindung lutut dan kasut.

    Setiap kelengkapan juga perlu diteliti keaslian dan kualitinya.

    Paling utama bagi Sinar Turbo ialah topi keledar yang semestinya perlu mendapat kelulusan serta diperakui oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia.

    Berikut Sinar Turbo perincikan kegunaan setiap alatan dan aksesori untuk panduan bersama.

    1. Topi keledar

    Bagi pemilik motosikal berkuasa tinggi, selalunya mereka lebih cenderung untuk memiliki jenis muka penuh (full face) kerana ia lebih selamat dan kalis angin ketika menunggang.

    Jenis seperti itu biasanya lebih mahal berbanding topi keledar biasa iaitu kira-kira RM150 dan yang mencecah hingga ribuan ringgit.

    Terdapat banyak pilihan jenama yang popular dalam pasaran seperti Arai, Shoei, KYT, AGV, Shark dan banyak lagi.

    2. Jaket

    Jaket motosikal juga penting untuk penunggang motosikal khususnya motosikal berkuasa tinggi. Ini kerana jaket yang dikhaskan untuk menunggang mempunyai ciri-ciri yang dilengkapi dengan pad atau pelindung pada siku, lengan, dada dan bahagian belakang tubuh.

    Fungsi jaket sebenarnya lebih untuk mengurangkan risiko kecederaan buat penunggang sekiranya mengalami kemalangan mengejut.

    Ia kebiasaannya boleh didapati pada harga serendah RM100 dan mampu mencapai ribuan ringgit bergantung kepada jenis material yang digunakan. Material seperti Mesh lebih murah berbanding meterial kulit.

    Untuk tunggangan harian, lebih baik menggunakan material jenis Mesh kerana ia tidak panas dan lebih selesa.

    3. Sarung tangan dan pelindung lutut

    Sarung tangan penting kerana ia mampu memberi penunggang motosikal lebih keyakinan ketika menunggang.

    Tangan yang berpeluh sangat bahaya kerana ia mampu membuatkan seseorang hilang tumpuan. Memakai sarung tangan antara lain berfungsi membantu cengkaman kuat pada pemegang motosikal.

    Pelindung lutut pula penting jika seseorang bercadang menunggang untuk perjalanan pada jarak yang jauh. Ia boleh melindungi lutut dan betis jika terjatuh atau kemalangan.

    Namun, bagi tunggangan jarak dekat, ia bukanlah satu keutamaan.

    4. Kasut

    Satu lagi yang memberi faktor keyakinan ketika menunggang motosikal adalah pemakaian dan pemilihan kasut yang sesuai. Tidak seperti motosikal biasa seperti skuter, motosikal jenis berkuasa tinggi terutamanya harus menggunakan kasut yang lebih praktikal lantaran jentera seperti itu mempunyai gear manual dan memerlukan skil untuk mengimbangi minyak dan clutch.

    KASUT yang sesuai memudahkan penunggang menukar gear dan mengawal jentera dengan baik.

    KASUT yang sesuai memudahkan penunggang menukar gear dan mengawal jentera dengan baik.

    Jika memilih untuk memakai selipar ketika hujan, pilihan itu sangat memudaratkan. Jika berlaku kemalangan pula, kaki akan cedera kerana tiada perlindungan.

    Kasut yang sesuai akan memudahkan penunggang menukar gear dengan baik dan mengawal jentera sebelum bergerak atau ketika berhenti.

    5. Pelindung siku dan pad badan (body pad)

    Dua aksesori luaran itu boleh dikategorikan boleh digunakan untuk menambahkan lagi perlindungan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini.

    Ia boleh dipakai walaupun menggunakan jaket motosikal. Dengan aksesori itu, ia mampu membantu melindungi anggota badan daripada kecederaan teruk jika berlaku kemalangan terutamanya pada bahagian tulang belakang.

    Waima menunggang motosikal kapcai, keselamatan perlu dititikberatkan walaupun kita cuma menunggang sekitar 20 kilometer atau 50km sahaja.

    Sumber

  • SINAR tampil dengan personaliti baharu di ‘Pagi Di SINAR’, ‘Duo SINAR’ dan ‘R&R SINAR’ 

    Pendengar radio SINAR kini boleh merasai gandingan baharu dalam segmen ‘Pagi Di SINAR’, bersama Siti Elizad, disertai Jep, Angah, dan Rahim; gandingan baharu dalam segmen ‘Duo SINAR’, bersama Hefny dan Falyq; dan berhibur bersama Putra Anuar, personaliti baharu dalam segmen ‘R&R SINAR’, di udara dan melalui aplikasi SYOK.

    Peminat boleh terus dihiburkan setiap pagi, Isnin hingga Jumaat, dari 6 hingga 9 pagi, dengan menonton SINAR bersama Jep, Angah, Rahim, dan Siti Elizad. Berikut merupakan pengisian untuk segmen ‘Pagi Di SINAR’:

    • Satu Hari Satu Kata, di mana personaliti SINAR akan berkongsi satu perkataan yang jarang digunakan menurut rujukan daripada Kamus Dewan Bahasa.
    • Kawan Tanya Ustaz Jawab, di mana peminat boleh bertanyakan soalan tentang ilmu agama di media sosial SINAR dan mendapatkan jawapan daripada Imam Muda Asyraf, selaku tetamu jemputan. 
    • Meja Bulat, di mana personaliti ‘Pagi Di SINAR’ berkongsi topik perbincangan harian bersama peminat.
    • Jerat SINAR, peminat berpeluang untuk berinterasi bersama personaliti SINAR dan bermain permainan menarik.

    Bahagian ‘Duo SINAR’, yang menampilkan Hefny dan Falyq, gabungan baharu setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 petang hingga 7 malam, akan membuatkan peminat terhibur. Kisahnya, yang berkongsi tema semasa dan viral di media sosial; Kota Duo, permainan yang menarik dengan peminat; SINAR Chorus, di mana peminat boleh menyanyikan bait-bait lirik daripada lagu pilihan; dan Cer Citer Duo, yang berkongsi subjek menarik dengan peminat dengan membuat panggilan ke SINAR.

    Selebriti terbaharu SINAR Putra Anuar, yang juga gemar menghasilkan video untuk aplikasi TikTok, berada di sana untuk menyambut peminat pada waktu malam. Setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 malam. hingga 12 pagi, semasa bahagian “R&R SINAR”, Putra akan bersama para pendengar dan menyediakan berita sukan, menyediakan perkara-perkara trivia dan menarik serta memainkan senarai main lagu-lagu terbaik. Antara penambahan terbaru, peminat mungkin menjangkakan:

    • Cerita Sukan, di mana Putra berkongsi info ringkas dan terkini tentang berita sukan
    • Nak Tahu?, di mana Putra akan menyampaikan fakta-fakta menarik bersama peminat
    • Kata-Kata Tak Terungkap, di mana peminat boleh membuat permintaan lagu
    • Jiwang Jumaat, setiap hari Jumaat, di mana Putra akan memainkan lagu-lagu jiwang dan peminat boleh sampaikan ucapan buat yang tersayang.

    Untuk maklumat lanjut tentang personaliti dan pengisian-pengisian baharu di SINAR, layari www.sinar.my atau ikuti platform media sosial.

    Ulasan Pengurus Kandungan SINAR, Erman Zaki dalam temubual bersamanya,

    “Kami teruja untuk menampilkan barisan personaliti SINAR terkini yang diperbaharui untuk hiburan para pendengar, dengan kehadiran Siti Elizad di Pagi Di SINAR bersama Jep, Angah dan Rahim, Duo SINAR bersama Hefny dan Falyq, serta R&R SINAR bersama personaliti baharu, Putra Anuar. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan mereka dan berharap para peminat dapat terus berhibur dengan barisan personaliti dan pengisian menarik di SINAR.”