Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • “Aku Stacy” Bakal Gegarkan SICC, Sabah Bakal Jadi Lokasi Konsert Solo Paling Gempak
  • CONCERT
  • Entertainment

“Aku Stacy” Bakal Gegarkan SICC, Sabah Bakal Jadi Lokasi Konsert Solo Paling Gempak

Helmi Aziz April 15, 2025 3 minutes read
PVL-113

Stacy Umum Konsert Solo Mega di Sabah, “Aku Stacy Menggegar Kota U” Gegar SICC Jun Ini

Penyanyi popular kelahiran Sabah, Stacy, akhirnya mengumumkan secara rasmi konsert solo mega pertamanya di negeri sendiri menerusi sebuah sidang media eksklusif yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Majlis bermula sekitar jam 3 petang menyaksikan kehadiran ramai wakil media, tetamu kehormat serta rakan-rakan artis. Dalam suasana santai dan mesra, tetamu diberikan peluang untuk berinteraksi sebelum Stacy membuat kemunculan mengejut dengan penampilan serba putih. Beliau kemudiannya mempersembahkan tiga buah lagu secara akustik iaitu “Pelangi Senja”, “Not For Sale” dan “Jahat” di ruang luar SICC yang berlatarbelakangkan panorama laut dan cahaya matahari terbenam, mencipta suasana yang cukup memukau dan menyentuh hati.

Konsert yang diberi judul “Aku Stacy Menggegar Kota U” merupakan luahan penuh semangat Stacy terhadap kecintaannya pada seni dan pentas. Beliau menjelaskan bahawa konsert ini bukanlah sekadar persembahan biasa, sebaliknya sebuah produksi berskala besar yang mempersembahkan sentuhan peribadi dan penuh kreativiti. “Saya ingin persembahkan sesuatu yang istimewa untuk orang Sabah – penuh warna, penuh tenaga dan penuh kejutan,” jelasnya. Stacy turut berkongsi bahawa konsert ini akan menampilkan gabungan penari dari Semenanjung dan Sabah bagi menonjolkan keunikan budaya dan tenaga tempatan.

Menambahkan lagi keterujaan, konsert ini turut menyaksikan gandingan istimewa Stacy bersama suami tersayang, Akim Ahmad. Mereka bakal tampil dalam segmen duet eksklusif yang dijangka akan menjadi sorotan utama sepanjang malam. Akim, yang turut hadir dalam sidang media tersebut, berkongsi rasa syukurnya kerana cuaca cerah mengiringi majlis berkenaan. “Kami memang risau sebab sidang media dibuat di luar, tapi hari ini cuaca sangat baik. Syukur, semuanya berjalan lancar,” katanya.

Dianjurkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment dan dibawakan oleh U Mobile, konsert “Aku Stacy Menggegar Kota U” akan diadakan pada 21 Jun 2025, jam 8 malam bertempat di SICC, Kota Kinabalu. Menariknya, Stacy bukan sekadar penyanyi utama tetapi juga bertindak selaku pengarah kreatif, yang terlibat secara langsung dalam konsep, susunan muzik, koreografi, dan pemilihan pasukan produksi. Ini sekaligus menjadikan konsert ini sebagai karya paling autentik dalam kerjaya seninya.

“Saya sangat terharu kerana akhirnya impian ini menjadi kenyataan. Terima kasih kepada U Mobile yang sentiasa menyokong industri hiburan tempatan. Dengan adanya sokongan padu daripada mereka, saya dapat merealisasikan idea ini dalam skala yang lebih besar dan profesional. Ini adalah hadiah saya buat peminat di Sabah dan seluruh Malaysia,” ujar Stacy lagi.

Konsert ini bakal membawa penonton merentasi perjalanan muzik Stacy dari awal kemunculannya menerusi “Aku Stacy” sehingga ke lagu-lagu terkini seperti “Menyala”. Setiap segmen akan diberi nafas baharu dengan susunan muzik segar, koreografi bertenaga serta paparan visual moden yang mampu memberikan pengalaman persembahan bertaraf antarabangsa. “Saya mahu semua penonton pulang dengan kenangan manis dan rasa berbaloi,” tambah Stacy dengan penuh yakin.

Tiket rasmi mula dijual sejak 10 April lalu dan boleh didapati menerusi laman web www.ticket2u.com. Untuk sebarang maklumat lanjut dan perkembangan semasa mengenai konsert ini, peminat disarankan mengikuti media sosial rasmi Stacy serta saluran rasmi U Mobile. Pelbagai kandungan eksklusif seperti di sebalik tabir, latihan, serta pengalaman konsert bakal dikongsikan menjelang hari bersejarah ini.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tujuh Tahun Tersimpan, Lumrah Cinta Kembali Mengisi Hati Bersama Puteri Khareeza
Next: Unlock 6 Months of Google Gemini Advanced Exclusively with Galaxy S25

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.