Astro Prima sekali lagi bakal mencetuskan fenomena menerusi slot Tiara dengan pelancaran siri drama terbaharu, “Dendam Seorang Mentua”. Bakal bersiaran bermula 4 Mei 2026, drama ini mempertaruhkan plot balas dendam yang penuh nekad, mencabar norma hubungan kekeluargaan tradisional. Menerusi naskhah ini, penonton akan menyaksikan transformasi Tracie Sinidol sebagai Sofia—wanita yang bangkit daripada pengkhianatan kejam untuk menuntut keadilan. Demi membalas dendam terhadap bekas kekasihnya (Hariz Hamdan) dan sahabat baiknya (Chacha Maembong), Sofia memilih jalan paling berani: menjadi ibu mentua kepada musuh-musuhnya dengan mengahwini Datuk Muzaffar. Pertembungan Bintang Mega Daya tarikan utama naskhah ini terletak pada gandingan karismatik antara Dato’ Aaron Aziz dan Datuk Yusry Abdul Halim yang bakal membawa impak besar dalam setiap babak. Kemunculan semula Intan Ladyana sebagai Yasmin turut menambah renpah dalam penceritaan yang sarat dengan perebutan kuasa ini. Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Melayu Astro, menyifatkan “Dendam Seorang Mentua” sebagai naskhah yang lebih matang dan provokatif. “Kami membawa semula jenama ‘Dendam Seorang…’ dengan suntikan elemen yang lebih kompleks. Kerjasama dengan pasukan kreatif di sebalik ‘Hijrah Jannah’ memastikan naskhah ini bukan sekadar drama biasa, tetapi sebuah pengisian yang mencetuskan perbualan hangat di kalangan penonton,” katanya. Akses Tontonan Jangan ketinggalan menyaksikan “Dendam Seorang Mentua” pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima. Untuk tontonan tanpa had, drama ini juga tersedia secara On Demand melalui Astro GO dan aplikasi Sooka. Nikmati pengalaman penstriman terbaik dengan Pek Astro One serendah RM49.99 semulan. Maklumat lanjut boleh didapati di astro.com.my. Post navigation Lebih Dekat dan Peribadi: Assia Keva Terjemah Simplicity Cinta Dalam “Moonlight” UK–Malaysia Team Selected for British Pavilion at the 20th Venice Architecture Biennale