Category: ATTRACTION

  • Haram rai Hari Kekasih – Sinar Harian

    Haram rai Hari Kekasih – Sinar Harian

    UMAT Islam dilarang menyambut Hari Kekasih kerana ia bertentangan dengan ajaran agama suci yang kita anuti.

    UMAT Islam dilarang menyambut Hari Kekasih kerana ia bertentangan dengan ajaran agama suci yang kita anuti.

    RAMAI yang cakna tentang pengharaman sambutan Hari Kekasih dalam Islam.

    Pun demikian, masih ada segelintir orang lagi yang kurang faham tentang sambutan yang dimaksudkan.

    Ada yang berhasrat untuk memberikan hadiah sekadar suka-suka kepada pasangan masing-masing walaupun tidak berniat untuk menyambut Hari Kekasih.

    Jika ia bukan jatuh Hari Kekasih, barangkali tiada masalah untuk berbuat demikian.

    Dengan syarat, ia tidak diniatkan dengan tarikh atau sempena dengan sesuatu yang dilarang oleh agama Islam.

    Benarkah tidak boleh memberikan hadiah kepada pasangan pada Hari Kekasih? Kenapa Hari Kekasih dilarang dalam Islam?

    Segala tanda tanya itu akan dikupas dalam Sinar Harian menerusi sisipan Sinar Islam esok.

    Sumber

  • Industri automotif sasar sifar pekerja asing

    Industri automotif sasar sifar pekerja asing

    INDUSTRI kenderaan menyasarkan sifar pekerja asing dalam industri automotif menjelang akhir tahun ini.

    INDUSTRI kenderaan menyasarkan sifar pekerja asing dalam industri automotif menjelang akhir tahun ini.

    KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), menerusi Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan sifar pekerja asing dalam industri automotif menjelang akhir tahun ini.

    Ketika ini, terdapat kira-kira 220,000 pekerja dalam 641 syarikat industri automotif, 70,000 daripadanya adalah pekerja asing.

    Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari berkata, pihaknya berharap sasaran itu mampu dicapai pada tahun ini, sekali gus membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan.

    “Sebagai permulaan, kami telah selesai mengadakan perbincangan dengan pengeluar kereta nasional. Perodua dan Proton juga kedua-duanya bersetuju untuk mengurangkan pekerja asing di semua 200 vendor tier 1 mereka yang kini berjumlah 40,000 orang.

    “Malah kami juga giat mengadakan perjumpaan dengan pengeluar kereta lain pada tahun ini untuk tujuan sama,” katanya.

    Menurut Madani lagi, semua pekerja asing yang bakal diberhentikan itu akan segera digantikan oleh pekerja tempatan.

    Ini bermakna pada tahun 2020, akan ada 70,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan dalam industri automotif.

    Tambahnya lagi, kerajaan telah mengurangkan perkhidmatan pekerja asing antara 32,000 hingga 35,000 orang di negara ini sejak 2014 hingga 2019.

    Mengenai sama ada langkah itu akan meningkatkan kos kepada vendor, Madani berkata, ia adalah tidak benar berdasarkan kajian analisis kos yang dibuat pihaknya.

    “Pekerja tempatan tidak akan balik ke negara asal berbanding pekerja asing. Jadi, majikan tidak perlu melatih semula pekerja tempatan ini berbanding terpaksa melatih semula mereka apabila pekerja asing tadi pulang ke negara asal. Itu akan meningkatkan kos latihan.

    “Selain itu, kos levi pekerja asing yang perlu ditanggung oleh majikan tetapi tidak buat pekerja tempatan yang tidak dikenakan levi. Begitu juga kos pasport dan sebagainya. Jadi sebenarnya adalah lebih kompetitif secara menyeluruh untuk mengambil pekerja tempatan berbanding pekerja asing,” ujarnya.

    Sumber

  • KOLABORASI MANTAP MIA LATEEFA & ISMAIL IZZANI DALAM ‘KAU TAHU’

    Mia Lateefa, puteri pop baharu yang popular di negara ini dan penyanyi single berkembar “Anima” dan “Anima Bella,” menghangatkan lagi dunia muzik Malaysia dengan penerbitan “Kau Tahu,” single terbaru mereka yang turut menampilkan Ismail Izzani, penyanyi remaja terkenal tanah air. Lagu itu ditulis oleh mereka berdua bersama komposer terkenal seperti Mingaling, Ezra Kairo, dan Amir Hasan, sambil diterbitkan oleh Deep Faith Entertainment.

    “Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya sekali lagi saya diberi peluang untuk mempersembahkan sebuah lagi karya istimewa buat pendengar muzik masa kini.

    “Saya masih lagi dalam fasa bereksperimentasi dengan muzik dalam pencarian ‘bunyi’ sebenar saya di mana saya akan menghabiskan masa di studio bersama rakan seperjuangan dan guru muzik untuk bertukar-tukar pendapat serta idea, jika bukan itu saya akan lebih fokus terhadap penjagaan fizikal dan juga kesihatan mental,” jelas gadis jelita berdarah kacukan Melayu-New Zealand ini, yang berumur 20 tahun.

    Impian Mia untuk berkolaborasi dengan penyanyi lain akhirnya diperkenankan setelah diidamkannya sekian lama, jelasnya, “Sudah lama saya menunggu peluang sebegini kerana dapat meluaskan portfolio saya sebagai seorang penyanyi serta mencuba sesuatu yang baharu.

    “Dan sudah tentunya Mael adalah pilihan saya kerana kami sudah lama mengenali satu sama lain dan sama-sama membesar dan berevolusi dengan muzik. Bagi saya, Mael adalah di antara penyanyi muda terbaik dan berbakat tanah air, jadi it’s a no-brainer kenapa saya memilih dia.

    Menurut Ismail pula, “Pada mulanya Mia menghubungi saya menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dalam sebuah single, dan tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju kerana ini adalah idea bernas dan tidak rumit untuk bekerjasama dengannya.

    “Saya mula mengenali Mia sejak tahun 2015 lagi dan sudah pun menganggapnya seperti adik sendiri, ketika di usia muda lagi dia mempunyai bakat yang semulajadi. Apa yang boleh saya katakan di sini, Mia seorang yang rajin berusaha dan akan memperuntukkan masa untuk mempelajari sesuatu, contohnya seperti tarian, kalau boleh saya simpulkan di sini, fun dan kelakar, itulah Mia!

    Single Kau Tahu merupakan adaptasi dari pengalaman Mia sendiri yang diolah ke dalam lirik, katanya, “Saya jenis orangnya kalau sayangkan seseorang akan curahkan segala perasaan dan cuba berusaha yang terbaik demi individu tersebut.

    “Lagu ini menceritakan tentang curahan kasih sayang terhadap kekasih namun ianya tidak dihargai atau hanya dibalas sekadar sahaja.

    Lagu yang berdurasi 4:27 minit ini jelas mengangkat irama R&B yang menjadi teras kepada keseluruhan karya. Ia mungkin langkah berani di sisi vokalis muda itu, namun ia mempunyai tarikan tersendiri seperti ayat rap yang dituturkan Ismail yang melengkapkan Kau Tahu dan menambah variasi dinamik.

    Video muzik (MV) yang dilancarkan serentak memaparkan visual mengasyikan ibarat dalam sebuah dunia khayalan ciptaan Mia, ulasnya, “Saya mahu penonton terpesona dengan ‘rasa’ MV Kau Tahu melalui tarian yang dibawakan saya dan Mael, seakan berada dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan apa kata orang luar.

    Walaupun kecintaan Mia untuk menari tidak terhad dan berakar umbi dalam jiwanya, dia menemui tenaga baharu melalui nyanyian, dan perjalanan seninya kelihatan cerah seperti mengembara melalui bintang-bintang galaksi.

    “Muzik adalah medium terbaik buat saya untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, saya dapat ceritakan apa yang terpendam dan mempelajari banyak perkara baharu dalam kehidupan dari mereka yang mencorakkan perjalanan seni saya.

    “Semoga semua yang mendengar Kau Tahu akan terhibur dan menari bersama rentaknya serta jangan lupa selami maksudnya kerana saya pasti ramai di luar sana pernah mengalami situasi yang sama. Jadikan pengalaman lalu pengajaran buat kita untuk lebih kuat kehadapan.

    Lagu “Kau Tahu” tersedia untuk dimuat turun di iTunes, di mana ia juga boleh digunakan sebagai nada dering untuk panggilan kepada semua penyedia telekomunikasi tempatan. Ia juga boleh dimainkan dan dinikmati pada bila-bila masa melalui perkhidmatan penstriman dalam talian termasuk Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music. Manakala MV hanya boleh diakses di saluran YouTube Mia Lateefa Keyte pada hari yang sama.

  • Wajibkah anak sindrom down berkhatan?

    Wajibkah anak sindrom down berkhatan?

    AMALAN berkhatan diwajibkan ke atas setiap umat Islam baik lelaki mahupun perempuan.

    AMALAN berkhatan diwajibkan ke atas setiap umat Islam baik lelaki mahupun perempuan.

    SEBUT sahaja tentang berkhatan, semua sedia maklum dengan syariat Islam yang satu ini.

    Dari segi hukumnya, ia diwajibkan ke atas setiap umat Islam sebagaimana disebutkan dalam satu riwayat.

    Sabda Rasulullah SAW: “Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku.” (Riwayat al-Bukhari)

    Namun, bagaimana dengan anak sindrom down? Adakah berkhatan itu diwajibkan juga ke atas mereka?

    Segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini membincangkan lanjut mengenai topik tersebut.

    Sebelum menjawab tanda tanya berkenaan, pendakwah yang juga Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris mengajak kita untuk menyelami amalan berkhatan itu.

    Jelas beliau, menurut Mazhab Syafie yang diamalkan di negara ini, amalan berkhatan diwajibkan ke atas setiap umat Islam baik lelaki mahupun perempuan.

    “Kita perlu ingat bahawa berkhatan juga ada signifikannya dari segi saintifik. Apabila berkhatan, ia dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada terkena penyakit, selain berupaya menjaga kebersihan,” katanya.

    Kepada ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down, kata Fitri, mereka boleh membawa anak-anak berkhatan selagi tiada kekangan untuk berbuat demikian.

    “Selagi mana anak itu boleh dibawa ke klinik (untuk berkhatan), tidak meronta dan sebagainya, sebaiknya, bawalah anak itu berkhatan.

    “Insya-ALLAH semoga kita dapat hikmat dan manfaat daripada amalan berkhatan ini,” jelas beliau.

    Sumber

  • Prihatin impak koronavirus – Sinar Harian

    Prihatin impak koronavirus – Sinar Harian

    ANGKA korban akibat wabak koronavirus di China makin meningkat.

    ANGKA korban akibat wabak koronavirus di China makin meningkat.

    SUSULAN wabak koronavirus yang melanda baru-baru ini, beberapa syarikat automotif tampaknya prihatin dengan bangkit dan tampil membantu.

    Antara syarikat gergasi yang menghulurkan bantuan ialah Ford Motor. Syarikat gergasi Amerika Syarikat itu memanggil beberapa kumpulan pekerjanya di Jiangling Motor, rakan kongsi Ford di China untuk menukarkan 600 unit Ford Transit kepada varian ambulans khas.

    Automotive News China melaporkan, SAIC Motor dan Beiqi Foton Motor turut melakukan perkara sama yang mana mereka menghantar bantuan ambulans ke daerah Wuhan.

    Sementara itu, Daimler, BMW, Toyota dan Honda bertindak dengan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak 5 juta yuan hingga 26 juta yuan kepada yayasan-yayasan yang terlibat di sana.

    “Dongfeng Motor dan GAC Motor turut memberikan bantuan kewangan untuk penduduk di Hubei dan Wuhan.

    “Kebanyakan pengedar kenderaan masih menutup dewan pameran mereka untuk meminimumkan risiko wabak itu merebak,” lapor Automotive News China baru-baru ini.

    Untuk makluman, Wuhan juga mempunyai beberapa kilang pemasangan kenderaan, termasuk milik PSA Group, Renault, Nissan, Honda dan General Motors.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan koronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada gejala yang lebih berbahaya seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV).

    Virus itu sudah tersebar di seluruh China dan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.

    Sumber

  • Haram sambut Hari Kekasih, elak beri hadiah

    Haram sambut Hari Kekasih, elak beri hadiah

    HARI ini merupakan 14 Februari iaitu tarikh yang sinonim dengan Hari Kekasih. Namun, kita dilarang untuk menyambutnya kerana ia ditegah di sisi agama Islam tidak kiralah apa jua alasannya.

    Bahkan, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Hal itu kerana ia mempunyai unsur-unsur agama lain. Amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

    Masakan tidak, lihat saja apa yang berlaku setiap kali tibanya Hari Kekasih. Ada segelintir anak muda tanpa segan silu berseronok di kelab dan berbuat maksiat di bilik-bilik hotel tanpa sekelumit rasa bersalah dalam diri.

    Bukan mahu membuat kesimpulan mudah, namun itulah yang berlaku dalam dunia realiti. Jika tidak, tiadalah Ops Valentine yang boleh dikatakan dilaksanakan hampir saban tahun, biarpun ada yang mendakwa rentak operasi seperti itu semakin perlahan sejak dua tahun kebelakangan ini.

    Hakikatnya, Hari Kekasih sebenarnya banyak memberikan natijah buruk bukan sahaja kepada diri kita, tetapi generasi baharu dan agama Islam itu sendiri.

    Ada sebab kenapa ia diharamkan oleh agama Islam. Apakah sebab kepada pengharaman itu? Bagaimana pula hukumnya apabila suami isteri memberikan hadiah kepada pasangan pada hari berkenaan?

    Unsur agama lain

    Bagi mendasari topik berkenaan, Sinar Islam mendapatkan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Jelas beliau, sejarah Hari Kekasih atau Valentine’s Day tidak ada dalam Islam. Sebaliknya, amalan budaya dan hasrat perayaan itu mempunyai unsur-unsur agama lain yang bercanggah dengan agama suci yang kita anuti.

    MOHD TAMYES

    MOHD TAMYES

    Menelusuri historiografinya, katanya, Valentine’s dikatakan berasal daripada nama seorang paderi, St Valentino yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol.

    “Bahkan, St Valentino juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam,” ujar beliau ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

    Justeru, agamawan itu menegaskan, barang siapa yang merayakan Hari Kekasih, mereka seolah-olah bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

    “Dalam Islam, tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang. Setiap hari sebenarnya adalah hari kasih sayang dalam Islam.

    “Cuma, Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Hari Kekasih kerana ada unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya yang boleh menggugat akidah Islam,” jelas beliau.

    Rosakkan generasi

    Pada sama sama, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor itu menegur sikap segelintir anak muda dan golongan yang meraikan Hari Kekasih dengan perbuatan yang dilarang oleh syarak.

    BAGI pasangan yang sudah berkahwin, mereka boleh mempertautkan kasih sayang dengan perkara yang tidak bercanggah dengan agama Islam dan bukannya menyambut Hari Kekasih.

    BAGI pasangan yang sudah berkahwin, mereka boleh mempertautkan kasih sayang dengan perkara yang tidak bercanggah dengan agama Islam dan bukannya menyambut Hari Kekasih.

    Perbuatan sedemikian jika tidak dibendung, kata beliau, akan merosakkan generasi umat Islam pada masa akan datang.

    “Ya, memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain. Akan tetapi, untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan, perlu melalui saluran dibenarkan oleh syarak.

    “Ia bukannya menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang perkara yang dilarang dan berbentuk maksiat,” jelas beliau.

    Bagaimana pula jika seorang individu itu berhasrat untuk memberikan hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Hari Kekasih? Jawab Mohd Tamyes, perbuatan itu tidak dibenarkan kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawakan oleh Hari Kekasih.

    “Kepada pasangan suami isteri, mereka digalakkan untuk memberi hadiah kepada pasangan masing-masing pada bila-bila masa sahaja. Ia dengan syarat asalkan tidak diniatkan dengan tarikh atau sempena dengan sesuatu yang dilarang oleh agama Islam,” tegas beliau.

    Beliau turut mengingatkan kembali keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 21 Februari 2006 yang memutuskan, amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

    “Perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur dan amalan yang bercampur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan dilarang oleh Islam.

    “Orang Islam yang bertindak dengan cara menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995,” jelas beliau.

    Buka ruang zina

    Bagi mendapatkan kupasan lanjut tentang sambutan Hari Valentine, Sinar Islam mewawancara pendakwah Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli atau dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Faiz.

    PU FAIZ

    PU FAIZ

    Jelas beliau, sambutan Hari Kekasih mempunyai pelbagai versi sejarah tentangnya. Pun demikian, semua historiografi berkenaan merupakan budaya orang bukan Islam yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.

    “Ada yang menyatakan, Hari Kekasih versi asal daripada agama Pagan dan satu versi lagi daripada agama Kristian. Namun, rata-ratanya berkaitan kebudayaan. Tentatif program berkenaan membawa kepada pergaulan bebas, seks sebelum nikah, pergaulan dengan bukan mahram, (aktiviti) memabukkan dan sebagainya.

    “Semua isi kandungan program itu adalah haram. Ia haram bukan kerana namanya Valentine. Ini kerana, hukum sesuatu terbina berdasarkan kandungan program, bukan nama (program tersebut). Agama Islam tidak mengingkari sesuatu yang baik yang dikerjakan pada zaman sebelum (kedatangan) Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Islam baru-baru ini.

    Bukan itu sahaja, menyambut Hari Kekasih dengan pengisian program maksiat hakikatnya membuka ruang-ruang zina seandainya ia diraikan oleh pasangan bukan mahram, terang beliau.

    Sebagai umat Islam, jelas beliau, wajib bagi kita untuk menjauhi zina.

    Firman ALLAH SWT: “Dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32)

    Bagi pasangan suami isteri pula, jelas PU Faiz, jika mereka menguatkan lagi kasih sayang tanpa pergaulan bebas, aktiviti memabukkan dan tidak melakukan apa yang dilarang oleh syarak, ia tiada masalah.

    “Bahkan, Islam sebenarnya amat menganjurkan umatnya sentiasa berkasih sayang pada setiap masa. Ia bukan hanya pada 14 Februari sahaja, tetapi pada sepanjang masa dengan pengisian yang tidak bertentangan dengan syarak,” katanya.

    Menurut Ketua Tanfiziyah Pertubuhan Nahdlatul Ulama Malaysia itu, dalam sirah nabi, Islam sebenarnya mempunyai ‘Hari Valentine’ sendiri iaitu hari pembebasan Kota Suci Makkah yang mana ia terjadi pada bulan Ramadan tahun 630 Masihi.

    “Ketika itu, Nabi Muhammad SAW berserta 10,000 pasukan bergerak dari Madinah menuju ke Makkah. Mereka kemudian menguasai Makkah secara keseluruhan tanpa pertumpahan darah sedikit pun. Bahkan, baginda SAW mengampuni orang yang sebelum ini pernah mengusirnya dari tanah airnya sendiri.

    “Ternyata keburukan dan kekasaran yang pernah diturunkan kepada nabi dibalas dengan cinta dan kasih sayang. Dalam erti kata lain, kita sebagai umat Islam dituntut untuk saling mengasihi dan menolong sesama kita tanpa perlu menunggu momen tertentu,” jelas beliau.

    Dalam Islam, kita diharuskan menyayangi golongan muda dan menghormati mereka yang tua pada setiap hari, terang PU Faiz. Pada masa sama, Islam tidak melarang adanya tradisi tahunan.

    “Contohnya, pendakwah pada zaman dahulu mengubah pengisian program mungkar kepada yang makruf sepertimana amalan ‘sesaji’ yang kini ditukar dengan tahlil atau doa selamat,” jelas beliau.

    Dalam pada itu, PU Faiz turut menitipkan pesanan kepada pasangan yang belum berkahwin agar mengelakkan diri daripada menyambut Hari Kekasih. Sebaliknya, sambutlah kasih sayang dengan ibu bapa atau adik-beradik.

    Pupuk kasih sayang ikut acuan Islam

    Agama Islam menganjurkan umatnya untuk membajai nilai perasaan kasih sayang dalam seluruh ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga termasuk juga organisasi dan komuniti masyarakat kita.

    Perbuatan atau usaha tersebut perlulah mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh syarak. Demikian kata Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood.

    USTAZAH SITI FATAHIYAH

    USTAZAH SITI FATAHIYAH

    Ujar beliau, kita diciptakan oleh ALLAH SWT di muka bumi ini semata-mata untuk beribadah kepada-NYA. Maka, seharusnya kasih sayang yang disuburkan sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini perlu dilakukan atas dasar melaksanakan sesuatu kebaikan yang disuruh-NYA.

    Elakkan diri daripada terjebak dengan perkara maksiat atau dimurkai-NYA, jelas beliau.

    “Hubungan kasih sayang antara lelaki dan perempuan yang cuba dibina dengan penuh kemesraan dan romantis sebelum ikatan perkahwinan yang sah adalah dilarang. “Apatah lagi andai ada hubungan mesra yang intim ini yang berlaku kepada lelaki dan lelaki atau perempuan dan perempuan secara songsang, ia turut diharamkan,” katanya kepada Sinar Islam baru-baru ini.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari)

    Ustazah Siti Fatahiyah yang juga Pengerusi Dewan Wanita, Majlis Dakwah Negara Peringkat Negeri Selangor itu menegaskan, konsep kasih sayang dalam Islam menekankan kejujuran dan keikhlasan dengan menetapkan niat mengasihi seseorang kerana ALLAH SWT.

    “Ia bukan semata-mata untuk kepentingan peribadi atau berniat jahat di sebalik mempamerkan kasih sayang tersebut,” katanya.

    Di samping menyuburkan kasih sayang yang dibina, beliau mengingatkan agar jangan meruntuhkan hubungan kasih sayang dengan orang yang lain sehingga memutuskan silaturahim tersebut.

    Justeru, ujar beliau, binalah kasih sayang dalam hidup mengikut acuan yang ditetapkan oleh Islam agar hidup lebih diberkati dan diredai oleh ALLAH SWT.

    “Jangan leka dibawa arus kehidupan yang kian mencabar keimanan kita ketika ini. Jangan pula menunggang agama dalam mencipta bahagia di dunia. Dalam sibuk mencipta bahagia, jangan pula menempah derita kepada orang lain dengan memutuskan silaturahim.

    “Jom kita kuatkan iman dengan mengawal debaran dalam hati atau ‘kocakan’ di minda kita agar kasih sayang yang kita bina dapat membawa kita ke syurga, bukan menghumban kita ke neraka,” ujar beliau mengakhiri perkongsian ilmunya.

    Sumber

  • Hyundai Kona Elektrik catat rekod dunia

    Hyundai Kona Elektrik catat rekod dunia

    MENERUSI cubaan terbaharu itu, Hyundai Kona Elektrik berjaya membuktikan keupayaannya sebagai sebuah SUV yang tahan lasak di dalam keadaan yang serba ekstrem.

    MENERUSI cubaan terbaharu itu, Hyundai Kona Elektrik berjaya membuktikan keupayaannya sebagai sebuah SUV yang tahan lasak di dalam keadaan yang serba ekstrem.

    KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Hyundai Kona Elektrik berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness apabila berjaya melengkapkan pendakian ke altitud setinggi 5,731 meter di Sawula Pass, Tibet, China.

    Dalam kenyataan media Hyundai, SUV tersebut dikatakan tidak mengalami sebarang masalah prestasi ketika mencapai titik altitud paling tinggi.

    Dengan pencapaian tersebut, Kona Elektrik telah membuktikan bahawa ia sememangnya sebuah SUV yang tahan lasak. Menghadapi pelbagai keadaan cuaca yang teruk seperti suhu sejuk melampau, salji yang berterusan termasuk permukaan jalan yang berais antara keupayaannya.

    “Kona Elektrik juga dilengkapi dengan sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) yang dapat memastikan kestabilan kenderaan dalam setiap keadaan jalan yang diuji.

    “Sepanjang tempoh cabaran, model tersebut dicas menerusi pengecas mudah alih yang disertakan bersama dengannya. Ia juga tidak mengalami sebarang masalah sepanjang pendakian,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

    Semasa turun dari puncak, sistem penjanaan semula kuasa yang pintar memastikan SUV tersebut sentiasa mempunyai kuasa yang mencukupi.

    Diperkenalkan pada tahun 2018, Kona Elektrik menawarkan jarak pemanduan sejauh 452 km dengan satu cas penuh. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan unit pengecas mudah alih dan juga AC Wall Box Charger untuk kegunaan di rumah.

    SUV tersebut juga didatangkan dengan waranti tiga tahun tanpa had perbatuan, manakala pek baterinya dilindungi oleh waranti untuk lapan tahun atau 160,000 kilometer perjalanan.

    Sumber

  • ALAMI KUALITI VISUAL UNGGUL DENGAN HISENSE ULED TV SIRI U7H

    Hisense Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan keluaran siri TV serba baharu yang dilengkapi dengan teknologi ULED termaju Hisense, Hisense U7H, selepas kemunculan pertama Siri TV 4K UHD A6100H premium Hisense. Siri ini didatangkan dalam dua saiz, 55-inci dan 65-inci, dengan harga masing-masing antara RM3,999 hingga RM4,999.

    “Kami berbangga memperkenalkan satu lagi siri TV yang direka untuk memberikan kualiti tontonan yang unggul dengan pelbagai ciri penambah visual. Rakyat Malaysia boleh yakin bahawa siri ini akan dilengkapi dengan ciri-ciri untuk memberikan kemudahan dan keselesaan sepenuhnya sambil menonton perlawanan sukan kegemaran anda,” Encik Derek Jin Pengarah Urusan Hisense Malaysia.

    Di sebalik penampilannya dan apa sahaja ciri pintar yang ada padanya, kualiti gambar TV adalah agak penting. Disebabkan oleh penggunaan teknologi Quantum Dot dan penggabungan nanopartikel ke dalam panel TV, yang menaikkan panel LED ke tahap maksimum, Hisense ULED TV siri U7H menghasilkan grafik yang menakjubkan. Apabila terdedah kepada cahaya, warna yang dilihat tidak berkurangan sebaliknya bertukar bercahaya.

    Peredupan Tempatan Tatasusunan Penuh disepadukan ke dalam siri Hisense ULED TV U7H untuk mengelakkan gangguan pelbagai zon paparan semasa teknologi menganalisis gambar video dan meredupkan tempat yang diperlukan dengan betul, memastikan kawalan cahaya dan kontras yang tepat untuk pengalaman tontonan yang dipertingkatkan.

    Untuk tontonan yang dipertingkatkan, siri Hisense ULED TV U7H menggunakan 120Hz Ultra Motion, yang menggabungkan teknologi MEMC dan Teknologi Pengurangan Bunyi 3D. Fungsi ini mengurangkan ketinggalan input dan meningkatkan kestabilan visual, menghasilkan kejelasan yang luar biasa walaupun dalam imej yang bergerak pantas, menjadikannya ideal untuk merakam urutan aksi dan acara sukan.

    Selain itu, siri Hisense ULED TV U7H mempunyai HDR10+, yang mengoptimumkan gambar untuk pengalaman tontonan yang optimum dengan melaraskannya kepada pencahayaan ambien. HDR10+ dilengkapi dengan sensor yang melaraskan kecerahan dan kontras imej secara automatik untuk tontonan yang jelas apabila pencahayaan dalam bilik berubah.

    Melampaui Pendengaran Biasa

    Dolby Atmos, yang meningkatkan kualiti bunyi kepada tahap kedalaman dan kejelasan yang tidak pernah didengar sebelum ini, adalah lebih mengagumkan daripada kualiti visual yang luar biasa siri ULED TV U7H Hisense. Pelbagai jenis bunyi disokong oleh Dolby Atmos, yang diletakkan dengan tepat dalam ruang tiga dimensi di atas dan di sekeliling. Apabila menonton kandungan, ini memberikan pengalaman sinematik dengan bunyi yang realistik dan seperti hidup.

    Ciri Pintar

    Game Mode Pro dengan mod kependaman rendah AUTO (ALLM), CONTINUAL VRR dan HDMI 2.1 ialah satu lagi ciri siri Hisense ULED TV U7H. Ia mengurangkan ketinggalan input, kegelisahan dan koyakan untuk meningkatkan peluang kemenangan sambil mengekalkan kelebihan dalam permainan. Siri Hisense ULED TV U7H akan bertukar serta-merta kepada mod permainan apabila disambungkan ke peranti permainan untuk keupayaan permainan maksimum dan sedikit gangguan semasa bermain.

    Siri ULED TV U7H Hisense juga dilengkapi dengan Alat Jauh Pertuturan yang anggun yang mempunyai mikrofon dan butang Bluetooth yang bersambung ke TV, menjadikannya pantas dan mudah untuk menggunakan pengecaman pertuturan untuk menemui kandungan. Alat kawalan jauh suara satu sentuhan membolehkan carian kandungan pantas dan mudah.

    Pelanggan sentiasa boleh menyemak https://www.hisense.com.my/dealers-locations/ untuk butiran mengenai tempat membeli barangan yang disebutkan di atas. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua produk cemerlang yang ditawarkan oleh firma itu, pergi ke Hisense Malaysia dan ikuti @HisenseMalaysia di Facebook, YouTube dan media sosial yang lain.

  • Santuni ibu bapa, mertua bukan Islam

    Santuni ibu bapa, mertua bukan Islam

    SESUNGGUHNYA, Islam menggalakkan umatnya supaya berbuat baik kepada semua orang. Hal itu termasuklah memberi bantuan kewangan, penjagaan dan apa saja pertolongan asalkan tidak membantu dalam urusan yang mensyirikkan ALLAH. Agama suci itu menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya walaupun mereka tidak memeluk Islam.

    Begitulah juga apabila anaknya itu telah berkahwin. Hubungan dan penghormatan terhadap kedua orang tua yang telah melahirkan dan membesarkannya tetap sama kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    Andai kata, ditakdirkan seseorang itu berkahwin dengan pasangan daripada keluarga bukan Islam, jangan sesekali meminggirkan kedua ibu bapa mertua. Ingatlah bahawa mereka adalah individu yang melahirkan pasangan kita. Merekalah yang merawat, memberi makan, mendidik dan menyekolahkan pasangan kita sehingga mereka berjaya.

    Sedar atau tidak, tanpa mereka, pasangan kita tadi tidak akan wujud. Oleh sebab itu, kedua ibu bapa mertua itu wajib disantuni sepertimana ibu bapa kita sendiri. Mereka perlu dilayan dengan baik, diberikan kasih sayang dan perhatian.

    Sekalipun mereka bukan Islam, sebagai anak, kita perlu mendengar nasihat mereka. Ia adalah peluang yang sangat berharga untuk kita mempamerkan akhlak Islam.

    Doakan kebaikan

    Bagaimana jika ibu bapa mertua kita yang bukan Islam itu sakit? Ketahuilah bahawa mendoakan kebaikan untuk orang bukan Islam seperti mendapat kesejahteraan kesihatan, anak dan harta adalah dibolehkan. Ia berserta syarat bahawa selagi orang bukan Islam itu bukan dalam kalangan mereka yang bermusuh dengan Islam sepertimana disebutkan dalam kalam ALLAH.

    Firman ALLAH SWT: “ALLAH tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya ALLAH hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9)

    KEDUDUKAN ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama dalam Islam tidak kiralah mereka seorang Muslim ataupun tidak.

    KEDUDUKAN ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama dalam Islam tidak kiralah mereka seorang Muslim ataupun tidak.

    Ibn Kathir berkata: “ALLAH SWT tidak melarang kamu berbuat baik kepada orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu kerana agama, seperti kaum wanita dan orang-orang yang lemah di antara mereka. ALLAH hanya melarang kamu bersahabat dengan orang-orang yang telah melancarkan permusuhan terhadap kamu, kemudian mereka memerangi dan mengusir kamu dan membantu mengusir kamu.” (Rujuk Tafsir al-Quran al-Azim, 8/135)

    Bahkan, Nabi Muhammad SAW pada asasnya menyuruh kita membalas kebaikan kepada pelaku dengan ucapan yang baik.

    Sabda baginda SAW: “Sesiapa yang dilakukan padanya kebaikan, lalu dia berkata kepada orang tersebut: “Jazakallah khairan (semoga ALLAH membalasmu dengan kebaikan), maka sesungguhnya dia telah benar-benar meninggikan pujian.” (Riwayat al-Nasa’ie dan al-Tirmizi)

    Ujar Imam al-Munawi, doa yang disebutkan dalam hadis di atas hanya untuk seorang Muslim. Adapun sekiranya seorang kafir berbuat kebaikan kepada seorang Muslim, maka doakanlah agar dia mendapat harta, anak, kesihatan dan ‘afiyah. (Rujuk Faidh al-Qadir oleh al-Munawi, 1/526)

    Alangkah baiknya jika kita berdoa agar ALLAH mengurniakan taufik dan ditunjukkan jalan yang terbaik dalam kehidupan kepada kedua ibu bapa atau mertua kita yang bukan Islam. Ini kerana ia termasuk dalam uslub dakwah yang penuh dengan hikmah dan kasih sayang.

    Pun demikian, doa seperti rahmat dan barakah daripada ALLAH SWT adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    Justeru, sebagai anak atau menantu yang dikurniakan ibu bapa atau mertua yang bukan Islam, jalanilah tanggungjawab terhadap kedua-dua mereka dengan sebaiknya. Ia bukan sahaja dapat memelihara kerukunan rumah tangga kita, tetapi juga memelihara hubungan kekal harmoni dengan keluarga mertua.

    Siapa tahu dengan tindakan kita tadi akan menjentik hati kedua ibu bapa atau mertua kita untuk mengenali agama yang suci ini dengan lebih dekat, sekali gus memeluk Islam.***Ustaz Mohd Khairul Azman Md Daud merupakan pendakwah dan Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah.

    Sumber

  • Tip asas penjagaan Ysuku – Sinar Harian

    Tip asas penjagaan Ysuku – Sinar Harian

    SEJAK kebelakangan ini, motosikal Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku menjadi dambaan ramai ‘kaki motor’ di Malaysia.

    Kepopularannya boleh dikatakan memenangi hati pelbagai peringkat umur. Jentera tersebut juga kini mendapat permintaan yang sangat tinggi. Dalam erti kata lain ‘geng Ysuku’ menjadi trend dan fenomena.

    Pun begitu, seperti lazimnya, salah satu tabiat buruk pengguna jentera adalah kerap mengabaikan rutin penyenggaraan. Sedangkan, sebagai pengguna motosikal, urusan penting sedemikian seharusnya diambil peduli.

    Justeru pada minggu ini, dengan fokus pada spesifikasi standard, Sinar Turbo kongsikan beberapa tip asas penjagaan jentera Yamaha Y15ZR.

    Input tip tersebut adalah berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh Elhani Bikers Trading yang acap menerima kes motosikal pelanggan yang berdepan hal penalaan, suntikan bahan api dan lain-lain khususnya pada Yamaha Y15ZR.

    1. Minyak enjin.

    Yamaha Y15ZR mempunyai struktur enjin yang hampir sama dengan model terdahulunya iaitu Yamaha LC 135 dan Yamaha FZ150i.

    Seperti yang termaktub oleh pihak pengilang Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLY), minyak enjin disyorkan sendiri HLY ialah dengan kelikatan 20W40@20W50.

    ANTARA minyak yang disyorkan pengilang.

    ANTARA minyak yang disyorkan pengilang.

    Mahal tidak semestinya bagus. Bagi Yamaha Y15ZR berkapasiti 150cc (berkuasa kecil), 90 peratus penunggang selalunya akan menujah pada revolusi per minit (RPM) tinggi. Jadi, minyak enjin dengan kelikatan itu ialah pilihan yang tepat.

    Anggaran harga minyak enjin itu pula hanya dalam lingkungan bawah RM30. Terdapat pelbagai pilihan jenama seperti 15W50 dan 20W50 dengan selang perubahan minyak (OCI) 1,500 kilometer (km). Pengguna boleh menyukat mana yang akan cepat susut.

    2. Penalaan/ penyesuaian bahan api

    Terserah pada bajet dan keperluan pengguna sama ada mahu penyesuaian bahan api (fuel adjustment) pada Unit Kawalan Elektrik (ECU) standard menggunakan alat Diagnostik Suntikan Bahan Api (FID tools) ataupun menukar ECU aftermarket.

    PENJAGAAN penyelenggaraan penting supaya enjin dalam keadaan baik.

    PENJAGAAN penyelenggaraan penting supaya enjin dalam keadaan baik.

    Penyesuaian bahan api perlu bagi memastikan jentera berada dalam tetapan yang sempurna dan sentiasa selamat untuk ditunggang.

    3. Palam pencucuh

    Adakah plag yang mahal itu bagus dan menjamin prestasi motosikal? Jawapannya mudah sahaja.

    Dalam dunia permotoran, sebenarnya sebarang alat ganti yang dikategorikan sebagai alat ganti berprestasi tinggi, tiada istilah ‘plag dan main’ (plug and play).

    Semuanya harus dilaraskan semula. Seperti Yamaha Y15ZR, pengguna disarankan memakai plag berjenama seperti NGK CR8E, CR9E. Plag biasa berharga sekitar RM10 hingga RM20 sahaja.

    PALAM pencucuh.

    PALAM pencucuh.

    Walaupun menggunakan plag biasa, penyesuaian bahan api perlu dibuat bagi memastikan keperluannya mencukupi dan pembakaran sempurna dalam enjin.

    Jika pengguna ingin memakai plag berprestasi tinggi (racing) seperti Plag NGK CR8EIX, CR9EIX (NGK iridium) atau Brisk Premium dengan anggaran harga sekitar RM80, pastikan jentera ditala.

    Itu boleh dilakukan sama ada dengan ECU standard menggunakan FID tools ataupun ECU aftermarket dengan menggunakan wideband tune atas jalan atau run dyno.

    Bahan api yang tidak cukup akibat penggunaan alat ganti berprestasi tinggi boleh menyebabkan penggunaan bahan petrol terjejas. Itu seterusnya menyebabkan enjin gagal berfungsi dengan lancar (knocking).

    Lebih parah, kesan jangka panjang pada enjin boleh mengakibatkan blok calar, injap bocor dan sebagainya.

    4. Sensor (Lean Angle Sensor)

    Untuk pengetahuan, Yamaha Y15ZR mempunyai teknologi motosikal berkuasa tinggi iaitu Lean Angle Sensor. Tujuan asalnya untuk mematikan enjin semasa mengalami kemalangan motosikal pada sudut yang tertentu.

    Pun begitu, apa yang menjadi masalah apabila motosikal terjatuh ketika parkir atau gagal diseimbangkan. Kongsi Elhani Bikers Trading, terdapat kes, Y15ZR yang ditunggang laju tiba-tiba terlanggar bonggol atau lubang, dengan serta-merta enjinnya mati dan tidak boleh dihidupkan.

    Apa yang perlu dibuat jika itu berlaku?

    • -Error code 30 & 41 akan ‘naik’ dalam sistem ECU motosikal.
    • -Biarkan motosikal seketika dan cuba hidupkan seperti biasa.
    • -Jika masih tidak boleh dihidupkan, cabut lean angle sensor, goncang dan pasang semula.
    • -Bagi pemilik ECU standard, ‘clearkan’ Error code 30 & 41 menggunakan FID tools dan segera pergi ke bengkel-bengkel yang berdekatan.

    5. Cara menunggang

    Yamaha Y15ZR ialah roda dua yang berkuasa sederhana. Apabila menunggang dalam kelajuan 125 hingga 130 km per jam, secara tidak langsung RPM berada dalam julat 9,000 ke 10,000.

    Jadi, beringatlah semasa menunggang. Kerapkanlah periksa paras minyak enjin dan penyejuk motosikal untuk menggelakkan berlakunya enjin terlalu panas.

    Elak menunggang pada RPM tinggi dengan gear yang rendah. Penggunaan RPM tinggi pada gear rendah boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian enjin terutamanya bearing dan omboh (piston).

    Pendek kata, elakkan ‘main pickup’ atau ‘main top’. Itu ayat yang paling mudah difahami oleh geng Ysuku, bukan?

    Sumber