Berita menggembirakan bagi penduduk Johor! BABA’S kembali menyemarakkan Karnival Jom Heboh (KJH) sebagai penaja utama untuk kali keempat.
Kembara siri jelajah KJH akan diteruskan dengan berlangsungnya karnival ini selama tiga hari berturut-turut di Johor Bahru! Jangan lepaskan peluang untuk mengajak keluarga, sahabat, dan jiran-jiran anda meramaikan Karnival Jom Heboh BABA’S Johor Bahru yang akan diadakan pada hujung minggu ini di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, dari 1 hingga 3 November 2024 (Jumaat, Sabtu, dan Ahad).
Karnival Jom Heboh (KJH) 2024, anjuran Media Prima Berhad, kembali dengan kehadiran yang mengagumkan di lima negeri termasuk Sarawak, Putrajaya, Melaka, Terengganu, Pulau Pinang, dan kini di Johor Bahru. Acara yang ikonik ini terus menarik lebih 300,000 pengunjung di setiap lokasi, menunjukkan sambutan yang sangat hangat. Dengan pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’, KJH telah menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia yang menjanjikan keseronokan dan pelbagai aktiviti menarik, menjadikannya acara yang tidak boleh dilepaskan oleh seluruh keluarga setiap tahun.
Sepanjang tiga hari di Johor Bahru, karnival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti akan meninggalkan kenangan manis untuk warga kota. Pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik melalui reruai dari Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (termasuk New Straits Times, Berita Harian, dan Harian Metro), Hot FM, dan Vocket.
TV3 juga dengan bangganya mengumumkan kembalinya program realiti nyanyian ikonik, One In A Million (OIAM), ke kaca TV! Dengan sejarah yang cemerlang, OIAM akan bersiaran buat pertama kalinya di TV3, dan Johor dipilih sebagai lokasi pertama untuk sesi ujibakat pencarian bintang baharu! Ini adalah peluang keemasan untuk menunjukkan bakat nyanyian anda kerana anda mungkin menjadi bintang yang berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM1 juta! Jadi, jangan ragu untuk sertai sesi uji bakat OIAM di lokasi pertama ini pada 2 dan 3 November 2024 (Sabtu dan Ahad). Uji bakat secara bersemuka akan diteruskan di lima lokasi lain di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Kuala Lumpur.
OIAM terbuka kepada semua bakat di Malaysia dan dari luar negara, berusia 15 tahun ke atas, baik secara solo, duo, atau berkumpulan! Bagi mereka yang tidak dapat menyertai sesi uji bakat secara bersemuka, anda masih boleh mengambil bahagian dalam uji bakat secara dalam talian bermula 1 hingga 17 November ini, dengan memuat naik video nyanyian berdurasi 1 minit di TikTok menggunakan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara. OIAM bukan sahaja satu pertandingan nyanyian tetapi juga peluang untuk mengubah hidup peserta menjadi bintang bernilai sejuta!
Kemeriahan karnival akan semakin memuncak apabila pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan selebriti kesayangan di booth Studio Tonton Drama Sangat (STDS). Booth ini akan menampilkan barisan bintang terkenal yang membintangi program-program popular di Tonton, TV3, dan TV9. Antara selebriti yang akan memeriahkan KJH BABA’S di Johor Bahru kali ini adalah Aniq Durar, Ashraf Muslim, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Nabila Razali, Wanns Ahmad, Nafiz Muaz, dan ramai lagi! Ini adalah peluang emas untuk bertemu dengan idola anda dan merasai suasana penuh keceriaan di booth Studio Tonton Drama Sangat (STDS).
Lebih menarik, Studio Tonton Drama Sangat akan mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa Samsung Smart TV bersaiz 65” yang bernilai sehingga RM3,500! Untuk menyertai cabutan ini, pengunjung hanya perlu mendaftar sebagai ahli baharu dan melanggan pelan Tonton untuk berpeluang memenangi hadiah utama ini. Cabutan bertuah ini akan diadakan di setiap lokasi KJH dalam edisi jelajah 2024, dan anda mungkin menjadi salah seorang yang bertuah untuk membawa pulang hadiah utama ini!
Selain reruai di bawah naungan Media Prima, lebih 160 reruai lain juga akan menawarkan promosi hebat dan hadiah menarik! Antara yang terlibat termasuk Yaya Empire, Puspakom, Red Bull, FGV, Affin Bank dan banyak lagi. Reruai BABA’S juga menawarkan promosi beg berharga RM10 dan pemberian pek produk BABA’S secara percuma! Anda dan keluarga boleh meluangkan masa berkualiti sambil menikmati pelbagai makanan viral yang sedang trending di media sosial. Love Food Fest akan membawa hidangan-hidangan popular seperti Lamb Shank Chef Ammar, Bakso Beranak by Vicha, Cikidot, dan banyak lagi.
NSTP ‘Pet Zootopia’ dan Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘2vs2’ menjadi antara tarikan baharu yang ada di KJH BABA’S Johor Bahru kali ini. Peserta berpeluang untuk membawa pulang wang tunai sehingga RM500 serta baju jersi edisi khas dari Vocket. Layari laman https://bolajalanan.thevocket.com/ atau imbas kod QR untuk mendaftar. Sementara itu, NSTP ‘Pet Zootopia’ akan menampilkan 30 jenis haiwan yang akan menceriakan seisi keluarga.
Hiburkan hujung minggu anda dengan barisan penyanyi popular tanah air di Konsert Jom Heboh pada 2 dan 3 November 2023 (Sabtu dan Ahad), bermula pada pukul 9.00 malam! Pada malam pertama, saksikan persembahan menarik daripada Sofarz, Ayu Damit, Suki Low, Izzue Islam, Sufian Suhaimi, dan Nabila Razali. Manakala pada malam kedua pula, anda akan dihiburkan oleh The Dolla, Projektor Band, Lil J, Dalia Farhana, Syamel, Wany Hasrita, dan Mark Adam. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan!
Mari memeriahkan Voice of Johor yang dibawakan oleh Jom Lokal Jam, sebuah pertandingan nyanyian berkategori solo! Ini adalah platform yang tepat untuk anda! Serlahkan kebolehan seni anda dalam nyanyian menerusi program Voice of Johor yang akan diadakan pada hari Jumaat, 1 November, bermula pada pukul 9.00 malam di pentas utama KJH. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan bakat-bakat baru!
Karnival Jom Heboh BABA’S Johor Bahru kali ini juga menampilkan pameran dan persembahan dari pelbagai kumpulan dan persatuan! Pada hari Jumaat (1 November), pengunjung boleh menyaksikan pameran motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan Supercar dari JB Muslim Supercar. Pada hari Sabtu (2 November), terdapat aktiviti Jom Zumba yang diketuai jurulatih dari Athlete Fitness Centre dan persembahan tarian Yosakoi dari Maktab Sultan Abu Bakar. Pada hari Ahad (3 November), aktiviti Pound Rock Out Workout dan persembahan Pancaragam dari SIGS Band dan SK (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru akan menghiburkan pengunjung.
Dalam semangat menghibur, kami juga peka terhadap krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Palestin. TV3 sentiasa prihatin terhadap situasi yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Anda boleh menyumbang menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331. Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.
Kami berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka dan akan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan dan keadilan. Melalui pelbagai program dan inisiatif kami, TV3 dan Tonton bertekad untuk menyebarkan mesej keamanan dan solidariti, sambil menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut serta dalam usaha murni ini.
Warga Johor dan semua penduduk Selatan, jom sertai kami! Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan hujung minggu anda di Karnival Jom Heboh BABA’S Johor Bahru, yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 November 2024 (Jumaat hingga Ahad) di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, bermula seawal jam 8.30 pagi!
Kongsikan keseronokan bersama keluarga menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh, dan #InspirasiGenerasi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web kami di www.jomheboh.com.my dan ikuti media sosial rasmi Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.