Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Kilauan Emas 2024!: Bakat Generasi X Bersinar Semula di Kilauan Emas 2024!
  • CONCERT
  • Music

Kilauan Emas 2024!: Bakat Generasi X Bersinar Semula di Kilauan Emas 2024!

Helmi Aziz September 10, 2024 (Last updated: September 10, 2024) 4 minutes read
kilauan

Astro dengan bangganya mempersembahkan semula program realiti legenda, Kilauan Emas 2024, yang menampilkan bakat-bakat hebat dari generasi X, iaitu rakyat Malaysia berusia 45 tahun ke atas. Setelah hampir tujuh tahun berehat, program nyanyian kompetitif ini akan kembali memeriahkan skrin Astro pada 14 September 2024. Program ini akan disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105), serta boleh ditonton secara strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.

Program ini membawa nafas baharu dengan tema ‘Otai Kembali Berbisa’, yang memberikan peluang kepada bakat-bakat otai tempatan untuk bersinar dalam bidang nyanyian. Musim ini menampilkan 12 peserta terpilih yang melalui sesi uji bakat pada 3 & 4 Ogos lalu di SACC Mall, Shah Alam. Peserta-peserta ini bukan sahaja mempunyai kebolehan vokal yang menakjubkan, tetapi juga latar belakang unik yang menjadikan setiap penampilan mereka istimewa dalam konsert utama.

Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, menyatakan, “Kami sangat teruja untuk menghidupkan kembali Kilauan Emas 2024 dan memberi ruang kepada bakat-bakat Malaysia berusia 45 tahun ke atas untuk mempamerkan kemampuan mereka. Dengan platform ini, kami berharap dapat memberikan sorotan kepada generasi yang sering dipandang sepi, namun mempunyai potensi besar dalam bidang nyanyian. Setiap peserta adalah ‘unsung hero’ dengan cerita yang menarik, dari seniman jalanan hingga bekas anggota tentera, dan kami percaya mereka akan memberikan persembahan yang memukau.”

Musim terbaharu ini menampilkan 12 peserta solo dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, dan Terengganu, dengan usia antara 46 hingga 68 tahun. Mereka merupakan peserta paling senior dalam sejarah Program ini.

Program ini akan dikendalikan oleh Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara utama, sementara pelawak dan pelakon Joey Daud akan memeriahkan acara sebagai pengacara belakang pentas dan diari Kilauan Emas. Barisan juri pula akan diketuai oleh legenda Erra Fazira dan Dato’ Hattan, bersama pelawak terkenal Roy Azman, yang pastinya akan menambah keceriaan setiap episod.

Penerbitan Kilauan Emas 2024 juga disokong oleh Astro Gempak sebagai rakan digital, serta SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi, memastikan program ini lebih memikat dan menarik perhatian ramai. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perjalanan menakjubkan peserta-peserta ini dalam merebut gelaran juara dan menunjukkan bakat sebenar mereka!

PENJURIAN & TRIVIA ‘KILAUAN EMAS 2024’

  • Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas 2024’ akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.
  • Juara ‘Kilauan Emas’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
  • Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.

INFO SIARAN ‘KILAUAN EMAS 2024’

“Kilauan Emas 2024” bakal memukau penonton dengan siaran langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu, bermula 14 September 2024. Setiap Sabtu, jam 9 malam, program ini boleh ditonton di Astro Prima (saluran 105). Bagi mereka yang ingin menontonnya secara dalam talian, siaran juga boleh distrim melalui On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO, dan sooka.

Jangan ketinggalan menyaksikan persiapan setiap peserta dalam “Diari Kilauan Emas 2024” yang disiarkan selama 30 minit setiap Jumaat, mulai 13 September 2024. Program ini memberikan paparan eksklusif mengenai telatah belakang tabir, sesi latihan, dan perbincangan intensif di pentas utama. Selain itu, “Kapsul Kilauan Emas 2024” menyajikan sorotan menarik sepanjang minggu dengan segmen 5 minit dari Selasa hingga Khamis, membolehkan penonton melihat lebih dekat lagi perkembangan setiap peserta.

Untuk mengikuti setiap langkah perjalanan peserta, tonton “Kapsul Uji Bakat Kilauan Emas 2024” dari 27 hingga 31 Ogos serta “Profil Kilauan Emas 2024” pada 9 dan 10 September di Astro Prima (saluran 105).

Thinker Studio juga menawarkan pelbagai kandungan digital tambahan seperti “Inspirasi Mini Kilauan Emas,” “Nostalgia Kilauan Emas,” dan “HLive,” yang akan membawa penonton mengimbau kembali momen-momen indah musim lalu serta memberikan maklumat terkini mengenai peserta-peserta musim terbaru ini. Saksikan perjalanan penuh warna “Kilauan Emas 2024” dan nikmati setiap detik yang memikat dari program terhangat tahun ini!

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: ContentAsia 2024: Astro Raih 3 Anugerah Emas, Tunjukkan Kekuatan Industri Tempatan
Next: “Curey Depe Mato” – Lagu Terbaharu Adik Waniey yang Membawa Kelainan dalam Pop Dangdut Moden – 2024

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.