Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Penerangan Tentang Anugerah ‘Lagu Paling Tinggi Distrim’ AIM24 Bersama Pendaftaran ISRC
  • Artist
  • Awards
  • Entertainment
  • Music
  • music

Penerangan Tentang Anugerah ‘Lagu Paling Tinggi Distrim’ AIM24 Bersama Pendaftaran ISRC

Helmi Aziz September 19, 2025 (Last updated: September 19, 2025) 2 minutes read
RosminHashimPhoto

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) ingin menjelaskan mengenai kategori anugerah Lagu Paling Tinggi Distrim AIM24. Pemenang bagi kategori ini ditentukan sepenuhnya berdasarkan data penstriman yang dibekalkan kepada RIM oleh penyedia data pihak ketiga melalui proses automatik.

Lagu “Old Love” nyanyian Yuji dan Putri Dahlia tidak tersenarai dalam Carta Domestik RIM iaitu carta mingguan rasmi yang menyenaraikan lagu tempatan paling tinggi distrim di Malaysia. Situasi ini berlaku disebabkan isu teknikal berkaitan pendaftaran ISRC lagu tersebut.

ISRC atau International Standard Recording Code ialah pengenal pasti unik dan kekal untuk setiap rakaman bunyi serta rakaman video muzik yang diterbitkan. Ia berfungsi sebagai cap jari digital bagi membolehkan penjejakan jualan, penstriman dan royalti dilaksanakan dengan tepat merentasi pelbagai perkhidmatan dan platform di seluruh dunia. Untuk sesuatu lagu dikenal pasti sebagai keluaran tempatan Malaysia dalam Carta Domestik RIM, ISRC mestilah bermula dengan awalan negara MY. Tag ini membolehkan sistem automatik mengklasifikasikan dan mengambil kira rakaman berkenaan sebagai sebahagian daripada hasil rakaman tempatan Malaysia.

Dalam kes lagu “Old Love”, rakaman tersebut telah didaftarkan dengan tiga ISRC berbeza yang bermula dengan awalan luar negara seperti SE, TL dan QZ dan bukannya MY. Akibatnya, lagu berkenaan tidak dapat dikenal pasti secara automatik sebagai lagu tempatan Malaysia dan tidak dimasukkan dalam Carta Domestik RIM. Isu teknikal ini menjelaskan mengapa lagu “Old Love” walaupun mencatatkan jumlah strim yang tinggi tidak diambil kira dalam kategori AIM24 Lagu Paling Tinggi Distrim yang berpandukan sepenuhnya kepada Carta Domestik RIM.

RIM mengambil maklum terhadap perkara ini dan ingin menegaskan kepentingan pendaftaran ISRC melalui RIM bagi semua rakaman muzik yang diterbitkan di Malaysia. Langkah ini penting untuk memastikan artis dan penerbit tempatan menerima pengiktirafan sewajarnya sama ada dalam carta rasmi industri muzik mahupun dalam pertimbangan anugerah muzik.

RIM juga menggalakkan semua pihak dalam industri muzik termasuk label, pengedar dan artis bebas untuk bekerjasama dengan RIM bagi memastikan pendaftaran kod ISRC dengan awalan negara MY bagi semua rakaman tempatan. Usaha ini akan mengelakkan isu yang sama berulang pada masa hadapan serta menjamin penonjolan muzik dan artis Malaysia di peringkat tempatan serta antarabangsa.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga
Next: Nabila Razali Antara Tarikan Utama BMC Family 360° Acara Keluarga Mampan Terbesar di Kajang

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
5 SEBAB KENA TENGOK PEWARIS SUSUK copy 2 (1)
  • Artist
  • Filem Seram
  • Telefilem

5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Luqman Hakim May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.