Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Music
  • Bella Astillah & Daniesh Suffian Lancar Lagu Baru, Simbol Kesabaran dan Bahagia
  • Music
  • music

Bella Astillah & Daniesh Suffian Lancar Lagu Baru, Simbol Kesabaran dan Bahagia

Helmi Aziz October 7, 2025 3 minutes read
DSCN7406

Bella Astillah terus menjadi salah satu nama yang paling dikenali dalam industri hiburan tanah air. Walaupun pernah menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan peribadi, penyanyi dan pelakon berbakat ini tetap teguh, konsisten membina kerjayanya dengan penuh dedikasi.

Baru-baru ini, Bella berganding tenaga dengan Daniesh Suffian, penyanyi, komposer, dan pelakon yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Terabadi dan Pilihlah Aku, dalam single duet terbaru mereka berjudul “Akhirnya Kamu”. Lagu ini membawa mesej tentang kebahagiaan, ketulusan, dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan serta percintaan.

Karya ini lahir daripada kolaborasi kreatif Bella dan Daniesh bersama Azlan Abu Hassan dan Omar K, yang masing-masing menyumbang bakat mereka untuk menghasilkan lagu yang penuh emosi dan bermakna. Bella berkongsi bahawa lagu ini sangat dekat dengan hatinya. “Lagu ini memberi impak besar dalam hidup saya. Seolah-olah sebahagian diri saya dizahirkan melalui lagu ini. Ia juga menjadi lagu manis saya sendiri, sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang selalu meminta saya menyanyikan lagu yang membahagiakan,” ujarnya.

Bella menekankan bahawa proses rakaman duet ini berjalan lancar dan profesional. “Daniesh memahami suara dan citarasa muzik saya. Kami bekerjasama dengan baik untuk memastikan hasil akhir memuaskan, dan kami berdua sangat gembira dengan keputusan itu,” katanya. Dari segi mesej, Bella menyatakan bahawa “Akhirnya Kamu” menekankan tema kesabaran. “Hidup tidak selamanya mudah. Sama ada sesuatu itu datang cepat atau lambat, kesabaran itu penting. Kebahagiaan akan muncul apabila kita percaya setiap ujian mempunyai hikmah dan membuka peluang kepada orang yang tepat untuk hadir dalam hidup kita,” tambahnya.

Dalam lagu ini, Bella tampil dengan imej berbeza daripada kebiasaannya yang lebih emosi dan fierce. “Biasanya saya menyanyi lagu-lagu yang lebih beremosi, tapi ramai peminat meminta lagu yang lebih ceria dan manis. Jadi, lagu ini saya tujukan khas untuk mereka,” kata Bella.

Daniesh pula mendedahkan bahawa idea untuk menghasilkan lagu ini tercetus daripada permintaan peminat yang mahu melihat duet rasmi mereka berdua. “Sebelum ini kami banyak membuat cover lagu, jadi ramai yang meminta kami menghasilkan lagu bersama. Dari situ, idea Akhirnya Kamu mula terbentuk,” jelasnya. Lagu ini ditulis ketika Bella melalui detik sukar dalam hidupnya, bertujuan memberi semangat, sokongan, dan sedikit keceriaan agar beliau terus kuat menghadapi cabaran.

Rakaman muzik video untuk lagu ini juga meninggalkan pengalaman manis bagi Daniesh. “Rakaman MV sangat menyeronokkan, extras sporting, lokasi cantik, shot pun menjadi, dan team production sangat profesional. Semua ini membuat hasil akhir melebihi jangkaan saya,” katanya. Jalan cerita MV mengisahkan dua individu yang pernah terluka dan menutup hati selepas pengalaman cinta lalu, namun pertemuan baharu membuka peluang kepada cinta sejati yang mereka cari selama ini.

Lebih daripada sekadar lagu cinta, “Akhirnya Kamu” menjadi simbol kekuatan, harapan, dan penghargaan terhadap perjalanan hidup. Lagu ini menunjukkan bahawa setiap luka dan kesabaran akhirnya akan membawa kebahagiaan yang dinanti. “Akhirnya Kamu” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital, manakala muzik videonya boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia sejak 6 Oktober 2025.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Rekod Baharu: BYD Sime Motors Serah 100+ Unit SEAL 6 Dalam Masa Singkat
Next: Maxim Tanggung Penuh Yuran Lesen PSV: Peluang E-Hailing Tanpa Beban Kos

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.