Majlis Pelantikan Presiden Kirsten Fung dan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Rotary Damansara Uptown (RCDU) bagi Tahun Rotary 2026–2027 bakal melakar kelainan apabila digabungkan dengan acara pengumpulan dana Melody for a Cause pada 19 Disember 2026. Bakal berlangsung di Klang Executive Club (KEC) dengan kehadiran Gabenor Daerah Rotary Antarabangsa Daerah 3300, Rtn. Rajj Melambaran, inisiatif ini memfokuskan kepada pengumpulan dana bagi membantu pemuzik memerlukan, membiayai usaha pemindahan kornea untuk pemulihan penglihatan, serta melaksanakan projek komuniti yang mendesak.
Naib Presiden RCDU, YM Dato’ Seri Puteri Shahanaz Hazlin binti Hamdan menegaskan bahawa kejayaan usaha ini bergantung kepada sokongan kolektif masyarakat dan rakan korporat dalam menukarkan kemurahan hati kepada bantuan nyata. Komitmen tersebut turut dipuji oleh Penolong Gabenor Rotary Daerah 3300, Khoo Boon Han yang menyifatkan acara ini sebagai contoh terbaik bagaimana rangkaian komuniti dan kelab Rotary mampu bekerjasama mencipta impak berkekalan.
Syarikat korporat dan usahawan yang ingin menyertai program tanggungjawab sosial (CSR) ini boleh memilih pakej penajaan korporat bernilai RM5,000, RM10,000, RM15,000 dan RM25,000, selain penajaan reruai pada harga RM500 atau penajaan meja bernilai RM1,800. Pengesahan penyertaan dan tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 10 Disember 2026 dengan menghubungi pihak sekretariat di talian 016-621 4676, 012-333 1098 atau 016-271 6470.










