Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Sal Priadi Bakal Menghiburkan Peminat Malaysia Melalui Konsert ZUZUZAZA!
  • CONCERT
  • Music

Sal Priadi Bakal Menghiburkan Peminat Malaysia Melalui Konsert ZUZUZAZA!

Helmi Aziz October 8, 2024 (Last updated: October 9, 2024) 3 minutes read
MR2F2863

Oktober ini bakal menjadi satu bulan istimewa bagi peminat setia penyanyi dan penulis lagu terkenal dari Malang, Indonesia, Salmanto Ashrizky Priadi, yang lebih dikenali sebagai Sal Priadi.

Sal Priadi yang terkenal dengan lagu hit ‘Gala Bunga Matahari’ akan menghiburkan peminatnya di Malaysia pada 13 Oktober 2024. Konsert yang dinanti-nantikan ini akan diadakan di Dewan Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8:00 malam, anjuran Kharisma Music, sebuah syarikat penganjur konsert yang sangat dikenali dalam industri hiburan.

Sal Priadi

Di sidang media eksklusif yang diadakan di Silverfox Cafe KL, En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, menyatakan, “Konsert bertajuk ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ adalah inisiatif kami untuk membawa hiburan secara langsung kepada peminat Sal di Malaysia serta seluruh rantau Asia.” Menurut beliau, konsert ini adalah peluang luar biasa bagi para peminat untuk menyaksikan sendiri persembahan langsung dari salah seorang bintang muzik yang paling menonjol di Indonesia.

Sal Priadi dikenali dengan liriknya yang puitis dan melodi yang memikat hati. Dalam konsert ini, beliau dijadualkan membawa penonton melalui sebuah perjalanan emosional yang mengasyikkan, menghidupkan suasana malam tersebut dengan nyanyian yang menyentuh jiwa. “Ini adalah kali pertama saya mengadakan persembahan berskala besar di Malaysia dalam siri jelajah ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’. Saya teruja untuk mempersembahkan lagu-lagu dari album kedua saya, ‘Markers & Such Pens Flashdisks’, yang menggambarkan semangat kreativiti dan keyakinan untuk mencipta sesuatu yang bermakna,” kata Sal Priadi dengan penuh bersemangat.

Dalam kesempatan tersebut, Sal juga berkongsi pengalaman berharga semasa kunjungannya ke Kuala Lumpur tahun lalu. “Kuala Lumpur mempunyai makna yang istimewa dan dekat di hati saya. Selepas melakukan showcase album tahun lalu, saya merasakan perlunya berkongsi pengalaman tersebut dengan peminat dalam bentuk konsert yang lebih besar dan meriah. Saya ingin mencipta momen yang akan diingati oleh semua,” ujarnya.

Peminat dijadualkan disajikan dengan persembahan selama dua jam, di mana Sal Priadi akan menyanyikan hampir 20 buah lagu dari kedua-dua album beliau. Yang menariknya, setiap persembahan akan disertai dengan paparan audio visual yang kreatif, direka khas untuk menonjolkan jalan cerita di sebalik setiap lagu. Ini pastinya akan menambah lagi pengalaman menonton yang lebih mendalam dan mengasyikkan.

En. Ahmad Jeffny menambah, “Kami sangat teruja untuk membawa Sal ke Kuala Lumpur. Konsert ini akan menjadi platform bagi Sal untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan peminatnya, dan kami yakin ia akan menjadi malam yang penuh dengan keajaiban serta kenangan indah.” Selain itu, beliau juga tidak lupa untuk merakamkan penghargaan kepada syarikat penerbangan Citilink Indonesia yang telah menaja penerbangan untuk Sal, serta rakan penaja lain seperti Intan Gelombang dan Futurace. Rakan radio rasmi, ERA, dan rakan media rasmi, Gempak.com, juga turut menyokong acara ini.

Para peminat diingatkan untuk tidak menunggu lama dan segera mendapatkan tiket untuk konsert ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’, kerana tempat adalah terhad dan dijangka akan habis terjual dengan cepat. Tiket boleh dibeli secara dalam talian di laman web ticket2u.com.my/sal-priadi. Dengan pelbagai elemen menarik dan menjanjikan pengalaman luar biasa, konsert ini pastinya akan menjadi salah satu acara muzik yang paling dinantikan di Kuala Lumpur. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikan Sal Priadi secara langsung dan merasai kehangatan muziknya yang unik! Acara ini adalah satu peluang yang tidak patut dilepaskan bagi semua peminat muzik di Malaysia dan sekitarnya!

Harga-harga tiket adalah seperti berikut:

  • Dari Planet Lain             [VIP Standing]       – RM258
  • Gala Bunga Matahari    [Standing]               – RM158
  • Amin Paling Serius        [VIP Seated]           – RM258
  • Foto Kita Blur                 [Normal Seated]    – RM188
  • VVIP Box                                                           – RM4,000

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: ‘A Million Voice’ Menawarkan Hadiah Bernilai RM1 Juta
Next: Pelancaran Aplikasi Siswa Madani : Menyokong Kebajikan Mahasiswa

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.