Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Filem
  • Blood Brothers: Bara Naga – Karya Unggul Skop Productions!
  • Filem

Blood Brothers: Bara Naga – Karya Unggul Skop Productions!

Helmi Aziz April 8, 2025 3 minutes read
MAIN_POSTER_02_FA_SCM

Menjelang sambutan Aidilfitri, Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, mempersembahkan Blood Brothers: Bara Naga sebuah filem aksi yang penuh ketegangan dan drama, yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 April 2025. Tayangan perdana filem ini yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, memberi penonton gambaran pertama mengenai dunia gelap mafia yang jarang diterokai dalam industri perfileman tempatan. Kisah ini penuh dengan intensiti, ketegangan, dan konflik yang pasti menggugah hati penonton.

Blood Brothers: Bara Naga bukan sekadar filem aksi, tetapi juga sebuah pengalaman sinematik yang dijamin memberi impak mendalam. Di bawah arahan dua pengarah berpengalaman, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, setiap adegan dijanjikan kepuasan maksimum dengan visual yang menakjubkan. Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, dan ramai lagi, yang bakal memukau penonton dengan lakonan mereka yang penuh emosi dan kekuatan.

Mengisahkan Ariff (Syafiq Kyle) yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk bekerja di bawah Dato Zul (Wan Hanafi Su), ketua kepada Mafia Naga, filem ini mengangkat tema kepercayaan, pengorbanan, dan persaudaraan. Namun, dunia mereka digoncang dengan pengkhianatan besar, di mana Ariff tiba-tiba menjadi suspek utama. Dalam usaha membersihkan nama, Ariff terpaksa melarikan diri dan meminta bantuan abang kandungnya, Jaki (Syazwan Zulkifly). Ghaz yang ditugaskan untuk memburu Ariff kini terperangkap dalam dilema akan kah Ariff mendapat pembelaan, atau adakah nasibnya berakhir di tangan “Blood Brother”-nya sendiri?

Syafiq Yusof, selaku pengarah, berkongsi bahawa dua tahun penuh dedikasi telah dicurahkan untuk menghasilkan filem ini. Setiap peringkat produksi, dari penulisan hingga pascaproduksi, melibatkan usaha gigih daripada seluruh kru dan pelakon. Menurutnya, Blood Brothers: Bara Naga bukan sahaja akan membuka lembaran baru dalam industri filem tempatan, tetapi juga memberi inspirasi kepada pengkarya tempatan untuk menghasilkan karya yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Abhilash Chandra, pengarah bersama, menambah bahawa bekerjasama dengan Syafiq Yusof membuka peluang untuk mereka meneroka idea-idea baru dan mencipta cerita yang penuh kesan. Setiap babak dalam filem ini dijalin dengan teliti dan kami percaya penonton akan dapat merasai kedalaman jalan cerita yang dibawakan.

Tayangan perdana ini juga diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, serta tokoh-tokoh penting industri seperti YBhg. Datuk Dr. Yusof Haslam, Pengasas Skop Productions, dan Datuk Hans Isaac, Pengerusi FINAS. Malam tersebut turut dihangatkan dengan persembahan OST berjudul Bara Jiwa oleh Azlan Typewriter dan Muzza, yang menggambarkan semangat persaudaraan dan perjuangan yang tidak mudah patah.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Blood Brothers: Bara Naga, sebuah filem penuh ketegangan yang menyelami erti persaudaraan melangkaui darah, yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 10 April 2025. Untuk tayangan awal, filem ini akan ditayangkan di 146 pawagam terpilih mulai 8 April 2025.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ryzall Noh: Dari Darwish ke Hati Peminat Malaysia!
Next: From Wrist to Finger: Why Malaysians are Embracing the Galaxy Ring Over Smartwatches

Related Stories

MotherBhumi_Poster_MY_V2
  • Acara & Komuniti
  • Community
  • Event
  • Filem
  • News

Mother Bhumi Hits Malaysian Cinemas May 14 with Fan Bingbing Meet-and-Greet Tour

Farihin Azlan April 22, 2026
“MALAIKAT MALAM” CATAT KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM
  • Box Office
  • Filem
  • Hiburan

“MALAIKAT MALAM” CATAT KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM

Farihin Azlan April 20, 2026
“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI
  • Filem
  • Hiburan
  • Seni & Budaya

“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI

Farihin Azlan April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.