Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Solekan bergantung kepada jenis kulit
  • Ekspo

Solekan bergantung kepada jenis kulit

Helmi Aziz April 18, 2019 3 minutes read
270247.png

TATARIASSOLEKAN dengan kaum Hawa memang tidak dapat dipisahkan. Bagi segelintir wanita, mereka rasa kurang berkeyakinan tanpa menyolek lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis keraian. Namun begitu, anda harus ingat, setiap solekan perlu ditatarias mengikut jenis kulit.

Bukan main pilih sahaja sebarangan produk. Jika pemilihan yang dilakukan tepat, setidak-tidaknya ia berupaya menutup kelemahan pada kulit wajah sekali gus menjadikan solekan lebih cantik dan tahan lama.

Bersama Inspirasi Femina, jurusolek profesional, Nur Syahidatul Najwa Shukor atau nama komersilnya, Mekdinda berkongsi ilmu solekannya.

Mekdinda berkata, wanita yang mempunyai kulit wajah yang normal dan bebas daripada sebarang cela memang beruntung.

“Buat pemilik kulit normal, mereka tidak perlu solekan berlebihan. Semua jenis solekan bersesuaian dengan mereka kecuali produk solekan khas untuk yang berkulit sensitif,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Berikut tip solekan untuk tiga jenis kulit yang biasa dimiliki oleh wanita di Malaysia yang disyorkan oleh Mekdinda:

1) Wanita berkulit normal

Kepada gadis dan wanita yang baru menjinakkan diri untuk menata rias wajah, Mekdinda berkata, sebelum bersolek, setiap wanita perlu mengaplikasikan pelembab dan sunblock bagi memberi kelembapan dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.

“Kemudian, disusuli sapuan bedak asas (foundation) bersama lust powder atau compact powder secara nipis, tak perlu tebal-tebal. Jika tak nak sapu bedak, pemilik kulit normal boleh pakai CC Cream atau BB Cream.

“Concealer tak perlu sapu kerana tiada masalah kulit. Untuk mereka yang berkulit normal, tiada ‘undang-undang dalam solekan mereka,” ujarnya.

Solekan yang tepat akan menyerlahkan kecantikan anda

Solekan yang tepat akan menyerlahkan kecantikan anda

2) Wanita kulit berminyak

Wanita kulit berminyak pula perlu berhati-hati dalam menata rias solekan. Jika tersalah langkah, ia akan menampakkan wajah seseorang lebih berminyak dan kurang selesa.

Mekdinda berkata, terdapat dua jenis muka berminyak iaitu berminyak pada semua bahagian muka dan pada T zon.

“Mereka diwajibkan mengenakan set penjagaan muka dan juga primer sebelum mengenakan sebarang solekan.

“Lepas primer baru pakai foundation. Bagaimanapun, foundation yang dipilih perlulah jenis yang ada silica atau yang tidak sumbatkan pori (perkataan silica tertera pada produk),” katanya.

Pesan beliau, foundation jenis silica sangat bagus untuk mengawal minyak dan jangan sesekali memilih foundation dari jenis glowing dan liquid.

“Pilihlah daripada jenis yang berkrim seperti jenama Safi atau Okaya. Kemudian alaskan dengan lust powder.

“Lust powder wajib dipakai bagi mereka yang kulit berminyak kerana ia mampu mengawal minyak pada wajah dan disusuli dengan setting spray,” katanya.

Pilih alat solek yang bersesuaian

Pilih alat solek yang bersesuaian

3) Wanita berkulit kering

Berbeza dengan mereka yang memiliki kulit kering kerana golongan ini memerlukan olesan pelembap dua kali ganda berbanding mereka yang berkulit normal dan berminyak.

Menurutnya, sebelum solekan, perkara asas seperti pelembab dan sunblock perlu dioles terlebih dahulu namun kuantiti pelembap perlu digandakan.

“Pemakaian pelembab lebih banyak bagi memastikan kulit wajah tidak kering sepanjang mengenakan solekan dalam tempoh yang panjang.

“Foundation yang sesuai pula adalah jenis liquid dan glowing. Elakkan foundation jenis berkrim dan pakailah compact powder,” katanya.

Mekdinda berkata, wajah yang kering biasanya dikaitkan dengan kekurangan air dalam lapisan kulit dan juga kesan pemakaian produk pengelupasan.

“Ramai wanita tidak tahu bahawa mereka perlu menukar jenis produk penjagaan kulit setiap tiga bulan sekali bagi memastikan kesihatan pada kulit wajah,” ujarnya.

Pemilihan foundation hendaklah dilakukan secara tepat

Pemilihan foundation hendaklah dilakukan secara tepat



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tip betul memilih tali leher
Next: Ranger Raptor tampil dua warna baharu

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.