Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Bakat Baharu Bersinar: Rocketfuel Entertainment Satukan Finalis “Raise The Star Malaysia” Dalam EP Eksklusif
  • Entertainment
  • Music
  • News

Bakat Baharu Bersinar: Rocketfuel Entertainment Satukan Finalis “Raise The Star Malaysia” Dalam EP Eksklusif

Helmi Aziz October 6, 2025 3 minutes read
RAISE THE STAR CA V3

Meskipun program realiti “Raise The Star Malaysia” telah melabuhkan tirainya dengan penuh gaya, namun lebih istimewa kali ini apabila kesemua finalis tampil dengan single masing-masing yang digubah oleh lima komposer ternama tanah air. Semua lagu tersebut dihimpunkan dalam sebuah EP khas terbitan Rocketfuel Entertainment, sekaligus membuka lembaran baharu buat perjalanan seni para peserta serta memperlihatkan kesinambungan usaha dalam melahirkan bintang generasi baharu dalam industri muzik Malaysia.

Berbeza dengan pertandingan realiti lain, program ini memperkenalkan format unik apabila setiap peserta akhir dibimbing oleh seorang komposer terkenal yang bukan sahaja menjadi mentor, malah turut menggubah lagu khas untuk mereka persembahkan di pentas akhir. Antara nama besar yang terlibat ialah Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatanna – lima figura penting yang menjadi tunjang kepada pelbagai karya hit tanah air. Kerjasama eksklusif ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mendapat sentuhan peribadi daripada komposer terkenal, malah turut melahirkan karya-karya baharu yang segar dan relevan dengan trend semasa.

Didie Shazry muncul sebagai juara “Raise The Star Malaysia” menerusi lagu balada syahdu berjudul “Peganglah Hati” ciptaan Aina Abdul. Dengan susunan muzik istimewa yang menyelitkan elemen nusantara pada bahagian korus, lagu ini menyerlahkan kekuatan vokal Didie serta emosi yang tulus. “Saya amat bersyukur kerana diberi peluang menyanyikan lagu hasil ciptaan Aina Abdul yang begitu indah dan penuh jiwa. ‘Peganglah Hati’ benar-benar dekat dengan diri saya dan saya harap ia juga dapat menyentuh perasaan semua pendengar,” ujar Didie.

Naib juara, Zuana pula tampil dengan balada dreamy berjudul “Hantaran Cinta” hasil ciptaan Ajai yang menonjolkan kelembutan vokalnya serta gaya penyampaian emosional yang penuh perasaan. “Sejujurnya, peluang menyanyikan lagu ciptaan Ajai adalah satu penghormatan besar buat saya. ‘Hantaran Cinta’ begitu peribadi dan saya berharap ia menjadi lagu yang mampu mengiringi momen istimewa para pendengar,” kata Zuana.

Tempat ketiga disandang oleh Rayme dengan lagu pop berjudul “Gergasi” ciptaan Audi Mok, yang menggabungkan elemen rock dan rap bagi memberikan warna baharu kepada perjalanan seninya. “Saya ingin buktikan bahawa muzik pop boleh hadir dengan identiti yang berbeza. ‘Gergasi’ adalah karya yang memberi saya ruang untuk menunjukkan sisi versatil dalam nyanyian saya,” kata Rayme.

Selain tiga lagu utama tersebut, EP ini turut memuatkan dua lagi karya istimewa iaitu “Lara Bertahan” nyanyian Hariz Fayahet hasil ciptaan Ikhwan Fatanna, sebuah balada penuh emosi yang menyentuh jiwa, serta “Cinta Dusta” nyanyian Keka ciptaan Shila Amzah, sebuah balada rock moden dengan sentuhan kontemporari. Kelima-lima lagu ini mewakili pelbagai genre, nuansa dan identiti yang memperkayakan warna muzik tempatan.

Dengan terbitnya EP khas ini, Rocketfuel Entertainment yakin karya-karya tersebut akan memperluaskan katalog muzik Malaysia sambil memperkenalkan bakat baharu ke persada arus perdana. Secara tidak langsung, langkah ini menambah variasi pilihan buat pendengar dan terus mengukuhkan ekosistem muzik tanah air.

Kesemua lagu yang dipersembahkan di pentas akhir kini boleh didengarkan dalam versi konsert di saluran YouTube @RocketfuelNetwork. Versi studio pula akan dilancarkan di semua platform digital utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music secara berperingkat setiap minggu bermula 25 September 2025 dengan “Peganglah Hati” oleh Didie Shazry, diikuti empat lagu lain sehingga melengkapkan keseluruhan EP dalam tempoh lima minggu.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: HONOR Hargai Wira Merah: Diskaun Eksklusif untuk Bomba Malaysia
Next: UPSI Angkat Martabat Pendidikan Global Menerusi Global Educator Award

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.