Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Festival Muzik Vit’s: KONSERT TELAN KASET 90’AN – Nostalgia Muzik dan Mi Segera Bersatu!
  • CONCERT
  • Music

Festival Muzik Vit’s: KONSERT TELAN KASET 90’AN – Nostalgia Muzik dan Mi Segera Bersatu!

Helmi Aziz August 19, 2024 2 minutes read
muzik

Untuk pertama kalinya, Vit’s, jenama mi segera terkemuka di Malaysia, akan menganjurkan Festival Muzik Vit’s – KONSERT TELAN KASET 90’AN dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia. Acara ini, yang bertepatan dengan Festival Mi Malaysia yang pertama, akan berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya, pada 12 dan 13 Oktober 2024, dari jam 10 pagi hingga 11:30 malam. Konsert tersebut bakal menampilkan artis-artis popular era 90’an seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik Kasawari, Roy, Amir Ukay’s, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, serta D1 Fasha Anderson dan Don’t Panic Buskers, di samping ramai lagi artis lain.

Menurut Pn. Baizura Tazri, penganjur bagi pihak Vit’s, ini adalah kali pertama jenama mi segera Vit’s mengadakan festival muzik yang menggabungkan elemen muzik dan makanan. Tujuan konsert ini adalah untuk mengubati kerinduan peminat muzik 90’an dengan membawakan lagu-lagu hits era tersebut serta menggabungkan pesta makanan berasaskan mi seperti laksa, mi kari, mi bandung, pasta, dan banyak lagi.

Selain mengubati kerinduan peminat, konsert ini juga bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Karyawan Malaysia melalui hasil jualan tiket konsert. Dana yang diperolehi akan digunakan untuk membantu artis-artis senior dan karyawan yang sedang sakit atau uzur yang memerlukan bantuan, selari dengan tujuan penubuhan persatuan ini.

Festival Muzik Vit’s ini dijangka melibatkan seramai 17 penyanyi era 90’an sepanjang dua hari acara berlangsung, dari jam 8 malam hingga 11:30 malam, dengan pelbagai genre muzik seperti rock, balada, R&B, hip hop, dan irama Malaysia. Pengunjung juga berpeluang mengunjungi lebih 80 gerai peniaga yang menawarkan pelbagai jenis makanan berasaskan mi, serta menikmati permainan berkonsepkan karnival yang sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.

Setiap pengunjung yang hadir dengan berpakaian konsep 90’an seperti rock, hip hop, atau dangdut akan menerima hadiah daripada pihak penganjur. Selain itu, atas permintaan ramai di media sosial, pertandingan karaoke juga akan diadakan dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Festival ini turut ditaja oleh MBPJ, Storm Truperz Campers, TicketZu, Suria FM, Media Panas, Hotel Seri Pacific, Nester, dan Maju Productions. Pn. Baizura berharap agar festival makanan dan muzik berkonsepkan karnival ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang untuk memperjuangkan penyanyi-penyanyi era 90’an dan mengimbau kenangan masa lalu dengan lagu-lagu hits mereka yang malar segar.

Tiket untuk KONSERT TELAN KASET 90’AN dan karnival boleh dibeli secara dalam talian mulai 16 Ogos 2024 pada pukul 4 petang di laman web Ticket2u.com.my dengan harga RM45 setiap orang. Masuk ke Festival Mi Malaysia adalah percuma.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: “KU CUBA” SINGLE TERBARU DARI NUR FATIMA
Next: Hannah Delisha: Artis Serba Boleh yang Terus Bersinar dalam Industri Hiburan

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.