Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kembali mencuri perhatian dengan episod keduanya yang bakal berlangsung penuh gemilang. Selepas kejayaan episod pertama, rancangan ini terus mencipta fenomena sebagai platform terbaik dalam meraikan bakat baharu tanah air. Dengan barisan persembahan memukau dan panel juri hebat, CSOIAM membuktikan ia lebih daripada sekadar program realiti – ia adalah perayaan muzik yang menyatukan generasi.
Episod kedua yang bertemakan Melodi Indah, Segar Membara akan menyaksikan pentas dihidupkan oleh persembahan luar biasa. Malam itu bakal dimulakan dengan suara emas Dayang Nurfaizah yang mendendangkan dua lagu popularnya, Hakikat Cinta dan Lemah. Penonton pasti terpesona dengan kehebatan vokalnya yang mampu menggamit emosi.
Selain itu, pemenang Terpaling Fizz episod pertama, Kai Deva, akan mencipta sejarah dengan berduet bersama legenda rock tanah air, Dato’ Nash. Persembahan mereka menerusi lagu ikonik Pada Syurga Di Wajahmu dijangka menjadi momen epik, menggabungkan kehebatan generasi baharu dan bakat legenda.
Keistimewaan episod kedua turut dimeriahkan dengan kehadiran juri jemputan bertaraf antarabangsa, Yuna. Ikon muzik global ini akan bergabung dengan panel juri tetap iaitu Dato’ Yusry, Ziana Zain, dan Cakra Khan. Gabungan tenaga ini menjadikan pentas CSOIAM medan terbaik untuk para peserta menyerlahkan bakat serta membuktikan kemampuan mereka.
Senarai Lagu Peserta Top 14:
Para peserta Top 14 akan membawakan lagu-lagu hits yang diberi nafas baharu. Senarai persembahan yang dinanti-nantikan termasuk:
- Trio XL – Khayalan
- Erfarina – Teringin
- Rezza Shah – Tiara
- Mariam – Di Persimpangan Dilema
- Aniq – Seribu Impian
- Alya Mardien – Janji Manismu
- Dhania – Sekadar Di Pinggiran
- Kai Deva & Dato’ Nash – Pada Syurga Di Wajahmu
- Zazzleen – Aku Cinta Padamu
- Marygrace – Sepi Sekuntum Mawar Merah
- Jimi – Di Penjara Janji
- Dayang Ku Iffah – Elegi Sepi
- Hafiz Zainal – Relaku Pujuk
- Eylia Guntabid – Hanya Di Mata
Undian Rasmi Kini Dibuka

Minggu kedua menandakan bermulanya undian rasmi CSOIAM! Gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian penonton akan menentukan keputusan setiap minggu. Untuk menyokong peserta kegemaran anda, nikmati 10 undian percuma dengan mendaftar di Tonton. Pengguna Tonton sedia ada juga akan menerima 10 undian percuma setiap minggu. Tambahan undian boleh diperoleh dengan membeli produk Calpis di Shopee dan menebus baucar eksklusif untuk 50 undian tambahan.
Jangan lupa ikuti sorotan mingguan menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal! Bermula 26 Disember 2024, sorotan ini akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam, membawa anda menyelami perjalanan penuh cabaran dan inspirasi peserta.
Episod kedua CSOIAM akan disiarkan secara langsung jam 9.00 malam di TV3 dan strim HD di Tonton. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama-sama dalam fenomena muzik terbesar ini! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan detik-detik ajaib dan persembahan memukau dalam episod ini.