Category: ATTRACTION

  • Koleksi pop rona garang musim luruh 2020

    Koleksi pop rona garang musim luruh 2020

    RONA garang rompi dan baju lengan panjang dengan cetakan LL Bean cukup serasi dengan tema musim luruh yang sememangnya sinonim dengan warna jingga selain sut potongan lansing flannel menjadi signatur koleksi Synder musim luruh 2020.

    RONA garang rompi dan baju lengan panjang dengan cetakan LL Bean cukup serasi dengan tema musim luruh yang sememangnya sinonim dengan warna jingga selain sut potongan lansing flannel menjadi signatur koleksi Synder musim luruh 2020.

    KOLEKSI terbaharu Todd Snyder ada mesej tersendiri untuk peminat jenama itu dan bukan sekadar pertunjukan fesyen musim luruh 2020 semata-mata.

    Persoalan demi persoalan terpampang pada skrin gergasi mengiringi langkah gagah si model memperagakan 40 koleksi kapsul rekaan unik dengan rona garang memukau.

    “There will come a time in your life where you will ask yourself the serious questions,” mengiringi runut bunyi pertunjukan fesyen Snyder.

    Sebelum itu muncul satu lagi persoalan “Am I happy with who I am?” dan “Do I have a life or am I just living?” sambil si model memperagakan sut hijau alga dan rompi memancing.

    Jika diperhalusi, kombinasi koleksi yang dipamerkan menterjemahkan hubung kait revolusi transisi Underground Revolution’s 2002 dengan koleksi pereka fesyen terkemuka New York itu atas nama jenama LL Bean.

    TIDAK ubah seperti si koboi maco dengan rompi dua lapis digayakan dengan seluar panjang dan but signatur, Bean’s Duck manakala baju rajut intarsia berwarna hitam putih cukup serasi digabungkan dengan seluar panjang pleated rona hitam bersama beg tote signatur pereka fesyen terkemuka New York itu.

    TIDAK ubah seperti si koboi maco dengan rompi dua lapis digayakan dengan seluar panjang dan but signatur, Bean’s Duck manakala baju rajut intarsia berwarna hitam putih cukup serasi digabungkan dengan seluar panjang pleated rona hitam bersama beg tote signatur pereka fesyen terkemuka New York itu.

    Dalam perkongsian vogue.com, bukan hanya persembahan fesyen musim luruh, tetapi mesej mencari diri sendiri dengan fahaman eksistensialisme menjadi kelainan dalam koleksi kali ini.

    Berani tampil dengan pop rona garang sempena musim luruh, Synder tidak mengetepikan rekaan but signatur, Bean’s Duck, beg tote sehinggalah sut potongan langsing red flannel, seluar korduroi, baju rajut intarsia dan seluar panjang pleated.

    Sebagai pemimpin pragmatis, beliau dilihat bijak memperagakan koleksi peribadi dengan kualiti premium bersama kepekaan naluri yang cukup praktikal demi misi koleksi musim akan datang.

    Bukan itu sahaja, jenama LL Bean juga tidak ketinggalan mempromosikan pakaian poliester kitar semula selain menonjolkan kelestarian alam semula jadi dalam pertunjukan berprestij itu.

    GABUNGAN rompi kuning memikat dan sut korduroi serba hijau alga menarik perhatian peminat fesyen unik Synder manakala gabungan warna tanah dan bumi menyerlahkan lagi rekaan musim luruh 2020.

    GABUNGAN rompi kuning memikat dan sut korduroi serba hijau alga menarik perhatian peminat fesyen unik Synder manakala gabungan warna tanah dan bumi menyerlahkan lagi rekaan musim luruh 2020.

    Sumber

  • Ibadah berbentuk sosial, spiritual perlu seiring

    Ibadah berbentuk sosial, spiritual perlu seiring

    Ahsin. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN

    Ahsin. – Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN

    KUALA LUMPUR – Ibadah yang bersifat sosial dan spiritual perlu dilakukan secara seiring kerana ia menjadi formula untuk mendapat ganjaran pahala yang ‘lengkap’ dari ALLAH SWT.

    Tokoh Huffaz Nusantara, Profesor Dr Ahsin Sakho Muhammad berkata, amalan yang bersifat spiritual atau kerohanian seperti solat akan memperkukuhkan lagi hubungan manusia dengan ALLAH.

    Katanya, amalan sosial seperti menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang telah diberikan Yang Maha Esa.

    “Jadi elemen sosial dan spiritual ini harus seiringan kerana jika seseorang itu hanya mementingkan spiritual tetapi melupakan aspek sosial, maka masih belum dapat ganjaran pahala (yang sempurna).

    “Malah dalam al-Quran disebut ibadah yang kesan positifnya boleh dirasai seluruh manusia atau masyarakat, ia jauh lebih baik daripada ibadah yang hanya memberi manfaat pada dirinya sendiri,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada slot perkongsian cabaran sosial dan spiritual yang dihadapi masyarakat sempena World #QuranConvention (WQC) 3.0 bertajuk ‘Coping With Challenges Surah Al-Sajdah’ di Dewan Perdana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), di sini, pada Sabtu.

    Slot yang dikendalikan Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail itu menyaksikan Qari My#QuranTime, Tirmizi Ali membacakan Surah Al-Fatir ayat 28 hingga 30.

    Mengupas lanjut tentang ayat dari surah itu, Ahsin menjelaskan, pada ayat 30 Surah Al-Fatir, disebutkan bahawa ALLAH akan melengkapkan ganjaran pahala kepada hamba-Nya.

    Sumber

  • Jangan kedekut infak ilmu – Sinar Harian

    Jangan kedekut infak ilmu – Sinar Harian

    Syed Zainal Abidin - FOTO RAFEQ REDZUAN

    Syed Zainal Abidin – FOTO RAFEQ REDZUAN

    KUALA LUMPUR – Tokoh korporat, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menasihatkan setiap individu berkerjaya agar tidak kedekut menginfakkan ilmu yang dimiliki demi manfaat ramai.

    Pengarah Urusan Kumpulan Dagang NeXchange Berhad itu berkata, ilmu yang diinfak itu akan menjadi ‘saham’ kepada seseorang di akhirat nanti.

    “Masalahnya, kita kedekut untuk berkongsi ilmu sedangkan dunia hari ini memerlukan banyak infak dari segi ilmu, tenaga dan sebagainya.

    “Pertolongan dan perkongsian yang diberikan itu nanti akan membantu orang lain,” katanya selaku penceramah jemputan pada slot cabaran karier sempena World #QuranConvenstion (WQC) 3.0 di Dewan Perdana MITI di sini pada Sabtu.

    Sesi yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ARBA Foundation, Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator itu menyaksikan Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-61, Abdul Khair Jalil membacakan Surah Yusuf ayat 54 hingga 55.

    Mengulas lanjut, Syed Zainal Abidin yang juga bekas Pengarah Urusan Proton berkata, hanya tiga perkara yang boleh dibawa selepas mati iaitu sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang memberi manfaat pada orang lain.

    “Kita juga jangan sombong dengan orang dan kena jadi orang yang tidak segan bertanya sebab realitinya kita bukan tahu serba-serbi.

    “Jadi untuk belajar kita kena berada di sekeliling orang yang berilmu dan lebih pintar daripada kita.

    “Sama juga kalau kita nak berjaya di akhirat, kita perlu mendampingi orang yang ada ilmu agamanya,” ujarnya yang juga bekas Pengarah Eksekutif Perodua.

    Sumber

  • Kempen #QuranHour 2023 angkat Surah Al-Insan

    Kempen #QuranHour 2023 angkat Surah Al-Insan

    Antara peserta World #QuranConvention 3.0 yang hadir pada program berkenaan hari ini.

    Antara peserta World #QuranConvention 3.0 yang hadir pada program berkenaan hari ini.

    KUALA LUMPUR – Kempen #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang diadakan secara bersiri sepanjang tahun ini berakhir dengan program World #QuranConvention (WQC) 3.0 yang berlangsung hari ini.

    Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail berkata, kempen yang turut mendapat kerjasama daripada beberapa rakan sinergi itu walau bagaimanapun akan diteruskan tahun hadapan dengan mengangkat Surah Al-Insan sebagai panduan.

    Fazrul

    Fazrul

    “Surah ini berkaitan dengan psikologi manusia, bagaimana manusia suka diangkat, tetapi sebenarnya apabila memahami surah ini, sistem ganjaran yang sebenarnya untuk direbutkan adalah daripada ALLAH.

    “Manusia secara psikologinya kalau nak buat apa-apa (pilihan) antara syukur dan kufur, kita akan memlih jalan syukur. Secara tidak langsung untuk kenal diri sendiri adalah dengan memahami Surah Al-Insan dan kerana itulah ia dipilih (untuk tahun depan),” katanya ketika ditemui selepas program WQC 3.0 pada Sabtu.

    WQC 3.0 anjuran WUIF melalui pengurus acara TickTalk TV berlangsung di Dewan Perdana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berjaya mengumpulkan lebih 1,200 peserta dari dalam dan luar negara.

    Turut hadir pada program tersebut adalah Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

    Muhammad Nasir menyampaikan cenderahati kepada penaja program.

    Muhammad Nasir menyampaikan cenderahati kepada penaja program.

    Program kali ketiga itu menampilkan enam panelis dari dalam dan luar negara antaranya Pengarah Urusan Kumpulan Dagang Nexchange Berhad, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; Penasihat Global Syariah, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pengasas Bayyinah, Institut for Arabic & Qur’anic Studies, Nouman Ali Khan; Tokoh Huffaz Nusantara, Dr Ahsin Sakho Muhammad Asyrofuddin dan pendakwah dari Bangladesh, Shaykh Mizanur Rahman Azhari.

    Selain itu turut menampilkan empat qari iaitu Tirmizi Amir, Abdul Khair Jalil (Malaysia); Sheikh Rami As-Sousi (Palestin) dan Syakh Abdullah Sobhi Marei (Mesir).

    Pengasas Bayyinah, Institut for Arabic & Qur’anic Studies, Nouman Ali Khan (berdiri) ketika slot terakhir resolusi program World #QuranConvention 3.0.

    Pengasas Bayyinah, Institut for Arabic & Qur’anic Studies, Nouman Ali Khan (berdiri) ketika slot terakhir resolusi program World #QuranConvention 3.0.

    Dalam pada itu Fazrul turut memaklumkan, Surah Al-Insan akan menjadi surah pilihan bagi semua kempen #QuranHour termasuk World #QuranHour serta Malaysia #QuranHour pada tahun hadapan.

    Kemuncak kempen tersebut adalah World #QuranConvention 4.0 yang akan berlangsung pada 2 dan 3 Disember 2023, dengan penyertaan sudah dibuka mulai hari ini.

    Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #QuranHour, boleh layari laman sesawang www.quranhour.org.

    Peserta program World #QuranConvention 3.0 melakukan sujud tilawah selepas qari membaca ayat ke-15 Surah Al-Sajdah.

    Peserta program World #QuranConvention 3.0 melakukan sujud tilawah selepas qari membaca ayat ke-15 Surah Al-Sajdah.

    Sumber

  • DEPUTY MINISTER OF FINANCE, STEVEN SIM SPEAKS ON MONEY MATTERS

    DEPUTY MINISTER OF FINANCE, STEVEN SIM SPEAKS ON MONEY MATTERS

    YB In this unique Money Matters episode, Deputy Minister of Finance Steven Sim will speak about creating a “Perfect Budget” for the general public. Watch him on Money Matters, TV3’s premier business programme, on Saturday, March 4, at 5:00 p.m.

    On this week’s Money Matters, YB Steven Sim will share his thoughts on how to create the “Perfect Budget” for the citizens while also addressing the requirements of the business community and raising efforts to attract investors. He will also touch on the 2023 budget, focusing on public welfare and well-being from various backgrounds, while taking into account the problems that they are facing.

    This Penang native’s background is perfectly aligned with his current position, seeing as how he had been honored with the title of Young Global Leader by the World Economic Forum based in Geneva, Switzerland in 2012. The former Bukit Martajam High School student is a member of the Penang Institute’s Board of Directors, a public policy think-tank based in Penang as well as an author.

    Don’t miss out on this special Money Matters episode conducted by Executive Producer Josephine Dass and Producer Amelia Azharul Nahar on Saturday, March 4, 2023, at 5:00 pm, only on TV3. A full episode of the show is also available for live streaming at www.tonton.com.my, and you may follow this program’s Twitter account at @MoneyMattersTV3 to discover more about this program. Visit www.xtra.com.my and follow @TV3Malaysia on Facebook, Instagram, and Twitter to stay up to date on the latest news and developments on TV3 programmes.

  • My #Qurantime 2.0 mula bersiaran 14 Disember

    My #Qurantime 2.0 mula bersiaran 14 Disember

    1. My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.

    2. Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah.

    Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

    3. Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.

    4. Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.

    Program-program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.

    Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.

    5. Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.

    6. Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.

    7. Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.

    8. Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.

    9. Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUI di 0133593165.

    Terima kasih.

    Hussamuddin Hj Yaacob,

    Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas


    Saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:


    FACEBOOK:

    https://www.facebook.com/myqurantimeofficial/

    https://www.facebook.com/SinarHarian

    https://www.facebook.com/KaryaBestari

    YOUTUBE:

    https://www.youtube.com/MyQuranTimeOfficial

    https://www.youtube.com/@SinarHarianTV

    TWITTER:

    https://twitter.com/myqurantime

    https://twitter.com/SinarOnline

    TIKTOK:

    https://www.tiktok.com/@sinarharianonline?lang=en



    Sumber

  • OPPO Showcases its Latest Flagship Foldable Smartphone Find N2 Flip and a Series of Smart Living Innovations at MWC 2023

    OPPO Showcases its Latest Flagship Foldable Smartphone Find N2 Flip and a Series of Smart Living Innovations at MWC 2023

    On February 28, Oppo presented a variety of its most recent, cutting-edge technologies at Mobile World Congress 2023 (MWC2023). During the event, OPPO is not only showing a selection of flagship devices including the pocketable Oppo Find N2 Flip, but also introduces a number of industry-leading innovations based on its four Smarts Initiatives- smart entertainment, smart productivity, smart health, and smart learning, such as OPPO Wi-Fi 6 Router AX54000, OPPO Zero-Power Tag, MariSilicon Y Bluetooth audio SoC, OHealth H1 family health monitor, OPPO Air Glass 2 and more. By these noble advancements, OPPO is enhancing its position as a future-focused firm that wants to open up new possibilities for smart life by delivering enhanced, connected experiences.

    OPPO Find N2 Flip, OPPO’s first vertically folding phone recently launched globally in London, has become a major draw to OPPO’s booth.

    N2 Flip is the best flip phone on the market today. Measuring 3.26 inches, Find N2 Flip’s cover screen is the largest of any flip phone currently available, making everything smarter and easier to do. Its 50MP main camera, MarlSilicon X NPU and Hasselblad imaging system combine to deliver a professional camera experience. Equipped with the New Generation Flexion Hinge, Find N2 Flip supports multi-angle FlexForm mode, allowing the screen to be set at any angle between 45-110 degrees. Thanks to the new Flexion Hinge, the crease of Find N2 Flip remains unobtrusive even with long-term use. Find N2 Flip also comes with a massive 4,300mAh battery and 44W SUPERVOOC fast charging, making it the first flip to comfortably last a full day of typical use.

    This pocketable flip flagship will be on sale in Europe from February 28. Thanks to its disruptive and innovative design and superior user experience, its expected to make the flip the format of choice for more users around the world.

    OPPO Find N2 Flip and Find N2 have both been appointed as Official Smartphones of the UEFA Champions League. UEFA Champions League Ambassadors and football starts, Michael Owen and Luis Garcia both join OPPO on the first day of MWC, becoming the first global users to experience the incredible OPPO Find N2 Flip.

    In addition to OPPO Find N2 Flip, visitors to the OPPO booth can also experience the latest OPPO flagship phones such as OPPO Find N2, and lot products including OPPO Enco X2.

    In “smart productivity”, OPPO has further expanded its communication technology product portfolios. OPPO Wi-Fi 6 Router AX5400, based on the Qualcomm® Immersive Home 216 Platform, is OPPO’s first Wi-Fi router product, supporting the Wi-Fi 6 AX5400 standard, and is capable of providing a 2.4GHz+5GHz dual-band Wi-Fi signal at the same time. The combination of its high-gain antennas, OPPO’s self-developed anti-interference algorithm and network directional speed-up technology enables Wi-Fi with wider coverage, enhanced stability, and faster speeds[1]. The elegant cylindrical appearance with hidden antennas makes it fit perfectly within a modern, minimalist home, while the

    unique internal structure helps improve heat dissipation, ensuring always-on connectivity that covers every corner of the home.

    In “smart productivity”, OPPO has further expanded its communication technology product portfolios. OPPO Wi-Fi 6 Router AX5400, based on the Qualcomm® Immersive Home 216 Platform, is OPPO’s first Wi-Fi router product, supporting the Wi-Fi 6 AX5400 standard, and is capable of providing a 2.4GHz+5GHz dual-band Wi-Fi signal at the same time. The combination of its high-gain antennas, OPPO’s self-developed anti-interference algorithm and network directional speed-up technology enables Wi-Fi with wider coverage, enhanced stability, and faster speeds . The elegant cylindrical appearance with hidden antennas makes it fit perfectly within a modern, minimalist home, while the unique internal structure helps improve heat dissipation, ensuring always-on connectivity that covers every corner of the home.

    OPPO Zero-Power Tag is the first prototype device based on OPPO Zero-power Communication technology. Leveraging key technologies such as RF signal harvesting, backscattering, and low-power computing, it harvests radio waves from the surrounding area to power its own functionality and communicate battery-free in order to meet the diverse needs of IoT in the coming 6G era. This is the first time that OPPO has demonstrated the OPPO Zero-Power Tag’s capabilities in item identification and positioning, and data collection from temperature sensors, both powered by RF energy.

    OPPO is also showcasing its extensive achievements across other Smart Initiatives, such as OPPO’s first self-developed flagship Bluetooth audio SoC, MariSilicon Y, the new-generation, ultra-light AR glasses, OPPO Air Glass 2, OPPO’s first family health monitor concept device OHealth H1, and OPPO’s first end-to-end power management chip SUPERVOOC S, etc.

    In addition, OPPO is also jointly demonstrating a number of technological milestones with different partners, including select proposals from the OPPO Research Institute Innovation Accelerator: EEG Hearables from IDUN Technologies and Cynteract’s glove designed to help people with hand injuries to recover more effectively; hardware accelerated ray tracing technology on the Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform; innovative Android features like Nearby Share and Fast Pair on OPPO flagship smartphones, and trials of Google One and YouTube Premium for up to 6 months, with selected OPPO devic Actively practicing corporate social responsibility, OPPO has committed to achieving carbon neutrality across its global operations by 2050

    Under its corporate mission of “Technology for Mankind, Kindness for the World”, OPPO has taken action to integrate sustainability into its long-term development strategy. By the end of 2022, OPPO managed to reduce the greenhouse gas emissions from its operations by 6,000 tons annually. Starting with the European market in 2023, OPPO will remove virtually all plastics from the external packaging of its mobile phone products and will ensure that all packaging materials are made from 100% biodegradable materials.es.

    About OPPO

    OPPO is a leading global smart device brand. Since the launch of its first mobile phone – “Smiley Face” – in 2008, OPPO has been in relentless pursuit of the perfect synergy of aesthetic satisfaction and innovative technology. Today, OPPO provides a wide range of smart devices spearheaded by the Find and Reno series. Beyond devices, OPPO provides its users with the ColorOS operating system and internet services like OPPO Cloud and OPPO+. OPPO operates in more than 50 countries and regions with more than 40,000 of OPPO’s employees are dedicated to creating a better life for customers around the world.


     

  • My #QuranTime 2.0 tampilkan 2,111 episod

    My #QuranTime 2.0 tampilkan 2,111 episod

    SHAH ALAM – Musim terbaharu program pemahaman al-Quran, My #QuranTime 2.0 (MQT 2.0) kembali bersiaran setiap hari selama sejam bermula 14 Disember ini di semua platform digital Sinar Harian dan My #QuranTime Official.

    Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, program tersebut yang bakal memberikan fokus kepada tiga elemen utama iaitu ‘Quran, Solat dan Infak’ akan bersiaran selama 2,111 episod.

    Menurutnya, program terbaharu itu dilaksanakan dengan matlamat untuk mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan bertajwid, menambahkan pemahaman dan hafalan al-Quran orang ramai.

    “Jadi sekarang ini kita akan pergi lebih mendalam. Teknik diajar oleh qari dan pentadabbur dalam program ini meliputi aspek membantu penonton untuk menghafal al-Quran.

    Hussamuddin

    Hussamuddin

    “Bayangkan apabila ramai orang boleh hafal ayat-ayat dalam al-Quran ini, dengan sendirinya kita akan lihat suasana yang biasa kita lihat apabila pergi ke Makkah iaitu orang Arab apabila solat dia menangis.

    “Suasana itu insya-ALLAH dalam dua ke lima tahun lagi kita boleh tengok di Malaysia, orang solat berjemaah menangis apabila al- Quran dibaca kerana mereka boleh hafal dan faham makna yang terkandung itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

    Hussamuddin berkata, siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baharu.

    Katanya, ia meliputi platform sosial media YouTube, Facebook, Twitter dan Instagram.

    Menurut beliau, dengan pendekatan penyiaran digital itu juga, penonton dan orang ramai boleh menjadikannya sebagai satu kelas pembelajaran besar yang boleh diakses di rumah masing-masing.

    Sementara itu, beliau berkata, MQT 2.0 turut memberikan penekanan terhadap elemen infak melalui usaha menghidupkan amalan wakaf dalam kalangan masyarakat.

    Jelasnya, penerbitan progam itu kali ini juga disokong 100 peratus daripada program wakaf yang diuruskan oleh WUIF termasuk daripada Tabung Gerakan Al-Quran meliputi hasil daripada sumbangan badan korporat dan orang ramai.

    Katanya, keseluruhan penerbitan MQT 2.0 yang turut membabitkan kehadiran peserta secara fizikal itu turut dijalankan di studio Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

    “Penyumbang yang selama ini beri RM1 atau RM2 mereka boleh melihat hasil sumbangan mereka dan dapat barakah daripada wakaf. Jadi ini merupakan sebuah wakaf yang hidup. Selagi program ini ada, saya kira pahala itu akan mengalir kepada mereka.

    “Bayangkan hasil daripada wakaf mereka ini, ia boleh memberi manfaat yang sangat banyak kepada penyumbang dan ummah yang menonton,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Hussamuddin berkata, WUIF membuka peluang kepada semua stesen televisyen dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program itu mendapat liputan yang lebih meluas.

    Menurut beliau, rundingan kini sedang dilakukan bersama beberapa stesen televisyen manakala usaha bagi berhubungan dengan media di Brunei, Singapura dan Indonesia juga sedang dijalankan.

    “Kami harap tiga atau empat stesen televisyen besar akan siar secara serentak, mungkin dengan masa yang berbeza-beza,” katanya.

    Sumber

  • Bina karakter bangsa melalui al-Quran, solat dan infak

    Bina karakter bangsa melalui al-Quran, solat dan infak

    SHAH ALAM – Program My#QuranTime 2.0 (MQT2.0) terbitan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) memberikan tumpuan untuk membina karakter bangsa lebih baik berlandaskan tiga elemen utama iaitu al-Quran, solat dan infak.

    Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, musim terbaharu program pemahaman al-Quran itu juga bakal menekankan satu pengisian baharu dalam pengajarannya iaitu hafalan.

    “Jadi, di sini kita ingin tekankan bahawa apabila baca al-Quran tapi kita nak tabiat kita berubah. Maknanya, pertama hubungan kita dengan al-Quran bagaimana? Kedua, solat yang kita dirikan lebih bermakna atau tidak?

    “Ketiga, bagaimana mahu pastikan budaya infak itu berada dalam diri kita,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

    Sebelum ini, program MQT yang berjaya mencipta fenomena ‘Baca, Faham, Amal Al-Quran’ bersiaran satu jam setiap hari bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV AlHijrah.

    Penyiaran musim pertama yang mencecah sebanyak 838 episod itu juga merekodkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin dan penglibatan lebih 150,000 sahabah al-Quran di dalam dan luar negara.

    Bagi musim kedua yang bakal bermula pada 14 Disember ini, ia akan melibatkan sebanyak 2,111 episod dan boleh ditonton di semua platform media sosial rasmi My #QuranTime serta Sinar Harian antaranya Facebook, Youtube, Twitter dan TikTok.

    Marhaini

    Marhaini

    Marhaini berkata, langkah menyiarkan MQT2.0 di platform digital itu bertujuan antara lain menggalakkan penyertaan golongan muda untuk ikut serta mendalami isi kandungan al-Quran menerusi program berkenaan.

    “Sebelum ini tidak begitu ramai anak muda, hanya sekitar 20 peratus. Yang lebih ramai adalah orang dewasa.

    “Jadi, kita berharap nanti penonton dalam kalangan anak muda akan lebih ramai dan mereka ini juga akan menolong contohnya datuk dan nenek untuk menonton atau mengikutinya di platform digital,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Marhaini berkata, MQT2.0 juga meneruskan kesinambungan misinya untuk mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran.

    Jelas beliau, setakat ini, lebih 6,000 Quran Corner berjaya diwujudkan melalui wakaf al-Quran yang dijalankan di pelbagai organisasi seperti hospital, agensi kerajaan, syarikat swasta, balai polis, kolej, universiti, sekolah, rumah ngaji, pusat tahfiz, masjid dan surau.

    “Justeru, kehadiran Quran Corner di setiap tempat tersebut penting kerana ia dapat menjadi platform untuk mereka berkumpul bagi mengikuti kelas pengajian termasuk yang disiarkan melalui program MQT,” ujarnya.

    Setakat 7 Oktober lalu, pelaksanaan wakaf di bawah WUIF yang melibatkan program Wakaf Al-Quran Fasa dan Tabung Gerakan Al-Quran berjaya mencatatkan sumbangan bernilai RM21,331,652 dengan sebanyak 371,480 naskhah berjaya dikumpulkan oleh pewakaf.

    Sumbangan sebanyak RM5,000 daripada dana Tabung Gerakan Al-Quran turut diagihkan kepada Rumah Ngaji di seluruh negeri setiap bulan.

    Ia bagi membantu penggerak menjalankan aktiviti untuk mendekatkan masyarakat kepada al-Quran melalui baca, faham dan amal.

    Sumber

  • MQT2.0 angkat formula elak umat Islam kerugian

    MQT2.0 angkat formula elak umat Islam kerugian

    SHAH ALAM – Tema al-Quran, solat dan infak yang diangkat dalam musim terbaharu program Program My #QuranTime 2.0 (MQT2.0) berupaya membantu mengelakkan umat Islam daripada mengalami kerugian dalam setiap rancangan dilaksanakan.

    Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, formula tersebut terkandung dalam ayat 29 Surah Fathir.

    “Kalau seseorang itu nak membina keluarga, diri, organisasi, syarikat atau apa-apa sahaja termasuk negara, jika tidak mahu rugi janji daripada ALLAH, adalah dengan tiga perkara ini.

    “Kalau tiga perkara ini iaitu al-Quran, solat dan infak dapat dijaga elok, walaupun dia alami jatuh dan bangun tetapi pengakhirannya adalah dia tidak mungkin rugi di dunia, apatah lagi kalau kita sampai ke akhirat nanti,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

    Fazrul berkata, pengamalan dan pemahaman terhadap tiga tema utama itu bukan sahaja dapat meminimumkan risiko dihadapi dalam setiap perancangan dilakukan, malah pada masa sama membantu seseorang individu membina karakter yang lebih cemerlang.

    “Jadi, nak capai perkara itu, kita jaga al-Quran, di dalamnya ada nilai. Kemudian solat itu pula bila kita jaga, ia membina sikap kita.

    “Amalan infak itu pula, dia bina budaya memberi kerana budaya ini akan menyebabkan kita tidaklah asyik nak meminta sahaja, lebih-lebih lagi meminta perkara yang bukan hak kita seperti rasuah dan sebagainya,” jelas beliau.

    Fazrul berkata, berbeza dengan musim pertama, MQT2.0 akan melihat hanya satu pertiga setiap halaman al-Quran bagi setiap satu jam episod yang disiarkan.

    Katanya, pengajian untuk program terbaharu itu akan menampilkan sesi tadabbur yang lebih mendalam, di samping turut menyentuh mengenai bacaan ayat al-Quran.

    “Kita juga akan memasukkan elemen hafazan supaya penonton dapat menghafaz ayat pilihan yang diputuskan.

    “Kita harapkan daripada al-Quran ini, ia membawa kepada peningkatan solat dan hubungan dengan ALLAH,” katanya.

    Sumber