Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Stacy Gegar Tanah Kelahiran: Konsert ‘Aku Stacy’ Ukir Detik Bersejarah di SICC
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Music

Stacy Gegar Tanah Kelahiran: Konsert ‘Aku Stacy’ Ukir Detik Bersejarah di SICC

Helmi Aziz June 24, 2025 3 minutes read
PVL-799

Malam penuh gemilang di Sabah International Convention Centre (SICC) menyaksikan penyanyi kesayangan Sabah, Stacy Anam, menjulang namanya dalam sejarah seni apabila hampir 3,000 peminat membanjiri ruang dewan bagi menyaksikan konsert solo mega pertamanya di negeri kelahiran bertajuk Aku Stacy (Menggegar Kota U). Dianjurkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment dengan kerjasama U Mobile, konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi manifestasi cinta Stacy terhadap tanah asalnya dan dunia muzik yang telah membesarkannya selama 17 tahun.

Konsert yang berlangsung hampir tiga jam ini membuka tirai dengan lagu bertenaga Pakai Buang, memperlihatkan Stacy tampil penuh gaya dalam busana hitam-putih-merah yang memukau. Seiring dentuman muzik dan sorakan ribuan peminat, persembahan diteruskan dengan deretan lagu-lagu popularnya seperti Cakap Ke Tangan, Not For Sale, Gilalah, Bosan, dan lagu terbaru berjudul Menyala. Salah satu momen yang paling mencuri tumpuan adalah ketika Stacy ‘terbang’ melintasi dewan semasa membawakan lagu Khayal, mencetuskan laungan dan keterujaan seluruh ruang.

Keindahan emosi juga dizahirkan saat Stacy menyampaikan balada seperti Kisah Dongeng dan Pelangi Senja, yang dinyanyikan bersama-sama peminat. Istimewanya lagi, lagu Asmaradana yang pernah dipersembahkannya dalam program realiti turut dihidupkan semula dengan sentuhan budaya Sabah yang memperlihatkan kebanggaan Stacy terhadap asal usulnya.

Konsert ini juga menyaksikan segmen romantik ‘bersemut’ apabila Stacy berduet bersama suami tercinta, Akim Ahmad. Mereka menyanyikan lagu Die With A Smile, sebelum beralih kepada Aku, Kau & Muzik serta Ritma & Rima. Akim turut menghiburkan penonton dengan lagu solo Rampas, mempamerkan kehebatan vokalnya yang tersendiri. Menurut Akim, konsert ini merupakan pelaburan terbesar buat Rhythm & Rhyme setakat ini, dan hasilnya sangat memuaskan serta melebihi jangkaan.

Kemeriahan turut diserikan dengan kehadiran artis-artis jemputan seperti Amir Masdi, Elica Paujin, Hafiz Zainal dan Dabra Sia, termasuk pelawak Atu Zero yang menambahkan warna dan tawa dengan gelagat spontan yang mencuit hati.

Dari segi fesyen pula, Stacy memecah rekod dengan melakukan pertukaran sebanyak 10 busana rekaan pereka tempatan sepanjang konsert. Setiap persalinan mencerminkan sisi berbeza dirinya dari wanita lasak, penyanyi bertenaga, hingga simbol keanggunan moden Sabah.

Dalam sidang media usai konsert, Stacy tidak dapat menahan air mata apabila mengenang arwah abangnya, Chaq, yang telah membuka jalan untuknya dalam industri hiburan. “Saya dapat rasa kehadiran dia di pentas malam ini. Itu yang beri saya kekuatan,” ujar Stacy dalam nada sebak.

Menyentuh soal perancangan masa depan, Stacy memberi bayangan konsert Aku Stacy bakal diteruskan ke Semenanjung. Katanya, “Kalau Sabah boleh gegarkan SICC, saya yakin kita boleh gegarkan Kuala Lumpur juga nanti. Tunggu!”

Konsert Aku Stacy (Menggegar Kota U) adalah lebih daripada sebuah persembahan ia adalah penghormatan kepada asal usul, dedikasi terhadap seni, dan hadiah kepada peminat yang setia menyokong sejak 2008. Dibawakan oleh U Mobile dengan sokongan rasmi daripada Gempak dan Hotel Promenade, konsert ini bukan sahaja menegaskan status Stacy sebagai ikon pop Malaysia, tetapi juga mengangkat beliau sebagai warisan seni yang terus menyala.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pemburu Pedo: 999 Bongkar Kegiatan Pedofilia Digital di Malaysia
Next: Huawei Unveils AI-Driven UBB Breakthroughs to Accelerate the Future of Connectivity

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.