Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Ramayan Menyelami Keindahan dan Kedalaman Jiwa dalam Single Terbarunya, ‘Samudera’
  • Entertainment
  • Music

Ramayan Menyelami Keindahan dan Kedalaman Jiwa dalam Single Terbarunya, ‘Samudera’

Helmi Aziz May 31, 2024 (Last updated: June 4, 2024) 2 minutes read

Samudera merupakan single terbaru buat kumpulan muzik psychedelic tempatan, Ramayan yang sekali lagi mewarnai skena muzik tempatan. Single ini merupakan satu ‘pemanasan’ sebelum pelancaran album penuh terbaru mereka yang dinamakan ‘Ini Adalah Ujian Transmisi’.

Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peminat muzik tempatan sejak pelancaran single pertama mereka pada Disember tahun lalu, Ramayan muncul sebagai titik pertemuan kedua dengan single terbaru yang diberi nama ‘Samudera’.

Dalam rentetan kisah cinta dan karya seni, Pi’e telah mendapat ilham untuk mencipta lagu ini sebagai satu surat penghargaan kepada isterinya, Marine yang membawa maksud lautan atau sesuatu yang disampaikan dengan penggunaan perkataan bahasa Sanskrit tersebut yang pada dasarnya adalah salah satu asal-usul bahasa Melayu.

Menurut Pi’e, “Dengan lagu ini kami ingin membawa pendengar ke dalam sebuah kisah tentang penghargaan yang mendalam terhadap kebesaran hati seorang wanita, lebih-lebih lagi seorang isteri ataupun ibu, yang sebesar lautan itu sendiri.”

Meskipun awalnya dianggap sebagai trek bonus dalam album kerana keunikan bunyinya yang berbeza daripada yang lain, Samudera akhirnya mengambil tempat terbaik dalam senarai lagu utama. Menurut Izzat, “Disebabkan kedalaman emosi yang terkandung dalam melodi dan lirik lagu ini, kami percaya bahawa lagu ini wajib menjadi salah satu lagu utama dalam album ini.” 

“Lagu ini dengan sendirinya mempunyai sifat yang menenangkan dengan iramanya yang sayu dan sepoi-sepoi. Oleh itu, dari segi susunan muzik, kami telah berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang menekankan unsur-unsur tersebut dalam lagu ini,” Tambah Que.

“Disebabkan rentak dan iramanya yang ala 70an, lagu ini seolah-olah sesuatu yang biasa kita dengari, yang mungkin memberi perasaan nostalgia kepada pendengar. Namun tidak ada satu lagu pun di Malaysia yang sepertinya. Di situ juga salah satu keunikan lagu ini, pada pendapat kami.” kata Omar dengan yakin.

Ramayan tidak hanya ingin menghibur, tetapi juga ingin membawa pendengar melalui sebuah perjalanan spiritual yang mendalam melalui Samudera. Dengan kehadiran lagu ini di semua platform streaming digital, dipersembahkan bersama visualizer yang menawan di YouTube, Ramayan mengundang pendengar untuk merenung, menyerah, bersyukur dan rendah diri apabila menghadapi kebesaran alam. Walaupun pada luarannya lagu ini merupai sebuah lagu cinta terhadap kekasih hati, tetapi di dalamnya juga terdapat sebuah lagu cinta kepada Sang Pencipta.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tiara Andini Membawa Kemeriahan Muzik Pop 80-an dengan Single Terbaharu “Kupu-Kupu”
Next: MALAM GALA IBU INSPIRASI MINGGUAN WANITA DAN NONA ‘SEHEBAT WANITA INI’

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.