Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Album Sulung ‘Antonim (Bahagian I)’ Menceritakan 17 Tahun Kejayaan dan Cabaran
  • News

Album Sulung ‘Antonim (Bahagian I)’ Menceritakan 17 Tahun Kejayaan dan Cabaran

Helmi Aziz January 10, 2024 (Last updated: January 11, 2024) 3 minutes read

Dalam perjalanan yang menakjubkan melepasi 17 tahun dalam dunia seni, Hael Husaini, penyanyi-penulis lagu terkenal tanah air, telah menyatukan setiap kegembiraan dan dukacita dalam sebuah naskah istimewa — album studio sulungnya yang dinanti-nantikan, ‘Antonim (Bahagian I).’ Karya ini mengungkap enam bab berbeza, masing-masing hasil nukilan komposer ternama seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, dan Hael sendiri, dan telah berada di pasaran sejak 5 Januari.

#1 iTunes (Malaysia & Brunei) & #2 Apple Music Malaysia

Pada hari pertama album ANTONIM (PART 1) diluncurkan sahaja, album tersebut terus mendapat sambutan yang cukup hebat sehingga menduduki posisi nombor 1 di carta iTunes Malaysia dan juga Brunei berdasarkan jualan digital, manakala di Apple Music Malaysia pula, ia berada di kedudukan nombor 2 berdasarkan jumlah penstriman oleh pendengar.

“Saya sangat teruja kerana tidak pernah merasai pengalaman sebegini, seluruh pasukan kerja dan label juga terkejut dengan sambutan luar biasa dari pendengar.

“Saya sangat berterima kash kepada seluruh pasukan saya yang setia dan sentiasa bertungkus-

lumus dalam menjadikan album ini sebuah kenyataan, terima kasih buat En. Prem, kesemua wakil muzik dari label saya, penulis serta juga penerbit, wakil pegawai seranta saya, pihak pengurusan Virus Unggu Entertainment, rakan-rakan media, keluarga yang menyokong, dan terutamanya peminat semua, Haelers,” ujar Hael.

Antonim Part (1 & Il)

Album yang memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan ini telah melalui beberapa proses, diantaranya pemilihan lagu-lagu yang telah disenarai pendekkan dari lebih kurang 20 buah lagu. Di antara lagu-lagu yang terkandung dalam album ini adalah Diam, Usia, Kejora, Please, Hero dan Sama Seperti Dulu (versi orkestra).

Tambah Hael lagi, “Album ANTONIM (PART I) ini saya jadikan medan untuk berkarya tetapi konsepnya berlawanan dengan apa yang sering saya hidangkan buat pendengar sebelum ini, namun keseluruhan lagu yang terkandung di dalam album masih lagi berkonsepkan pop dengan nuansa balada serta rock.

Manakala untuk album kedua pula, ANTONIM (PART II), saya jangkakan akan ada lebih banyak lagi kejutan buat penggemar muzik saya kerana pelbagai pembaharuan yang diketengahkan.

“Saya berharap agar semua dapat menerima karya-karya saya dalam kedua-dua album ini, semoga pendengar dan penggemar muzik tempatan berlapang dada dalam menerima pembaharuan muzik serta memberi lebih kebebasan kepada anak seni untuk terus berkarya.

“Dan siapa tahu mungkin ada di antara kita yang mampu berjaya seperti Tan Sri Michelle Yeoh,

tetapi mewakili bidang muzik pula.

Untuk makluman, video muzik (MV) lagu Usia yang melakukan penggambaran di Korea Selatan bakal dilancarkan pada 12 Januari 2024 boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube

Hael Husaini Official.

 

Manakala album ANTONIM (PART 1) yang sudah berada di pasaran boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox,

Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: HONOR Malaysia Introduces HONOR Magic V2, the Inward Foldable Phone That Holds the Title of the Thinnest and Lightest in the World.
Next: Bursa Malaysia ditutup rendah menjelang data IHP AS

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.