Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Bigo Live, Kechara Soup Kitchen Hulur Bantuan dan Keceriaan Raya kepada Golongan Memerlukan
  • Charity
  • News

Bigo Live, Kechara Soup Kitchen Hulur Bantuan dan Keceriaan Raya kepada Golongan Memerlukan

Farihin Azlan April 14, 2026 (Last updated: April 14, 2026) 3 minutes read
Official Fundraising Donation to Kechara Soup Kitchen Society (KSK). From left (Hudanawan, Zaair, Kir.Apeks, Muhammad Syazwan, Sirah, The Conspirator, Mar.Kaizen, Farah (KSK), Nisabae, Evianna)

Bigo Live, sebuah platform penstriman langsung global, telah bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen (KSK), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan, bagi melaksanakan inisiatif kebajikan sempena Hari Raya untuk menyokong komuniti yang memerlukan. Kempen yang dinamakan “Rise & Raise” ini menghimpunkan 20 pencipta kandungan teratas Bigo Live untuk terlibat dalam pengagihan pek bantuan secara langsung di lapangan serta kempen kutipan dana dalam talian melalui platform Bigo Live, yang berjaya mengumpul sebanyak RM10,000 untuk disalurkan kepada penerima manfaat KSK.

Walaupun Hari Raya sering dikaitkan dengan kemeriahan dan kebersamaan keluarga, masih terdapat individu tanpa tempat tinggal serta keluarga bandar berpendapatan rendah yang berdepan dengan rasa terpinggir sepanjang musim perayaan. Melalui kerjasama ini, pelbagai usaha dilaksanakan untuk merapatkan jurang tersebut dengan menyediakan juadah panas untuk berbuka puasa, hamper Hari Raya, serta mewujudkan rasa kebersamaan kepada golongan yang memerlukan.

Sepanjang bulan Ramadan hingga menjelang Syawal, pengguna Bigo Live di seluruh Malaysia telah menyertai siri siaran langsung berbentuk amal yang dikendalikan oleh 10 pencipta kandungan teratas platform tersebut. Melalui sesi ini, penonton berpeluang menghantar hadiah maya bertemakan Ramadan dalam aplikasi, dengan sebahagian hasil kutipan disalurkan terus kepada KSK. Dana yang dikumpulkan kemudiannya digunakan untuk pelbagai inisiatif termasuk pengagihan makanan panas, operasi bank makanan seperti penyelamatan dan pengagihan semula lebihan makanan kepada golongan memerlukan, serta program latihan kemahiran bagi membantu meningkatkan keupayaan kewangan jangka panjang.

Menurut jurucakap Bigo Live Malaysia, platform tersebut percaya kepada kekuatan komuniti sama ada secara digital mahupun di lapangan. Kerjasama bersama Kechara Soup Kitchen membolehkan sokongan dalam talian diterjemahkan kepada impak sebenar yang memberi manfaat kepada komuniti setempat. Pihaknya turut menghargai sumbangan para pencipta kandungan yang bersama-sama menyebarkan kegembiraan serta nilai kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, wakil Kechara Soup Kitchen, Jien Howe Khong, berkata sokongan Bigo Live melalui program pengagihan makanan di sekitar Kuala Lumpur, termasuk sumbangan sebanyak RM10,000, amat dihargai kerana membantu menyediakan keperluan asas seperti makanan dan bantuan perubatan kepada individu tanpa tempat tinggal serta keluarga rentan. Beliau turut menambah bahawa penglibatan komuniti Bigo Live bukan sahaja memberi sumbangan kewangan, malah turut membawa keceriaan dan sentuhan kemanusiaan yang bermakna kepada mereka yang disantuni.

Selain kempen kutipan dana digital, kakitangan Bigo Live bersama 20 pencipta kandungan teratas turut turun padang bersama pasukan KSK dalam penyediaan serta pengagihan makanan di tujuh lokasi sekitar Kuala Lumpur. Mereka juga mengunjungi Pusat Gelandangan Medan Tuanku bagi menyampaikan bantuan makanan secara langsung kepada individu tanpa tempat tinggal serta golongan rentan lain.

Bigo Live terus komited dalam memperkasa pencipta kandungannya untuk memberi impak yang lebih luas, bukan sahaja di platform digital tetapi juga kepada komuniti setempat. Sejak dilancarkan pada Mac 2016, platform ini kini memasuki tahun ke-10 sebagai salah satu komuniti penstriman langsung yang berkembang pesat di dunia, membolehkan pengguna berinteraksi secara masa nyata, berkongsi pengalaman serta menampilkan bakat kepada khalayak global.

About the Author

Farihin Azlan

Editor

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sensodyne Clinical White: Inovasi Pemutihan Gigi Dwi-Tindakan dengan Perlindungan Enamel Dilancar di Malaysia
Next: Laluan Ke AJL40: Berapa Lagu Bakal Terselamat?

Related Stories

  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.