Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Balik Kampung Versi ‘Fresh’ Gabungan Lima Rapper Popular (Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, Asyraf Nasir dan Yonnyboii)
  • ACTIVITY

Balik Kampung Versi ‘Fresh’ Gabungan Lima Rapper Popular (Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, Asyraf Nasir dan Yonnyboii)

Helmi Aziz April 18, 2022 (Last updated: April 18, 2022) 2 minutes read

Tahun 2020 dan 2021 menjadi sejarah apabila dua tahun tersebut menjadi penghalang bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut perayaan hari raya Aidilfitri di kampung halaman bersama-sama ahli tercinta. Sinonim dengan itu, lagu ‘Balik Kampung’ dipopularkan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad sering menjadi dendangan setiap pendengarnya yang mampu menaikkan semangat sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Lagu yang masih utuh itu sering dimainkan sehingga kini dan menjadi siulan peringkat umur dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Memandangkan tiada lagi sekatan pergerakan pulang ke kampung pada tahun ini, syarikat rakaman Universal Music Malaysia melancarkan deretan lagu raya bertemakan Raya All Out yang menampilkan barisan penyanyi ternama negara dan penyanyi baharu.

‘Balik Kampung’ merupakan salah satu daripada senarai lagu yang telah dipilih untuk diberikan nafas baharu oleh gabungan penyanyi dan rapper popular seperti Kmy Kmo, Luca Sickta, Sigma, Asyhraf Nasir dan Yonnyboii.

Menariknya, lagu ‘Balik Kampung’ yang disusun semula oleh Luca Sickta selaku penerbit telah ditambah dengan kreativiti mereka berlima dengan unsur hip hop dan cangkuk serta melodi asli.

“Sejujurnya, saya sangat teruja diberikan kesempatan ini untuk menambah lagi serba sedikit elemen hip hop dan penulisan dalam lagu ini” ujar Asyraf Nasir. Sigma pula berpendapat bahawa perasaan rindu pulang ke kampung bagi menyambut hari raya, diceritakan didalam lagu ini.

Luca berkata “Penulisan saya dibantu oleh Yonnyboii dan ia mengisahkan seseorang yang takut untuk pulang ke kampung tetapi merindui suasana, kelurga dan beraya di kampung”. Tambahan pula “Kami sudah biasa bekerjasama, jadi segala proses berjalan dengan lancar dan mengambil masa yang singkat” tambah Kmy Kmo. “Alhamdulillah, tiada sebarang cabaran dalam proses penulisan dan rakaman saya” kata Yonnyboii.

Lagu ‘Balik Kampung’ dilancarkan secara rasmi pada 15 April di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala lirik video lagu ini akan ditayangkan di saluran YouTube Def Jam Malaysia pada hari yang sama jam 9 malam.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Rewang Iftar Bersama Dr. Fitri Haris dan Buku Jalanan Chow Kit
Next: RAYA ‘ALL OUT’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.