Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • “Banduan” Hidupkan Semula Legenda Aksi ‘Kaithi’ dengan Sentuhan Tempatan dan Gandingan Hero Hebat Malaysia
  • Entertainment
  • Movie

“Banduan” Hidupkan Semula Legenda Aksi ‘Kaithi’ dengan Sentuhan Tempatan dan Gandingan Hero Hebat Malaysia

Helmi Aziz November 5, 2025 (Last updated: November 5, 2025) 3 minutes read
Banduan Official Poster 1080X1350

Filem aksi yang paling dinanti tahun ini, Banduan, adaptasi daripada filem pecah panggung India berjudul Kaithi, bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 6 November ini. Malam Gala Banduan yang berlangsung di TGV Suria KLCC menyaksikan kehadiran barisan pelakon hebat tanah air termasuk Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Rosyam Nor, Dato’ Afdlin Shauki, Fadli Masoot, Adlin Aman Ramlie, Hushairi Husain, Amir Nafis, Esma Daniel, Abi Madyan, Hawra, Dayang Areeda, Joshua Michael, Zairi Abdul Aziz dan Meynillan. Malam istimewa tersebut turut diserikan dengan kehadiran bintang utama versi asal Kaithi, Karthi Sivakumar, yang diterbangkan khas ke Kuala Lumpur bagi meraikan tayangan perdana adaptasi Malaysia ini.

Banduan mengajak penonton menyelami perjalanan penuh debar dan adrenalin menerusi kisah Dali, seorang bekas banduan yang baru dibebaskan selepas 10 tahun dengan satu harapan untuk bertemu semula anak perempuannya buat pertama kali. Namun, niat murninya bertukar menjadi perjuangan berbahaya apabila dia terperangkap dalam misi menyelamat bersama Inspektor Johari, yang cuba menumpaskan kumpulan samseng setelah sekumpulan anggota polis diracun dan dijadikan tebusan.

Versi asal Kaithi, yang ditayangkan di India pada tahun 2019 dalam bahasa Tamil, mencatat kutipan hampir ₹105 crore (RM58 juta), sekaligus menjadikannya antara filem Tamil paling berjaya pada tahun tersebut dan merupakan filem pertama lakonan Karthi yang menembusi angka ₹100 crore. Melalui Banduan, adaptasi ini dibawakan dengan nafas baharu yang lebih dekat di hati penonton Malaysia, menampilkan elemen budaya tempatan seperti juadah ikonik Nasi Dagang, latar lokasi, serta bahasa dan nilai masyarakat setempat yang menjadikannya unik dan segar.

Filem ini turut menandakan kemunculan semula Raja Aksi Malaysia, Dato’ Aaron Aziz, yang kembali menyerlah dengan karisma dan tenaga luar biasa dalam setiap babak pertarungan. Arahan Kroll Azry berjaya menggabungkan kekuatan jalan cerita dan aksi intens, manakala penerbitan oleh Number Twenty One Media dengan kerjasama Dream Warrior Pictures memperkukuh lagi kualiti produksi ini. Astro Shaw turut bertindak sebagai rakan pemasaran dan pengedaran bagi memastikan filem ini mencapai penonton yang lebih luas.

Menariknya, Banduan akan ditayangkan secara serentak di Kanada, Amerika Syarikat, Brunei dan Singapura bermula 6 November ini. Menurut Penerbit Eksekutif Banduan, Kalyana Devan, pemilihan Kaithi sebagai inspirasi utama adalah kerana kekuatan jalan ceritanya yang bersifat universal serta menyentuh emosi kemanusiaan. Beliau menjelaskan bahawa Banduan mengekalkan semangat asal Kaithi namun disesuaikan dengan konteks tempatan dari segi budaya, bahasa dan persekitaran.

Menurutnya lagi, Banduan bukan sekadar sebuah filem aksi semata-mata, tetapi juga sebuah kisah tentang kasih sayang, pengorbanan, dan penebusan yang mampu menyentuh hati penonton. Harapan mereka agar karya ini bukan sahaja diterima baik oleh penonton tempatan, tetapi turut menjadi jambatan kerjasama antara industri filem India dan Malaysia, sekali gus memperkukuh kedudukan filem tempatan di rantau Asia.

Menariknya, pada 23 Oktober lalu, Banduan telah diadakan tayangan eksklusif di Kompleks Penjara Kajang yang disaksikan oleh 80 orang penghuni penjara. Tayangan ini diadakan sebagai inisiatif sosial untuk memberi inspirasi kepada penghuni penjara melalui sesi perkongsian bertajuk “Peluang Kedua, Masih Ada Sinar” bersama pelakon utama.

Saksikan filem aksi penuh emosi dan mendebarkan, Banduan, di pawagam seluruh negara bermula 6 November 2025. Gunakan #Banduan untuk berkongsi pengalaman anda di media sosial dan ikuti perkembangan terkini serta klip eksklusif Banduan di semua akaun rasmi Astro Shaw.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ernie Zakri Lancar Single Terbaharu “Dansa” Pop Funky Penuh Energi dan Mesej Positif Untuk Lepaskan Tekanan
Next: AFGAN KEMBALI HANGATKAN PENTAS MALAYSIA DENGAN SHOWCASE ‘RETROSPEKTIF’

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.