Bunga Citra Lestari, atau lebih dikenali sebagai BCL, bakal kembali menghangatkan industri muzik dan kecantikan Asia menerusi Konsert FARMASI Soundzation yang dijangka mencipta sejarah baru.
Konsert yang berkonsepkan gabungan muzik dan kecantikan ini bakal berlangsung pada 30 November di Megastar Arena, Kuala Lumpur, dan dijangka menjadi malam yang paling ikonik di rantau ini. Dengan penampilan BCL, yang terkenal dengan lagu hits seperti Cinta Sejati, konsert ini turut menampilkan Ghea Indrawari, penyanyi muda berbakat yang meledak pada tahun lalu melalui single Jiwa Yang Bersedih, serta penghibur serba boleh, Elly Mazlein.
Menurut Pengarah Projek dan Konsert, Ellie G, konsert ini akan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para penonton. “Konsert FARMASI Soundzation adalah sebuah acara yang menggabungkan elemen seni muzik dan kecantikan dengan cara yang sangat istimewa. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi turut membawa mesej pemerkasaan wanita yang sangat relevan pada zaman kini. BCL dipilih kerana popularitinya yang tidak hanya terbatas di dunia hiburan, tetapi juga kerana pesonanya yang melambangkan kekuatan wanita. Begitu juga dengan Ghea, yang telah menunjukkan prestasi luar biasa di usia muda, dan Elly, yang mempunyai keupayaan menguasai pentas dengan gaya pengacaraan yang menghiburkan,” katanya.
Konsert FARMASI Soundzation juga menampilkan kolaborasi dengan FARMASI, sebuah jenama kosmetik halal yang berpangkalan di Turkiye, sebagai penaja utama. FARMASI, yang telah beroperasi selama 75 tahun, kini semakin berkembang di Asia, dengan Malaysia menjadi pasaran pertama mereka di rantau ini. FARMASI menawarkan produk kosmetik, penjagaan kulit, dan nutrisi dengan standard antarabangsa dan merupakan salah satu peneraju dalam industri jualan langsung kosmetik di dunia.
FARMASI bukan hanya sekadar jenama kosmetik, tetapi juga berperanan dalam pemerkasaan wanita melalui produk yang berkualiti dan berpatutan. Presiden FARMASI, Emre Tuna, mengungkapkan rasa teruja kerana jenama keluarganya kini memasuki pasaran Asia. “Kami sangat teruja melihat jenama kami berkembang di Asia, terutamanya di Malaysia. Malaysia adalah pasaran pertama kami di Asia, dan kami yakin konsert ini akan menjadi platform yang sempurna untuk memperkenalkan kami kepada lebih ramai pengguna di rantau ini,” katanya. FARMASI kini beroperasi di lebih 38 negara di seluruh dunia, termasuk di Eropah, Brazil, Peru, dan United Kingdom.
Ellie G juga menambah bahawa konsert ini bukan hanya mengenai hiburan, tetapi juga memberi peluang kepada audiens untuk merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan. “Selain menikmati persembahan daripada bintang-bintang terkenal, setiap penonton juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang berharga. Salah satu hadiah utama adalah sebuah kereta Perodua Bezza,” katanya. Selain itu, semua pemegang tiket juga akan menerima hadiah menarik, termasuk produk kecantikan daripada FARMASI, menjadikan konsert ini lebih bermakna bagi peminat yang menyokong industri seni tanah air.
Konsert yang diarah oleh pemuzik legenda, Man Kidal, dan dengan pengarah kreatif Jerry Hend, dijanjikan akan berlangsung selama hampir tiga jam dengan persembahan yang penuh dengan energi dan hiburan. Elly Mazlein, yang akan menjadi pengacara dan penyanyi sepanjang malam, turut berjanji akan menambah keceriaan dan keseruan konsert ini. Dengan tiket yang boleh didapati dalam pelbagai kategori, ia memberi pilihan kepada penonton untuk merasai pengalaman konsert yang luar biasa ini. Harga tiket bermula dari RM288 untuk kategori Silver, RM488 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond), dan RM1,088 untuk VIP. Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui www.ilassotickets.com.
Selain hiburan, konsert ini juga memberi peluang kepada penonton untuk lebih mengenali FARMASI, jenama kecantikan yang sudah berjaya di banyak negara. Dengan komitmen FARMASI dalam memberi peluang kepada wanita untuk merasa cantik dari dalam dan luar, konsert ini juga menjadi satu platform untuk meraikan pencapaian wanita dalam pelbagai lapangan.
Dengan sokongan padu daripada para peminat dan pihak penganjur, Konsert FARMASI Soundzation dijangka akan menjadi malam yang penuh dengan kenangan manis dan momen bersejarah dalam industri seni tempatan. BCL, Ghea, dan Elly dijangka akan memberikan persembahan yang penuh dengan kualiti, menjanjikan sebuah malam yang pasti tidak akan dilupakan oleh para audiens yang hadir.
INFORMASI
Program Explorasi Usahawan Wanita (EUW) merupakan inisiatif hasil kerjasama antara Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) dan FAR Academy dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Program ini turut melibatkan penyertaan beberapa koperasi dan institusi kewangan seperti:
1) Amanah Ikthiar: aim.gov.my
2) Usahanita: usahanita.gov
3) KoPutri: koputri.com.my
4) Kowima: konsortium koperasi wanita malaysia berhad (facebook)
5) Hijrah Selangor: hijrahselangor.com
6) Tekun: tekun.gov.my
7) Angkasa Wilayah & Selangor: angkasa.coop
8) Coop Bank: cbp.com.my
9) Kopsya: kopsya.coop
10) MARA: mara.gov.my
11) KOOP Sahabat: koopsahabat.my
12) WCB: wcbmalaysia.com
Acara istimewa dalam program ini adalah Konsert Farmasi Soundzation, di mana ikon terkenal Indonesia dan Malaysia, seperti Bunga Cinta Lestari, Ghea Indrawari, dan Elly Mazlein akan bersama-sama mempersembahkan tema ‘Gabungan Perpaduan Adunan Muzik dan Kecantikan’. Dijadualkan berlangsung pada November ini, konsert ini bakal menjadi malam ikonik dalam mempromosikan sinergi antara muzik dan industri kecantikan di rantau ini. Selain itu, acara ini turut menawarkan pengalaman berharga dengan fokus kepada pemerkasaan wanita, serta menyediakan cabutan bertuah berupa sebuah kereta Perodua Bezza dan pelbagai hadiah lain yang bernilai, termasuk produk kosmetik, penjagaan kulit, dan nutrisi kesihatan bertaraf antarabangsa daripada jenama Turki, Farmasi.
Kerjasama strategik antara Malaysia dan Turki ini dijangka dapat menarik perhatian media antarabangsa, selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama untuk perniagaan dan pelaburan. Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dalam bentuk geran atau pinjaman, program ini membuka peluang luas bagi usahawan wanita Malaysia yang bercita-cita untuk menerokai industri kecantikan di peringkat global, memberikan impak positif kepada ekonomi negara dan membangun profil usahawan Malaysia di persada dunia.