Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Momen Bermakna! Iftar Eksklusif ‘Keluarga Itu’ Satukan Peminat & Pelakon
  • Celebration
  • Drama
  • Entertainment

Momen Bermakna! Iftar Eksklusif ‘Keluarga Itu’ Satukan Peminat & Pelakon

Helmi Aziz March 27, 2025 3 minutes read
Istimewa Iftar Keluarga Itu Poster

Keluarga Itu Hidupkan Ramadan dengan Iftar Eksklusif Bersama Peminat

Sebagai sebahagian daripada kempen Ramadan Raya Indahkan Memori, drama fenomena Keluarga Itu membawa kehangatan kisahnya ke alam nyata melalui majlis iftar istimewa yang berlangsung di LADO By The Lake, Shah Alam. Acara ini bukan sekadar sesi berbuka puasa tetapi juga peluang eksklusif bagi peminat berinteraksi secara lebih dekat dengan para pelakon, mencipta kenangan bermakna yang bakal dikenang selamanya.

Ditaja oleh Samsung, inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh promosi drama Keluarga Itu, tetapi juga menggalakkan keterlibatan komuniti menerusi program RARA 2025. Bertemakan “Ramadan Bersama: Kasih dan Keberkatan”, majlis dimulakan dengan penuh ceria apabila Shahrul Kamal menghiburkan tetamu dengan alunan lagu Raya, membangkitkan semangat perayaan.

Suasana semakin gamat apabila para pelakon utama Keluarga Itu, termasuk Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir, Puteri Balqis, dan Melissa Campbell, menyertai sesi permainan interaktif bersama peminat bertuah. Gelak tawa memenuhi ruang majlis sebelum suasana kembali syahdu menjelang waktu berbuka. Shiha Zikir dan Ida Zikir turut tampil menghiburkan tetamu dengan persembahan lagu Raya sebagai penutup acara yang penuh makna.

Sejak episod pertamanya pada 28 Februari lalu, Keluarga Itu telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan penonton. Drama ini menyentuh realiti pahit institusi kekeluargaan, termasuk pergolakan rumah tangga, penderitaan anak-anak, serta cabaran membesarkan kanak-kanak autisme. Sepanjang 12 episod, drama ini mengundang pelbagai reaksi dari marah, kecewa, hingga simpati mendalam terhadap kisah yang dipaparkan.

Lebih daripada sekadar hiburan, Keluarga Itu mengetengahkan sisi gelap kehidupan sebenar, mengangkat isu pengkhianatan dan kesengsaraan yang dialami oleh sesetengah individu di luar sana. Kisah ini turut mendorong ramai penonton berkongsi pengalaman peribadi mereka, menjadikan drama ini sebagai pencetus kesedaran dan empati dalam masyarakat.

Sebagai tambahan, Samsung turut memperkenalkan siri TikTok eksklusif, Keluarga Antara Insan, yang mengangkat kisah komuniti di Taman Antara Insan. Siri ini menampilkan perseteruan kecil antara dua jiran, Dahlia dan Amir, yang berpunca daripada insiden membabitkan seekor kucing dan calar pada kereta. Namun, dengan nilai persaudaraan dan kasih sayang, konflik itu berubah menjadi ikatan ukhuwah yang penuh tawa, sejajar dengan semangat Ramadan dan Syawal.

Menariknya, Muaz Zabir dan Puteri Balqis, yang turut membintangi Keluarga Itu, menerajui siri ini bersama Aleza Shadan dan Amirulhakim Lokman. Saksikan Keluarga Antara Insan di TikTok @samsungmalaysia & @TV3Malaysia – jangan ketinggalan!

Untuk info terkini mengenai program Ramadan Raya di TV3, TV9 & Tonton, ikuti media sosial rasmi kami di Facebook, Instagram & Twitter: @TV3Malaysia, @TV9Malaysia, @TontonMY. Jangan lupa gunakan #IndahkanMemori dan kongsikan detik-detik terindah anda bersama kami!

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Agape ATP Raises $23 Million, Strengthening Position in Key Markets
Next: Selepas Puluhan Tahun, Zahnita Wilson Muncul Kembali Ke Layar Kaca

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.