Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Music
  • Voice In Public (VIP) Kembali Dengan Single Pop Rock ‘Setia’
  • Music

Voice In Public (VIP) Kembali Dengan Single Pop Rock ‘Setia’

Helmi Aziz November 27, 2024 2 minutes read
VIP_ALBUM_COVER_SQUARE_B

Band alternatif rock/pop yang semakin mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan, Voice In Public (VIP), baru-baru ini menggemparkan industri dengan single terbaru mereka berjudul ‘Setia’. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi pertama mereka bersama komposer dan penulis lirik terkenal, Klangit, serta single kedua mereka bersama Alternate Records & Talent.

Mengusung genre pop rock yang penuh emosi, ‘Setia’ mengisahkan tentang seorang wanita yang dikhianati dalam percintaan, namun tetap setia dengan janji manis yang akhirnya meracuni hati. Lagu ini berjaya menyentuh jiwa pendengar dengan melodi yang mendalam, dan keunikan vokal mantap dari Dyeana Halim sebagai penyanyi utama, yang disokong dengan petikan gitar penuh emosi dari Awie dan Daha, serta rentak bass yang mengalun lembut oleh Rahul.

Proses pembikinan lagu ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi VIP. Dalam satu kenyataan, mereka mengakui bahawa untuk mengekalkan emosi yang konsisten sepanjang lagu, ia memerlukan usaha yang besar. “Kami berharap lagu ‘Setia’ dapat menyentuh hati setiap pendengar dan menjadi sebuah karya yang tidak akan dilupakan,” ujar band ini, menekankan bahawa lagu ini membawa tema tentang cinta dan kesetiaan yang mampu mengubati hati yang terluka.

Menurut Dyeana Halim, kolaborasi dengan Klangit adalah satu penghormatan besar. “Kami amat terharu dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menyampaikan lagu ciptaan Klangit, sebuah band yang sangat dihormati dalam industri,” katanya. Proses rakaman juga dipermudahkan dengan bimbingan daripada Ary dan Haris dari Klangit, yang membawa pengalaman luas hampir dua dekad sebagai pemuzik profesional. Dyeana turut menambah, “Bimbingan mereka sangat membantu kami memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan.”

Klangit, yang merupakan komposer bagi lagu ‘Setia’, turut memberikan pujian kepada VIP. Mereka menggambarkan band ini sebagai “padu mantap mantul”, dan menekankan bahawa keunikan jiwa VIP sangat sesuai dengan lagu ini. “Vokal Dyeana sangat mantap, dan mesej yang kami ingin sampaikan melalui lagu ini sangat jelas – jangan sia-siakan seseorang yang setia,” kata Ary dan Haris. Mereka juga optimis tentang penerimaan masyarakat terhadap lagu ini dan berharap VIP akan terus melangkah lebih jauh dalam kerjaya muzik mereka.

‘Setia’ kini sudah boleh didengari di semua platform muzik digital termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music. Jangan lepaskan peluang untuk menambah lagu ini dalam playlist harian anda.

Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Alternate Records & Talent, layari akaun media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram @alternate.my_, dan TikTok @alternate.rt_.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Samsung Galaxy A16 5G: A Durable and Future-Ready Smartphone for Every Generation
Next: ‘Puisi Kota’ Maudy Ayunda and Iwan Fals Delve into Urban Struggles and Self-Reflection

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.