Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Marsha Milan Satukan Jiwa Borneo Dalam ‘Misompuru’
  • Music
  • News

Marsha Milan Satukan Jiwa Borneo Dalam ‘Misompuru’

Helmi Aziz July 4, 2025 (Last updated: July 3, 2025) 2 minutes read
Listening Party Album Misompuru Marsha Milan (1)

Ratu Borneo, Marsha Milan, mengajak para peminat untuk menyertai satu acara istimewa yang bakal menyentuh jiwa dan menyatukan rasa Misompuru: Borneo Album Listening Session yang akan berlangsung pada 13 Julai 2025 (Ahad), dari jam 4 hingga 6 petang di RXP, REX KL. Acara ini bakal menjadi pertemuan penuh kehangatan, budaya dan cinta terhadap muzik Borneo, yang diterjemahkan menerusi suara dan semangat Marsha sendiri.

“Misompuru”, yang bermaksud ‘keramaian’ dalam bahasa Dusun, diangkat sebagai simbol semangat kebersamaan yang ingin dikongsi Marsha bersama peminat dan wakil media. Album ini merupakan manifestasi kasih dan rindu terhadap tanah kelahirannya membawa irama segar dari Borneo yang sarat emosi, kenangan dan nilai warisan. Dengan nuansa muzik yang membaurkan keunikan Sabah dan Sarawak, album ini memperlihatkan sisi eksklusif yang jarang disorot dalam landskap muzik Malaysia.

Lebih daripada sekadar naskhah seni, Misompuru turut menjadi tiket Marsha ke pentas antarabangsa. Selepas mencipta sejarah di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 sebagai juara, beliau dijemput untuk mempersembahkan lagu-lagu daripada album ini di ROUND ASEAN-Korea Music Festival 2025, menjadikannya lambang kebanggaan Borneo di mata dunia. Penyertaan ini sekaligus mengangkat album Misompuru sebagai sebuah karya warisan yang diiktiraf secara global.

Listening session ini menjanjikan lebih daripada sekadar pengalaman mendengar muzik. Ia adalah satu bentuk imersi budaya yang menggabungkan persembahan langsung kelima-lima lagu daripada album ini, demonstrasi seni tradisional seperti tarian Magunatip, Sumazau dan aksi sumpit, sajian makanan tradisi Borneo, serta gerai jualan dengan barangan eksklusif Marsha Milan. Marsha juga menggalakkan semua yang hadir untuk bergaya dengan elemen fesyen Borneo, kerana kejutan khas mungkin menanti mereka yang tampil paling kreatif.

Masuk adalah percuma tetapi tempat duduk adalah terhad. Peminat digalakkan mendaftar lebih awal dengan mengimbas kod QR yang disediakan di poster rasmi acara. Bagi yang ingin benar-benar merasai setiap getar dan semangat lagu-lagu dalam album Misompuru, inilah ruang terbaik untuk mendekati seni dan budaya Borneo melalui suara Marsha Milan.

Kesemua lagu daripada Misompuru kini boleh distrim di semua platform digital utama. Untuk maklumat lanjut mengenai artis, acara dan kemas kini muzik dari Alternate Records & Talents, ikuti mereka di Facebook, Instagram (@alternate.my_) dan TikTok (@alternate.rt_).

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: 4U2C & Penganjur Konsert Tegas Hormati Hak Cipta, Komited Patuh Undang-Undang Muzik
Next: Power Beyond Limits: iQOO Z10 Charges into Malaysia with Segment-Leading Battery and Flagship Performance

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.