Musisi kontemporari, Aku Jeje, kembali mencuri perhatian peminat muzik dengan pelancaran single terbaharunya berjudul “Maria”. Menampilkan gabungan unik irama Samba dan Jazz, karya terbaharu ini memperlihatkan sisi muzikal baharu Jeje selepas kejayaannya menerusi siri #MendewasakanLagu yang tular di pelbagai platform digital. Melalui “Maria”, Aku Jeje mengetengahkan kisah cinta yang indah namun tidak ditakdirkan untuk bertahan lama, menyentuh tentang hubungan yang dipenuhi rasa sayang tetapi terhalang oleh perbezaan, lalu meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan. Diperkaya dengan vokal lembut berinspirasikan Bossa Nova serta alunan Samba yang hangat, “Maria” membawa pendengar menyelami suasana romantis, elegan dan sarat emosi. Aku Jeje menyifatkan identiti bunyi yang diketengahkan dalam lagu ini sebagai konsep “tropical-noir”, satu pendekatan artistik yang menjadi warna baharu dalam perjalanan seninya. Menurut Jeje, lagu tersebut merupakan simbolik kepada cinta yang mungkin tidak kekal selamanya, namun tetap bermakna dan indah untuk dirasai. Sentimen itu turut diperkukuhkan menerusi lirik puitis, “Katakanlah saja cinta, akan terlukis indah walau sementara.” Seiring pelancaran single tersebut, Aku Jeje turut dijadualkan mempersembahkan “Maria” secara langsung buat pertama kali di Java Jazz Festival 2026 yang berlangsung dari 29 hingga 31 Mei di Jakarta. Penampilan istimewa itu menjadi sebahagian daripada perjalanan muzik aktifnya sepanjang tahun ini, termasuk persiapan menuju album baharu berjudul “14” yang dijangka menemui peminat pada Ogos 2026. Dengan sentuhan muzik yang lebih matang dan eksploratif, “Maria” dilihat membuka lembaran baharu buat Aku Jeje dalam memperkukuh identitinya sebagai antara nama segar dalam landskap muzik kontemporari serantau. Track Title : MariaPerformed By : Aku JejeLyricist/Penulis Lirik : Mohammad Zaydan H.M.SWritten and Composed : Mohammad Zaydan H.M S, Heinriko Christiansen, KusbyProduced by : Heinriko ChristiansenBass by : Henokh KevinMixed & Mastered by : Irene Edmar Post navigation Passion Vibe Lebar Sayap Ke Persada Global, Kaleb J Beri Nafas Baharu Buat Lagu Artis Rusia Katya Lel, ‘Сладкий Мой’ (Slatki Moi) “Penahan Luka Terkuat”, Dedikasi Ruang Senja Buat Para Ibu Di Seluruh Dunia