Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • AIRASIA HAUSBOOM FESTIVAL 2025 GEGAR MALAYSIA DENGAN “PAINT THE TOWN RED”
  • Entertainment
  • Festival
  • Music

AIRASIA HAUSBOOM FESTIVAL 2025 GEGAR MALAYSIA DENGAN “PAINT THE TOWN RED”

Helmi Aziz October 14, 2025 (Last updated: October 15, 2025) 3 minutes read
aliorimran-17

Festival hiburan dan gaya hidup paling dinantikan tahun ini, AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 11 dan 12 Oktober 2025 di MAEPS, Serdang. Dengan tema “Paint The Town Red”, acara dua hari ini menggabungkan elemen muzik, fesyen dan makanan dalam satu perayaan mega yang berjaya menggegarkan Malaysia dengan menampilkan 33 artis tempatan dan antarabangsa yang membakar semangat ribuan pengunjung.

Festival ini berlangsung selama dua hari tanpa henti dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, menawarkan pelbagai persembahan luar biasa, aktiviti interaktif, dan pengalaman festival yang penuh warna-warni. Para pengunjung disajikan dengan suasana penuh tenaga dan kreativiti, di mana muzik, budaya dan komuniti bersatu dalam satu ruang yang meraikan gaya hidup moden Malaysia.

Penganjuran ini turut mendapat sokongan padu daripada rakan strategik yang memainkan peranan besar dalam menjayakan acara berskala besar ini. Antara yang terlibat termasuk AirAsia sebagai Official Partner, Hotlink sebagai Official Telco Partner & Powered by, KL Foodie sebagai Official Food Fest Co-Organizer, 7-Eleven sebagai Official Convenience Store, Perodua sebagai Official Car Partner, serta SOVO, SVG, Kahf, Ampera Raya, Dorsett Hotel, KUEH dan Astro Gempak yang turut tampil sebagai rakan rasmi dalam pelbagai kategori.

Menjadi tumpuan utama festival ini ialah barisan artis hebat yang menghiasi pentas utama selama dua hari berturut-turut. Antara nama besar yang menyerikan acara termasuk Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Noh Salleh & Restoe Iboe Band, Bunkface, Samsons, Dolla, K-Clique, Spider, Slam, Def Gab C, 6ixth Sense, Insomniacks, Kunto Aji, Bernadya, Feby Putri, Nadhif Basalamah dan Ghea Indrawari.

Selain itu, festival ini turut memberikan ruang kepada artis dan band alternatif seperti Salammusik, Gerhana Skacinta, Lucidrari, No Good, LOKO, Benzooloo, Johny Comes Lately, Margasatwa, Empty Page, Slatan, FUGO, TT.13, Spooky Wet Dreams, The Rudean dan DJ Fuzz yang tampil dengan persembahan bertenaga dan gaya tersendiri. Setiap persembahan membawa warna unik yang menjadikan suasana festival lebih meriah dan berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

AirAsia Hausboom Festival 2025 bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi simbol kepada penyatuan pelbagai generasi dan budaya dalam suasana yang penuh inspirasi. Dengan kolaborasi bersama Hotlink dan AirAsia, festival ini membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi hab utama festival berskala besar yang menggabungkan muzik, gaya hidup dan inovasi.

Kejayaan penganjuran tahun ini sekaligus memperkukuh jenama Hausboom sebagai ikon budaya pop moden tempatan, yang bukan hanya terkenal dengan minumannya tetapi juga dengan inisiatif berani dalam memperkasakan komuniti seni dan muzik tanah air. Dengan sambutan luar biasa daripada peminat dan pengunjung, AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink sekali lagi mencipta sejarah sebagai antara festival paling meriah tahun ini.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Langkasuka Sentuh Jiwa Dengan Single Terbaharu “Baju yang Baru”
Next: The Fall You Don’t See Coming: Strengthening Emergency and Trauma Preparedness

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
MTR Penang_carousel_v3 -01
  • Arts & Culture
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • News

Satukan Ahli Majlis, Konsert Ella Edisi 60 Permata Biru Bakal Gegar Utara

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.