Category: ATTRACTION

  • Seri Sementa Bikers Community manfaatkan pengisian MQT 2.0

    Seri Sementa Bikers Community manfaatkan pengisian MQT 2.0

    SHAH ALAM – Seri Sementa Community Bikers menyertai program My #QuranTime (MQT) 2.0 kali kedua bagi memberi pengisian rohani yang diadakan di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada 21 Januari lalu.

    Penasihatnya, Datuk Saiful Nizam Datuk Abdul Hamid berkata, sebelum ini seramai 25 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai MQT 2.0 pada 12 Januari 2023.

    “Melalui maklumat seorang rakan, kami diajak sertai program berinteraksi dengan al-Quran. Atas ajakan tersebut, Seri Sementa Community Biker berjaya mengumpul ahli untuk mengisi masa dengan majlis ilmu.

    “Syukur, saya mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan peserta kerana dapat mendekati al-Quran dan memahami maknanya.

    “Kunjungan kali kedua ini juga menyuntik semangat untuk menghayati kalam ALLAH yang disampaikan oleh pentadabbur, Fazrul Ismail. Selain itu, kami dapat mempelajari ilmu tajwid dan bahasa al-Quran untuk difahami,” katanya.

    Beliau berkata, walaupun mereka meminati dunia permotoran, namun ilmu akhirat tidak dilupakan, malah aktiviti tersebut dapat mengimbangi antara dunia dan akhirat.

    Abdul Hadi Hussin

    Abdul Hadi Hussin

    Sementara itu, Pengerusi Seri Sementa Bikers Community, Abdul Hadi Hussin berkata, ada kalangan peserta menjadi pengikut MQT 1.0.

    “Kali ini mereka berpeluang untuk mengikuti MQT 2.0 secara langsung dan lebih bersemangat untuk mendekati al-Quran.

    “Program tersebut memberi ilmu bermanfaat melalui penyampaian tadabbur dan bacaan qari. Hasil perbincangan dengan ahli kumpulan, mereka teruja untuk mencari saham akhirat dengan menyertai MQT 2.0. Kita harap lebih ramai kalangan ahli untuk ikuti MQT 2.0 dari masa ke masa,” katanya.

    Tambah beliau, Seri Sementa Bikers Community kini disertai oleh 43 orang yang terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri, bekerjaya dan suri rumah.

    “Kami bermula dengan berkongsi hobi yang sama menunggang motosikal sejak dari 2016. Ketika berbincang bersama mereka, tercetus idea untuk mengisi aktiviti faedah dengan beramal.

    “Sejak itu, kami mengumpul dana sendiri untuk disampaikan kepada rumah anak yatim dan maahad tahfiz. Tahun lepas, kami mengadakan misi bantuan banjir kepada penduduk yang terjejas,” katanya.

    Kini, lebih 600 ribu penonton ikuti siaran MQT.20 secara hibrid sejak pelancaran program tersebut pada 14 Disember 2023 sehingga kini.

    Sebanyak 2,111 episod bersiaran di semua platform digital seperti YouTube dan Facebook My #QuranTime Official, Sinar Harian, Karya Bestari dan Ideaktiv pada jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari setiap hari.

    Untuk menonton siaran ulangan dan secara langsung MQT 2.0, sila lawati di https://www.youtube.com/@MyQuranTime. Untuk maklumat lanjut MQT 2.0, sila layari Facebook My QuranTime Official.

    Sumber

  • USAS sedia kolaborasi WUIF jalankan program berteraskan al-Quran

    USAS sedia kolaborasi WUIF jalankan program berteraskan al-Quran

    Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Prof Madya Dr Anas Md Yusoff (lapan dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff (tujuh dari kanan), wakil Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah (enam kiri) menunjukkan sokongan Misi Surah Al-Insan dan Quran Corner selepas sesi perbincangan di USAS.

    Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Prof Madya Dr Anas Md Yusoff (lapan dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff (tujuh dari kanan), wakil Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah (enam kiri) menunjukkan sokongan Misi Surah Al-Insan dan Quran Corner selepas sesi perbincangan di USAS.

    KUALA KANGSAR – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sedia berkolaborasi dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dalam menjalankan program-program berteraskan al-Quran.

    Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Prof Madya Dr Anas Md Yusoff berkata, pihaknya ingin bekerjasama dengan WUIF dalam pembangunan kandungan-kandungan baharu yang boleh dimasukkan dalam platform YouTube USAS TV.

    “Kami sangat berbesar hati sekiranya pelbagai program al-Quran yang diterbitkan oleh WUIF turut dimuat naik di laman YouTube USAS TV seperti My #QuranTime.

    “Selain berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak WUIF dalam pembangunan kandungan-kandungan baharu yang boleh dimasukkan dalam platform YouTube USAS TV dengan gabungan buah fikiran daripada kedua belah pihak.

    “Kami juga merupakan antara universiti yang mempunyai fasiliti TV yang terbaik dengan kelengkapan seperti layar hijau (green screen), bilik rakaman podcast, multimedia dakwah, IT serta kepakaran yang cukup dari segi pengurusannya,” katanya pada Khamis.

    Tambah beliau, platform tersebut terbuka untuk dimanfaatkan oleh fakulti-fakulti di USAS.

    “Saya amat berharap dengan ilmu dan pengalaman yang ada, pihak WUIF dapat membantu pihak USAS untuk memperbanyakkan lagi kandungan di platform USAS TV,” ujarnya.

    Terdahulu kunjungan dari WUIF ke USAS itu diakhiri dengan sesi penyerahan al-Quran wakaf kepada pihak USAS agar universiti tersebut dapat mengaktifkan Quran Corner yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga USAS.

    Pengaktifan Quran Corner berkenaan bertujuan dapat menjadi ruang rehat yang sering dikunjungi oleh warga USAS sekali gus menambah baik kualiti kerja setelah menghabiskan rehat dengan membaca al-Quran.

    Sumber

  • Tabung Haji#QuranHour semarak semangat hadapi Ramadan

    Tabung Haji#QuranHour semarak semangat hadapi Ramadan

    Ustaz Ahmad Fazrul (kiri) bersama Ustaz Ahmad Tirmizi (Kanan) ketika program Tabung Haji#QuranHour berlangsung pada Rabu.

    Ustaz Ahmad Fazrul (kiri) bersama Ustaz Ahmad Tirmizi (Kanan) ketika program Tabung Haji#QuranHour berlangsung pada Rabu.

    KUALA LUMPUR – Kira-kira 150 peserta menyertai program Tabung Haji#QuranHour di ibu pejabat lembaga berkenaan pada Rabu.

    Pengurus besar bahagian domestiknya, Mohd Norber Kassim berkata, program dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bertujuan bagi menyemarakkan lagi semangat menghadapi bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

    Jelas beliau, ia turut menjadi ruang buat kakitangan TH untuk menambah pengetahuan mengenai al-Quran.

    “Adalah diharapkan daripada penganjuran program sebegini menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjadikan kitab suci ini sebagai panduan hidup dan teras utama kehidupan dalam kalangan warga TH,” katanya kepada Sinar Harian.

    Program yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fazrul selaku pentadabbur dan Ustaz Tirmizi Ali sebagai qari itu menyentuh mengenai intipati Surah al-Insan dalam kehidupan seorang muslim.

    Norber

    Norber

    Norber menambah, pemahaman surah berkenaan yang diterapkan kepada para peserta semasa majlis tersebut sangat penting dalam dalam menelusuri kehidupan.

    “Dalam konteks kehidupan yang serba moden dan mencabar kini, manusia kian berhajat kepada elemen pemantapan jiwa dan aqidah dalam diri.

    “Dengan pemahaman yang betul akan makna disebalik Surah al-Insan ini, kita sebagai muslim akan lebih faham dan mengerti tentang hakikat serta makna kebahagiaan yang sebenar dalam islam,” ujarnya.

    Beliau juga menyatakan, menerusi kerjasama dengan WUIF, ia dapat menjadi pemangkin kepada pelbagai lagi program-program pembinaan sahsiah diri.

    “Insya-Allah, selepas ini kita boleh berbincang mengenai pelbagai lagi penganjuran melibatkam program keislaman dan dakwah,” jelas beliau.

    Sumber

  • Tadabbur surah Al-Insan beri pengisian umrah Legasi 2 Kota

    Tadabbur surah Al-Insan beri pengisian umrah Legasi 2 Kota

    SHAH ALAM – Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd (ASISB) berkolaborasi dengan Hi-Fly Travel & Tours Sdn Bhd untuk menganjurkan ibadah umrah Legasi 2 Kota dengan membawa pengisian Surah Al-Insan, “Memanusiakan manusia” bersama 113 jemaah pada 28 Februari hingga 10 Mac ini.

    Jurulatih Utama ASISB, Harfiz Hamzah berkata, Surah Al-Insan menjadi surah pilihan pada tahun ini bagi kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal yang dijalankan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

    “Pihak ASISB memberi sokongan kempen World #QuranHour 2023 dengan bertadabbur surah ke-76 ini di Tanah Suci Kota Makkah dan Madinah.

    “Pada tahun ini, program berinteraksi dengan al-Quran kali kelapan diadakan secara serentak di seluruh dunia dan di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 13 April ini,” katanya.

    Beliau bersama tiga pentadabbur iaitu Ketua Pegawai Eksekutif ASISB merangkap Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail, Jurulatih AS, Muhammad Faiz Abdul Karim dan Coach Jamil Wahab mengisi sesi tadabbur tersebut di sepanjang perjalanan ibadah umrah tersebut.

    Tambah beliau, pihak Hi-Fly memberi kerjasama yang baik kepada pihak AS sebagai penganjur Umrah Legasi 2 Kota untuk membawa jemaah mengerjakan umrah dengan selesa. Hi-Fly bertanggungjawab dalam menyediakan penerbangan, tempat tinggal, makan minum dan mutawif di Makkah dan Madinah.

    “Saya berharap ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan dan jemaah dapat melaksanakan umrah dengan sempurna. Apa yang lebih penting adalah kesan takwa selepas balik daripada umrah tersebut,” katanya.

    Pihak ASISB akan meneruskan sesi khas bersama jemaah bagi memastikan momentum takwa terus meningkat.

    Sejak 1 Januari lalu, bakal jemaah mengikuti Sesi Misi Menghafal Surah Al-Insan, Kelas Tadabbur Surah Al-Insan dengan objektif, “Reset diri: Memahami cara untuk berbakti kepada diri, keluarga, dan masyarakat”, Kelas Tadabbur Asmaul Husna, Kelas Hadis “Umrah Doa” dan Borak-Borak Perjalanan Menjejak Legasi 2 Kota di platform digital setiap malam pada jam 9.15 malam.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Hi-Fly Travel & Tours Sdn Bhd, Mohd Shazmizan Shahrom berkata, pihak beliau berbesar hati atas kepercayaan dan jalinan kerjasama dengan AS untuk membawa jemaah dengan misi Surah Al-Insan.

    Beliau turut teruja bersama jemaah untuk mengikuti sesi tadabbur al-Quran sebagai pengisian bermanfaat pada ibadah kali ini.

    “Saya akui cabaran sebagai pengusaha agensi umrah hari ini adalah berhadapan dengan harga hotel di Makkah dan Madinah, serta persaingan dalam industri. Namun kepuasan saya lebih mengutamakan jemaah untuk sampai ke Tanah Suci dan melaksanakan ibadah umrah dengan selesa.

    “Diharapkan kerjasama antara Hi-Fly dan ASISB akan berterusan denga pengisian kerohanian yang bermanfaat dari masa ke mas,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas selesai Kursus Umrah Legasi 2 Kota kepada jemaah yang diadakan di Surau Karangkraf, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada 11 Februari lalu.

    Pengisian kursus tersebut dibawakan oleh penceramah, Mohd Firdaus Atan. Antara topik yang diketengahkan adalah perjalanan sebuah umrah yang meliputi rukun dan wajib umrah, amalan umrah; ziarah di Makkah dan Madinah; dan berkongsi pengalaman lepas berkaitan cuaca, panduan masuk ke Raudah dan Hajar Aswad, penjagaan kesihatan dan membeli-belah.

    “Banyak pengajaran yang diperoleh melalui ibadah umrah. Antaranya saie yang dilakukan antara Safwa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Analoginya, setiap kali menjalani kehidupan ini, kita perlu berkali-kali betulkan niat.

    “Jemaah perlu peka segala ilmu dan peraturan untuk mengerjakan umrah agar ibadah tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna.

    “Di sepanjang perjalanan kerohanian tersebut, kita perlu manfaatkan banyak membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Perbanyakkan doa kerana di sana ada tempat mustajab dan minum air zam zam sebagai sumber tenaga,” katanya.

    Pada kursus umrah tersebut, pihak penganjur turut menyediakan khidmat suntikan Meningococcal dan vaksin Influenza daripada klinik swasta bagi kemudahan para jemaah yang hadir.

    Peserta jemaah turut diberi set bagasi Hi-Fly untuk persediaan membawa keperluan ke umrah.

    Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai program ASISB, sila layari di https://www.facebook.com/akademisinergi

    Sumber

  • Pusat Jantung, Hospital Serdang terima 300 naskhah al-Quran

    Pusat Jantung, Hospital Serdang terima 300 naskhah al-Quran

    SERDANG – Pusat Jantung, Hospital Serdang menyambut baik sumbangan 300 naskhah al-Quran wakaf daripada sumbangan orang ramai melalui kempen Al-Quran Wakaf untuk Ummah bagi kegunaan warga kerja, pesakit dan pengunjung.

    Sesi penyerahan al-Quran tersebut disampai oleh wakil Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Hashim Anang kepada pihak hospital yang diwakili oleh Pengarah Hospital Serdang, Dr Amin Sah Ahmad di Pusat Jantung, Hospital Serdang pada 16 April lalu.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Jabatan Kardiologi, Datuk Dr Abd Kahar Abd Ghapar; Ketua Jabatan Rehabilitasi, Dr Saari Bin Mohd Yatim; Ketua Unit Radiologi Jantung, Dr Yusri Mohamed; Ketua Unit Hal Ehwal Islam, Muhammad Hafiz Bakren; dan Pegawai Teknologi Maklumat, Mohd Khairul Nizam Mohd Asari.

    Menurut Dr Amin Sah, sumbangan al-Quran tersebut begitu bermakna bagi pihak hospital yang mengamalkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI).

    Pada 20 Julai 2022, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memberi pengiktirafan HMI kepada Hospital Serdang.

    Antara perkhidmatan dan kemudahan disediakan seperti bilik solat lelaki dan wanita di setiap aras, peralatan asas untuk solat, tanda arah kiblat di setiap bilik solat dan wad, bacaan doa pagi oleh petugas hospital, kemudahan kit wuduk pesakit di wad, poster, risalah dan panduan solat bagi pesakit wad.

    “Alhamdulillah, pihak hospital mendapat kerjasama dengan Jakim untuk membangunkan kemudahan untuk beribadah kepada pesakit. Para asatizah dan petugas kesihatan yang dilatih turut membantu dalam memberi bimbingan tatacara wuduk dan solat bagi pesakit di wad,” katanya.

    Pusat Jantung di bawah Hospital Serdang telah dibuka sejak 12 Disember 2023. Sumbangan al-Quran wakaf tersebut ditempatkan di sudut Quran Corner di semua surau, klinik dan wad di premis tersebut.

    “Al-Quran merupakan syifa atu penawar bagi segala penyakit. Melihat al-Quran pun boleh dapat pahala. Apatah lagi jika kita membaca, menghayati dan memanfaatkan al-Quran dalam kehidupan, ia boleh membawa manfaat di dunia dan akhirat.

    “Sakit merupakan ujian yang membawa rahmat bagi manusia yang mensyukuri nikmat ALLAH SWT. Ziarah pesakit adalah antara aktiviti petugas di Unit Hal Ehwal Islam yang diketuai oleh Muhammad Hafiz. Dalam sesi ziarah tersebut, mereka membimbing pesakit untuk melaksanakan solat, membaca al-Quran dan doa,” katanya.

    Tambah beliau, ada sebilangan pesakit berasakan penyakit yang dialami sebagai kafarah dan menyebabkan dia semakin jauh daripada ALLAH SWT. Mereka menganggap tidak boleh beribadah kerana masalah kesihatan.

    “Pihak hospital berasa bertanggungjawab untuk mendidik pesakit mengenai konsep ibadah tersebut agar tidak terlepas peluang merebut rahmat ALLAH SWT di sebalik ujian yang diterima,” katanya.

    Al-Quran Wakaf untuk Ummah merupakan projek wakaf al-Quran, selain Tabung Gerakan al-Quran yang diuar-uarkan melalui program My #QuranTime di TV AlHijrah, TV9, dan semua platform digital My #Qurantime Official. Program Wakaf al-Quran daripada ummah untuk ummah ini bertujuan mencapai misi mengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada 1500H.

    Surah Al-Insan yang membawa tema Memanusiakan Ummah menjadi surah pilihan bagi program #QuranHour termasuk World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention tahun ini.

    Sumber

  • Seramai 410 peserta TOT belajar cara mudah faham al-Quran

    Seramai 410 peserta TOT belajar cara mudah faham al-Quran

    MELAKA – Seramai 410 orang menyertai Seminar Training of Trainers (TOT) Kaedah Asas Tadabbur al-Quran: Menelusuri Rahsia Firman-Mu di Auditorium Al-Azim Melaka, di sini, 25 Februari lalu.

    Seminar anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Pertubuhan Rumah Ngaji Ummah Ikhlas Melaka dan Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd (ASISB) ini dihadiri oleh para asatizah yang terpilih dari seluruh Melaka, penggerak Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran.

    Majlis penutupan perasmian seminar tersebut disempurnakan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Dakwah JAIM, Ustazah Noorhafizah Ibrahim yang mewakili Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat.

    Che Sukri dalam teks ucapannya berkata, Seminar TOT Cara Mudah Faham Al-Quran adalah memberi ilmu tambahan kepada para asatizah bagi memahami dan mentadabbur al-Quran dengan harapan dapat bersama membangunkan masyarakat dengan panduan al-Quran.

    “Dalam membangunkan komuniti yang baik, al-Quran hendaklah dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan kita. Surah Al-Insan menjadi surah pilihan bagi semua program #QuranHour tahun ini dengan membawa mesej Memanusiakan Ummah. “Ini selaras dengan motto kerajaan ke arah Malaysia Madani yang memfokuskan kepada keharmonian masyarakat, pembangunan mampan dan tadbir urus yang baik.”

    Tambah beliau, para asatizah, penggerak Rumah Ngaji, dan Sahabah al-Quran menjadi ejen perubahan masyarakat melalui baca, faham dan amal al-Quran dalam mencapai MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada 1500H.

    “Pihak JAIM berharap kerjasam dalam membangunkan masyarakat berteraskan al-Quran dapat digiatkan lagi pada masa akan datang. “Semoga Melaka dan negara menjadi contoh dengan rakyat dan pemimpin yang baik ke arah Baldatun Tayyibatun warabbun ghafur (Negeri yang baik dengan Rabb (Tuhan) yang Maha Pengampun),” katanya.

    Pengisian seminar sehari tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF dan Pengerusi ASISB, Fazrul Ismail dan Jurulatih Utama ASISB, Coach Mohd Jamil Abdul Wahab.

    Antara tajuk yang diketengahkan antaranya Fungsi al-Quran; Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran?; dan Praktikal Tadabbur & Tazakkur Tahap 1.

    Peserta diberi pendedahan untuk bertadabbur dan bertazakkur Surah Al-Insan untuk mengenali diri sebagai hamba ALLAH dan menjadi al-abrar.

    Sementara itu Penyelaras Pertubuhan Rumah Ngaji Ummah Ikhlas Melaka, Nooratikah Amir berkata peserta dapat memanfaatkan ilmu tadabbur dan tazakkur untuk memahami isi kandungan al-Quran pada peringkat asas. Kaedah tersebut boleh dipraktikkan untuk meningkatkan penghayatan Kalam ALLAH, terutamanya menjelang Ramadan ini.

    Pada majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi misi Surah Al-Insan bertemakan Memanusiakan Ummah kepada diri, keluarga, tempat kerja, masyarakat, negaeri dan negara. Ia menjadi tambah nilai dalam kehidupan untuk jadi lebih baik.

    “Pihak WUIF yang membawa kempen gerakkan al-Quran sejak 2013 berharapkan kerjasama semua pihak. Kempen tahun ini memilih Surah Al-Insan agar menjadi solusi kehidupan kita. Al-Quran menjadi ubat paling mujarab untuk kita.

    “Tanggal 22 Ramadan 1444H bersamaan 13 April ini, World #QuranHour akan diadakan secara serentak di seluruh dunia. Surah Al-Insan mengajak kita untuk menetapkan semula jadi lebih baik dengan karakter al-Abrar atau orang suka berbuat kebajikan kerana ALLAH SWT.” Untuk maklumat lanjut mengenai program #QuranHour, sila layari Facebook World QuranHour.

    Sumber

  • DISNEY : AEON STAR REWARDS 2023 TUPPERWARE

    DISNEY : AEON STAR REWARDS 2023 TUPPERWARE

    Disney100 : AEON Star Rewards 2023 x Tupperware telah dilancarkan di AEON Mall Shah Alam pada 7 Januari 2023. Berlangsung sehingga Jun 2023 pada semua cawangan AEON, AEON BIG & MAX VALU PRIME STORES.

    Banyak watak Disney seperti Snow White, Mulan, Moana, Mickey Mouse, Donald Duck dan banyak lagi diletakkan dalam produk Tupperware. Antara produk Tupperware yang ditunjukkan adalah seperti bekas makan, Round Eco Bottles dalam saiz 500ml dan 1000ml dan Botol Eco Friendly.

    Produk Tupperware seperti botol air minuman dan bekas makanan

    Bagi mereka yang merupakan peminat Disney100-themed retail pop-up. Bermula 7 Februari hingga 5 Februari 2023 menampilkan jenama tempatan seperti Forest, Giomax, Pustaka Sri Dunia dan banyak lagi di Concourse AEON Mall Shah Alam.

    Pelanggan yang membeli barangan di AEON yang berharga RM30 dan ke atas berpeluang mendapatkan pelekat Walt Disney dan boleh menebus Tupperware edisi khas. Dengan penggunaan barangan Tupperware bertamakan Disney juga kita bersama boleh mengurangkan pembaziran penggunaan plastik dan pencemaran alam sekitar.

    Tambahan lagi dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang nanti, para pelanggan dapat disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti tarian singa dan sebagainya. Jadi semua pelanggan AEON dijemput untuk meriahkan aktiviti itu.

  • Senarai lagu KUGIRAN MASDO X THE CHANGCUTERS

    Senarai lagu KUGIRAN MASDO X THE CHANGCUTERS

    Info konsert KUGIRAN MASDO X THE CHANGCUTERS

    PENGANJUR: Kugiran Masdo Empire (KME)

    JUMLAH PENONTON: 2000

    MASDO

    Intro

    1.Dewi Puspita

    2.Teruna & Dara

    3.Lautan Asmara

    4.Bunga

    5.Berduka-lara

    6.Kasih & Sayang

    7.Inilah JalanNya

    8.Dinda

    9.Malam Pesta Rock n Roll

    10.Bercanda Di Malam Indah

    THE CHANGCUTERS

    1.Pria Idaman wanita (intro)

    2.Mengapa sahabat pacarku….

    3.Parampampam

    4.Akhirnya indah

    5.Senandung Pertemanan

    6.Berangkat!

    7.Suka-suka

    8.Tarik Jabrix

    9.Cari rasa

    10.I Love U Bibeh

    11.Hijrah ke London 

    12. Hantu

    Encore

    13. Gila-GILAAN

    MASDO X THE CHANGCUTERS

    Racun Dunia (TC X masdo)

    Miss flowers twist ( masdo x TC)

    Janji manis (masdo X TC)

     Main Serong (TC x masdo)

  • SLANK MERAIKAN 4 DEKAD DENGAN KONSERT DI MALAYSIA

    SLANK MERAIKAN 4 DEKAD DENGAN KONSERT DI MALAYSIA

    Pada 25 Disember, konsert Slank 4 Dekad yang asalnya dijadualkan pada 19 November telah diadakan. Virus Slank masih wujud walaupun masih banyak konsert yang berlangsung di dalam dan sekitar Kuala Lumpur.

    Konsert anjuran TBRW Global Sdn Bhd yang di adakan di Zepp Kuala Lumpur itu adalah bersempena meraikan ulang tahun ke 40 penubuhan kumpulan rock yang menjadi ikonik di Indonesia. Bimbim (drum), Kaka (vokal), Ivanka (bass), Abdee (gitar), dan Ridho (gitar) masih kekal bersilaturrahim di bawah panji panji Slank.

    “Kami merasa cukup terharu dengan sambutan yang diberikan oleh TBRW Global selaku penganjur dan peminat yang sentiasa mendokong muzik yang kami persembahkan, meskipun sudah acapkali kami manggung di Malaysia, kehadiran kami sentiasa mendapat kerjasama daripada peminat di sini”, ujar Slank yang ditemui sebelum konsert bermula. “Lebih istimewa ini merupakan kolaborasi pertama kami bersama Ratu Rock Malaysia, Ella. Meskipun bertemu secara kebetulan di mall dan itu adalah pertama kali kami menemuinya”, jelas Kaka selaku vokalis Slank.

    Menerusi konsert 4 Dekad Slank yang berdurasi dua jam itu mereka telah tampil dengan dendangan lagu-lagu hits sepanjang 40 tahun dalam industri muzik. Memanaskan pentas dengan I Miss U But I Hate U, Gara Gara Kamu, Virus, Mars Slankers dan Mawar Merah.

    Ternyata pemilihan lagu yang cukup dekat di hati para ‘Slankers’ di Malaysia. Virus lirik ciptaan Slank yang cukup mudah di hadam, disurami dengan melodi yang cukup indah pastinya memberi nilai tambah untuk para slankers turut bernyanyi bersama.

    Kolaborasi Kaka dan Ella yang dilihat cukup intim menerusi lagu Pandangan Pertama pastinya mengundang cemburu slankers. Kredit harus diberikan atas kredibiliti serta komitmen yang jitu. Ella kemudiannya tampil solo menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Kesal.

    Slank Nggak Ada Matinya, bukti ini di perkukuhkan dengan lontaran muzik mereka yang terus bergema di Zepp. Ku di Negeri Orang, Kirim Aku Bunga, Tong Kosong dan Bang Bang Tut. Slank bagai tiada lelah terus memberikan persembahan secara total.

    Mengakhiri penyebaran virus, Slank tampil dengan lagu-lagu seperti Bimbim Jangan Menangis, Terlalu Manis, Kuil Cinta, Maafkan, Ku Tak Bisa, Orkes Sakit hati, Kamu Harus Pulang dan Ngeslank Rame Rame.

    Penataan cahaya yang minimal di tambah dengan sistem bunyi yang cukup bersesuaian dengan halwa pendengar sudah cukup untuk menjadikan Konsert 4 Dekad Slank sesuatu yang harus di abadikan dalam kamus hidup slankers.

    Untuk rekod, selain Malaysia Slank pernah beraksi di Jerman, Jepun, Korea Sealatan, Thailand, Filipina dan US.

  • ‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ DIBATALKAN

    ‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ DIBATALKAN

    Syarikat hiburan bebas paling berpengaruh di negara ini, Rocketfuel Entertainment, dengan dukacitanya mengumumkan bahawa persembahan debut penyanyi dan penulis lagu terkenal di negara ini yang dijadualkan sebelum ini, “HAEL HUSAINI LIVE IN KL,” telah ditunda ke tarikh baharu, yang mana adalah pada 19 Februari 2023, jam 8:30 malam, di Zepp Kuala Lumpur.

    Dalam sebuah petikan yang diambil, wakil dari pihak Rocketfuel Entertainment menjelaskan, “Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekali lagi kepada semua bagi pihak pengurusan di atas pembatalan konsert ‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ ini sekaligus.

    Keputusan untuk membatalkan konsert ini terpaksa dilakukan atas beberapa faktor dan yang paling utamanya adalah faktor kesihatan Hael yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat nasihat daripada doktor.

    “Saya faham perasaan gusar yang bakal dirasai para pembeli tiket yang sudah pun membeli tiket konsert, saya memberi jaminan bahawa setiap pembeli akan diberikan ‘refund’ yang penuh.

    “Sebagai maklumat tambahan, segala pengembalian wang boleh dilakukan pada laman web yang tertera dalam kenyataan media ini,” kata wakil.

    Pihak Rocketfuel Entertainment turut menzahirkan rasa dukacita mereka diatas pembatalan konsert ini kerana segala persiapan sudah pun menghampiri 70 peratus dengan pelbagai aksi menarik yang telah direncanakan dengan lebih kurang 30 buah lagu yang bakal dipersembahkan.

    Kebelakangan ini, tahap kesihatan Hael tidak berapa baik oleh kerana jadual kerjanya yang terlalu padat, namun begitu dia masih giat dengan segala persiapan konsert sehingga tahap kesihatannya merosot dan setelah berbincang dengan doktor, dia dinasihatkan untuk berehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.

    Kata pihak pengurusan lagi, “Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat kami  sampaikan kepada semua pihak kerana dapat menerima pembatalan konsert ini walaupun dengan hati yang berat, dan semoga semua pihak menerima berita pembatalan konsert ini dengan hati yang terbuka, terima kasih. Bagi proses pengembalian wang buat pembeli tiket konsert, sila hubungi talian Ubertickets