Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Filem
  • “TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI
  • Filem
  • Hiburan
  • Seni & Budaya

“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI

Farihin Azlan April 20, 2026 (Last updated: April 20, 2026) 3 minutes read
“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI

Filem aksi paling dinanti tahun ini, TARUNG: Unforgiven, akhirnya melangkah ke fasa seterusnya dengan pelancaran treler rasmi yang memperlihatkan skala lebih besar, intensiti lebih tinggi serta emosi yang lebih mendalam. Selepas mencetuskan perbualan hangat menerusi “first look” sebelum ini, treler terbaru ini memberi gambaran lebih jelas tentang dunia MARGA, sebuah organisasi elit yang menjadi latar utama kepada konflik dalam filem berkenaan. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Berdurasi 1 minit 45 saat, treler rasmi ini membuka tirai dengan perebutan kuasa dalam organisasi MARGA yang menampilkan deretan pelakon popular tanah air. Ketegangan semakin memuncak apabila fokus diberikan kepada pertarungan antara watak Hatta lakonan Mierul Aiman dan Isa lakonan Aedy Ashraf. Adegan aksi yang dipamerkan memperlihatkan koreografi pertarungan yang lebih realistik, disokong visual sinematik yang memukau serta emosi watak yang kompleks dan penuh konflik dalaman.

Disutradarai oleh Razaisyam Rashid yang turut bertindak sebagai penulis skrip dan penerbit eksekutif, TARUNG: Unforgiven menjanjikan pengalaman sinematik yang bukan sekadar aksi fizikal, tetapi juga sarat dengan mesej penebusan, pengorbanan dan harga sebuah kesilapan. Filem ini mengangkat kisah seorang bekas juara silat yang dihantui masa silam dan terpaksa kembali ke dunia pertarungan haram demi menyelamatkan insan tersayang, tanpa menyedari musuh sebenar datang dari masa lalunya sendiri.

Treler ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain termasuk Zul Ariffin, Bront Palarae, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, serta ramai lagi nama besar industri tempatan yang turut menguatkan lagi dunia MARGA yang kompleks dan penuh intrik.

Menurut Razaisyam Rashid, treler ini hanya memberi sedikit gambaran awal kepada dunia yang dibina dalam filem tersebut. Beliau menjelaskan bahawa banyak elemen sengaja tidak didedahkan bagi memastikan penonton mendapat pengalaman sinematik yang lebih mendalam di pawagam. Sementara itu, Aedy Ashraf turut berkongsi keterujaannya apabila menyatakan penglibatan dari awal proses produksi hingga pemasaran memberi pengalaman baharu yang sangat bermakna buat dirinya.

Pelancaran treler rasmi ini turut diadakan bersempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya TARUNG: Unforgiven di Banglo 289, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh barisan pelakon, penerbit, pengarah, media serta rakan industri. Dalam masa yang sama, beberapa inisiatif promosi turut diumumkan termasuk tayangan awal pada 6 Mei serta jelajah promosi ke seluruh Malaysia bermula 8 Mei yang akan memberi peluang kepada peminat bertemu secara langsung dengan barisan pelakon.

Dari sudut kolaborasi, filem ini turut bekerjasama dengan beberapa rakan strategik termasuk Wetix untuk penjualan tiket dan merchandise eksklusif, Kunafa Aiwahhh yang memperkenalkan edisi khas “Kunafa Tarung”, serta Nuhae sebagai rakan kesejahteraan rasmi yang menyokong kempen promosi filem ini. Selain itu, filem ini turut menampilkan dua lagu tema utama iaitu “Test” oleh Distorted serta “Terbang” nyanyian Noh Salleh yang mengangkat tema emosi, persaudaraan dan kemaafan.

Dengan gabungan aksi intensif, naratif emosional dan produksi bertaraf tinggi, TARUNG: Unforgiven dijangka menjadi antara filem aksi tempatan paling berimpak besar tahun ini. Kehadirannya di pawagam bukan sekadar tontonan, tetapi satu pengalaman sinematik penuh emosi yang membawa penonton menyelami dunia gelap, konflik dalaman dan pertarungan jiwa yang tidak berkesudahan.

About the Author

Farihin Azlan

Editor

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: “Aishah 40 Chapters of Love” Konsert Dijadualkan Julai Ini
Next: Astro Tampil Dengan “Dendam Seorang Mentua”—Sebuah Perjalanan Balas Dendam Tanpa Sempadan

Related Stories

SimpulLogo-Oke-Black
  • Hiburan
  • Muzik

“Simpul” Jadi Bukti Cinta Tanpa Jarak, Fadhilah Intan & Daniesh Suffian Tampil Berbeza

Luqman Hakim May 4, 2026
Ifa Raziah Kembali Dengan “Gedik Raya”, Tamat Penantian 5 Tahun Tanpa Single Baharu
  • Hiburan
  • Muzik Raya
  • Selebriti

Ifa Raziah Kembali Dengan “Gedik Raya”, Tamat Penantian 5 Tahun Tanpa Single Baharu

Farihin Azlan April 24, 2026
MR2F7214
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Hiburan
  • lagu
  • Lifestyle
  • Music
  • News

“Ungu 3 Dasawarsa”: Dokumentasi 30 Tahun Perjalanan Seni Ungu di Pentas Kuala Lumpur

Farihin Azlan April 24, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.