Category: ATTRACTION

  • FAMILI DUO: DUA MINGGU DI TANGGA KEDUA, AYDA JEBAT DAN FYNA JEBAT NEKAD TERUS BERIKAN PERSEMBAHAN YANG TERBAIK

    FAMILI DUO: DUA MINGGU DI TANGGA KEDUA, AYDA JEBAT DAN FYNA JEBAT NEKAD TERUS BERIKAN PERSEMBAHAN YANG TERBAIK

    Adik beradik Ayda dan Fyna Jebat tidak dapat menahan hasrat untuk menjuarai pentas Family Duo selepas menduduki tempat kedua selama dua minggu berturut-turut. Pasangan Jebats adalah pasangan yang memuji antara satu sama lain, kata Mummy, yang juga dikenali sebagai Mas Idayu, dalam kenyataan menyokong. Di mana lagi kurangnya mereka jika bijak, tekun, dan kreatif dalam menyusun persembahan seakan-akan pentas Juara Lagu ini?

    Musim baharu Famili Duo menyaksikan idea-idea kreatif dan di luar kotak oleh 7 pasangan duo yang berentap setiap minggu. Pasangan Ayda dan Fyna Jebat membuka persembahan berpakaian serba putih dan memberi kejutan istimewa buat peminat dengan kemunculan Dato’ Jalaluddin Hassan, memainkan watak sebagai ayah mereka dalam gimik persembahan. Apabila ditemubual selepas persembahan lagu ‘I Don’t Want To Miss A Thing’ oleh kumpulan asal Aerosmith, Ayda Jebat mengakui mereka adik-beradik memang nekad untuk membawa pulang hadiah juara mingguan, namun belum rezeki mereka lagi.

    “Memang tak dinafikan kadang kala saya dan Fyna selalu fikir nak menang untuk minggu ini. Walaupun telah berikan persembahan dan konsep yang sebaik mungkin setiap minggu, mungkin belum tiba rezeki kami untuk dinobat juara mingguan. Itu yang memberi kami dorongan untuk berfikir dengan lebih kreatif. Secara jujurnya, apabila mendapat kedudukan kedua ini setelah kami berdua cuba sedaya upaya, cabaran itu juga menjadi dorongan atau motivasi kepada saya dan Fyna. Kami sentiasa memikirkan apa yang perlu ditambah baik untuk minggu seterusnya dan memastikan persembahan akan datang akan dilaksanakan dengan lebih teliti dan kualiti persembahan yang terbaik kepada peminat. Kami akan terus berfikiran positif dengan komen-komen yang diberikan juri dan akan mengejar gelaran juara keseluruhan untuk Famili Duo musim ini,” komen Ayda Jebat.

    Minggu kedua Famili Duo ini telah menyaksikan kemenangan buat pasangan sepupu Ara Johari dan Shaffiq Erwin dengan tema band dan lagu Sedang Ingin Bercinta nyanyian asal kumpulan Dewa 19 yang menyuntik inspirasi gaya tentera. Kedua-dua juri iaitu Mas Idayu dan Ajai berpuas hati dengan music arrangement dan persembahan secara keseluruhan mereka. Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di episod kedua #FamiliDuoTV3.

    1. Ara Johari & Shaffiq Erwin – Sedang Ingin Bercinta (69%)

    2. Ayda Jebat & Fyna Jebat – I Don’t Want To Miss A Thing (68.4%)

    3. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – Drama (66.5%)

    4. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique – Marabahaya (64.8%)

    5. Naim Daniel & Sissy Imann – Hang Pi Mana (52.7%)

    6. Bella Astillah & Wani Kayrie – Aku, Dia & Kamu (38.4%)

    7. Siti Saida & Siti Sairah – Kejoraku Bersatu (38.2%)

    Persaingan di pentas Famili Duo sememangnya semakin sengit apabila pasangan keluarga merebut gelaran juara mingguan serta kedudukan di carta mingguan. Dapatkah 7 pasangan duo ini memberikan sisi yang lebih menarik pada minggu hadapan dengan bertemakan ‘Retro 70-an dan 60-an’? Berikut adalah carta markah terkumpul selepas episod 2 pada 25 Disember 2022.

    1. Ayda Jebat & Fyna Jebat – 128.1

    2. Ara Johari & Shaffiq Erwin – 111.6

    3. Sissy Imann & Naim Daniel – 110.7

    4. Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique – 110.2

    5. Bella Astillah & Wani Kayrie – 100.8

    6. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – 99

    7. Siti Saida & Siti Sairah – 73.6

    Teruskan menanti persembahan-persembahan mantap dan di luar kotak ini di pentas Famili Duo, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

  • PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN AGENSIAGENSI PENGUATKUASAAN WAJIB MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA DALAM MEMBIMBING DAN MEMASTIKAN SEMUA PEMBEKAL PENGINAPAN BERLESEN DAN SELAMAT DIDIAMI.

    Ekoran bencana tanah runtuh di Ladang Organik Bapa, Gohtong Jaya, Batang Kali, yang telah meragut tiga puluh satu nyawa, kami ingin mengucapkan takziah dan simpati kepada semua keluarga dan waris mangsa dan berharap untuk bertahan untuk pulih dengan cepat.

    Susulan tragedi tersebut, ianya harus diambil iktibar dan pengajaran kepada semua pihak terutama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi-agensi penguatkuasaan lain dalam memastikan setiap perniagaan yang menyediakan perkhidmatan penginapan adalah berdaftar, berlesen dan selamat digunakan sebagai suatu tempat penginapan.

    Perkara ini jelas telah terbukti apabila tiada tindakan awal yang telah diambil sehingga tidak dapat dengan segera mengesahkan jumlah mangsa yang tepat yang menginap dikawasan tersebut sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) hampir selesai disamping juga tidak mendapat nasihat mahupun arahan daripada agensi-agensi yang boleh memberi amaran bahawa sesuatu kawasan itu tidak selamat serta terdedah kepada bencana.

    Kegagalan dalam memberi khidmat nasihat serta mengambil tindakan tegas yang telah mengakibatkan tragedi yang tidak diingini ini akan memberikan gambaran negatif terhadap industri pelancongan terutama daripada aspek keselamatan penginapan khususnya kepada pelancong-pelancong luar negara.

    Kami berharap supaya kerajaan yang baru ini haruslah berkesan dalam menyelesaikan ancaman-ancaman Industri Perhotelan terutama dalam mengambil tindakan yang segera dan tegas untuk menyelesaikan tuntutan industri perhotelan bagi memastikan Agensi Pelancongan Atas Talian (Online Travel Agencies / OTA’s) yang menjual penginapan-penginapan yang tidak berdaftar dan berlesen serta mengaburi pihak pengguna atau pelancong disamping memperkenalkan suatu rang undang-undang dalam mengawal selia Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek / Short-Term Residential Accommodation (STRA) yang jelas telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

    Dalam suasana norma baharu serta pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ianya sungguh mudah untuk agensi-agensi penguatkuasaan untuk mencari, memantau, membimbing atau menyediakan khidmat nasihat serta mengambil tindakan tegas terhadap penyedia penginapan-penginapan yang gagal berdaftar mahupun berlesen tersebut dan ianya harus tidak menjadi alasan oleh agensi-agensi terlibat dengan hanya menunggu aduan atau sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku sebelum mengambil tindakan.

    Kami ingin menyeru kepada pengguna dan pelancong untuk sentiasa memilih tempat penginapan yang berdaftar, berlesen dan selamat didiami. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

  • SLOT AKASIA TV3 BERSIARAN SETIAP HARI, 7.00 MALAM BERMULA 2 JANUARI 2023

    SLOT AKASIA TV3 BERSIARAN SETIAP HARI, 7.00 MALAM BERMULA 2 JANUARI 2023

    Nabila Aulia ditempuhi beberapa ujian sehingga perkahwinannya tergadai, semuanya kerana dengki dan cemburu. Masih adakah harapan untuk Nabila Aulia dan Tengku Aisy bersatu semula selepas kebenaran terbongkar? Drama bersiri baharu Kerana Cinta Itu Ada, lakonan Aedy Ashraf dan Nabila Razali, akan ditayangkan di Akasia TV3 pada 28 Disember 2022, dan akan disiarkan secara langsung di www.tonton.com.my

    Drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd diinspirasikan daripada novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea. Diarahkan oleh Azri Izhar dan penghasilan skrip oleh Sophilea dan Zarihah Hassan, ia menampilkan barisan pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Khareeza, Alvin Chong, Syazuwan Hassan, Raden Zaharatul, Anas Ridzuan, Emelda Rosemila, Edika Yusof, Mas Anizan, Dian P Ramlee, dan ramai lagi.

    Pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya.

    Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila)  yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina.

    Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia.

    Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

    Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong). Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella.

    Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy.

    Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri?

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Kerana Cinta Itu Ada menerusi slot Akasia mulai 28 Disember 2022 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my Slot Akasia akan bersiaran pada setiap hari, pukul 7.00 malam bermula 2 Januari 2023.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • BANK ISLAM OFFERS FINANCIAL RELIEF FOR FLOOD VICTIMS 

    BANK ISLAM OFFERS FINANCIAL RELIEF FOR FLOOD VICTIMS 

    Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) today announced the start of the Prihatin Programme for Flood to help affected finance clients eligible for this programme. Flood conditions have severely damaged numerous districts around Malaysia. Customers with house financing, personal financing, and vehicle financing who have been affected by the disaster may ask for a postponement of their monthly payments for up to six (6) months, according to the terms and circumstances established.

    In addition, Bank Islam also offers a free replacement for damaged or lost credit cards-i and debit cards-i and chequebooks. 

    In aiding the affected micro, small and medium-sized (MSMEs) businesses, Bank Islam is  offering the Disaster Relief Facility 2022 for MSMEs Affected by the Recent Floods to  Business Financing-i customers. Under this facility, the eligible micro-enterprise can apply  for a financing amount of up to RM150,000, while the financing size for SMEs is RM700,000  with a tenure of seven years, including a moratorium of six (6) months. 

    Meanwhile, a moratorium of up to six (6) months is also made available to Bank Islam’s  existing MSME customers affected in districts identified by The National Disaster  Management Agency (NADMA) as flood disaster areas. Financial assistance is open to  all credit facilities with scheduled or contractually due payments, specifically the Term  Financing Facilities, Revolving Credit & Cash Line Facilities and Trade Facilities.

    Bank Islam Group Chief Executive Officer, Mohd Muazzam Mohamed, said, “Bank Islam has been keeping abreast with the latest updates on the situation in all affected areas.  Concerned with our customers’ challenges, we are taking proactive actions to ensure  simple documentation and approval processes for them.”

    “The well-being of the communities has always been one of Bank Islam’s main priorities.  Therefore, we hope the Prihatin Programme for Flood and the two disaster relief facilities  for affected MSMEs can help relieve customers’ anxieties over their financial commitment  during this trying time,” Mohd Muazzam added. 

    Applications for financial relief under the Prihatin Programme for Flood can be made at  the nearest operating Bank Islam branches within three (3) months of the incident.

    Affected customers can obtain more information on the Prihatin Programme for Flood  and the list of operating branches at Bank Islam’s corporate website at  www.bankislam.com or on its official social media sites, Bank Islam Malaysia Berhad  (Facebook); @bankislam (Instagram), and @myBankIslam (Twitter). Customers may also  reach Bank Islam Contact Centre at contactcenter@bankislam.com.my or 03-26 900 900  for further assistance. 

    For affected Business Financing-i customers, applications for the Disaster Relief Facility  2022 for MSMEs Affected by the Recent Floods can be made  at https://www.bankislam.com/business-banking/sme-banking/drf/.

    Application and further information on flood relief assistance for affected MSMEs  customers can be made immediately by visiting the nearest Bank Islam branch or email  to sme-assist@bankislam.com.my.

  • Majalah 3: Dokumentari Khas Tragedi Batang Kali

    Majalah 3: Dokumentari Khas Tragedi Batang Kali

    Program dokumentari terkenal Malaysia Majalah 3 akan menyiarkan dokumentari khas mengenai bencana tanah runtuh Batang Kali, yang meragut 92 nyawa. Christine Lee, wartawan lokasi Majalah 3, bersama jurukamera Mohd Zahril Abdullah, turun ke tempat kejadian untuk mengumpul maklumat terkini berkenaan acara di Ladang Organik Bapa, Batang Kali.

    Mereka telah menggandang tugasan mencabar apabila bergegas ke tiga lokasi penting iaitu di Batang Kali, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh semata-mata untuk mendapatkan informasi terkini dan sahih buat penonton setia Majalah 3.

    Tragedi ini memberi tamparan yang besar terhadap negara kita apatah lagi terhadap keluarga mangsa. Dokumentari khas ini turut memaparkan sesi temuduga bersama keluarga mangsa dan Majalah 3 merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa insiden cerun runtuh di Batang Kali.

    Kejadian menyayat hati ini telah mendapat liputan meluas seluruh negara dan melibatkan unit Misi Mencari dan Menyelamat (SAR – Search and Rescue) yang turut melibatkan khidmat anjing daripada Unit Pengesan (K9) bagi membantu mempermudahkan operasi supaya berjalan dengan lebih lancar dan pantas. Ketibaan mereka yang dilihat sebagai ‘hero’ menjadi tumpuan ramai kerana mereka adalah tunjang utama dalam misi ini! 

    Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupai oleh Christine tambahan kawasan itu merupakan lokasi kejadian cerun runtuh yang melibatkan nyawa. “Kami hanya dibenarkan untuk memasuki kawasan tragedi selepas hari keempat dan itupun seorang sahaja dibenarkan masuk ke kawasan tersebut atas faktor keselamatan. Ini merupakan pengalaman baharu bagi saya apabila perlu merentasi selut hingga ke paras lutut. Walaupun bimbang dengan risiko yang ada, fikiran saya hanya fokus untuk mendapatkan laporan eksklusif dan yang terbaik untuk dikongsikan kepada penonton. Selesai misi kami, pasukan penyelamat menguruskan jengkaut untuk membawa keluar rakan-rakan media kerana lebih mudah.”

    “Lokasi kejadian terbahagi kepada 3 bahagian dan rakaman hanya dibenarkan di sektor B. Dalam situasi getir ini, saya berasa sangat bersyukur kerana berjaya merakam kerja-kerja ‘Ground Penetrating Radar’ untuk mengesan mangsa-mangsa yang tertimbus. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak berkuasa kerana banyak membantu kami dalam misi membuat laporan yang berkualiti. Dugaan mendapatkan kandungan ini adalah pengalaman paling berharga buat saya dan jurukamera. Walaupun pelbagai halangan dan cabaran dilalui, pasukan penyelamat tetap bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengira siang ataupun malam.”

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Majalah 3, Dokumentari Khas: Tragedi Di Batang Kali pada 26 Disember 2022, hari Isnin pada pukul 9.00 malam dan anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

  • AL-IKHSAN SPORTS ANJURKAN KARNIVAL SUKAN TERBESAR DI MALAYSIA DENGAN TAWARAN DISKAUN SEHINGGA 80 PERATUS

    AL-IKHSAN SPORTS ANJURKAN KARNIVAL SUKAN TERBESAR DI MALAYSIA DENGAN TAWARAN DISKAUN SEHINGGA 80 PERATUS

    Dari 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023, dari 10 pagi hingga 10 malam, Al-Ikhsan Sports akan menganjurkan Karnival Sukan Terbesar Malaysia di Dewan Tun Razak 3 & 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Karnival sukan ini menawarkan semua pelanggan peluang untuk menikmati diskaun sehingga 80% ke atas lebih 180,000 barangan sukan yang sudah pasti akan menggayakan sambutan tahun baru mereka dengan lebih “sporty” dan selesa.

    Dalam menjadikan sukan mampu milik untuk  semua, Al-Ikhsan Sports mengadakan diskaun ‘Beli 2, Diskaun 20%’ atau ‘Beli 3, Diskaun 30%’ untuk pakaian, serta menawarkan 37,000 pasang kasut dengan harga bawah RM100 dan pilihan kasut yang bernilai RM3.8 juta untuk semua sepanjang sebelas hari carnival sukan ini berlangsung. Selain itu, 50 orang terawal yang hadir pada hari pelancaran berpeluang menerima baucer tunai RM50 daripada Al-Ikhsan Sports.

    “Kami sentiasa memastikan pelanggan kami mendapatkan promosi dan tawaran yang terbaik ketika membeli-belah dengan Al-Ikhsan Sports. Karnival Sukan Terbesar Malaysia oleh Al-Ikhsan Sports ini adalah carnival sukan terbesar yang pernah diadakan oleh mana-mana peruncit sukan lain di Malaysia. Inilah masanya untuk mencuci mata dengan pilihan barangan sukan daripada lima belas jenama di bawah satu bumbung di carnival sukan ini. Peluang sebegini hanya boleh didapati di Al-Ikhsan Sports dengan tawaran lebih daripada 180,000 barangan sukan dengan diskaun sehingga 80%.” Kata Encik Vach Pilutta, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

    aL-Sports, Nike, adidas dan PUMA adalah antara jenama-jenama barangan sukan yang terdapat di carnival sukan oleh Al-Ikhsan Sports pada tahun ini, Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 175 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com.

    Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Linkedln untuk maklumat lanjut.

  • Loko- Sarjan Faris

    Loko- Sarjan Faris

    LOKO ialah kuartet pemuzik rock indie alternatif dari Shah Alam yang bersatu pada tahun 2013 dengan impian dan minat bersama untuk muzik. LEPLOKO (gitar utama), Iman (gitar bass), Hisyam (drum), dan Acap membentuk kumpulan LOKO (penyanyi dan gitar rentaki).

    Lagu keluaran terbaru LOKO berjudul “Sarjan Faris” telah mempunyai dengaran perdana dalam bentuk fizikal. Lagu terbaru ini bertemakan kegembiraan bertujuan menyebarkan nilai kebersamaan.

    Dolby Atmos menaikkan nilai tambah LOKO dan menawarkan pengalaman mendengar yang unik. Lagu ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang mengadakan pesta liar dan diakhiri dengan kehadiran pihak polis menegur mereka bahawa ini hanyalah syurga di dunia dan bersifat sementara.

    Sebuah Kerjasama yang dijalinkan bersama pengeluar jenama pakaian tempatan “ABSTRAX” telah mencipta sebuah pendekatan baharu bagi LOKO. Perbincangan antara LOKO dan ABSTRAX Berjaya menghasilkan sebuah reka bentuk yang menggabungkan pelbagai gaya dalam sebuah produk. Dengan Kerjasama ini, ia akan menentukan kualiti dan hala tuju produk LOKO.

    Kerjasama ini membuktikan bahawa syairkat tempatan terbuka melakukan perubahan serta kombinasi fesyen dan muzik ini sesuatu yang tidak dapat dipersoalkan. LOKO mengharapkan Kerjasama yang terjalin dapat meningkatkan tarag produk dan akhirnya memberi kepuasan kepada para peminat.

  • Radio GEGAR memenangi anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ di MCMC Star Rating Awards 2021

    Radio GEGAR memenangi anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ di MCMC Star Rating Awards 2021

    Radio GEGAR, jenama radio No. 1 Pantai Timur di bawah naungan Astro Radio, memenangi anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ di majlis MCMC Star Rating Awards 2021, pada 21 Disember 2022 bagi kategori radio.

    Anugerah disampaikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital, serta Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Operasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kepada Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan GEGAR sebagai pengiktirafan terhadap kepuasan pengguna untuk perkhidmatan terbaik yang ditawarkan oleh GEGAR kepada rakyat Malaysia.

    Raja Nadia Salwana Raja Hisham, berkata, “Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka dan berharap untuk terus menjadi perintis dalam menawarkan perkhidmatan terbaik bagi industri penyiaran radio tempatan, lantas dapat memberi kepuasan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Kami berharap semua dapat terus menikmati kandungan terbaik yang diberikan oleh GEGAR, serta menantikan tawaran yang lebih menarik pada masa akan datang.”

    MCMC Star Rating Awards mula diperkenalkan pada 2016, dengan mengiktiraf perkhidmatan cemerlang yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna serta menyemai budaya kecemerlangan kualiti dan mewujudkan persekitaran persaingan yang sihat antara penyedia perkhidmatan. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan peranan penting yang diketengahkan oleh pemain-pemain industri dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang menerusi tiga sektor utama iaitu industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier.

    Semua rakyat Malaysia boleh terus menikmati pelbagai pilihan lagu dan kandungan terbaik yang disediakan oleh GEGAR di udara dan di aplikasi SYOK.

  • Konsert 25 Tahun Rabbani

    Konsert 25 Tahun Rabbani

    Anggota Rabbani iaitu Azadan memaklumkan Konsert 25 Tahun Somfoni Kesyukuran Rabbani yang bakal berlangsung pada 30 Disember ini berkemungkinan menjadi persembahan terakhir kumpulan nasyid popular berkenaan.

    Tinggal 8 hari lagi sebelum kami turun berkampung di Johor Bahru untuk Konsert 25 Tahun Somfoni Kesyukuran Rabbani. Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang akan menjadi saksi persembahan yang akan diadakan penuh gilang gemilang.

    Konsert ini adalah hasil dari kolaborasi Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya bersama Rabbani Empire Resources.

    Semua peminat dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan KONSERT 25 TAHUN RABBANI ini bersama keluarga, sahabat andai, dan semua lapisan masyarakat kerana ini bukan sekadar konsert, tetapi membawa hiburan yang mendidik jiwa. Kita bangkit bersama dari ujian pandemik.

  • PASANGAN KELUARGA BERENTAP DI PENTAS FAMILI DUO! BELLA ASTILLAH DAN WANI KAYRIE “MENCURI HATI ORANG NEGERI SABAH”

    PASANGAN KELUARGA BERENTAP DI PENTAS FAMILI DUO! BELLA ASTILLAH DAN WANI KAYRIE “MENCURI HATI ORANG NEGERI SABAH”

    Gandingan sepupu lagu kegemaran Negeri Di Bawah Bayu iaitu Sumandak Sabah dipersembahkan dan terbukti berjaya apabila berjaya membawa pulang hadiah RM10,000 pada minggu pertama! Adakah Bella Astillah dan Wani Kayrie dapat mengekalkan kemenangan mereka di Family Duo pada minggu berikutnya dengan topik yang dipilih oleh kumpulan itu?

    Persembahan memukau Bella Astillah dan Wani Kayrie berjaya meraih komen-komen positif dari juri tetap Mas Idayu dan Ajai. Pilihan lagu yang bernas, pembawaan lagu yang santai berserta koreografi yang unik kepada budaya Sabah antara komen-komen yang berjaya memberikan pasangan selebriti itu markah keseluruhan tertinggi sebanyak 62.4%. Selain itu, pasangan keluarga yang mengambil kedudukan seterusnya adalah pasangan adik-beradik Ayda Jebat dan Fyna Jebat di tempat kedua dengan jumlah peratusan sebanyak 59.7% dan pasangan sepupu Naim Daniel dan Sissy Imann di tangga ketiga dengan jumlah peratusan 58.0%.

    Fyna Jebat dan Ayda Jebat membawa kelainan kepada pentas mereka dengan persembahan nyanyian serta lakonan yang menampilkan tetamu istimewa, pelakon Aniq Suhair dan Bell Ngasri. Lagu R&B oleh penyanyi asal Agnez Mo juga disusun dengan gaya rock yang menyaksikan pentas Famili Duo tampak lebih garang dengan tema warna merah dengan berlatarbelakangkan gelanggang tinju.

    Pasangan sepupu Naim Daniel dan Sissy Imann juga dilihat berani menyahut cabaran menggubah lagu popular Aku Skandal nyanyian asal kugiran Hujan. Harmoni melodi yang dibawa pasangan sepupu ini lebih menyerlah dengan menyuntik inspirasi genre jazz telah mendapat komen positif dari juri tetap.

    Berikut adalah kedudukan lengkap bagi #FamiliDuoTV3 minggu pertama:

    1. Bella Astillah & Wani Kayrie – Sumandak Sabah (62.4%)

    2. Ayda Jebat & Fyna Jebat – Tak Ada Logika (59.7%)

    3. Naim Daniel & Sissy Imann – Aku Skandal (58.0%)

    4. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique – Sinaran (45.4%)

    5. Ara Johari & Shaffiq Erwin – medley Putus Atau Terus & Rumah Singgah (42.6%)

    6. Siti Saida & Siti Sairah – medley Teman Tapi Mesra & Pupus & Pudar (35.4%)

    7. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – Saling Merindu (32.5%)

    Episod yang akan datang menyaksikan tema band atau kumpulan yang dipilih oleh juara minggu pertama. Dengan penampilan keluarga yang mempunyai kekuatan vokal lagu kumpulan seperti FareedPF K-Clique dan puteri rock Ara Johari, dapatkah mereka membawa kelainan dan mencuri perhatian penonton pada minggu seterusnya?

    Jangan ketinggalan untuk menonton musim terbaharu Famili Duo yang telah mula bersiaran pada 18 Disember 2022, setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara definisi tinggi di www.tonton.com.my. Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk memeriahkan perbualan di sosial media.