Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • “Geng Bijak Berbajet” Kembali! Empat Generasi Bersatu di Kopitiam Penuh Gelak Tawa
  • Digital
  • Entertainment
  • News

“Geng Bijak Berbajet” Kembali! Empat Generasi Bersatu di Kopitiam Penuh Gelak Tawa

Helmi Aziz October 6, 2025 (Last updated: October 6, 2025) 3 minutes read
Geng Bijak Berbajet_Official Poster

Empat generasi, satu kopitiam, pelbagai cara bijak berbajet! TV3 Drama Sangat dengan kolaborasi Hotlink hari ini melancarkan Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet di Balai Berita, Bangsar; sebuah siri drama TikTok yang sarat dengan gelagat komuniti serta tip pintar untuk berbelanja dengan bijak.

Menampilkan pelakon hebat seperti Riena Diana, Zamarul Hisham, Angeline Tan dan Lorenzo Irmann, siri ini diarahkan oleh Safuan Rashid serta diterbitkan oleh Astra Entertainment. Dengan lapan episod berdurasi tiga hingga lima minit setiap satu, Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet mengetengahkan elemen persahabatan dan nilai komuniti yang hangat di suasana kopitiam. Ia akan disiarkan secara eksklusif di TikTok @hotlink.official dan @dramasangat serta di Instagram @hotlinkred dan @dramasangat bermula 1 Oktober 2025, jam 12 tengah hari setiap Rabu dan Khamis.

Berlatarbelakangkan Kopitiam Mei Mang Best, siri ini mengisahkan empat sahabat daripada generasi berbeza yang bertemu secara tidak sengaja dan akhirnya membentuk Geng Bijak Berbajet. Dalam era kos sara hidup yang meningkat, masing-masing tampil dengan cara tersendiri untuk berjimat. Aunty Mei (Angeline Tan) ialah pemilik kopitiam yang masih setia dengan buku kira-kira 555, Uncle Din (Zamarul Hisham) ialah bekas guru yang sarat pengalaman, Nisa (Riena Diana) seorang freelancer yang ketagih kopi ais, manakala Mika (Lorenzo Irmann) mewakili generasi muda yang celik digital.

Setiap episod menonjolkan kisah kehidupan seharian yang diwarnai dengan tip penjimatan, sokongan Hotlink hacks dan semangat setiakawan yang semakin kukuh. Namun, apabila muncul sebuah kafe hipster baharu yang mengancam populariti Kopitiam Mei Mang Best, mereka perlu bersatu mempertahankannya sebagai tempat lepak kegemaran komuniti.

Menurut Puan Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan TV3, Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet bukan sekadar hiburan ringan, tetapi juga satu cara untuk menunjukkan bagaimana perbezaan generasi dapat disatukan melalui semangat komuniti dan cabaran kewangan harian. Beliau berkata bahawa kolaborasi bersama Hotlink memberi peluang untuk mengangkat kisah yang dekat dengan kehidupan sebenar sambil meraikan kreativiti kandungan digital tempatan.

Puan Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNiA, turut menambah bahawa siri ini dihasilkan untuk menyampaikan mesej kewangan secara semula jadi. Menurutnya, kerjasama jangka panjang dengan Hotlink ini menjadi platform untuk memupuk budaya berhemat dengan cara yang menyeronokkan dan mudah difahami.

Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis, Loh Keh Jiat pula menegaskan bahawa idea di sebalik Geng Bijak Berbajet selaras dengan nilai jenama Hotlink yang menawarkan pilihan terbaik pada harga terendah. Beliau berharap siri ini dapat menggalakkan rakyat Malaysia berasa bangga menjadi pengguna bijak berbajet sambil melihat Hotlink sebagai rakan yang memahami keperluan harian mereka.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan gimik pembukaan oleh barisan pelakon utama dan tayangan eksklusif episod pertama. Keserasian pelakon-pelakon utama jelas terserlah, memperkukuh mesej santai namun bermakna yang menjadi tunjang utama siri ini.

Saksikan Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet dan sertai perbualan di media sosial menggunakan hashtag rasmi #HotlinkGengBijakBerbajet dan #GengBijakBerbajet. Hotlink Prepaid & Postpaid menawarkan pelan internet dengan nilai terbesar. Tukar ke Hotlink, pilihan utama Geng Bijak Berbajet. Untuk maklumat lanjut tentang drama kegemaran anda, ikuti laman sosial rasmi TV3 di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram @dramasangat.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Get Ready to See and Hear the Future with the Upcoming vivo V60 Lite 5G
Next: Kolaborasi Gemilang: Miss M World & M Universe 2025 × LnR Empire

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.