AJL Penuh Nostalgia: Bintang Ikonik dan Persaingan Sengit Top 6 di Pentas CSOIAM!

Episod kelima Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu ini pastinya akan menjadi satu lagi peristiwa yang tidak boleh dilepaskan! Selepas kegemilangan episod keempat yang penuh dengan drama dan emosi, kini tumpuan beralih kepada tema yang penuh nostalgia – Evolusi AJL. Pada malam ini, peserta-peserta Top 6 akan mempersembahkan lagu-lagu ikonik Anugerah Juara Lagu (AJL), memberikan interpretasi mereka yang tersendiri terhadap karya-karya agung tersebut. Tidak hanya itu, kejutan-kejutan menarik turut menanti penonton setia CSOIAM!

Pentas minggu ini akan dibuka dengan persembahan epik daripada Akim & The Majistret, kumpulan yang tidak asing lagi dengan lagu-lagu hits seperti Mewangi dan Potret. Kali ini, mereka bakal mempersembahkan lagu Saksama dan Obses, menjanjikan pembukaan yang penuh tenaga dan memukau semua penonton.

Juara Terpaling Fizz minggu lalu, Jimi, akan kembali dengan gandingan istimewa bersama Misha Omar, mempersembahkan lagu Terima Aku Seadanya. Dengan vokal mantap Misha yang dikenali dengan lagu-lagu hit seperti Bunga-bunga Cinta, gandingan mereka pasti bakal mencipta persembahan luar biasa yang tidak boleh dilepaskan!

Barisan juri tetap yang terdiri daripada Cakra Khan, Dato’ Yusry, dan Ziana Zain sekali lagi bersedia untuk memberikan komen tajam dan kritikal kepada setiap persembahan. Minggu ini, CSOIAM turut membawa juri jemputan istimewa, iaitu Datuk Francissca Peter, legenda industri muzik tanah air! Penyanyi Sekadar Di Pinggiran ini turut membuat persembahan penutup yang epik dengan lagunya Aku Kehilanganmu.

Tidak lengkap tanpa penampilan istimewa Naim Daniel, yang bakal menghiburkan penonton dengan lagu Sumpah dan Mainan. Kejutan demi kejutan dihadirkan untuk memeriahkan lagi perjalanan Top 6 menuju ke pentas finale!

Top 6 Peserta: Persaingan Semakin Sengit

Kini, hanya enam peserta yang masih bertahan di pentas CSOIAM: Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam, dan Kai Deva. Persaingan semakin sengit, dan setiap persembahan menjadi lebih kritikal. Dengan 40% keputusan di tangan penonton, pastikan anda terus memberi sokongan kepada peserta kegemaran anda! Berikut adalah senarai lagu yang bakal dibawakan oleh peserta minggu ini:

  • MariamMadah Berhelah
  • Kai DevaJoget Angan Tak Sudah
  • ZazleenDari Sinar Mata
  • MarygraceIrama
  • Jimi & Misha OmarTerima Aku Seadanya
  • Eylia GuntabidJampi

Penyokong setia peserta CSOIAM, inilah masanya untuk memberikan impak sepenuhnya kepada peserta kegemaran anda. Terdapat tiga cara mudah untuk mengundi:

  1. Pengguna baharu boleh menikmati 10 undian percuma dengan mendaftar di Tonton!
  2. Pengguna Tonton sedia ada akan menerima tambahan 10 undian percuma setiap minggu secara automatik.
  3. Beli produk Calpis di Shopee dan tebus baucar eksklusif untuk mendapatkan tambahan 50 undian bagi setiap pembelian produk Calpis.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan konsert minggu kelima CSOIAM yang akan disiarkan langsung pada Ahad, jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama dalam mencipta fenomena luar biasa ini!

Dengan persaingan yang semakin sengit dan kejutan-kejutan menanti, episod kelima ini pasti akan mencipta lebih banyak momen yang tidak akan dilupakan. Siapakah yang bakal melangkah ke pentas akhir? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan CSOIAM yang luar biasa ini!