Konsert CIPTA 2, LEGENDA M.NASIR KEMBALI DI AXIATA ARENA!

Konsert Dato’ M.N45IR CIPTA yang dianjurkan oleh ICON Entertainment masih hangat diperkatakan, menjadi bualan ramai di kalangan peminat dan pencinta muzik tempatan.

Tenaga yang dipamerkan oleh M. Nasir, pemilihan lagu-lagu yang menyentuh jiwa, serta barisan pemuzik dan pasukan yang menghidupkan suasana konsert ini telah menjadikannya sebagai salah satu konsert terbaik yang berlangsung pada pertengahan tahun 2024.

Dengan semangat yang membara, ICON Entertainment berbesar hati untuk membawa kembali sang legenda muzik Malaysia, Mohamad Nasir Mohamed, dalam satu lagi siri eksklusif konsert khas. Konsert ini diadakan sebagai penghormatan kepada peminat setia beliau, dan diisytiharkan sebagai kesinambungan kepada konsert sebelum ini, yang dikenali sebagai Konsert Dato M.N45ir Cipta. Konsert terbaru ini diberi nama Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2, dan ia dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober 2024. Tarikh ini dipilih sebagai satu perayaan seni yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara seniman dan peminatnya di Axiata Arena Bukit Jalil.

Iman Tang, pengasas ICON Entertainment, mengulas tentang konsert ini dengan penuh keterujaan, “Konsert ini merupakan lanjutan daripada Konsert Dato M.N45ir Cipta yang lalu. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk menamakan konsert ini sebagai CIPTA 2. Walaupun jarak waktu antara kedua-dua konsert agak panjang, kami berusaha untuk menghormati jadual konsert rakan-rakan industri yang lain.”

DATO’ M.N45IR  CIPTA 2

Kehadiran konsert ini sangat dinantikan, bukan sahaja kerana M. Nasir, tetapi juga kerana senarai lagu yang akan dipersembahkan. Menurut beliau, konsert kali ini akan menyajikan beberapa lagu yang tidak dipersembahkan dalam konsert pertama serta menambah beberapa lagu baru dari rakaman terbarunya. “Saya berharap CIPTA 2 akan lebih bertenaga dan memberi makna mendalam kepada semua yang hadir,” tambahnya.

Kemeriahan konsert ini turut disokong oleh kehadiran 23 pemuzik hebat yang akan menjayakan persembahan malam itu, dengan senarai lagu yang meliputi 32 buah lagu yang berbeza. Penganjuran konsert ini dirancang untuk berlangsung selama tiga jam penuh, menjanjikan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.

Antara selebriti tempatan yang dijangka hadir bagi memberikan sokongan adalah kumpulan terkenal seperti Wings, Kumpulan Spider, dan Kumpulan Exists, serta beberapa artis lain seperti Lah Ahmad, Dato’ Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Akim Ahmad, Stacy, Anas Ridzuan, dan Amerul Affendi. Kehadiran mereka dijangka menambah meriah suasana malam itu, dan menunjukkan solidariti dalam industri muzik Malaysia.

Menariknya, konsert ini juga akan mempunyai tema pakaian yang unik. Semua pemuzik dan penonton diharap dapat berpakaian denim biru dan warna putih, mencipta suasana yang harmonis dan bersepadu sepanjang konsert berlangsung. Pemilihan tema ini bukan sahaja menambah elemen visual, tetapi juga menguatkan semangat bersatu dalam mencintai muzik.

DATO’ M.N45IR  CIPTA 2

Dengan segala persiapan dan harapan yang diletakkan, Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 dijadualkan menjadi salah satu acara seni yang tidak boleh dilepaskan. Peminat dan pencinta muzik dijemput untuk merasai keajaiban muzik M. Nasir dalam satu malam yang penuh emosi dan kenangan. Pastikan anda tidak terlepas untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman yang bersejarah ini di Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Oktober 2024!

INFORMASI

ACARA : DATO’ M.N45IR  CIPTA 2

TARIKH: 12 OKTOBER 2024

LOKASI: AXIATA ARENA BUKIT JALIL

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

PEMUZIK UNDANGAN: KID SEARCH

SENARAI LAGU CIPTA 2

  1. Pawana (search)
  2. Hukum Karma (wings)
  3. Rajawali terbang Tinggi
  4. Kias Fansuri
  5. Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats)
  6. Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
  7. Malam
  8. Juwita
  9. Cinta Dewa Dewi (Spider)
  10. Fantasia Bulan Madu (Search)
  11. Isabella (Search)
  12. Tiara (Kris)
  13. Duit-duit/ gerhana
  14. Peronda jaket Biru (wings)
  15. Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi)
  16. Srikandi cintaku
  17. Awan nano
  18. Bonda
  19. Melawan Arus
  20. Bila Rumi Menari
  21. Apokalips
  22. Mentera Semerah padi
  23. Aduhai kasih Aduhai
  24. Mencurah Janji di Daun keladi
  25. Keroncong Untuk Ana 1
  26. Kenangan Lalu (Flybaits)
  27. Hati Emas
  28. Sentihan Listrikmu
  29. Mustika
  30. Sahabat Gua
  31. Ada
  32. SURPRISE!- SATU HARI DI HARI RAYA

SENARAI PEMUZIK CIPTA 2

  1. VOKAL – DATO’ M. NASIR
  2. PENGARAH MUZIK/GITAR 1 – AZNAN ALIAS
  3. PEMBANTU PENGARAH MUZIK/KEYBOARD 1 – FIRDAUS MAHMUD
  4. MUSIC SCORING & GITAR 2 – RAFI MOHD
  5. BASS – NORMAN ABDULLAH
  6. KEYBOARD 2 – EDDIE SLAM
  7. DRUM – UJANG EXISTS
  8. PERCUSSION (LATIN) – PA’ANG ZAMAN
  9. PERCUSSION (TRADISIONAL) 1 – AWE
  10. PERCUSSION (TRADISIONAL) 2 – MAT DIN
  11. PERCUSSION (TRADISIONAL) 3 – CHE LONG
  12. PERCUSSION (TRADISIONAL) 4 – ANAS MAKWAN
  13. PERCUSSION (TRADISIONAL) 5 – MAT ROCK
  14. FLUTE 1 – MOHAR
  15. FLUTE 2 / GAMBUS – BOY GAMBUS
  16. BV’S 1 – YUAZ
  17. BV’S 2 – EJA
  18. BV’S 3 – WIDY
  19. BV’S 4 – JUANITA
  20. BV’S 5 – AWE
  21. TRUMPET – IKHMAN ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN
  22. TROMBONE – HANIF ORKESTRA RTM
  23. SAXOPHONE (TENOR) – AIZAT MBMB
  24. 24. SAXOPHONE (ALTO) – FARID UNIVERSITI MALAYA