Fenomena siri premium Astro Original, KUDRAT 1968: High Council, terus membuktikan taringnya sebagai salah satu naskhah tempatan paling berpengaruh tahun ini. Sejak mula menemui penonton pada 11 September lalu, karya terbitan Astro Shaw di bawah arahan mantap Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff ini berjaya mencetuskan gelombang budaya fandom luar biasa. Penceritaan yang padat dengan konflik persahabatan, perebutan kuasa, isu jurang kelas masyarakat, serta pengkhianatan digarap kemas dan dihidupkan dengan cemerlang oleh barisan pelakon muda berbakat. Impak siri ini terbukti menerusi rekod tontonan memberangsangkan apabila berjaya mendominasi carta Top 10 di platform Astro dan Sooka, di samping mengekalkan kedudukan sebagai siri nombor satu di Netflix Malaysia selama dua minggu berturut-turut. Tidak cukup dengan itu, kehangatan perbualan dan teori peminat di media sosial melonjakkan jumlah tontonan klip video mencecah lebih 90 juta tontonan dalam tempoh 14 hari pertama, walaupun baru dua episod ditayangkan kepada umum. Bagi meraikan sokongan padu peminat dan membawa naratif naskhah tersebut ke dunia nyata, Astro menganjurkan acara eksklusif satu hari, House of KUDRAT, bertempat di Astro Experience Store, IOI City Mall, Putrajaya. Acara imersif ini membolehkan peminat merasai sendiri atmosfera dunia siri tersebut, di samping berinteraksi secara dekat menerusi Astro Rewards bersama barisan pelakon utama seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes, Muzayyin Mahyuddin, Umar Shakur, dan Jebat Zulfar. Memperluas pengaruhnya ke arena gaya hidup, jenama fesyen tempatan terkenal, Christy Ng, tampil menjalin kolaborasi strategik menerusi pelancaran koleksi eksklusif edisi terhad Christy Ng X KUDRAT 1968. Koleksi yang diilhamkan daripada identiti siri ini merangkumi rekaan beg dan stokin khas yang kini boleh didapati di cawangan terpilih serta laman web rasmi jenama berkenaan. Peminat boleh terus mengikuti kesinambungan konflik KUDRAT 1968: High Council bagi episod 3 pada 9 Oktober dan episod 4 pada 16 Oktober ini di Astro Ria (Saluran 104) serta Astro Citra (Saluran 108) pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam. Episod baharu turut boleh diakses lebih awal bermula jam 12.00 tengah malam menerusi platform Sooka atau perkhidmatan penstriman Astro X3 bermula RM39.99 tanpa kontrak mahupun dekoder. Selain itu, kehangatan jenama ini bakal memuncak di layar perak apabila filem KUDRAT 1968 dijadualkan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Post navigation Angkat Jiwa Malaysia, Filem Terbang Janjikan Debaran Adrenalin dan Sentuhan Emosi Gabungan Padu Tiga Bintang: Malique, Zizi Kirana & Yasin Sulaiman Tampil Dalam Yang Tinggal