Dari ‘Echoes of a Dream’ ke Album Sulung: Perjalanan 11 Tahun Insomniacks Kini Membuahkan Hasil

Perjalanan seni kumpulan pop rock popular Insomniacks terus meriah apabila mereka bersedia melancarkan album studio sulung yang dinanti-nantikan KAMI INSOMNIACKS, penghujung Oktober ini. Kejayaan demi kejayaan yang diraih sepanjang tahun lalu, termasuk konsert “Echoes of a Dream” yang habis terjual di Kuala Lumpur dan Singapura serta pengiktirafan sebagai Artis Domestik Paling Tinggi Distrim 2025, membuktikan pengaruh luar biasa kumpulan ini.

Album sulung mengandungi 12 lagu ini bukan sekadar pertaruhan biasa, sebaliknya ia menceritakan kematangan mereka sebagai pemuzik selepas hampir 11 tahun berkarya. Berdasarkan pengalaman hidup, suka duka serta hubungan erat sesama ahli, album ini turut menampilkan sentuhan mengagumkan penulis lagu terkenal seperti Hael Husaini dan Aziz Harun.

Menghangatkan lagi pelancaran album tersebut, jelajah pra-album telah diadakan di Pulau Pinang dan Johor Bahru, di mana peminat berpeluang mendengar lagu baharu lebih awal menerusi platform eksklusif “insomniacks.world.” Sambutan hangat yang diterima di setiap lokasi membuktikan kesetiaan peminat yang sentiasa mengiringi perjalanan seni mereka.

Kemuncak jelajah di ODEON KL pada 31 Oktober 2026 dijangka menghimpunkan 1,500 peminat dalam sebuah malam persembahan berkapasiti tinggi yang menampilkan 14 lagu penuh emosi dan tenaga. Selain menikmati persembahan secara langsung, pengunjung juga berpeluang memiliki cenderahati eksklusif seperti beg “messenger edisi terhad,” “keychain” dan “iron-on patch”

Dikuasai oleh OPPO dengan kerjasama ERA dan Gallant Guard Services, pelancaran ini menandakan lembaran baharu yang lebih gemilang buat Insomniacks. Dapatkan tiket segera di Ubertickets sebelum terlepas peluang keemasan ini!