CALPIS SODA Cipta Sejarah: Dominasi 5 Minggu Berturut-Turut, Dari Pentas ke Trending!

Program realiti Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) terus mencatatkan kejayaan luar biasa, memecahkan rekod dengan lima minggu berturut-turut mendominasi dunia hiburan Malaysia! Bukan sekadar sebuah rancangan televisyen, CSOIAM telah menjadi fenomena yang menggegarkan industri hiburan tempatan dan menarik perhatian seluruh negara.

CSOIAM bukan sekadar acara hiburan biasa. Setiap minggu, pentas CSOIAM menjadi medan pertempuran hebat bagi bakat-bakat muda, disokong oleh sorakan penonton dan perbualan hangat di media sosial. Keunikan program ini terletak pada persembahan luar biasa setiap peserta, kehadiran artis-artis jemputan terkenal, dan juri-juri berprestij yang memberikan sentuhan profesional dalam setiap episod. Tak heranlah, CSOIAM menjadi bualan ramai di kalangan penonton, menjadikannya program wajib tonton di kaca televisyen Malaysia.

Mendominasi Platform X: Trending Lima Minggu Berturut-Turut

Kekuatan CSOIAM juga terserlah di dunia maya. Sejak minggu pertama, program ini telah mendominasi carta trending dengan hashtag seperti #CalpisSodaOIAM, #OIAM, dan #TV3Malaysia menjadi antara topik paling panas setiap minggu. Setiap episod mencatatkan lebih daripada lima ribu sebutan pada waktu siaran, menjadikan ia fenomena digital yang luar biasa.

Selama lima minggu berturut-turut, CSOIAM berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga pertama trending di Malaysia, mencipta gelombang perbincangan tanpa henti. Kehebatan ini menjadikan program ini tidak hanya sebuah acara hiburan, tetapi sebuah fenomena yang mencipta trend baru di kalangan rakyat Malaysia.

Selain kejayaan di kaca televisyen, CSOIAM turut menguasai ruang digital dengan jangkauan media sosial yang mengagumkan. Sepanjang lima minggu bersiaran, jangkauan media sosial program ini mencecah 10.6 bilion, menjadikan ia salah satu program dengan capaian terbesar di platform TV3Malaysia dan CalpisSodaOIAM. Angka ini jelas menunjukkan pengaruh besar CSOIAM, dengan jutaan orang terlibat dalam perbincangan dan sorotan setiap minggu.

Tidak hanya di platform TV3Malaysia, video sorotan mingguan di Instagram dan TikTok juga menjadi viral, menarik perhatian penonton muda yang teruja membincangkan persembahan, kejutan, dan segala yang berlaku dalam program ini. Kehadiran nama-nama besar seperti Suki Low, Ayu Damit, Tomok, KRU, Dayang Nurfaizah, Ruffedge, Mimifly, Akim & The Majistret, Naim Daniel, serta juri jemputan seperti Yuna, Ernie Zakri, Hael Husaini, dan Datuk Francissca Peter menambah kemewahan dan keistimewaan program ini, menjadikannya lebih eksklusif dan dinanti-nantikan.

Dengan prestasi yang mengagumkan, CSOIAM membuktikan bahawa ia lebih dari sekadar program televisyen biasa. Program ini telah berjaya melangkaui sempadan hiburan tradisional, menjadi fenomena yang merentasi platform dan menjadikan perbualan hiburan Malaysia lebih hidup. Dengan capaian yang begitu besar, CSOIAM jelas telah mengubah landskap dunia hiburan tempatan, mencipta sejarah sebagai salah satu rancangan realiti paling berjaya dalam sejarah hiburan Malaysia.

Setiap minggu, CSOIAM tidak pernah gagal untuk mencetuskan fenomena dengan persembahan luar biasa dari para peserta yang menggoncang emosi penonton dan juri. Dari minggu pertama hingga kelima, pentas CSOIAM menyaksikan bakat-bakat luar biasa yang memberi impak mendalam kepada penonton.

Episod PertamaZazzleen memukau dengan lagu “I’m Outta Love”, mencuri perhatian dengan suaranya yang unik. Komen juri, Dato’ Yusry: “Awak ni boleh jadi dark horse tau, tone awak sangat unik. You are a complete performer!”

Episod KeduaKai Deva menunjukkan bakat luar biasa dengan lagu “Pada Syurga Di Wajahmu”, berduet dengan Datuk Nash. Komen juri, Ziana Zain: “Daripada minggu pertama sehingga minggu kedua, you tidak menghampakan saya. Suara you very bright, your husky voice is natural, you deliver dengan bagus sekali and emotion you sampai ke I. I do hope you akan ada lagi next week!”

Episod KetigaJimi tampil bertenaga dengan lagu “Nafas Cinta”, berduet dengan Aina Abdul. Komen juri, Dato’ Yusry & Cakra Khan: “Awak punya tone A, awak punya projection A, sebutan awak clear, You have a voice of a superstar! Your voice and Aina blended very well, jadi bagi saya kamu bisa lebih baik lagi, you did very well tonight.”

Episod KeempatJimi terus menyengat dengan lagu “Senggol-senggolan & Drama King”. Komen juri, Cakra Khan: “Luar biasa! Kamu memang memberikan nyanyian itu sangat perfect malam ini, bila you perform aura Jimi itu sampai ke semua orang.”

Episod KelimaJimi berduet dengan Misha Omar menerusi lagu “Terima Aku Seadanya”, dan sekali lagi mencuri perhatian. Komen juri, Dato’ Yusry: “Whether you menang or not, saya rasa AJL tahun depan awak akan berada di sana. Malam ini awak memang hebat.”

Pada episod yang sama, Marygrace pula menguasai pentas dengan lagu “Irama” dan menerima standing ovation daripada Shiha Zikir, penyanyi asal lagu tersebut. Komen juri, Dato’ Yusry: “Persembahan awak malam ini adalah yang terbaik, because nak menyanyi sambil menari is quite tricky, breathing and tempo yang perfect for tonight.”

Sejak minggu pertama, CSOIAM telah menyaksikan kehadiran bintang-bintang besar yang memperkaya setiap episod dengan persembahan yang memukau. Episod pertama dimulakan dengan penuh gemilang melalui penampilan bekas juara OIAM dan ikon legenda KRU, bersama 20 peserta luar biasa. Malam pembukaan yang penuh keajaiban ini melangkaui jangkaan dan memukau penonton di seluruh negara.

Episod kedua terus memukau dengan kembalinya penyanyi berprestij Dayang Nurfaizah, yang membuat penampilan semula selepas 15 tahun. Dayang menyampaikan dua lagu ikoniknya, Hakikat Cinta dan Lemah, membawa emosi yang mendalam dan sekali lagi menjadikan CSOIAM trending di platform media sosial. Pada minggu ketiga, kehadiran kumpulan legenda Ruffedge dan duet memukau Aina Abdul menambah lagi kehebatan program ini, dengan penutup penuh emosi oleh Ernie Zakri. Kesemua persembahan ini membuatkan CSOIAM terus trending selama tiga minggu berturut-turut.

Pada episod keempat, Mimifly memukau dengan lagu viralnya, Angkat, membuka pentas dengan penuh tenaga dan kegembiraan. Episod kelima pula menampilkan Akim & The Majistret dengan karisma mereka yang memikat, serta persembahan solid dari Naim Daniel. Penutupan magis oleh legenda Datuk Francissca Peter mengimbau nostalgia AJL, menguatkan lagi status CSOIAM sebagai pentas muzik paling berprestij di Malaysia.

Di sebalik kehebatan di pentas, CSOIAM juga mengangkat kisah-kisah inspirasi dari setiap finalis yang menunjukkan semangat juang yang luar biasa. Kisah mereka bukan sahaja memberikan motivasi, tetapi juga memperlihatkan betapa muzik mampu menjadi alat yang kuat untuk mengatasi cabaran hidup.

Kai Deva – Seorang anak muda yang datang dari latar belakang serba kekurangan, namun tidak pernah berputus asa. Keinginan untuk berjaya dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya menjadi pendorong utama dalam perjuangannya. Keberanian dan tekadnya mengatasi segala rintangan membuktikan bahawa semangat juang boleh mengubah takdir.

Marygrace – Menghadapi tragedi pahit apabila kehilangan bapa tercinta yang dibunuh, namun semangatnya tetap teguh. Marygrace menunjukkan bahawa tiada apa yang dapat menghentikan impian dan hasratnya untuk berjaya di pentas CSOIAM. Kisahnya mengingatkan kita tentang ketabahan dan kekuatan wanita yang mampu bangkit daripada kesedihan.

Zazzleen – Seorang ibu tunggal yang telah melalui pelbagai cabaran hidup, termasuk ditipu oleh syarikat rakaman. Walaupun mengalami kegagalan, Zazzleen tidak pernah berputus asa. Dengan semangat yang tidak pernah luntur, dia bangkit untuk membuktikan bahawa seorang ibu yang berjuang demi anak-anaknya adalah kekuatan yang luar biasa.

Kisah-kisah inspiratif ini bukan hanya memberi semangat kepada penonton, tetapi juga menunjukkan betapa kuatnya ikatan antara peserta. Mereka tidak hanya bersaing di pentas, tetapi saling memberi sokongan dalam perjalanan mereka mengejar impian. Kesetiaan dan persahabatan yang terjalin di kalangan finalis ini memperlihatkan bahawa CSOIAM lebih daripada sekadar pertandingan — ia adalah sebuah keluarga kedua yang dibentuk melalui muzik.

Inilah masa yang paling mendebarkan dalam Calpis Soda One In A Million. Dengan setiap minggu penuh kejutan, bakat-bakat luar biasa, dan pasangan duet yang dinantikan, CSOIAM terus mendominasi dunia hiburan Malaysia. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena yang luar biasa ini. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Semua akan terjawab dalam setiap episod mendatang!

Setiap minggu adalah peluang baru untuk menyaksikan kehebatan dan persaingan sengit di pentas CSOIAM. Siapakah yang akan menjadi juara? Hanya masa yang akan menentukan!