Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Sal Priadi Cipta Momen Magis di Konsert ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR
  • CONCERT
  • Music

Sal Priadi Cipta Momen Magis di Konsert ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR

Helmi Aziz October 14, 2024 (Last updated: October 14, 2024) 3 minutes read
MR2F4196

Malam Sabtu lalu, suasana di Dewan Zepp, Kuala Lumpur dipenuhi dengan aura magis ketika konsert yang ditunggu-tunggu ramai, “SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR”, berlangsung dengan penuh gemuruh.

Konsert ini membawa peminat melalui satu perjalanan muzik yang mendalam dan penuh dengan pengalaman ‘healing’. Penyanyi dan penulis lagu berbakat dari Malang, Indonesia, Sal Priadi, tidak mengecewakan ribuan peminatnya dengan persembahan yang luar biasa dan mengesankan.

Kehadiran penonton seramai 2,500 orang ternyata melangkaui jangkaan awal penganjur, menjadikan malam konsert tersebut satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Dengan sokongan yang begitu padu daripada peminat, suasana di dewan itu penuh dengan keceriaan dan sorakan yang tidak henti-henti. En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif Kharisma Music, sebagai penganjur konsert ini, mengungkapkan rasa syukurnya kepada semua penonton yang hadir. “Kami amat berterima kasih kepada semua penonton yang hadir. Tanpa sokongan anda, konsert ini tidak mungkin akan berjaya,” ujarnya dengan penuh penghargaan.

Selain itu, Kharisma Music juga merakamkan penghargaan kepada penaja penerbangan, Citilink Indonesia, rakan penaja seperti Intan Gelombang dan Futurace, serta rakan radio rasmi, ERA, dan rakan media rasmi, Gempak, yang telah memberikan sokongan yang tidak ternilai dalam menjayakan konsert ini. Penghargaan ini menunjukkan betapa pentingnya kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan acara sebesar ini.

Konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh artis tempatan, Sissy Imann, yang menyampaikan lagu ‘Pesanan Ayahanda’. Suara merdunya dan penampilan yang memukau menghangatkan suasana, menyiapkan penonton untuk kehadiran bintang utama. Setelah itu, Sal Priadi muncul di pentas dengan tepukan gemuruh dari penonton yang tidak sabar menantinya. Beliau segera mendendangkan lagu ‘Semua Lagu Cinta’, diikuti dengan ‘Biar Jadi Urusanku’, ‘Dimana Alamatmu Sekarang’, dan ‘Ada Titik-titik Di Ujung Doa’ dari album keduanya, Markers & Such Pens Flashdisks. Setiap lagu yang dinyanyikan Sal Priadi mengandungi bait-bait lirik yang mendalam, menimbulkan pelbagai emosi di kalangan penonton.

Malam konsert bertambah meriah apabila Sal Priadi menyanyikan lagu-lagu yang tidak asing lagi bagi peminatnya, termasuk ‘Mesra-mesraan Kecil-kecilan Dulu’, lagu viral ‘Dari Planet Lain’, dan ‘Amin Paling Serius’. Sudah tentu, lagu yang paling dinanti-nantikan adalah ‘Gala Bunga Matahari’. Sorakan penonton memenuhi dewan ketika Sal menyanyikannya, dan ada di antara mereka yang tidak dapat menahan air mata, terkesan dengan lirik yang begitu menyentuh hati. Ini jelas menunjukkan betapa kuatnya pengaruh muzik Sal Priadi terhadap emosi penonton.

Sal Priadi, yang sinonim dengan karya-karya puitis dan melodi yang memikat, tidak hanya memukau penonton dengan suara emasnya, tetapi juga dengan karakter ‘quirky’ dan bersahaja yang membuatnya begitu dekat di hati peminat. Interaksinya yang mesra dengan penonton menciptakan suasana intim yang penuh dengan gelak tawa dan kegembiraan. “Kuala Lumpur sangat istimewa bagi saya. Saya berbesar hati dapat berkongsi muzik saya dengan peminat di sini, dan berterima kasih kepada semua yang hadir. Anda semua hebat, memang ‘Dari Planet Lain’,” kata Sal Priadi dengan penuh keterujaan.

Konsert SAL PRIADI

Persembahan yang berlangsung selama lebih dua jam ini membawa penonton melalui lebih 40 buah lagu, di mana setiap lagu diiringi dengan paparan audio visual yang menarik. Paparan visual ini direka khas untuk menonjolkan jalan cerita dan ‘mood’ yang ingin disampaikan, menjadikan pengalaman konsert ini lebih menyeluruh dan mengasyikkan. Kombinasi muzik dan visual bukan hanya menarik perhatian penonton, tetapi juga membawa mereka ke dalam dunia yang dicipta oleh Sal Priadi.

Dengan kejayaan cemerlang konsert ini, Kharisma Music dan Sal Priadi bertekad untuk terus membawa lebih banyak acara muzik berkualiti kepada peminat di Malaysia. En. Ahmad Jeffny menambah, “Tujuan utama kami adalah membawakan sajian hiburan yang berkualiti untuk peminat muzik di Malaysia dan rantau Asia Tenggara dengan rangkaian genre yang pelbagai. Oleh itu, nantikan lebih banyak kejutan menarik dari Kharisma Music di masa hadapan!” katanya.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Konsert CIPTA 2, LEGENDA M.NASIR KEMBALI DI AXIATA ARENA!
Next: Single Pertama Evanatie Berjudul ‘Pendam Rasa’

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.