Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Sheila Majid 40 Years in Music: Empat Dekad Ratu Jazz Dirai dalam Konsert Bersejarah di Axiata Arena
  • Artist
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Music

Sheila Majid 40 Years in Music: Empat Dekad Ratu Jazz Dirai dalam Konsert Bersejarah di Axiata Arena

Helmi Aziz July 17, 2025 (Last updated: July 17, 2025) 3 minutes read
Sheila Majid 40 Year Poster_2_1080 x 1920

Selepas empat dekad mewarnai industri muzik tanah air dan Nusantara, nama Sheila Majid tidak pernah lekang daripada bibir peminat mahupun penggiat seni. Tahun 2025 bakal menjadi saksi kepada sebuah peristiwa yang cukup penting dalam sejarah muzik negara apabila penyanyi legenda ini diraikan menerusi sebuah konsert berskala mega bertajuk Sheila Majid 40 Years in Music, yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 8 November 2025.

Konsert ini bukan sekadar penghormatan atau tribute, tetapi merupakan perayaan sejati terhadap perjalanan seni seorang Ratu Jazz yang terus berdiri megah dan relevan sejak awal 1980-an. Altus Prohouse, yang sudah sinonim sebagai penganjur konsert berprestij dan berjaya di Malaysia, sekali lagi meneruskan komitmen mereka dalam merakam sejarah industri dengan bekerjasama bersama TopGallant Show selaku penganjur bersama dalam membawa pementasan yang dijangka mencetus fenomena tersendiri.

Bagi para peminat, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Sheila Majid 40 Years in Music adalah persembahan solo berskala terbesar beliau setakat ini, dan buat pertama kalinya, Sheila akan menjayakan konsert solo penuh di pentas indoor paling ikonik negara Axiata Arena. Konsert ini dijangka membawa tema warna-warni dan penuh emosi, mengimbau kembali perjalanan seorang artis wanita yang mencipta legasi tersendiri melalui lagu-lagu seperti Sinaran, Hitam Putih Kehidupan, Legenda dan Antara Anyer dan Jakarta yang tidak hanya hidup dalam dekad lalu, malah terus segar dalam jiwa pendengar generasi baharu.

Menurut penganjur, konsert ini bukan bertujuan mengenang masa lalu semata-mata, sebaliknya ia adalah manifestasi cinta dan penghargaan kepada seni yang tidak mengenal usia. Ia menjadi bukti bagaimana Sheila terus berevolusi, menyatu dengan perubahan zaman, dan tetap kekal menjadi idola yang disegani. Penganjuran ini juga menjadi simbol kesungguhan untuk meneruskan kesinambungan seni yang membina serta membentuk generasi masa hadapan.

Sheila sendiri meluahkan rasa syukur atas sokongan berterusan peminat sejak empat dekad lalu. Beliau turut mengiktiraf ramai individu yang menjadi tunjang penting dalam karier seninya dari penerbit, pemuzik, pereka pentas hingga pasukan pengurusan yang telah membantu membentuk nama dan karya beliau. Baginya, konsert ini adalah hadiah buat mereka semua. Ia adalah titik pertemuan antara kenangan, pencapaian dan impian baharu yang bakal terus ditulis.

Untuk menjayakan konsert bersejarah ini, Sheila akan bergandingan dengan pasukan produksi yang hebat dan telah lama menjadi tulang belakang dalam kerjaya muziknya. Antaranya termasuk Mac Chew sebagai Pengarah Muzikal, individu yang telah menjadi arkitek kepada bunyi ikonik Sheila sejak tahun 1987; Jenny Chin, kolaborator lama yang terkenal dengan sinergi kreatif bersama Mac; serta Jennifer Thompson, Pengarah Konsert berpengalaman yang dikenali dengan produksi pentas berskala besar. Tidak ketinggalan Steve Ho, pereka pentas dan pencahayaan antarabangsa yang pernah bekerja dengan bintang ternama seperti Jacky Cheung dan Eason Chan.

Antara elemen istimewa yang ditawarkan dalam konsert ini termasuk ZON PARTI Eksklusif, yang menjanjikan pengalaman lebih intim dan meriah bersama Sheila Majid. Peminat akan diberi peluang untuk berdansa dan menyanyi bersama penyanyi kesayangan mereka dalam suasana eksklusif yang turut dilengkapi dengan pek parti dan kejutan menarik.

Tiket akan mula dijual pada 17 Julai 2025 jam 10 pagi melalui platform Ticket2U di www.ticket2u.com.my/sheilamajid40. Harga tiket bermula dari RM268 hingga RM3,400 bagi zon-zon eksklusif. Pembelian untuk orang kelainan upaya (OKU) juga disediakan melalui saluran khas WhatsApp di talian +6019-595 1931.

Sheila Majid 40 Years in Music bukan sahaja meraikan pencapaian seorang bintang, tetapi ia adalah bab penting dalam kisah industri muzik tanah air. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik yang tidak akan berulang ini tandakan kalendar anda dan jadikan 8 November 2025 sebagai tarikh keramat untuk merasai magis sebenar seorang legenda hidup.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari: www.ticket2u.com.my/sheilamajid40

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Soar in Style: Cathay Pacific Celebrates World’s Best Economy Class with Limited-Time RM520 Discount
Next: Festival Tentang Cinta Satukan Irama Dua Negara di Kota Kinabalu

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.