Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Lagu Ciptaan Sejurus Kelahirannya, Kini Dinyanyikan Semula oleh Anak Istimewa Fendy, Lea Zafira
  • Entertainment
  • Music

Lagu Ciptaan Sejurus Kelahirannya, Kini Dinyanyikan Semula oleh Anak Istimewa Fendy, Lea Zafira

Helmi Aziz November 5, 2025 (Last updated: November 5, 2025) 3 minutes read
Broken End Music Album Cover Art - 1

Dalam sebuah projek yang penuh makna dan menyentuh hati, seorang kanak-kanak istimewa berusia 10 tahun, Nur Azalea Zafirah Binti Fendy atau lebih dikenali sebagai Lea Zafira, tampil mempersembahkan semula lagu “Azalea”, hasil ciptaan dan nyanyian asal bapanya, Fendy dari kumpulan Caliph Buskers. Lea yang menghidap autisme dan buta sejak lahir berjaya memberikan nafas baharu kepada lagu tersebut dengan caranya yang tulus dan penuh emosi. Projek ini menjadi lambang kasih sayang antara ayah dan anak serta bukti bahawa muzik mampu menyatukan hati walaupun dalam keterbatasan.

Lagu “Azalea” dicipta oleh Fendy hanya beberapa jam selepas kelahiran anak perempuannya itu, menjadikannya sebuah karya yang amat peribadi dan sarat dengan kasih sayang seorang ayah. Menurut Fendy, lagu tersebut telah menjadi sebahagian daripada kehidupan Lea sejak kecil. “Fira dah dengar lagu ni sejak dia bayi lagi, sebab lagu ni saya cipta sejurus selepas dia dilahirkan. Jadi bila dia mula menyanyi, dia memang dah terbiasa dengan melodi dan lirik lagu ni. Dia tahu lagu ni memang untuk dia,” jelas Fendy penuh emosi.

Lea Zafira mula menunjukkan minat terhadap nyanyian seawal usia empat tahun. Walaupun berdepan cabaran penglihatan dan autisme, beliau memiliki daya ingatan muzik yang mengagumkan serta kemampuan luar biasa untuk menyampaikan perasaan melalui suara. Setiap bait nyanyiannya menggambarkan keikhlasan dan semangat yang tidak mudah luntur, menjadikan persembahan lagu “Azalea” lebih menyentuh jiwa.

Fendy turut meluahkan rasa syukur apabila pihak New Southern Records Sdn Bhd bersetuju untuk bekerjasama dalam menjayakan projek ini. “Saya berbesar hati apabila syarikat rakaman New Southern Records Sdn Bhd sudi untuk bekerjasama dalam projek kecil ini sebagai simbolik menyokong ketabahan dan potensi luar biasa yang dimiliki oleh anak-anak istimewa seperti Fira,” ujarnya.

Selepas pelancaran lagu ini, Fendy turut merancang untuk meneruskan usaha memupuk bakat nyanyian anaknya. Beliau sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan sebuah single baharu khas buat Lea Zafira serta mencari kelas vokal yang sesuai bagi mengasah lagi kemampuan vokalnya. “Insya-Allah, ini bukan yang terakhir. Saya juga dalam perbincangan untuk carikan kelas vokal yang sesuai dengan keperluannya. Saya mahu dia teruskan bakat ini dengan sokongan yang betul,” tambah Fendy dengan penuh harapan.

Dalam perkembangan lain, Fendy memaklumkan bahawa Lea akan berpindah ke Sarawak bersama ibunya pada tahun hadapan. Walaupun begitu, beliau menegaskan bahawa perpindahan tersebut tidak akan mematahkan semangat atau menghentikan perjalanan seni anaknya. “Walaupun mereka akan berpindah ke Sarawak, jika ada sebarang jemputan atau acara di Kuala Lumpur, ibunya akan bawa Fira turun dan saya akan uruskan semuanya di sini,” jelasnya.

Lagu “Azalea” versi nyanyian Lea Zafira telah dilancarkan secara rasmi pada 3 Oktober 2025 dan kini boleh didengarkan di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Versi nyanyian semula ini bukan sahaja menampilkan suara Lea yang merdu, tetapi juga membawa mesej kekuatan, kasih dan ketabahan yang menyentuh hati.

Muzik video rasmi lagu “Azalea” turut diterbitkan dan boleh ditonton di saluran YouTube NSR Malay. Video tersebut memaparkan Lea Zafira dalam suasana sederhana namun penuh emosi, sekaligus menggambarkan keindahan kasih ayah dan anak yang diabadikan dalam melodi yang abadi.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: GGR Motor Lancar Pantera R1 & R2: Motosikal Elektrik Jarak Jauh Buatan Tempatan Pertama Malaysia
Next: Ernie Zakri Lancar Single Terbaharu “Dansa” Pop Funky Penuh Energi dan Mesej Positif Untuk Lepaskan Tekanan

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.