BERBUSANA MELAYU DI NIGHT WALK KAMPUNG BHARU DARI HOTEL TAMU

busana melayu tamu hotel kg bharu

BERBUSANA MELAYU DI NIGHT WALK KAMPUNG BHARU DARI HOTEL TAMU

10,000 LANGKAH BERBUSANA MELAYU DI NIGHT WALK KAMPUNG BHARU

Segak dan ayu berpakaian Melayu tradisional bersarung kain pelikat, baju kurung, dan songkok, malahan ada yang bertengkolok sambil berjalan beramai-ramai mengelilingi Kampung Bharu di malam hari. Program 10000 langkah berbusana anjuran DSSM dengan kerjasama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Program ini seiring dengan mempromosikan destinasi “Kg Bharu sebagai Syurga Makanan” di Kuala Lumpur bagi menarik lebih ramai pelancong domestik menjadikan Kg Bharu satu destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi . Program ini turut disertai oleh Y Bhg Dato’ Affendi Zahari (Pengerusi Perbadanan Kampong Bharu), Y.Bhg Dato Khay Ibrahim (Pengerusi Eksekutif Tamu Hotel & Suites), Encik Aminuddin Mohamad, (Pengarah Program, Road to Agro Tourism/ Kg Bharu Night Walk), Encik Khalid Syed Ali (Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara), Cikgu Aziz Abd Majid (Presiden Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia) Syed Azhar Syed Nadzir (Group CEO Hop On Hop Off).

busana melayu tamu hotel kg bharu
berbusana melayu di Tamu Hotel kg bharu

Jalan yang sesak dan lorong-lorong yang sempit dijelajahi bagi melihat keindahan Kuala Lumpur dari Kampung Bharu. Bagi segelintir warga bandaraya Kuala Lumpur, Kampung Bharu tiada ciri istimewa yang boleh diterokai. Namun bagi pengunjung luar negara, pastinya Kampung Bharu menjanjikan keistimewaan yang boleh diingati.

Kejiranan Kampung Bharu merupakan perkampungan Melayu tertua di pusat bandar Kuala Lumpur. Sepanjang menyusuri kampung Bahru kita boleh menemui rumah kayu tradisional di tengah-tengah bandaraya. Corak kehidupan setempat dan budaya dapat dilihat secara langsung di sini. Malahan pokok kelapa dan pisang bagi warga tempatan perkara biasa bakal dipandang unik bagi pengunjung luar negara.

silat melayu hotel tamu KL
Langkah silat melayu di Hotel Tamu

 

Peluang bersiar-siar di tengah malam bagi pengunjung luar negara pastinya bakal menarik perhatian mereka kerana terdapat puluhan warung makan dan gerai jualan di sepanjang jalan. Kampung Bahru merupakan syurga makanan yang popular di pusat bandaraya KL. Pengunjung dapat menikmati makanan tradisi Melayu, Thai, Indonesia, Barat dan pelbagai lagi. Jus buah segar, rojak, apam balik, sate, pisang goreng, dan aneka kuih yang berwarna-warni di jual di gerai. Sepanjang penjeajahan, pengunjung akan menemui kedai makan yang popular seperti Suraya, Kak Som, Stable, 1000 tomyam, nasi lemak antarabangsa, Tonpai, dan banyak lagi.

Hotspot bergambar untuk berswafoto (selfie) terdapat banyak lokasi menarik di Kampung Bahru. Pandangan (angle) pencakar langit seperti Menara KL Tower, Menara Berkembar Petronas, bangunan yang dilimpahi cahaya, dan rumah tradisional menjadi pilihan untuk berswafoto bagi pengunjung lokal dan luar negara.

Setelah lelah menjelajah Kampung Bahru, kami menikmati bubur lambuk yang cukup terkenal terutamanya menjelang bulan Ramadhan. Bubur ini dimasak bergotong-royong oleh kariah masjid Kampung Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *