Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Lima Komposer Terkenal Berentap Hasilkan Lagu Terbaik Dalam ‘Raise The Star Malaysia’
  • Entertainment
  • Music

Lima Komposer Terkenal Berentap Hasilkan Lagu Terbaik Dalam ‘Raise The Star Malaysia’

Helmi Aziz June 13, 2025 3 minutes read
Raise The Star Malaysia KV

Astro terus memperkukuh dominasi dalam industri hiburan tanah air dengan memperkenalkan program realiti nyanyian terbaru bertajuk ‘Raise The Star Malaysia’. Menampilkan kelainan yang segar, program ini akan memperlihatkan pertembungan kreativiti lima komposer popular tanah air Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatanna dalam mencungkil dan membentuk lima bakat baharu yang bakal mempersembahkan lagu ciptaan eksklusif di pentas akhir.

‘Raise The Star Malaysia’ bakal bersiaran selama 8 minggu bermula 22 Jun 2025, setiap Ahad jam 9 malam secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam menerusi Astro Ria (Saluran 104), serta boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan sooka.

Berbeza dengan program nyanyian lain, rancangan ini mengetengahkan naratif daripada perspektif komposer mereka bukan sahaja menjadi juri tetapi juga mentor, pencipta lagu dan penentu hala tuju persembahan peserta masing-masing. Format ini diinspirasikan daripada konsep rancangan nyanyian antarabangsa, dan dibangunkan sepenuhnya sebagai produksi tempatan bertaraf global.

Program ini akan dikemudi oleh dua pengacara penuh karisma dan gelagat bersahaja, Alif Satar dan Sherry Alhadad, yang dijangka mencetuskan keseronokan dan kehangatan suasana setiap minggu.

Sebanyak 30 peserta telah terpilih selepas melalui saringan ujibakat secara digital dan fizikal yang dinilai oleh panel profesional industri termasuk guru vokal, komposer jemputan dan pasukan produksi. Mereka datang daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang, bersatu dalam misi untuk menjadi bintang muzik generasi baharu.

Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, “Raise The Star Malaysia menawarkan perspektif baharu dalam program realiti muzik, dengan memberi ruang kepada komposer tempatan untuk menghasilkan karya asli dan menonjolkan bakat baharu secara menyeluruh. Kami berharap rancangan ini dapat mencetus inspirasi serta memberi penghargaan yang lebih mendalam kepada seni ciptaan muzik.”

Setiap minggu, peserta akan diuji melalui pelbagai tugasan seperti persembahan solo, duet dan kolaborasi berkumpulan. Penilaian akan dilakukan secara hibrid 80% berdasarkan keputusan komposer (juri) dan 20% menerusi undian penonton. Sistem pemarkahan istimewa yang dinamakan Slay Meter akan digunakan bagi memberikan ranking kepada persembahan peserta. Bintang yang mendapat 5 Slay bakal menerima ganjaran wang tunai tajaan penaja rasmi.

Peserta dengan markah terendah setiap minggu akan tersingkir dari pertandingan. Raise The Star Malaysia turut disokong oleh dua penaja utama QSR Brands (KFC) dan UMobile. QSR Brands (M) Holdings Bhd, yang dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), merupakan pengendali rangkaian restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja serta Pizza Hut Malaysia. Syarikat ini bukan sahaja menerajui industri makanan halal, malah aktif dalam pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial seperti zakat perniagaan, program KFC Add Hope dan Hut to Heart.

Saksikan perjalanan penuh inspirasi lima komposer dan 30 peserta berbakat hanya di Raise The Star Malaysia. Untuk langganan Astro One hanya RM49.99/sebulan atau naik taraf ke Astro Fibre + Pek Hiburan dengan RM139.99/sebulan, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Empat Live In Kuala Lumpur 2025: Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel Siap Lakarkan Sejarah Magis Bersama Peminat
Next: PANAS BADAN BERSAMA MASDO DI FESTIVAL MUZIK OOO 2025!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.